Biaqpila |
- INIKAH MOTIF PEMBUNUHAN PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK?
- WANITA MENGAKU KERAT TEKAK,KEMALUAN DOKTOR
- BOLEH BERENTI AKU NAK BERAK,BOLEH TAK POLIS?
- CUBAAN MEMBUNUH ADA KAITAN DENGAN PENDEDAHAN JENAYAH BABITKAN ANGGOTA POLIS?
INIKAH MOTIF PEMBUNUHAN PENGASAS ARAB MALAYSIAN BANK? Posted: 29 Jul 2013 09:25 AM PDT Pembunuhan Hussain Ahmad Berkaitan Wang RM300,000? Sumber memberitahu Mynewshub, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan. "Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu. "Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil," katanya. (Baca – SEGERA: Pengasas Arab-Malaysian Bank Mati Ditembak Lelaki Tidak Dikenali, Isteri Parah) Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa. Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian. Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan. Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang. "Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan," katanya. mynewshub KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
WANITA MENGAKU KERAT TEKAK,KEMALUAN DOKTOR Posted: 29 Jul 2013 08:40 AM PDT New Delhi: Seorang wanita mengaku membunuh seorang doktor Satish Chandra selepas menyerah diri di balai polis. Mangsa ditemui mati dengan tekak dan kemaluannya dikerat di rumah tetamu kerajaan pada 21 Julai lalu di Govindnagar, Kanpur. Keesokan harinya, petugas kurier muncul di balai polis Govindnagar dengan sebuah bungkusan. Polis terkejut mendapati kemaluan lelaki di dalam bungkusan berkenaan. Mereka kemudian mengaitkannya dengan kes pembunuhan Chandra. Polis kemudian menahan Preeti Balmiki, 25, yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu. Selepas disoal siasat, Preeti mengaku melakukan jenayah itu dan mendakwa Chandra menderanya secara fizikal dan mental sejak 13 tahun lalu dan kini menjadikan adik perempuannya sebagai mangsa. "Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya. "Disebabkan kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di kliniknya pada 2003. "Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya. Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya secara seksual," katanya. Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun. "Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu," katanya. Bercakap mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: "Dia menghubungi saya agar datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius dalam minuman keras yang diminumnya. "Kemudian saya kerat tekak dan kemaluannya dengan pisau bedah," katanya. Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. "Kami akan merayu mahkamah agar dia dirawat," katanya. - Agensi KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
BOLEH BERENTI AKU NAK BERAK,BOLEH TAK POLIS? Posted: 28 Jul 2013 10:06 PM PDT KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
CUBAAN MEMBUNUH ADA KAITAN DENGAN PENDEDAHAN JENAYAH BABITKAN ANGGOTA POLIS? Posted: 28 Jul 2013 06:00 PM PDT Bekas IGP kait tembakan di Jempol dengan pendedahan Sanjeevan Percubaan membunuh pengerusi NGO anti-jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan mungkin ada kaitan dengan pendedahannya baru-baru ini mengenai dakwaan penglibatan anggota polis dengan sindiket jenayah, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menulis dalan Twitter, beliau berharap pihak polis akan melakukan siasatan menyeluruh untuk mengesan suspeknya kerana Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman ekoran pendedahannya mengenai penglibatan polis dengan aktiviti sindiket jenayah dan aktiviti haram. Menurut akhbar TheStar, Sanjeevan ditembak pada kira-kira jam 4.30 pagi semalam di Jempol, Negeri Sembilan. Beliau dilaporkan dalam keadaan stabil tetapi kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Pilah. Astro Awani melaporkan bahawa Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu di simpang berhampiran Taman Cempaka. Menurut laporan itu lagi, Sanajeevan sedang merokok dan menurunkan cermin kereta apabila dua lelaki bermotosikal merah datang dari belakang. Pemboncengnya, menurut laporan itu, kemudian mengeluarkan pistol dan menemba Sanjeevan. Dia cedera di dada kanannya tetapi tak pasti berapa banyak tembakan dilepaskan. Sanjeevan mendapat perhatian umum akhir tahun lepas apabila beliau menganjurkan siri sidang akhbar bersama dengan bekas IGP, Tan Sri Musa Hassan. Antara lain, Musa mendakwa terdapat pegawai polis berpangkat tinggi yang ada kaitan dengan sindiket jenayah. Berikutan ini, Sanjeevan telah menerima beberapa ancaman bunuh dan telah diserang di Kuala Lumpur pada bulan April. MK KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767 NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA? RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan(Iklan Banner),RM10(Iklan Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan