Khamis, 4 Julai 2013

Addin

Addin


Dalang Sebenar Menggulingkan Morsi Tersebar

Posted: 04 Jul 2013 09:08 AM PDT

Bangun seawal pagi.. Ku lihat siaran Al-jazeera misr sudah berubah wajah.. semalam saluran TV ini menyiarkan gambaran seluruh mesir, terbanyak adalah suasana setiap negeri yang mana kedapatan himpunan berjuta-juta bahkan puluhan juta mungkin diseluruh negara, menyokong dan mendokong pimpinan Presiden mursi. Penentang morsi hanya kelihatan di dataran tahrir dan istana ittihadiyah, hanya sekitar 2 juta orang.

Tetapi baru sebentar tadi, Al-jazeera misr juga sudah tidak berani mengeluarkan gambaran dan liputan seperti sebelum ini (kerana Morsi sudah jatuh). liputan di fokus ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah. kalau Al-jazeera mesir masih berani beri liputan kepada pihak penyokong mursi di seluruh negara, pasti mereka juga mendapat padah seperti beberapa stensen TV lain.

Stesen Misr25 telah di tutup oleh junta tentera mesir. dan beberapa stesen lain. stesen televisyen milik Ikhwan Muslimin "Misr25" Salafi, "Rahmah" dan "An-Nas" ditutup langsung sejurus ucapan Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi. Stesen TV ini ditutup sejurus selesai ucapan ketua tentera di media (menteri pertahanan mesir yang dilantik mursi/pengkhiyanat).

Berita dari ikhwan, menyebut, timbalan menteri KDN mesir, merangkap ketua polis kaherah, telah ke dataran tahrir dan istana ittihadiyah bersama gerombolan polis, untuk memberi air mineral dan jus kepada puak tamarrud/golongan mubarak. sedangkan di himpunan masjid rabaah (penyokong mursi) dikepung tentera, dan amaran tembakan ke udara diberikan untuk menakut-nakutkan penyokong presiden mursi.

Ketua tentera Abdul Fatah As-Sisi(tentera) adalah menteri pertahanan yang dilantik Presiden mesir Mohamed Morsi, menggantikan tontowi yang dipecat(kemudian diangkat menjadi penasihat presiden).

Antara kandungan ucapan Ketua Majlis Tertinggi Angkatan Bersenjata Mesir Abdul Fattah As-Sisi sebentar tadi:

1) Digantung perlembagaan buat sementara.
2) Ketua Hakim Mahkamah Tinggi akan mengetuai sementara kerajaan dalam tempoh peralihan.
3) Memberi kuasa kepada Ketua Hakim untuk mengeluarkan dekri dalam tempoh tersebut.

Ini bermakna, mursi digulingkan, kuasa presiden diberi kepada ketua hakim. umum ketahui, didalam badan kerajaan, jawatan-jawatan tinggi masih dikuasai oleh puak mubarak. sudah pasti perancangan jahat dan licik ini disusun rapi, demi memastikan mesir diperintah oleh jenama Mubarak. mubarak berpotensi bebas, sekali dengan sekutu-sekutunya.

Perancangan ini disusun oleh amerika syarikat dan barat, serta beberapa negara arab, untuk memastikan rejim mubarak/sekutu Bashar kembali berkuasa.

Berdasarkan kepada 3 perkara penting disebut oleh menteri pertahanan/ketua tentera di atas, perlembagaan yang baru diluluskan pasti terbatal, maka perlembagaan mubarak kembali berkuasa, presiden rakyat tidak diiktiraf maka presiden rejim mubarak/sekutu Bashar diangkat semula dan kuku besi wajib rakyat terima, dekri rakyat dibatalkan dan dekri jenama mubarak akan bertahta semula.. semuanya ini Jalan hendak mematikan pergerakan islam, dan mengangkat semula pentadbiran menjahanamkan islam/rejim mubarak.. Betapa berjayanya kerja-kerja amerika dan barat serta pihak yahudi untuk menjahanamkan pendokong islam.
Dr. Morsi, Presiden Republik Arab Mesir mengesahkan bahawa apa yang diumumkan melalui Perintah Ketua Angkatan Tentera adalah suatu yang tidak boleh diterima dan merupakan suatu rampasan kuasa tentera yang ditolak secara total bagi sebuah negara yang bebas dan bagi yang berjuang untuk menjadikan Mesir sebuah negara sivil demokratik.

Presiden Dr. Morsi yang merupakan Presiden Republik Arab Mesir dan juga Komander Tertinggi Angkatan Tentera, menegaskan bagi tentera dan rakyat awam supaya mematuhi perlembagaan dan undang-undang dan menolak rampasan kuasa yang membawa Mesir kembali kepada kemunduran dan mengekalkan keamanan dan mengelakkan pertumpahan darah.

Dan bagi semua mestilah memelihara tanggungjawab mereka di hadapan Allah, bangsa dan sejarah.

Sementara Hateem Bagato bekas Menteri Undang-Undang Mesir berkata, Morsi hanya akan boleh digulingkan melalui tiga cara:

1) Peletakan jawatan atas kehendak sendiri.

2) Perihal untuk membubarkan Dewan Rakyat lalu Presiden mengadakan pungutan suara tetapi majoriti rakyat tidak bersetuju maka tergugur kelayakannya sebagai Presiden.

3) Pengkhianatan terbesar.

Malam ini (waktu mesir), terbuktilah hakikat sebenar taktik golongan sekular extrem sekutu bashar di mesir. taktik ketiga digunakan. Pengkhianatan terbesar oleh Abdul Fatah As-Sisi dan pakatannya.

Sumber Keselamatan: Majlis Tentera menyenaraikan beberapa orang yang termasuk mereka yang dilarang keluar negara.

Antara mereka ialah Dr.Muhammad Mursi (Presiden Mesir), Dr.Mohammed Badik (Mursyidul Am Ikhwan) dan Naibnya Khairat Shatir, Dr.Essom Eryan (Ketua Whip FJP di Dewan Senat) serta Dr.Sofwat Hijazi (Presiden Kesatuan Ulamak Sunni)

DIHARAPKAN MORSI DAN BARISANNYA DAPAT BERTAHAN DAN DIBERI KEKUATAN OLEH ALLAH UNTUK MENCABAR SERTA BERTARUNG MENJAHANAMKAN KERJA JAHAT PENENTANG ISLAM DARI JUTA TENTERA SERTA PENGKHIYANAT ISLAM DARI GOLONGAN TAMARRUD, BARADAE, AHMAN SYAFIQ, HAMDEN SOBAHI, AMR MUSA DARI GOLONGAN SEKUTU BASHAR, AMERIKA, BARAT DAN YAHUDI..



Iklan C (ii)
 


Taib Mahmud Tengah Senang Hati.. Ini Sebabnya

Posted: 04 Jul 2013 07:40 AM PDT

Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.

"Justeru, demi keadilan kepada semua, SPRM berharap semua pihak dapat bersabar sehingga siasatan selesai. SPRM akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," kata suruhanjaya itu.

Badan antirasuah itu juga menjelaskan, mendedahkan dokumen dan fail kes siasatan kepada umum menjadi kesalahan bawah Seksyen 29(4) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Bagaimanapun, menurut SPRM, keadaan berbeza sekiranya kes itu dituduh di mahkamah yang mana fakta kes akan dibentangkan ketika prosiding.

"Oleh itu, SPRM merasakan adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak mendesak SPRM agar mendedahkan kertas siasatan. 

"SPRM sama sekali tidak boleh memenuhi permintaan seperti ini termasuk daripada ahli-ahli Parlimen yang berperanan menggubal undang-undang," katanya merujuk kepada gesaan seorang anggota Parlimen pembangkang.

Setakat hari ini, siasatan berkaitan dengan dakwaan membabitkan Taib masih berjalan dan SPRM telah mengumumkan kemajuan berkenaannya pada sidang media Sabtu lalu, menurut suruhanjaya lagi. ~malaysiakini



Iklan C (ii)
 


Panas!! Yusuff Kalla Bakal Saman Media Putar Belit Kenyataannya Mengenai Anwar

Posted: 04 Jul 2013 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Bekas Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla membantah tindakan media arus perdana Malaysia yang memutar belit kenyataannya, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar memberitahu, beliau dihubungi Yusoff pagi ini melalui telefon bahawa rakannya di Indonesia itu tidak menyangka kenyataannya diputar belit sedemikian.

"Tulisan itu tak benar. Saya akan bantah," kata Anwar, membacakan pesanan teks yang dihantar Yusoff Kalla kepadanya.

"Dari awal saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan sekeras itu," kata Anwar memaklumkan rasa tidak puas hati Yusoff pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menurut Anwar, artikel itu adalah terbitan sebuah laman blog tajaan Umno.

Tambahnya, Yusoff telah menghantar empat surat bantahan kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Eksekutif Berita Harian dan Ketua-ketua Pengarang Kumpulan Berita Harian dan New Straits Times.

"Teman di Jakarta tidak senang. Dia kata ini bukan Pak Yusuff. Bukan caranya dia buat begitu. (Namun) setakat hari ini dan kelmarin belum ada pembetulan," kata Anwar

Justeru Anwar memberitahu, peguamnya dan Yusoff Kalla akan menyelaras tindakan undang-undang terhadap media yang memfitnah kedua mereka.

"Mana-mana ahli Parlimen yang ulang akan kita rujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan Dewan," katanya.

Berita Harian pada 29 Jun lalu melaporkan berita kononnya Anwar mendapat dana besar pihak asing dari Turki, Amerika Syarikat dan Filipina untuk aktiviti perhimpunan Blackout 505.

Laporan tersebut memetik satu wawancara khas Yusoff Kalla bersama portal berita Merdeka On-line di Jakarta, Indonesia. ~keadilandaily




Iklan C (ii)
 


Profesor Pecah Lubang BN.. Saksikanlah!!

Posted: 04 Jul 2013 04:13 AM PDT

Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.

"Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera) yang namanya tak didedah.

"Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah.

"Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

"Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia.

"Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika.

"Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi. ~malaysiakini



Iklan C (ii)
 


Pengerusi SPR Mengakui Dakwat Kekal PRU13 Tidak Bagus

Posted: 04 Jul 2013 12:37 AM PDT


Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di Alor Setar malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU-13.

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj. ~bernama




Iklan C (ii)
 


Berita Panas Yang Pasti Tak Di Siarkan Utusan

Posted: 03 Jul 2013 11:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.

Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif.

Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini.Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian.

Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama."Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat. "Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil," jelasnya.Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif.

"Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif," ujarnya lagi.Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu."Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah.

"Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali," jelasnya lagi.Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012.  ~harakahdaily




Iklan C (ii)
 


SPR Rahsiakan Warna Dakwat 'Kekal' Di PRK Kuala Besut

Posted: 03 Jul 2013 09:40 PM PDT

ALOR SETAR - Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU13.

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

Ketika ditanya mengenai warna dakwat yang bakal digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut, Abdul Aziz berkata ia tidak boleh diumumkan kerana dikhuatiri akan disabotaj. ~bernama



Iklan C (ii)
 


Tuan Guru Nik Aziz Belasah Golongan Ulamak

Posted: 03 Jul 2013 07:57 PM PDT


Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.

Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti.

Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka.

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.

Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M





Iklan C (ii)
 


Morsi Kini Dalam Tahanan Tentera

Posted: 03 Jul 2013 07:19 PM PDT

KAHERAH-MESIR. Tentera Mesir akhirnya menumbangkan Presiden Mohamed Morsi sekali gus mengumumkan pelan tindakan masa depan politik negara ini yang bakal dilaksanakan oleh sebuah jawatan kuasa perdamaian nasional.

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. "Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini," kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad.

Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Ketua angkatan tentera mengeluarkan satu deklarasi petang semalam, menggantung perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua interim negara.

Morsi melalui laman Facebooknya berkata, beliau menolak sekeras-kerasnya rampasan kuasa yang dibuat oleh pihak tentera ini.

Dalam siaran televisyen tempatan, pemimpin tentera dan tokoh politik, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi.

Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu. ~sinar harian




Iklan C (ii)
 


Presiden Morsi Di Gulingkan Oleh Tentera, Adly Mansour Di Angkat Presiden Sementara

Posted: 03 Jul 2013 07:06 PM PDT


Presiden Mesir Morsi telah digulingkan oleh tentera dan menamakan Adly Mansour sebagai president sementara. (Gambar) Puak sekular bergembira dengan tindakan tentera.


Kenali siapa Adly Mansour yang mengangkat sumpah hari ini.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1967, Universiti Kaherah

Diploma Undang-undang Awam Tahun Universiti Kaherah

Diploma Sains Pengurusan Universiti Kaherah pada tahun 1970 [4]
Kerjaya beliau [sunting]

Dilantik pembantu wakil Majlis Negeri di نوفبر 1970
Beliau menyertai untuk berkhidmat kepada Fatwa dan Jabatan Perundangan jawatan Presiden Republik dan wilayah pada bulan Disember 1970

Wakil yang dilantik Majlis Negeri pada tahun 1971

Beliau menyertai untuk berkhidmat kepada Fatwa dan Jabatan Perundangan Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi di Januari 1972

Beliau menyertai untuk berkhidmat kepada Fatwa dan Jabatan Perundangan Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Keadilan pada Februari 1972

Ditugaskan untuk bekerja sebagai penasihat undang-undang kepada Pihak Berkuasa Am untuk bangunan kotak penukar di Kementerian Luar adalah rasmi waktu bekerja dalam tempoh dari Ogos 1973 hingga April 1974

Ditugaskan untuk bekerja sebagai penasihat undang-undang kepada Pusat Kebangsaan bagi Penyelidikan dalam waktu bekerja bukan rasmi dalam tempoh dari Oktober 1974 hingga Ogos 1975, dalam tempoh dari Januari 1977 hingga Disember 1983

Dilantik sebagai Timbalan kategori (b) pada tahun 1975

Timbalan Dilantik Kelas A pada tahun 1976

Beliau menyertai kerja-kerja Pejabat Teknikal Lord Chancellor Presiden Majlis Negeri pada bulan Januari 1977

Dilantik pembantu penasihat kategori (b) pada bulan Ogos 1977

Menyertai bekerja Fatwa dan Jabatan Perundangan Wakaf kementerian, hal ehwal kesihatan dan sosial dan hal ehwal Al-Azhar pada tahun 1978

Ditugaskan untuk berkhidmat dalam jawatankuasa kehakiman pembaharuan pertanian tahun kehakiman di waktu kerja tidak rasmi di Oktober 1980

Dilantik pembantu penasihat Kelas A pada tahun 1980

Ditugaskan untuk bekerja sebagai perunding Sekretariat Majlis Menteri-menteri (Sekretariat perundangan) adalah waktu kerja rasmi pada April 1982

Dipinjamkan ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai penasihat undang-undang kepada Kementerian Perdagangan dalam tempoh dari Disember 1983 hingga April 1990

Dilantik sebagai penasihat kepada Majlis Negeri pada tahun 1984

Dilantik sebagai ejen Majlis Negeri pada tahun 1990

Ditugaskan untuk bekerja sebagai perunding Sekretariat Majlis Menteri-menteri (Sekretariat perundangan) adalah waktu kerja rasmi dalam tempoh dari bulan November 1990 hingga Disember 1992

Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri Majlis Negeri pada bulan Februari 1992

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Mahkamah Perlembagaan Agung pada bulan Disember 1992

Telah dilantik sebagai presiden interim daripada Republik Arab Mesir pada Julai 2013.






Iklan C (ii)
 


Tiada ulasan: