Anak Sungai Derhaka |
- Apa punya kenyataan Shahidan Kassim keluarkan ni?
- Calon PAS bagi Kuala Besut dedahkan dakwaan Tun Mahathir adalah benar..
- Alvin Dan Vivian Ajak Umat Islam Bukak Puasa Dengan Sup Babi?.. Betulke?
- Gambar Dan Video Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya Kecil N-01 Kuala Besut
- PKR Perlu Bebaskan Rumah Ketua Wanita Negeri Pulau Pinang
- Polis jangka Lebih 20,000 Penyokong PAS, Umno Sertai Hari Penamaan Calon
Apa punya kenyataan Shahidan Kassim keluarkan ni? Posted: 12 Jul 2013 08:28 AM PDT Membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik kedalam kabinet oleh Najib ini membuatkan aku merasa rugi sama sekali membayar cukai pendapatan untuk membayar gajinya.. Manakan tidak.. demi menegakkan benang yang basah untuk mempertahankan SPR beliau mengeluarkan kenyataan yang amat dangkal dan tak boleh diterima sama sekali.. Untuk melindungi nama pembekal dakwat kekal yang tak kekal itu beliau berkata.. "Kita kena ingat bahawa dakwat ini bukan segalanya tapi yang penting ialah kad pengenalan. Saya nak sebut di sini, kalau sekiranya kita beritahu siapa syarikat pembekal dakwat ini, kalau semua tahu, semua beli dakwat. Apa punya jenis kenyataan itu?.. Jika didedahkan sekalipun nama pembekal dakwat tersebut, mana mungkin rakyat Malaysia akan berebut-rebut membelinya.. untuk apa? Tapi.. macai UMNO mungkin membelinya.. untuk digunakan sebagai pewarna minuman sempena Hari Raya ini.. Dan dalam masa yang sama, dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat beliau berkata "Celup dalam jari dan berbaris (untuk mengundi) dah ada cat dan terus mengundi".. sedangkan kita tahu SPR hanya menandakan jari dengan dakwat itu setelah menyemak nama kita dalam senarai pemilih.. Kemudiannya pula beliau menegaskan dakwat yang dicalit dijarinya kekal selama lebih dari dua minggu selepas dicalit pada hari pengundian.. "I waited for a long time when I went to cast my vote. So when it was my turn, the official marked my name (from the electoral roll), and there was a guy with a big belly who applied the ink thoroughly on my finger. Majoriti pengundi mengakui dakwat yang dicalit hanya kekal kurang dari 24jam tapi Shahidan dakwa dakwat yang dicalit pada jarinya kekal lebih dari dua minggu.. Siapa yang beliau cuba nak perbodohkan dalam hal ini?.. Betullah kata Tun Mahathir... Nak tahu apa Tun Mahathir dah kata sila baca apa yang telah didedahkan oleh Calon PAS untuk Kuala Besut di ( SINI ) |
Calon PAS bagi Kuala Besut dedahkan dakwaan Tun Mahathir adalah benar.. Posted: 12 Jul 2013 01:37 AM PDT Sekitar Mac 2012 lalu, Tun Mahathir dalam satu kenyataannya berpendapat UMNO kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin. Ini semua gara-gara kepimpinan di peringkat Bahagian serta Cawangan yang menyekat kemasukan golongan profesional cerdik pandai ke dalam UMNO. "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. "Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya. Lagi apa kata Tun Mahathir silalah baca di ( SINI ) Kata-kata Tun itu telah diterjemahkan oleh banyak pihak sebagai membawa maksud kini hanya orang-orang yang bodoh tinggal bersama UMNO kerana golongan cerdik pandai tiada dalam UMNO sebab dihalang menyertainya seperti yang dimaksudkan oleh Tun. Kenyataan Tun itu hari ini terbukti benar dan ianya telah disahkan secara tidak sengaja oleh Calon PAS untuk PRK Kuala Besut, Azlan Yusof. Beliau mengakui pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan di kampungnya tetapi menegaskan ia dilakukan masa "tidak cerdik".. Atau dalam lain ayat jawatan itu telah disandang ketika zaman bodohnya.. oleh kerana beliau kini telah cerdik maka ditinggalkannya UMNO bersama-sama golongan yang masih kurang cerdik.. Laporan berkaitan.. Azlan: Dulu tak cerdik masuk Umno, tapi dah baligh dah Calon PAS untuk pilihan raya kecil Kuala Besut Azlan Yusof hari ini mengakui pernah bergiat sebagai ketua pemuda Umno cawangan di kampungnya tetapi menegaskan ia dilakukan masa "tidak cerdik" "Zaman dulu orang kampung saya, orang PAS ada lapan orang sahaja," katanya ketika diminta mengesahkan perkara itu oleh pemberita dalam sidang media selepas penamaan calon hari ini. Diasak oleh wartawan supaya beliau mengakuinya, Azlan (kanan) berkata: "Betullah... Tapi sekarang ini orang muda kampung saya boleh dikatakan semua bersama saya. Malam tadi hampir semua orang kampung keluar pasang bendera. "(Masuk Umno) dulu masa tak cerdik, tapi dah baligh dah. Tapi sekarang dah cerdik dah," katanya sambil diiringi ketawa kecil. Azlan juga berkata beliau bersedia berdepan dengan pelbagai tohmahan kepada beliau sepanjang kempen pilihan raya kecil ini dan menganggap tindakan itu "perkara biasa". "Kita bersedia, janji kita tak buat benda yang dilarang oleh Allah. Orang kata apa, silakan. 'Harap (kurang tohmahan). Calon sana kita kenal keluarga dia, dia kenal keluarga kita. "Datuk Idris (Jusoh), kita kenal juga, dia juga sayang dekat kita," katanya yang menolak kempen memburukkan peribadi sepanjang proses berkempen. Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azlan dan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman . Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham A Rahman Mokthar daripada BN menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian A Rahman akibat kanser ~ Malaysiakini Jadi... jika golongan cerdik pandai dihalang dari menyertai UMNO dan golongan yang tidak lagi 'kurang cerdik' pula meninggalkan UMNO.. Golongan yang bagaimana agaknya kini berada dalam UMNO?? Macai-macai UMNO dah mula menyerang Calon PAS ini.. ramai yang memperlekehkan kelulusan yang dimilikinya... mereka mendakwa beliau hanya memiliki SPM sahaja.. Bagi aku biar memiliki SPM malah tak lulus SPM sekalipun, asalkan beliau sedar akan beratnya amanah yang hendak dipikul itu.. itu jauh lebih baik dari memiliki PhD sekalippun tetapi tidak langsung memiliki amanah.. Lagipun ADUN tugasnya hanyalah membawa dan menyelesaikan masaalah rakyat bukannya menggubal dasar seperti Ahli Parlimen.. Dan aku bangga dengan calon dari PAS ini.. biarpun hanya memiliki SPM beliau telah membuktikan beliau mampu berjaya dalam hidupnya lebih baik dari golongan yang ada PhD.. Beliau membuktikan tidak semestinya kita gagal dalam hidup bila kita gagal dalam pelajaran, usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil... TAKBIR!!! Kalau dah berjaya dalam perniagaannya apa salahnya beliau memiliki banyak kereta? |
Alvin Dan Vivian Ajak Umat Islam Bukak Puasa Dengan Sup Babi?.. Betulke? Posted: 11 Jul 2013 11:30 PM PDT Semalam, pasangan porno Alvin dan Vivian telah memuat naik sekeping gambar yang tertera ucapan 'Selamat Berbuka Puasa.. Dengan Bak Kut Teh.. wangi, enak dan menyelerakan' di laman FaceBook milik mereka. Nota yang disertakan bersama gambar itu ialah "Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!" Berikutan itu ianya menimbulkan kemarahan banyak pihak, ini kerana apa yang kita tahu 'Bak Kut Teh' itu ialah sejenis sup babi jadi tindakan Alvin dan pasangannya itu sememangnya biadap. Tambahan pula logo 'HALAL' diletakkan dihujung bawah kanan gambar tersebut, mereka boleh dianggap sebagai mempersenda logo itu pula.. Maka dengan itu melentinglah seorang macai UMNO tanpa usul periksa.. Tulisanya disiarkan di mynewshub Dulu penulis tidak kisah dan rasa adalah menjadi hak Alvin dan terutama Vivian yang mempunyai kemaluan yang mampu LRT buat u-turn mensensasikan video peribadi mereka. Namun, kali ini mereka sudah terlalu keterlaluan. Bukan mahu memberikan publisiti murahan yang mereka mahukan itu, tetapi kalau benda ini tidak diketengahkan, penyokong DAP macam mereka berdua ini akan makin menjadi. Lihat gambar di atas, mereka membuat poster di mana kedua mereka sedang menikmati Bak Ku Teh (sup tulung rusuk babi) dan mengajak umat Islam berbuka puasa dengan hidangan tersebut! Ia dimuat naik ke laman Facebook milik mereka. Lu dua cibai betul-betul sudah over la ini kali… Siap ada logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) lagi di poster mereka. Nampak sangat la satu pasangan Cina yang gagal menarik perhatian dan minat orang ramai dengan bakat tidak seberapa mereka apabila turut meletakan alamat saluran tv online mereka pada banner itu! Berharaplah orang akan menonton beramai-ramai nanti. Bangsat dua ni pastinya faham, babi adalah sesuatu yang sangat taboo atau buruk di jiwa dan akidah orang Islam….namun, disebabkan terdesak mahukan perhatian…mereka sanggup menghina orang Islam begitu sekali! Penulis perlu menekankan perkataan Cina kerana mereka sengaja membawa unsur babi dalam kepercayaan masyarakat Islam… mereka faham siapa mereka dan apa yang mereka sedang buat. Selepas aksi buat projek dan buah dada kecik tak laku…terpaksa menghina agama orang untuk popular ~ AK47 Perenggan terakhirnya penulis tersebut menyalahkan seluruh komuniti Cina pula sedangkan apa yang dilakukan oleh pasangan itu juga tidak dipersetujui oleh masyarakat Cina.. Sebenarnya, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 lalu membuktikan undi Cina bukanlah penting sangat (tanpa undi mereka BN tetap bentuk kerajaan), jadi tak perlu sangat nak jaga hati masyarakat itu sekarang… jadi sumbat aje kedua pelakon porno yang gagal itu ke penjara … atas kesalahan menghina kepercayaan dan agama rasmi negara ini…atau apa-apa yang sesuai… Tak perlu risau apa-apa atau terlalu berlembut…. Bukan aku nak pertahan tindakan pasangan itu.. tetapi dalam menjalani ibadat puasa ini kita digalakkan agar banyak bersabar, jangan cepat melenting tak tentu hala.. Tambahan pula hanya berasaskan pengetahuan kita yang dangkal kita menganggap apa yang dilakukan oleh orang lain itu salah.. sedangkan ianya tidak.. Penulis yang menggunakan nama AK-47 mendakwa Bak Kut Teh yang dipromosikan oleh pasangan tersebut adalah sup tulung rusuk babi yang haram.. macam mana dia yakin entahlah.. Bagaimana pula jika 'Bak Kut Teh' yang dipromosikan itu halal? Apa yang perlu kita tahu dalam hal ini ialah.. Tidak ada 'Bak Kut Teh' yang disahkan halal sebelum tahun 2009 tetapi pada Disember 2009 ianya telah diperkenalkan di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).. Ini laporan dari Bernama.. Bah kut teh halal di expo makanan Makanan kegemaran masyarakat Cina, bak kut teh, yang pertama kalinya disediakan dengan menggunakan resepi halal boleh dinikmati di karnival "Fabulous Food 1Malaysia" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 18 hingga 20 Dis ini. Ia akan disediakan oleh chef eksekutif Hotel J W Marriot di Kuala Lumpur, Zaffar Abdul Samad untuk 300 pelanggan setiap hari, kata Eileen Chew, pengarah projek dan perhubungan awam Expomal International yang menganjurkan karnival itu bersama-sama Pelancongan Malaysia. "Seperti makanan tradisi masyarakat Melayu iaitu nasi lemak yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia, kami juga mahukan makanan tradisi popular masyarakat Cina ini mampu dirasai oleh kaum lain," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini. Hidangan halal itu akan menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang akan dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren. BERNAMA |
Gambar Dan Video Sekitar Penamaan Calon Pilihanraya Kecil N-01 Kuala Besut Posted: 11 Jul 2013 08:56 PM PDT Biarpun tidak sempat menyertai perarakan, namun Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hadir pada penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Kuala Besut, pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengetuai perarakan calon PAS. Perarakan sejauh kira-kira dua kilometer menuju tempat penamaan calon turut disertai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut. Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali juga turut mengiringi calon PAS, Azlan Yusof yang disertai kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Sebelum berarak, Tuan Guru Abdul Hadi mengimamkan solat hajat bermula jam 7.45 pagi di Masjid Kampung Raja. Para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tiba lebih awal lagi biarpun dalam.keadaan hujan renyai-renyai. Perarakan ke pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda Kuala Besut, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Besut bermula jam 8.00 pagi. Calon PAS dan pemimpin Pakatan mulai masuk ke kawasan itu jam 8.30 pagi. Azlan beserta penyokong dan pencadang memasuki pusat penamaan calon jam 9.00 sebaik sahaja dibuka ~ Harakahdaily |
PKR Perlu Bebaskan Rumah Ketua Wanita Negeri Pulau Pinang Posted: 11 Jul 2013 08:28 PM PDT Nasib yang dialami oleh Ketua Wanita PKR Negeri Pulau Pinang, Norhayati Jaafar di mana rumahnya disita oleh mahkamah ekoran kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada seseorang yang telah menyamannya seperti mana dilaporkan seharusnya diberi perhatian. Rumah Norhayati terletak di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam Pulau Pinang disita semalam atas perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sekiranya beliau gagal melunaskan ganti rugi berkenaan dalam masa 14 hari semua barangan di dalam rumah itu akan dilelong. Kita sangat berharga semoga nasib atau masalah dihadapi Norhayati akan diselesai dalam tempoh terdekat. Semua pihak kena sedar kronologi yang dilalui oleh Ketua Wanita PKR itu ialah dalam tindakan untuk membela partinya. Tidak ada apa-apa keperluan untuk beliau berbuat begitu kalau bukan untuk parti. Norhayati disaman oleh kerana beliau dikatakan memfitnah penyaman itu dengan menuduh penyaman itu tidak berakhlak, berpengetahuan dalam agama dan penyaman itu juga mencadangkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Ismail bercerai dengan suaminya Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Umum PKR. Tuduhan Norhayti Jaafar itu dibuat dalam satu sidang akhbar kemudian disiarkan dalam media massa termasuk Harakah. Selain Norhayati berberapa pihak lain juga disaman. Walaupun apa yang dilakukan Norhayati diluar pengetahuan dan arahan parti, tetapi parti kena ambil peduli kerana ia berbuat begitu demi parti. Tidak ada apa-apa kepentingan untuk dirinya atas kenyataan yang menyebabkan dia difitnah. Dalam hal ini seluruh ahli PKR boleh berpakat untuk membantu Norhayati. Tidak menjadi masalah kalau kutipan derma di kalangan ahli dilakukan untuk membantu Norhayati. Kalau kutipan untuk tujuan aktiviti parti lain boleh dibuat kenapa tidak untuk membantu ahli parti yang teraniaya? Begitu pun kutipan seperti itu bukan patut dijadikan amalan tetapi setidak-tidak untuk dijadikan iktibar di masa akan datang. Ahli parti khasnya penjawat jawatan hendaklah berhati-hati dalam membuat kenyataan walaupun atas tujuan hendak membela parti dan pemimpin atasan. Juga apa yang boleh diambil iktibar sudah menjadi sunatullah dalam politik mana-mana ahli yang mendapat musibah ia akan tanggung sendiri. Semoga kes dihadapi Norhayati itu akan diatasi dengan baik dan PKR akan menunjukkan sikap bertanggungjawab dan ehsan kepada ahli-ahlinya. ~ MSO |
Polis jangka Lebih 20,000 Penyokong PAS, Umno Sertai Hari Penamaan Calon Posted: 11 Jul 2013 05:00 PM PDT Polis menjangkakan lebih 20,000 penyokong parti bertemu di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda pada Jumaat bagi memberi sokongan kepada calon mereka untuk pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut. Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohamad Zakaria berkata, laluan telah ditetapkan kepada para penyokong Umno dan PAS untuk berarak ke pusat itu. Katanya, penyokong PAS akan menggunakan laluan dari Pejabat Agama Besut manakala penyokong Umno akan berjalan dari tempat letak kereta stadium mini ke kompleks. "Para penyokong bagi kedua-dua parti akan diasingkan dengan jarak 100 meter antara satu sama lain. "Ini adalah penting untuk memastikan keadaan aman di kedua-kedua pihak," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis di sini, Khamis. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan