Khamis, 4 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gentar dengan kemarahan Ibrahim Ali, UMNO akan pujuknya..

Posted: 04 Jul 2013 03:01 AM PDT


Pemimpin Umno hari ini dilihat gentar dengan kemarahan Perkasa semalam dan menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali bagi merungkai sebarang kekeliruan.

Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengatakan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Ibrahim.

"Ibrahim Ali memainkan peranan penting kepada Umno," katanya merujuk kepada peranan dimainkan Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Umno perlu adil kepada semua. Akan adil kepada Perkasa dan Ibrahim. Kita akan duduk berbincang dan menjernihkan suasana," katanya yang menyifatkan, Perkasa sebagai mesra Umno dan tidak timbul persoalan parti berkenaan menolak peranan mereka.

Selain Razali, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut menafikan Umno meminggirkan Perkasa.

"Saya tidak nafikan dakwaannya. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen biasa Umno, saya nak beliau tahu Umno tidak pernah meminggirkan Perkasa.

"Tidak betul untuk dia (Ibrahim) marah-marah. Tuntutan mereka boleh dipertimbangkan Umno selagi tidak menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum," katanya.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang reaksi ketika ini.

"Biar Ibrahim Ali tenang dulu. Kemudian kita boleh bincang mengenai kemarahannya," katanya.

Semalam, Ibrahim menyelar Umno kerana tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu meminggirkan Perkasa, sebaliknya memberi layanan baik kepada kumpulan 'biadap' termasuk Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum PRU13.

Berikutan itu, beliau kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran untuk mengambil langkah yang tidak dinyatakannya

Ibrahim Ali kata dia juga hebat seperti Anwar Ibrahim.. (Video Inside)

Posted: 03 Jul 2013 09:26 PM PDT


Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang kononnya telah bercuti 2 bulan daripada memegang jawatannya di NGO tersebut mengadakan sidang media semalam telah meluahkan kekecewaannya terhadap kerajaan BN yang mengetepikan Perkasa.

Beliau berkata Anwar Ibrahim dianggap sebagai seorang ahli politik yang hebat dan popular dengan meraih popularitinya dengan mengkritik kerajaan.

Ibrahim berkata sebenarnya beliau seorang yang mempunyai kualiti ahli politik hebat, cuma beliau tidak ingin mencari populariti dengan mengutuk kerajaan.


Sebab yang memungkinkan Ibrahim Ali marah sangat kepada Najib sila lihat di ( SINI )

Kenyataan Dari TG Nik Aziz Mengenai Isu Di Mesir..

Posted: 03 Jul 2013 08:56 PM PDT


Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.

Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat.

Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain.

Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa.

Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya.

Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam.

Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka. Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini.

Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.

Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir.

Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak.

Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Patutlah Ibrahim Ali marah sangat.. dia pun cium tangan Rosmah jugak, tapi tak dapat apa rupanya..

Posted: 03 Jul 2013 05:30 PM PDT


Dalam kemunculan sulungnya selepas kalah dalam PRU13 yang lalu, Presiden PERKASA telah melahirkan rasa kecewa, marah dan geramnya terhadap Presiden UMNO yang telah dibodeknya habis-habisan sebelum PRU13 yang lalu..

Segalanya itu telah diluahkan dalam pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur semalam setelah hampir dua bulan menyepikan diri, dipercayai kerana memujuk hatinya yang lara.

Malah kerana terlalu geram beliau telah mengugut Najib dengan berkata "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.

Sebelum itu beliau melahirkan rasa dengkinya terhadap HINDRAF dan juga Dong Zong dengan berkata "Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?"

Laporan penuh dan video sila lihat di SINI

Kemuncak dari kekecewaannya itu Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata beliau akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupannya.

"Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi. Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang 'simple' – sederhana,"

Lantaran dari itu khuatir dengan keselamatan penumpang dan pejalan kaki di jalanraya Aspan Alias menyatakan hasratnya untuk berjumpa bagi menasihati beliau supaya membatalkan sahaja niat beliau untuk menjadi pemandu teksi. Baca di SINI

Kekecewaan Ibrahim Ali jelas tergambar bilamana beliau menyatakan Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu.

"Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini"

Kenapa agaknya beliau begitu kecewa dengan Najib kali ini? Ironinya kekecewaannya itu diluahkan setelah beberapa hari setelah Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji..


Pemerhati politik, Shahbudin Husin di dalam blognya, http://shahbudindotcom.blogspot.com. telah mempersoalkan adakah kerana Azeez mencium tangan Rosmah maka dengan itu beliau telah dilantik memegang jawatan tersebut?

Jika benarlah dakwaan Shahbudin itu.. Ibrahim Ali memang patut marah kepada Najib sebabnya beliau juga telah mencium tangan Rosmah tapi apa pun tak dapat..

 
Kesian kat Pak Brahim.. dari cara dia cium tangan Rosmah dalam gambar di atas sekurang-kurangnya dia layak untuk dilantik sebagai Pengerusi Petronas.. tapi apa pun dia tak dapat... ha.. ha.. ha..

Kaya rayalah kroni yang dapat projek 'Sistem e-plat' ni..

Posted: 03 Jul 2013 03:00 PM PDT


Ini adalah sebahagian dari laporan Bernama tentang cadangan perlaksanaan pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat..

Bagi membendung kejadian curi kenderaan yang semakin berleluasa, pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat akan dicadang semula kepada pihak berwajib dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelaksanaan kaedah itu mampu mengatasi pemalsuan nombor pendaftaran pada semua jenis kenderaan.

"Dengan adanya e-plat ini, kita dapat mengesan penjenayah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dapat mengelak kenderaan daripada dicuri," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Polis Diraja Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siputbaru-baru ini.

Beliau berkata kaedah itu dicadang semula memandangkan banyak negara luar menggunakannya dan terbukti mampu mencegah serta mengesan kejadian jenayah, termasuk curi kenderaan.

Sistem e-plat, yang menggunakan teknologi mikrocip atau Radio Frequency Identification (RFID), diguna pakai di beberapa negara maju seperti Perancis dan Australia ~ Bernama

Benda ni pernah dicadangkan suatu masa yang lalu, tujuannya baik tapi jika dikatakan untuk mengelak kenderaan dari dicuri tu aku tak nampakpun macam mana e-plat tu boleh dan mampu menghalangnya..

Rasionalnya apa perlaksanaan e-plet ini?

Pada tahun 2010 yang lalu, seorang Blogger Pro UMNO yang prihatin akan beban yang bakal ditanggung oleh rakyat dengan perlaksanaan ini telah mendedahkan..

Ini sebahagian dari artikel berkenaan perkara ini..

Nampak advance.. Plate Nombor kereta bermicrochip.. tapi akhirnya mungkin akan menjadi seperti kad pengenalan yang bermicrochip kita itu… berapa ramai penguatkuasa yang dibekalkan dengan 'Card Reader' untuk membaca apa yang terkandung didalam microchip itu?

Sumber juga mengatakan pengeluaran Nombor Plate Bermicrochip ini akan diserahkan kepada dua syarikat baru.. yang sudah pastinya syarikat yang dikuasai oleh kroni mereka UMNO/BN… kerana tiada sebarang tender terbuka yang telah dijalankan..

Harga bagi setiap nombor plate yang dikeluarkan itu ialah sekitar RM150.00 dan cuba anda kira berapakah perolehannya atau keuntungannya jika kita letakkan kadar keuntungannya ialah 50% dari hasil jualan.. 50% itu adalah peratusan paling rendah aku letak, kerana biasanya kroni-kroni UMNO/BN ini akan 'mark-up' melebihi 50% malah ada yang mencecah 100%..

Cuma turunkan tandatangan saja..

Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 Juta kenderaan berdaftar ini termasuk Bas, Lori, Motorsikal dan sebagainya yang membayar cukai jalan.. dengan kadar RM150 bagi setiap plate nombor itu berapakah keuntungannya..

20 Juta Kenderaan x RM150.00 = RM3 Billion sahaja dan 50% dari RM3 Billion itu berapa wahai sahabat-sahabatku???

Sumber info dan untuk maklumat yang lebih lengkap sila lihat di Blog  OutSyed The Box

Tiada ulasan: