Jumaat, 12 Julai 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


TENGOK SAPE KAT SEBELAH HASAN ALI JATI:HA HA HA

Posted: 12 Jul 2013 08:20 AM PDT

Sidang media Perkasa dan NGO Islam membantah Duta Vatican berhubung isu kalimah Allah pada 12 Julai, 2013. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. Sidang media Perkasa dan NGO Islam membantah Duta Vatican berhubung isu kalimah Allah pada 12 Julai, 2013. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.

SAKSIKAN:SENYUM SIAPA AKAN MEMBAWA DUKA...

Posted: 12 Jul 2013 01:30 AM PDT

Satu lawan satu. Hanya calon BN Tengku Zaihan dan calon PAS Azlan mengemukakan borang pencalonan di Kuala Besut, Terengganu. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim 12 Julai, 2013. Satu lawan satu. Hanya calon BN Tengku Zaihan dan calon PAS Azlan mengemukakan borang pencalonan di Kuala Besut, Terengganu. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim 12 Julai, 2013.

BETUL:KALI INI DAP MEMANG BIADAP

Posted: 11 Jul 2013 11:15 PM PDT

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA menyifatkan anggota Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen sebagai biadab kerana menggesa subjek Tamadun Islam digugurkan sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

NONEPresidennya Datuk Ibrahim Ali (kanan) berkata, gesaan "melampau" itu tidak menghormati agama persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dan tidak menghormati kepentingan ilmu, lapor Utusan Online.

"Kenyataannya jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan biadab dari segi konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar milik Umno itu.

Sambil menggesa kementerian berkaitan mempertahankan subjek itu, Ibrahim berkata, "DAP makin melampau dan malangnya PAS dan Umno diam sahaja".

Ko semalam mempersoalkan ketetapan baru kementerian pengajian tinggi yang menurutnya bakal menjadikan Tamadun Islam sebagai wajib bagi pelajar tempatan IPTS untuk diselaras dengan sukatan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Katanya, ketetapan yang akan dikuatkuasakan pada 1 September itu tiada kena mengena dengan kursus yang diberikan.

Beliau juga mempersoalkan, kenapa ia hanya diwajibkan pada pelajar tempatan dan merangkumi pelajar bukan Islam sekali.

HUJAN DAHTURUN:ORANG KATAK SUDAH MARI..SAYA SUKA INI

Posted: 11 Jul 2013 04:30 PM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyelar Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang meminta lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang masih memberi kuasa kepada seorang daripada penjaga untuk menentukan agama anak di bawah umur.
Berhubung penarikan semula pindaan terhadap Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 2013, Nga mengatakan kerajaan telah silap percaturan membentangkan Rang Undang-Undang berkenaan di Parlimen di mana terdapat sebahagian menteri Kabinet yang membantah pindaan Rang Undang-Undang berkenaan meskipun tidak menyuarakan bantahan semasa mesyuarat Kabinet.
"Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 belum selesai dipinda, parti ini (DAP) sudah minta pindaan di peringkat negeri. Permintaan mereka itu sudah dapat dijangka," kata Syed Hassan Syed Ali apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider petang tadi.
"Kami minta kerajaan jangan tunduk dan terlalu memberi keistimewaan kepada pihak pembangkang. Jika kerajaan terus-terusan melayan kehendak pembangkang, baik serahkan kuasa kepada pihak pembangkang," tambah Setiausaha Agung Perkasa itu.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyifatkan saranan Ahli Parlimen Taiping Nga itu sebagai satu tindakan yang melampaui batas dan tidak seharusnya kenyataan tersebut keluar daripada sebuah parti yang telah lama berkecimpung dalam arena politik tanah air.
"Mereka pun tahu hal yang dibangkitkan ini boleh mengundang kemarahan umat Islam. Isu ini tidak sewajarnya terus disensasikan kerana undang-undang berkenaan telah berjalan dan berdasarkan perlembagaan," jelas Pengerusi ABIM Amidi Abdul Manan sewaktu dihubungi The Malaysian Insider.
ABIM berpandangan kerajaan telah melakukan satu kesilapan dengan menarik balik pembentangan terhadap pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 kerana pindaan berkenaan selari dengan perlembagaan dan beberapa keputusan mahkamah juga berpendapat sedemikian.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming mendesak lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam yang masih memberi kuasa kepada seorang daripada penjaga untuk menentukan agama anak bawah umur.
Beliau berkata pindaan itu wajar supaya selaras dengan keputusan Kabinet yang menarik balik rang undang-undang sama di Parlimen. Lima negeri yang memberi kebenaran kepada salah seorang penjaga menentukan agama anak bawah umur ialah Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Melaka dan Sarawak.
Isnin lalu, kerajaan membuat keputusan menarik balik Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen.
Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. - 11 Julai, 2013.

Tiada ulasan: