. |
- Noh Omar Perlu Kurangkan Sikit Bengkengnya
- Gambar Menceritakan Seribu Rahsia
- Penolakan Pestisyen Seolah Dirancang?
Noh Omar Perlu Kurangkan Sikit Bengkengnya Posted: 29 Jul 2013 11:36 PM PDT RENUNGAN ZOHOR Dulu kalau sebut harimau atau singa semua orang takut kerana binatang ini sangat bengkeng dan ganas. Kuku dan taringnya tajam berkilau. Tidak boleh salah sikit akan dibaham dan dikekahnya binatang lain. Tetapi hari ini, dunia sudah berubah... kebengkengan kedua binatang ini juga sudah berkurangan. Mereka tidak dapat boleh bengkeng sangat kerana habibat mereka sudah terusik. Mereka perlu banyak berkompromi dengan perubahan zaman. Kalau mereka terus dengan perangai bengkeng, ibarat kata akan kelaparanlah mereka. Tidak ada siapa yang ingin berkongsi dan bersimpati dengan mereka. Banyak binatang yang menjadi mangsa mereka sudah pupus ataupun melarikan diri meninggal hutan belantara kerana sudah diroboh. Jadi makanan mereka sudah tidak banyak lagi. Kalau harimau dan singa boleh cool down dan mengurangkan kebengisan dan kebengkengannya apalah tidak dengan bekas menteri, Noh Omar. Rasanya Noh juga boleh kurang bengkeng dan tidak bengis sangat. Walaupun kita baru dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, jawatan itu bukan lesen untuk menjadi bengkeng dan cengeng. Saya merujuk ini kepada komen Noh terhadap apa yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Pristana berhubung dengan kejadian penyiaran gambar budak-budak India makan nasi di bilik persalinan dan bukan di kantin. Apa yang berlaku itu salah teknik saja dan ia tidak besar sangat. Ia bukan isu negara. Gara-gara kemasukan gambar itu dalam facebook, Noh mendesak agar pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan kepada orang yang memuat turunkan gambar berkenaan dalam facebook. Katanya kalau perlu dakwa mereka di bawah Akta Hasutan. Aduh... sikit-sikit nak guna akta itu inilah yang menyebabkan orang makin marah dan murih dengan Umno. Kalau pun benar ada ibubapa yang terlanjur dan bersalah tidak payah heret menggunakan tali besi bernama Akta Hasutan itu. Kejam sangat bunyinya. Panggil saja ibubapa atau sesiapa terlibat jelaskan dengan baik. Sebagai manusia ibubapa itu akan dengar dan menerima penjelasan. Noh perlu tahu sejarah penggubalan akta hasutan adalah untuk tangkap kominis dan subversif, bukannya untuk diguna mengheret ibubapa yang bermain dengan facebook. Kalau pihak pembangkang kata kerajaan menyalahgunakan akta hasutan marah. Biar cerdiklah sikit dan tunjukkan kita sebagai pemimpin yang terbuka, tenang dan pro. Jangan salah sikit nak didakwa dibawah akta itu. Sebagai seorang lawyer (walaupun tidak praktis), Noh mesti tahu akan semangat dan keperluan akta berkenaan. Sebenarnya hari pertama lagi apabila melihat gambar murid India makan di 'tandas' itu saya tidak setuju. Kenapa harus dipostkan gambar seperti itu. Tetapi tindakan itu tidak boleh dimarahi kerana facebook atau media sosial kini adalah menjadi medan atau perantaran menyampai maklumat terbaik. Iya juga sangat berkenaan dan pantas diberi respons. Keberkesanannya jelas apabila setelah gambar itu dipostkan, pihak kementerian pendidikan sendiri memberi perhatian. Muhyiddin Yassin sendiri mengarah pegawai kementerian menyiasatnya apa yang dilaporkan itu. Saya yakin kalau tidak kerana gambar itu, ia tidak akan dipedulikan. Nama sekolah itu pun tidak akan ada dalam kepala Muhyiddin. Untungnya dengan penyiaran gambar itu kerajaan telah memberi peruntukan untuk membesar dan menyudahkan kantin sekolah itu. Ini hikmat dan rahmatnya. Noh sendiri khabarnya bersetuju untuk memberi sumbangan RM20,000 untuk pembesaran kantin. (Jangan janji saja) Nah, itulah kesan daripada posting gambar berkenaan. Mungkin walaupun sekolah itu terletak dalam Selangor, Noh tidak akan mengetahui masalahnya kalau bukan kerana gambar-gambar budak India yang makan di tandas itu disiarkan. Selepas ini eloklah kalau ada apa-apa kejadian menyolok mata atau kejadian tidak menggambarkan keadaan persekolahan dipostkan dalam media sosial. Kepada Noh bin Omar cukuplah jangan bengkeng sangat. Jangan melepaskan kemarahan dan kemurihan kerana Selangor tidak dapat dirampas kepada ibubapa murid sekolah berkenaan. Sebaiknya apa yang berlaku jadikan iktibar. Semua pihak harus menyelesaikan isu dengan baik. Malu kat orang weh... Apa kata kalau orang Amerika tengok, mereka akan ketawa cara kita bertindak. Begitu juga ibubapa bukan saja di sekolah itu tetapi di tempat-tempat lain juga sebelum merakam sesuatu dan dimuatkan dalam facebook fikir dulu sebelum berbuat apakah implikasinya. Seeloknya sebelum terus membuat pengeposan hubungi dulu pihak sekolah atau bertanya kepada mana-mana pihak kedudukan sebenar sesuatu perkara itu. Apabila apa yang dibawa tidak diendahkan barulah dibuat posting. [wm.kl.2:35 pm 30/07/13] | ||
Gambar Menceritakan Seribu Rahsia Posted: 29 Jul 2013 03:08 PM PDT MENANTI SUBUH Isu kerjasama di antara Umno dengan Pas kononnya untuk kebaikan bangsa dan agama nampaknya terus diperkatakan. Walaupun pucuk pimpinan tertinggi Pas sudah menegaskan berkali-kali tiada kerjasama dengan Umno kerana sebab-sebab sedia maklum, namun penegasan itu seakan tidak dipedulikan.
Khabar terbaru satu pertemua sulit yang khusus membincang masalah ke arah kerjasama itu yang diusahakan oleh sekumpulan cerdikpandai telah diadakan, di mana pertemuan itu dihadiri sekurang-kurang dua pemimpin ternama daripada Pas. Persoalan timbul apakah kehadiran mereka atas sifat peribadi ataupun atas arahan pemimpin tertentu dalam Pas. Saya menerima kiriman beberapa keping gambar rakaman pertemuan berkenaan. Menurut catatan ia dilangsungkan di sebuah rumah salah seorang cerdikpandai yang menjadi penganjurnya terletak di Damansara? Mungkin bagi pihak mereka yang tidak senang dengan aktiviti sebegini pertemuan itu boleh dianggap membelakangkan parti di mana ia memerlukan penjelasan. Pemimpin Pas yang menghadiri pertemuan berkenaan perlu memberi penjelasan agar rakaman gambar yang tertera ini tidak menimbulkan fitnah. (Gambar berkenaan telah saya masukkan dalam facebook saya). Bagaimana pun jika diteliti kepada rakaman gambar-gambar itu ia serius lengkap dengan agenda yang dibincangkan. [wm. kl.6:02 am 30/07/13] | ||
Penolakan Pestisyen Seolah Dirancang? Posted: 29 Jul 2013 03:26 AM PDT BERITA Ketua Hakim Negara Ariffin Zakaria wajar mengambil perhatian berhubung desakan Pakatan Rakyat supaya campur tangan dan menilai secara keseluruhan berhubungan penolakan beberapa petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh pakatan itu. Perhatian Ketua Hakim perlu bagi mengelakkan timbul persepsi buruk rakyat kepada ketelusan mahkamah kerana jika tidak rakyat akan hilang kepercayaan dan integriti mahkamah akan terhakis. Hal ini disebut Anwar ekoran penolakan petisyen dibuat Pakatan Rakyat hanya kerana alasan yang kecil dari segi kesalahan teknikal saja serta alasan-alasan yang tidak munasabah. Beliau memberi contoh penolakan pestisyen Dun Seling dan Parlimen Ketereh di Kelantan dikemukakan Pakatan Rakyat hanya kerana kesalahan kecil kerana pempetisyen tidak menyerah sendiri petisyen mereka sebaliknya diwakili peguam yang dilantik. Penolakan itu mengejutkan kerana menurut Anwar perkara itu lazim peguam yang dilantik menyerahkan petisyen bukan pempetisyen. Begitu juga dengan alasan Hakim pestisyen di kerusi Dun dan Parlimen itu ditolak kerana tidak cukup bukti ia membingungkan. Sekali lagi alasan itu mengejutkan dan tidak kemas kerana soal bukti cukup atau tidak ia bergantung kepada proses perbicaraan kelak. Hakim tidak patut membuat penilaian terhadap fakta-fakta yang dikemukan dalam petisyen tetapi patut memberi laluan perbicaraan sepenuhnya. Selain itu kos yang dikenakan juga tidak munasabah kerana ia terlalu tinggi yang belum pernah terjadi sebelum ini. Misalnya kos untuk petisyen Dun Telok Bahang di parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang, Hakim mengenakan kos hingga RM120,000 jumlah ini dianggap melampau yang belum pernah berlaku dalam sejarah. (Gila...) Menurut Anwar kebiasaan kos kalau Mahkamah Tinggi antara RM5,000 hingga RM10,000 saja, manakala Mahkamah Rayuan antara RM15,000 paling tinggi pun RM30,000. Mungkin Hakim berkenaan mahu mencipta rekod dunia dalam bidang kehakiman? Dengan penolakan itu Anwar menyisatkan ia seolah-olah ada perancangan agar petisyen itu tidak diteruskan kerana ingin mengelak berlaku perbicataan terbuka mengenai penyelewengan pilihan raya. "Penolakan ini seolah-olah Hakim diberi tahu agar jangan memberi ruang bagi mengelakkan berlaku perbicaraan umum," kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini. |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan