Biaqpila |
- PANAS!!! SAKSIKAN 3 ORANG JUTAWAN TERBARU DI MALAYSIA
- RAHSIA ALAM ROH YANG KITA TIDAK PERNAH AMBIL TAHU KEWUJUDANNYA
- DALANG PENGGULINGAN MORSI TERSEBAR
PANAS!!! SAKSIKAN 3 ORANG JUTAWAN TERBARU DI MALAYSIA Posted: 05 Jul 2013 05:09 AM PDT Untuk lihat kartun lain sila klik di sini RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
RAHSIA ALAM ROH YANG KITA TIDAK PERNAH AMBIL TAHU KEWUJUDANNYA Posted: 04 Jul 2013 09:00 PM PDT Alam roh merupakan titik bermulanya pengembaraan manusia sebelum menempuh alam-alam yang seterusnya. Masih ramai dalam kalangan kita yang tidak pernah ambil tahu akan kewujudan alam roh. Oleh itu, rahsia disebaliknya akan didedahkan untuk kesedaran kita semua. Alam roh merupakan tempat berkumpulnya roh-roh di mana manusia tidak mempunyai jasad. Tidak ada jantina lelaki ataupun perempuan. Bagaimana keadaan kita pada masa itu? Sangat sedikit yang kita ketahui berkenaan dengan alam roh itu. Firman Allah S.W.T: وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً Maksudnya: "Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." [Surah Al-Isra' ayat 85]. Tetapi apa yang pasti semasa berada di alam roh, manusia sangat rapat dengan Tuhan. Sehinggakan pengakuan ini dicatat di dalam Al-Qur'an. Firman Allah S.W.T: وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنفُسِهِمْ أَلَسْتَ بِرَبِّكُمْ قَالُواْ بَلَى شَهِدْنَا أَن تَقُولُواْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ Maksudnya: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi." Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." [Surah Al-A'raf ayat 172]. Pada ketika itu, roh sangat kenal dan mengakui akan keesaan Allah S.W.T sebagai Robb (Tuhan yang menciptanya). Pada ketika itu juga roh telah berjanji untuk menjadi hamba Allah yang patuh. Perjanjian ini termeterai di antara manusia dengan Allah sehinggakan manusia sanggup memikul amanah sebagai khalifah di muka bumi. "Walaupun semua makhluk lain menolak untuk memikul amanah ini, tetapi manusia pula sebaliknya dengan menyatakan kesanggupannya untuk memikul amanah tersebut." Dan kesediaan inilah menyebabkan manusia menjadi pelakar sejarah dalam kehidupan di muka bumi dan memberi impak yang besar serta memberi kesan kepada kehidupannya sendiri. Firman Allah S.W.T: إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ إِنَّهُ كَانَ ظَلُوماً جَهُولاً Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil)." [Surah Al-Ahzab ayat 72]. Tidak diketahui berapa lama tempoh manusia berada di alam roh. Namun yang pastinya, setiap manusia mengambil giliran masing-masing untuk diturunkan ke alam dunia. Kita pun datang ke bumi dari generasi ke generasi. Sayangnya, pengakuan, perjanjian, kesanggupan dan segala-gala yang berlaku di alam roh seolah-olah sudah dilupakan oleh manusia. Mengapa boleh terjadi hal sedemikian? Memang logik manusia sudah lupa kerana alam roh itu sudah begitu lama manusia tinggalkan. Sedangkan hal yang berlaku setahun atau sebulan mahupun seminggu yang lalu pun manusia boleh terlupa, inikan pula entah berapa ratus atau ribu tahun sudah manusia tinggalkan alam roh tersebut? Wallahua'lam. Semoga kita dapat ambil pengajaran mengenai kehidupan kita semenjak di alam roh dahulu. nukeufo89 RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
DALANG PENGGULINGAN MORSI TERSEBAR Posted: 04 Jul 2013 07:54 PM PDT Bangun seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-jazeera misr sudah berubah wajah.. semalam saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh mesir, terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kedapatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden mursi. Penentang morsi hanya kelihatan di dataran tahrir dan istana ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang. Stesen Misr25 telah di tutup oleh junta tentera mesir. dan beberapa stesen lain. stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin "Misr25" Salafi, "Rahmah" dan "An-Nas" ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Stesen TV ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua tentera di media (menteri pertahanan mesir yang dilantik mursi/pengkhiyanat). Berita dari ikhwan, menyebut, timbalan menteri KDN mesir, merangkap ketua polis kaherah, telah ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah bersama gerombolan polis, untuk memberi air mineral dan jus kepada puak tamarrud/golongan mubarak. sedangkan di himpunan masjid rabaah (penyokong mursi) dikepung tentera, dan amaran tembakan ke udara diberikan untuk menakut-nakutkan penyokong presiden mursi. Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi(tentera) adalah menteri pertahanan yang dilantik Presiden mesir Mohamed Morsi, menggantikan tontowi yang dipecat(kemudian diangkat menjadi penasihat presiden). Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi: 1) Digantung perlembagaan buat sementara. 2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan. 3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut. Ini bermakna, mursi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada ketua hakim. umum ketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi masih dikuasai oleh puak mubarak. sudah pasti perancangan jahat dan licik ini disusun rapi, demi memastikan mesir diperintah oleh jenama Mubarak. mubarak berpotensi bebas, sekali dengan sekutu-sekutunya. Perancangan ini disusun oleh amerika syarikat dan barat, serta beberapa negara arab, untuk memastikan rejim mubarak/sekutu Bashar kembali berkuasa. Berdasarkan kepada 3 perkara penting disebut oleh menteri pertahanan/ketua tentera di atas, perlembagaan yang baru diluluskan pasti terbatal, maka perlembagaan mubarak kembali berkuasa, presiden rakyat tidak diiktiraf maka presiden rejim mubarak/sekutu Bashar diangkat semula dan kuku besi wajib rakyat terima, dekri rakyat dibatalkan dan dekri jenama mubarak akan bertahta semula.. semuanya ini Jalan hendak mematikan pergerakan islam, dan mengangkat semula pentadbiran menjahanamkan islam/rejim mubarak.. Betapa berjayanya kerja-kerja amerika dan barat serta pihak yahudi untuk menjahanamkan pendokong islam. Dr. Morsi, Presiden Republik Arab Mesir mengesahkan bahawa apa yang diumumkan melalui Perintah Ketua Angkatan Tentera adalah suatu yang tidak boleh diterima dan merupakan suatu rampasan kuasa tentera yang ditolak secara total bagi sebuah negara yang bebas dan bagi yang berjuang untuk menjadikan Mesir sebuah negara sivil demokratik. Presiden Dr. Morsi yang merupakan Presiden Republik Arab Mesir dan juga Komander Tertinggi Angkatan Tentera, menegaskan bagi tentera dan rakyat awam supaya mematuhi perlembagaan dan undang-undang dan menolak rampasan kuasa yang membawa Mesir kembali kepada kemunduran dan mengekalkan keamanan dan mengelakkan pertumpahan darah. Dan bagi semua mestilah memelihara tanggungjawab mereka di hadapan Allah, bangsa dan sejarah. Sementara Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara: 1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri. 2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden. 3) Pengkhianatan terbesar. Malam ini (waktu mesir), terbuktilah hakikat sebenar taktik golongan sekular extrem sekutu bashar di mesir. taktik ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh Abdul Fatah As-Sisi dan pakatannya. Sumber Keselamatan: Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara. Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni) DIHARAPKAN MORSI DAN BARISANNYA DAPAT BERTAHAN DAN DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK MENCABAR SERTA BERTARUNG MENJAHANAMKAN KERJA JAHAT PENENTANG ISLAM DARI JUTA TENTERA SERTA PENGKHIYANAT ISLAM DARI GOLONGAN TAMARRUD, BARADAE, AHMAN SYAFIQ, HAMDEN SOBAHI, AMR MUSA DARI GOLONGAN SEKUTU BASHAR, AMERIKA, BARAT DAN YAHUDI.. |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan