Rabu, 31 Julai 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


APA?? Noh Omar dah gila?

Posted: 31 Jul 2013 08:32 AM PDT


Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya.

Chua sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.

Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

~ Malaysiakini

Lagi Mati Ditembak! Kali ini di Parit Buntar dan gambar mangsa tersebar!

Posted: 31 Jul 2013 02:30 AM PDT


Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.


Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Menurut laporan polis, mangsa juga pernah mempuyai 5 rekod jenayah lampau.



Apa yang 'racist' nya dengan kenyataan Pengetua SMK Shah Alam ni?

Posted: 31 Jul 2013 12:12 AM PDT


Pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam hari ini mengakui bahawa dia telah memberitahu pelajar-pelajar Cina dan India untuk balik ke China dan India semasa perhimpunan sekolah baru-baru ini.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi MIC Shah Alam, A Prakash Rao, Pengetua yang bernama Yati Dani itu juga telah memberitahu Pelajar-pelajar Melayu supaya "Balik ke Indonesia" kerana bising dalam perhimpunan.

"Tetapi Yati telah memberitahu kami bahawa beliau bersedia untuk memohon maaf untuk meminta pelajar-pelajar bukan Melayu untuk 'balik India dan China," kata Prakash, selepas pertemuan dengan Pengetua tersebut awal hari ini.

Hmmm... apa yang racistnya??.. Anak Cina dia suruh balik Cina.. Anak India dia suruh balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia...

Mungkin beliau bukanlah seorang yang punya sifat perkauman atau racist sebagaimana yang dituduh oleh banyak pihak tetapi dikuasai oleh perasaan marah pada ketika itu.

Marah dengan para pelajarnya yang degil dan nakal, yang dah berulang kali ditegur olehnya..

Mungkin juga kemarahan itu terbawa-bawa dari rumah.. maklumlah Raya dah dekat ni.. sebelum nak ke Sekolah bertengkar dengan suami dia pasal Raya ni nak balik rumah emak siapa..

Si suami nak balik kerumah emaknya.. tapi si isteri pula (Pengetua) nak balik rumah emak dia.. panas bertengkar pasal nak balik kemana itu maka pelajarnya pula menjadi mangsa..

Maka keluarlah ayat-ayat.. Anak Cina balik Cina.. Anak India balik India.. Anak Melayu pulak balik Indonesia...

Hakikat yang kita perlu terima ialah bukan mudah untuk mengawal disiplin para pelajar masakini, ramai yang bijak-bijak dan langsung tidak takut akan tindakan yang akan dikenakan terhadap mereka oleh pihak Sekolah.

Malah para Guru pula yang takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka.. kerana silap langkah bukan masa depan pelajar itu yang gelap tapi masa depan dan periuk nasi mereka sendiri yang terancam dengan tindakan susulan oleh Ibu Bapa pelajar.

Kerana ramai Ibu Bapa yang terlalu sayangkan anak mereka dan lebih mempercayai anak mereka sendiri dari Guru-guru yang diamanahkan untuk mendidik anak-anak kita dan mereka akan bertindak terhadap Guru-guru itu hanya berdasarkan apa yang diberitahu oleh anak-anak mereka.

Contohnya dalam hal yang telah berlaku ini.. silap cakap saja Kementerian Pelajaran nak ambil tindakan.. tambahan pula yang mula-mula membangkitkan isu ini ialah Ketua MIC...

Semalam Malaysiakini melaporkan..

Kementerian siasat kenyataan 'balik China, India'  
Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan terkini seorang pengetua sekolah menengah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan perkauman, kata timbalan menterinya P Kamalanathan.  
Katanya, perkara itu sudah dibawa ke perhatian kementerian dan siasatan segera akan dilakukan.  
"Kita tidak sesekali membiarkan perkara ini... Jika dakwaan ini benar, tindakan mesti diambil," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.  
Beliau merujuk kepada Ketua MIC Shah Alam A Prakash Rao yang mendakwa ibu bapa mengadu kepadanya berhubung perkara itu.  
Prakash mendakwa, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah memarahi pelajar India dan China dengan menyuruh mereka "balik India dan China".  
Ibu bapa mendakwa, pengetua itu marah apabila pelajar membuat bising semasa ucapannya dalam perhimpunan sekolah.  
Sebelum ini, naib presiden Gerakan A Kohilan Pillay menggesa pengetua itu dipecat jika siasatan mendedahkan dia benar-benar mengeluarkan kenyataan itu.  
Katanya, kenyataan itu, jika benar, merupakan simptom "perkauman terang-terangan" di kalangan penjawat awam dan guru-guru, yang berbahaya jika dibiarkan tanpa disemak.  
Insiden terbaru itu muncul selepas kontroversi "kantin bilik persalinan" di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana.

Kakitangan SMK Alam Megah memberitahu Malaysiakini, pengetua itu tidak akan melayan soalan pemberita. 
 
"(Pengetua) tidak akan menerima sebarang panggilan telefon kerana sekolah sudah putuskan tidak membuat sebarang kenyataan melalui telefon," katanya.  
Menurutnya lagi, pengetua juga sebelum itu menghadiri mesyuarat di luar sekolah dan sekarang sedang menunggu "seorang pegawai" lain untuk satu lagi mesyuarat.  
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada pegawai itu dari kementerian ~ Malaysiakini

Nampak tak puak dari parti mana yang bersungguh-sungguh memalu gendang perkauman kali ini?

KPN nafi mengatakan suspek tembak Sanjeevan merupakan rakannya

Posted: 30 Jul 2013 09:30 PM PDT


Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan portal Free Malaysia Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya sendiri.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut.

"Dalam sidang media semalam saya tidak pernah mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu tidak benar, katanya melalui akaun Twitter milik beliau.

"Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini.

"Benar ia merisaukan semua orang dan PDRM melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan kita juga menyeru orang ramai untuk bersama dengan kita membanteras jenayah ini," Abdul Khalid berkata.

Semalam FMT melaporkan Khalid memberitahu suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Sanjeevan dipercayai rakanya sendiri.

Mengikut laporan itu tersebut KPN dilaporkan berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan kerana suspek bukan merupakan penembak upahan tetapi adalah rakan kenalan itu sendiri.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran siasatan sedang dijalankan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Sabtu lalu Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki berhenti di satu persimpangan di Bahau, Jempol.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.

Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil.


~ The Malaysian Insider

Rafidah Aziz belasah Utusan.. Apa macai nak kata?

Posted: 30 Jul 2013 07:00 PM PDT


Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan beliau tersinggung dengan pendirian diambil oleh meja pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang bersikap keras dengan masyarakat Cina kerana menyokong pembangkang.

Bekas ketua Wanita Umno itu memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak bersetuju dengan muka hadapan akhbar itu selepas pilihan raya umum yang menulis, "Apa lagi Cina mahu?"

"Ini sangat salah … tidak betul untuk mengatakan begitu. Saya sangat terkejut.

"Ia bukan satu kenyataan 'yang sihat', untuk dinyatakan," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu mengimbas kembali pengalaman peribadinya mendapatkan undi untuk Barisan Nasional (BN) di kawasan berbilang kaum.

Rafidah mengatakan seringkali menikmati sokongan semua tidak kira sama ada mereka Melayu, Cina atau India dan menambah beliau diterima baik oleh bukan Melayu.

"Kita harus menerima mereka terlebih dahulu dan lain-lain akan melihat dan sedar. Kita harus terbuka dan layan semua orang dengan adil… kita tidak boleh kata sesuatu seperti 'apa lagi Cina mahu' dan lepas dengannya."

Menurut Rafidah sesetengah daripada saat tidak terlupakannya dalam politik datang dari bukan Melayu yang tiada kena mengena dengan Umno.

Bercerita mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki tua (Cina) beliau berkata, "Saya masih ingat kata-katanya, 'aiya… kenapa ini macam jadi… kita manyak suka sama you'."

"Saya terharu akan tetapi saya beritahunya, 'Tak mengapa pakcik… perkara begini kadang-kadang berlaku," katanya.

Beliau menambah, "Saya tidak suka bermusuh… Saya suka buat kawan, ia sangat penting pada saya. Kita semua patut jadi begini."

Apabila ditanya mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX Azran Osman Rani menyelar akhbar berbahasa Melayu itu, Rafidah mengatakan itu adalah hak peribadinya dan di luar "urusan lembaga pengarah."

"Itu adalah kenyataan peribadinya mengenai perkara itu. Tidak bolehkah seseorang menyatakan pandangannya zaman ini?" kata Rafidah yang juga pengerusi AirAsiaX.

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: