Biaqpila |
- MALAYSIA DIBELASAH JERMAN
- BERITA YANG TAKKAN KELUAQ DI MUKA DEPAN UTUSAN
- SIARAN LANGSUNG PENGIRAAN UNDI PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT
- Tentera gulingkan Morsi, penunjuk perasaan berpesta
- PATUTLA BRAHIM ALI SENYAP LAMA...KESIAN SUNGGUH AIH!!!
Posted: 04 Jul 2013 10:11 AM PDT Malaysia dibelasah 0-6 dengan Jerman JOHOR BAHARU, 4 Julai: Skuad hoki negara tewas 0-6 ditangan pasukan No. 1 dunia, Jerman pada perlawanan suku akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, di sini sebentar tadi. Skuad bimbingan Paul Revingthon ternyata gagal menyaingi kehebatan Jerman yang menduduki ranking pertama di dunia dan terpaksa akur dengan kekalahan itu. Malaysia gagal menempatkan diri di tangga ketiga teratas kejohanan tersebut sekali gus memerlukan pasukan itu bekerja keras untuk menang dalam Kejohanan Piala Asia di Ipoh, Ogos ini, yang menjanjikan tiket untuk beraksi di The Hague, Belanda, tahun depan. Sebaik perlawanan dimulakan Malaysia terus diasak bertalu-talu oleh Jerman dengan gol pertama singgah seawal minit kelima hasil pukulan sudut penalti oleh Christhopher Zeller. Selang tiga minit kemudian, gawang gol negara sekali lagi dibolosi oleh Jerman menerusi Linus Butt dan lebih memalukan dua gol lagi bertandang selang dua minit iaitu hasil jaringan Moritz Polk (10') dan Christhopher Zeller (12'). Biarpun sorakan lebih 3,000 penyokong yang membanjiri stadium itu bergema, namun segala percaturan yang dilakukan baik pemain pertahanan negara serba tidak menjadi apabila begitu mudah dibolosi pemain lawan. Padahnya, dua lagi gol berjaya dijaringkan pada minit 16 dan 18 menerusi Moritz Furste dan Thilo Stralkowski. Malaysia berpeluang untuk menjaringkan gol pada dalam minit terakhir melalui pukulan sudut penalti namun benteng pertahanan Jerman ternyata terlalu ampuh untuk ditembusi. Berbeza rentak pada babak kedua perlawanan, pasukan negara kali ini dilihat lebih bersedia menghadapi asakan demi asakan selain menyerang ke kubu pasukan Jerman. Namun ia tidak mencukupi untuk pasukan Malaysia menjaringkan sebarang gol walaupun memperoleh beberapa peluang. Pada perlawanan suku akhir lain, Korea Selatan mengejutkan Pakistan 4-3, England mengalahkan Jepun 5-0 dan Argentina mengecewakan Afrika Selatan 2-0. Pada perlawanan separuh akhir Sabtu ini, Argentina akan menentang England manakala Jerman berdepan dengan Korea Selatan. Malaysia pula akan beraksi pada perlawanan menentukan kedudukan lima hingga kelapan dengan menentang Pakistan manakala Afrika Selatan bertemu Jepun pada hari yang sama. --BERNAMA RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
BERITA YANG TAKKAN KELUAQ DI MUKA DEPAN UTUSAN Posted: 04 Jul 2013 02:11 AM PDT WWW1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada NizarHakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000. Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 31 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif. Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini. Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian. Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama. "Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat. "Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil," jelasnya. Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif. "Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu. "Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah. "Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali," jelasnya lagi. Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012. HD RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
SIARAN LANGSUNG PENGIRAAN UNDI PILIHANRAYA KECIL KUALA BESUT Posted: 03 Jul 2013 11:00 PM PDT Shabery: Pengiraan undi mungkin disiar langsung Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kerajaan bercadang untuk menyiarkan secara langsung proses penjumlahan undi bagi pilihan raya kecil Kuala Besut menerusi saluran RTM. Menurutnya, beliau akan meyakinkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan cadangan itu dan akan berbincang dengan pihak RTM untuk menjadikannya satu kenyataan. "Insya-Allah saya akan berunding dengan pihak SPR termasuk untuk membenarkan kamera kita berada dalam bilik pengiraan undi. "Orang tahu mengira undi bermula 5 petang, orang tahu kalau berlaku 'blackout' pada 5 petang pun gambar masih terang lagi, orang boleh menontonnya secara langsung. "Saya akan bincangkan ia dengan pihak teknikal (RTM)," katanya kepada wartawan selepas merasmikan seminar 'Media dan pilihan Raya Umum 2013' di Kuala Lumpur pagi tadi. MK RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
Tentera gulingkan Morsi, penunjuk perasaan berpesta Posted: 03 Jul 2013 08:17 PM PDT Penunjuk perasaan bergembira di pelbagai pelosok Kaherah sambil melaungkan slogan protentera dan meletupkan bunga api selepas tentera menggantung perlembagaan dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi awal pagi ini. Kelihatan lelaki, wanita dan kanak-kanak mengibarkan bendera Mesir merah, hitam dan putih Mesir ke udara, penunjuk perasaan duduk di bahu dan anggota keluarga bergambar di Dataran Tahrir, pusat demonstrasi yang menarik jutaan orang keluar menentang Morsi dan Ikhwanul Muslimin. "Rakyat dan tentera seiring bersama," mereka bersorak. Dua tahun lalu, di Tahrir terdapat perayaan hampir sama selepas Hosni Mubarak ditumbangkan dan Morsi diangkat sebagai presiden pertama dipilih rakyat. Bagaimanapun popularitinya merosot pada tahun yang sama beliau diangkat ke jawatan itu. Pembangkang liberal dan kiri menuduhnya menolak kompromi dan gagal menangani masalah politik dan ekonomi yang mendesak. Malaysiakini |
PATUTLA BRAHIM ALI SENYAP LAMA...KESIAN SUNGGUH AIH!!! Posted: 03 Jul 2013 06:00 PM PDT "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya... Itu adalah kata-kata Ibrahim Ali yang kelihatan meradang bilamana Najib langsung tak pandang PERKASA yang bermati-matian membodeknya hinggakan kadang kala melakukan perbuatan yang memalukan diri sendiri... Entah apa yang dia nak buat pulak entahlah.. tapi ada Najib kisah itu semua?.. Najib peduli apa kat Ibrahim Ali dan PERKASA tu.. Buktinya orang Hindraf yang menentang kerajaan Najib lantik ke dalam kabinetnya sebagai Menteri.. tapi PERKASA?? Rasa aku lah kalau Najib lantik Ibrahim Ali ni jadi Pengerusi Tabung Haji tentu dia tak marah.. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kesal berikutan kerajaan tidak menghargai peranan mereka sebaik pilihan raya umum (PRU) berakhir. "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya. Beliau berkata, kerajaan tidak mengambil berat isu yang dibangkitkan oleh kumpulan pendesak Melayu, sebaliknya sanggup mendengar permintaan kumpulan lain yang disifatkannya biadap dan menggugut kerajaan. "Nasihat oleh Perkasa langsung tidak dihargai, kerajaan tak endah apa yang ditekankan oleh Perkasa. "Kerjasama baik yang kami berikan tidak disambut baik, sebaliknya kumpulan lain yang lebih agresif, biadap dan guna kaedah menggugut mendapat layanan lebih istimewa," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini. Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengungkit pertemuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Dong Zong dan Hindraf, malah menjemput paderi ke Putrajaya. "Mereka (kerajaan) sanggup dengar permintaan dan aduan daripada kumpulan tersebut tetapi tidak pula dengan Perkasa. "Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" katanya. Ibrahim bagaimanapun tidak menyatakan tindakan yang bakal mereka ambil tetapi menegaskan mereka kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran supaya tidak mempersoal langkah yang akan diambil. "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya. "Kami berjuang untuk agama, bangsa dan negara... perbuatan adalah lebih baik daripada kata-kata," tambahnya lagi. Kedua-dua calon Perkasa iaitu Ibrahim dan Naib presidennya, Datuk Zulkifli Noordin tewas pada PRU13 dan sejak itu, mereka 'tersisih' dari arus politik perdana ~ The Malaysian Insider Kesian kat dia.. Ni video dari Malaysiakini.. darisungaiderhaka RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan