Addin |
- DAP Enggan Patuhi Arahan RoS Adakan Pemilihan Semula
- Gambar Mangsa Tembakan Maut Di Parit Buntar Tersebar
- Memalukan!! Muhyiddin Salah Fakta..
- Pengetua SK Pristina Buat Onar Lagi?
- Muhyiddin Idam Jawatan PM, Tapi Beliau Tidak Layak.. Ini Buktinya
- Ketua Polis Negara Nafi Kenyataanya Semalam.. Pulak Dah!!
- Khairy Mahu Undur Dari Jawatan?
- Utusan Malaysia Sudah Terpesong - Rafidah Aziz
DAP Enggan Patuhi Arahan RoS Adakan Pemilihan Semula Posted: 31 Jul 2013 10:08 AM PDT DAP tidak berpuas hati dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang meminta parti itu mengadakan semula pemilihan jawatankuasa parti, kata Lim Guan Eng. Beliau berkata, RoS perlu menjelaskan peruntukan undang-undang mana yang diguna pakai bagi meminta DAP untuk mengadakan semula pemilihan parti. Sementara itu, Gobind Singh Deo yang turut hadir sidang media itu, berkata berdasarkan Seksyen 16 (1), RoS tiada kuasa untuk mengarahkan DAP bagi mengadakan semula pemilihan parti. Katanya, perkara yang tidak berlandaskan undang-undang tidak wajar untuk dipatuhi dan DAP akan mengantar surat kepada RoS esok bagi meminta penjelasan lanjut. "Kami tidak akan menemui RoS tetapi hanya mengirimkan surat dan berharap RoS segera memberi jawapan kerana ini menjadi perhatian kami saat ini. "DAP juga tidak menolak kemungkinan untuk mencabar keputusan RoS di mahkamah tetapi biar kita lihat dahulu jawapan RoS," katanya, menjawab soalan pemberita di ibu pejabat DAP malam ini. Awal bulan ini, Bernama melaporkan, bekas Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G Asoghan mendakwa seramai 547 orang dikenal pasti sebagai 'perwakilan haram' dari Pulau Pinang mengundi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu. Mendakwa perwakilan haram itu mengundi bagi memastikan 'Dinasti Lim' terus berkuasa dalam DAP, beliau meminta Lim memberi senarai lengkap perwakilan yang layak hadir bagi membuktikan tiada pengundi haram. Awal tahun ini, media melaporkan Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal pada pengiraan undi CEC DAP. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Gambar Mangsa Tembakan Maut Di Parit Buntar Tersebar Posted: 31 Jul 2013 07:44 AM PDT Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar. Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut. Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian. Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal. Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu. Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan. ~ cina islam Iklan C (ii) |
Memalukan!! Muhyiddin Salah Fakta.. Posted: 31 Jul 2013 07:07 AM PDT Lim Kit Siang (gambar) hari ini menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf atas kenyataan tidak berasas dan tanpa fakta berkaitan isu pelatih anjing hina Islam. Penasihat DAP itu berkata Muhyiddin harus berbuat demikian kerana kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan hanya satu kaum. "Muhyiddin perlu memohon maaf kerana buat dakwaan tidak berasas dengan menuduh bukan Islam mencetuskan kekasaran terhadap Islam dan sensitiviti Muslim dalam video kontroversi terbaru 1.44 minit," katanya. Lim berkata, semua pihak termasuk Kabinet, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) perlu berganding bahu dalam pembentukan negara bangsa bagi mengelakkan polarisasi agama dalam negara ini. "Bolehkah Muhyiddin memainkan peranannya dalam pembentukan negara bangsa Malaysia?" katanya Lim pada kenyataan media, hari ini, seakan-akan menyindir. Muhyiddin dilapor, berkata insiden itu sebagai gejala buruk yang melanda masyarakat Malaysia dan berharap usaha menggugat kesucian agama tidak sampai ke tahap mencetuskan situasi genting seperti di beberapa negara Islam lain. Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada rakaman terbaru yang tersebar di laman sosial yang memaparkan seorang individu dikenali Chetz membawa tiga anjing bersiar-siar dengan suara latar takbir raya. Walaupun negara aman, katanya perkembangan mutakhir menunjukkan tiada persefahaman dan pengertian mendalam terhadap keharmonian agama dan kaum di negara ini. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Pengetua SK Pristina Buat Onar Lagi? Posted: 31 Jul 2013 04:12 AM PDT M Kula Segaran hari ini menggesa agar Pengetua SK Pristina Mohamad Nasir Mohd Noor (gambar) dikenakan tindakan disiplin kerana mengugut pelajar di sekolah berkenaan. Ahli Parlimen Ipoh Barat dari DAP itu berkata, berdasarkan laporan media pengetua berkenaan telah mengambil gambar murid, yang mana ibu bapanya didakwa telah melaporkan meeka makan di bilik persalinan, dan menggesa tindakan segera diambil atas perbuatan tersebut. "Mohd Nasir dilaporkan telah datang ke sekolah ketika bercuti dan mengambil gambar pelajar bukan Muslim yang disyaki mendedahkanberita mereka makan di bilik persalinan," kata Kula Segaran dalam kenyataannya hari ini. "Tindakan pengetua ini adalah tindakan mengugut dan tidak boleh diterima," tegasnya, yang menyeru Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku Menteri Pendidikan I mengambil tindakan segera berhubung perkara itu. "Bayangkan jenis ketakutan psikologi yang murid-murid yang telah mengalami dan akan terus menderita, "kata beliau dalam satu kenyataan hari ini." Menurut Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu, Guneswari Kelly yang mendedahkan kontroversi pelajar bukan Muslim sekolah berkenaan makan di bilik persalinan telah mendedahkan bahawa anak perempuannya telah tertekan akibat daripada tekanan oleh rakan dan guru-gurunya sejak gambar berkenaan diedarkan. Kula Segaran juga berkata Menteri Pelajaran perlu menangani isu berkenaan dan tidak lagi bertolak ansur. Beliau turut berkata kenyataan Ketua Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar semalam menggesa mereka yang bertanggungjawab untuk memuat naik gambar-gambar berkenaan di bawah Akta Hasutan adalah tidak masuk akal. "Hakikatnya bahawa guru besar dan Timbalan Menteri Pendidikan telah memohon maaf atas insiden kantin menunjukkan bahawa guru besar melakukan kesilapan besar," katanya. "Kenapa ibu bapanya menjadi sasaran?" kata Kula Segaran, dan menambah, Noh seharusnya memuji Guneswari kerana menjadi pemberi maklumat yang cukup baik. Sebelum ini, beberapa gambar telah tersebar di laman sosial yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja. Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan berkata, kementeriannya juga telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah itu sedang dibaik pulih. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Muhyiddin Idam Jawatan PM, Tapi Beliau Tidak Layak.. Ini Buktinya Posted: 31 Jul 2013 12:10 AM PDT Jika Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) yang memang mengidam untuk menjadi Perdana Menteri berjaya mendapat jawatan itu, beliau mungkin akan mewujudkan keadaan negara yang penuh curiga, kemarahan dan konfrontasi antara masyarakat Islam dengan bukan Islam. Malam tadi, di majlis buka puasa, beliau memarakkan api kemarahan apabila memberi amaran kepada masyarakat bukan Islam yang menghina Islam dan menyebabkan ketegangan ketika mengulas mengenai penyebaran klip video yang menunjukkan seorang lelaki seperti mengambil wuduk bersama anjing berlatar belakangkan lagu Hari Raya. Tidak ada justifikasi terhadap kekotoran itu. Jika pihak berkuasa boleh menemui siapa yang menerbitkan klip video itu, mereka patut mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang sedia ada untuk memberi pengajaran dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan berbilang agama ini, jenayah paling serius membabitkan hasutan keagamaan dan persengketaan perkauman. Tetapi, pada masa sama, perlu ada keadilan dan kejujuran terhadap tindakan yang diambil apabila pemimpin negara yang menyentuh mengenai topik sensitif berkaitan bangsa dan agama. Di sini terletaknya kegagalan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno itu apabila beliau gagal bertindak sewajarnya. Adakah pihak berkuasa sudah mengesahkan bahawa orang bukan Islam yang menerbitkan video itu? Atau adakah ia diterbitkan oleh pihak yang ingin melaga-lagakan bangsa demi memperolehi keuntungan politik mereka? Jika video itu diterbitkan oleh orang bukan Islam sekali pun, bukankah tindakan timbalan perdana menteri itu berunsur provokatif dan tidak bertanggungjawab apabila secara umumnya memberi amaran kepada semua masyarakat bukan Islam di Malaysia mengenai mempersendakan Islam? Beliau juga tidak jujur. Beliau berkata bahawa umat Islam di Malaysia tidak pernah menghina Kristian dan penganut agama lain. Dengan jelas, beliau memilih untuk menutup perbuatan Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Nordin dan beberapa lagi yang lain daripada ingatannya. Ibrahim Ali mengugut membakar kita suci Kristian dan Zulkifli mempersendakan agama Hindu. Sehingga kini tidak ada dakwaan dikenakan terhadap mereka. Malah, setiap hari kerajaan membenarkan mereka dan penyokong mereka menikmati kebebasan, dan semua kenyataan menyakitkan hati penganut Kristian dan Hindu itu dibiarkan dan seolah-olah dibenarkan. Jadi tolonglah, Muhyiddin, usah mula meletakkan kesalahan mencipta ketegangan dalam negara tanpa bersikap jujur. Apa yang rakyat harap daripada kerajaan ialah kesamarataan dan keadilan. Tetapi, apa sebenarnya yang kami idamkan ialah pemimpin yang akan bangkit daripada politik partisan dan terus mengekalkan keamanan rakyat Malaysia. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Ketua Polis Negara Nafi Kenyataanya Semalam.. Pulak Dah!! Posted: 30 Jul 2013 10:55 PM PDT Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) menafikan laporan portal Free Malaysia Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya sendiri. Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut. "Dalam sidang media semalam saya tidak pernah mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu tidak benar, katanya melalui akaun Twitter milik beliau. "Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi. Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini. "Benar ia merisaukan semua orang dan PDRM melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan kita juga menyeru orang ramai untuk bersama dengan kita membanteras jenayah ini," Abdul Khalid berkata. Semalam FMT melaporkan Khalid memberitahu suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Sanjeevan dipercayai rakanya sendiri. Mengikut laporan itu tersebut KPN dilaporkan berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan kerana suspek bukan merupakan penembak upahan tetapi adalah rakan kenalan itu sendiri. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran siasatan sedang dijalankan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah. Sabtu lalu Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki berhenti di satu persimpangan di Bahau, Jempol. Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya. Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat. Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Khairy Mahu Undur Dari Jawatan? Posted: 30 Jul 2013 08:12 PM PDT Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin belum memutuskan sama ada mahu mempertahan jawatan pemimpin sayap parti itu pada pemilihan September ini atau sebaliknya. Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau juga tidak tahu jika ada pihak yang ingin merebut jawatan berkenaan. "Saya tidak tahu sama ada terdapat calon yang ingin bertanding merebut jawatan itu dan saya juga tidak tahu sama ada saya ingin bertanding," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa Pemuda Umno di Masjid Asy-Syakirin di KLCC. Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini. Pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) pula akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktember ini. Sementara itu, Khairy dalam ucapannya, berkata Pemuda Umno mempelawa sesiapa sahaja bertanding merebut jawatan dalam sayap berkenaan tetapi mesti berlangsung secara harmoni dan dalam semangat kekeluargaan. "Kita bertanding seperti adik beradik. Tak perlu taktik kotor atau serangan peribadi yang memalukan. Kita mesti pertahankan institusi Pemuda dan seterusnya ubah persepsi rakyat kepada kita. "Siapapun boleh bertanding, tapi kena ingat ia untuk kukuhkan parti. Kalau semata-mata nak lepaskan geram, nanti akhirnya parti yang akan rugi," katanya. Jika ramai menawarkan diri bertanding di peringkat sayap dan MT, beliau berkata, ia menunjukkan Umno masih relevan dalam menjadi wadah perjuangan orang Melayu. ~bernama Iklan C (ii) |
Utusan Malaysia Sudah Terpesong - Rafidah Aziz Posted: 30 Jul 2013 05:46 PM PDT Tan Sri Rafidah Aziz mendedahkan beliau tersinggung dengan pendirian diambil oleh meja pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia yang bersikap keras dengan masyarakat Cina kerana menyokong pembangkang. Bekas ketua Wanita Umno itu memberitahu The Malaysian Insider beliau tidak bersetuju dengan muka hadapan akhbar itu selepas pilihan raya umum yang menulis, "Apa lagi Cina mahu?""Ini sangat salah … tidak betul untuk mengatakan begitu. Saya sangat terkejut. "Ia bukan satu kenyataan 'yang sihat', untuk dinyatakan," kata bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu mengimbas kembali pengalaman peribadinya mendapatkan undi untuk Barisan Nasional (BN) di kawasan berbilang kaum. Rafidah mengatakan seringkali menikmati sokongan semua tidak kira sama ada mereka Melayu, Cina atau India dan menambah beliau diterima baik oleh bukan Melayu. "Kita harus menerima mereka terlebih dahulu dan lain-lain akan melihat dan sedar. Kita harus terbuka dan layan semua orang dengan adil… kita tidak boleh kata sesuatu seperti 'apa lagi Cina mahu' dan lepas dengannya." Menurut Rafidah sesetengah daripada saat tidak terlupakannya dalam politik datang dari bukan Melayu yang tiada kena mengena dengan Umno. Bercerita mengenai pertemuannya dengan seorang lelaki tua (Cina) beliau berkata, "Saya masih ingat kata-katanya, 'aiya… kenapa ini macam jadi… kita manyak suka sama you'." "Saya terharu akan tetapi saya beritahunya, 'Tak mengapa pakcik… perkara begini kadang-kadang berlaku," katanya. Beliau menambah, "Saya tidak suka bermusuh… Saya suka buat kawan, ia sangat penting pada saya. Kita semua patut jadi begini." Apabila ditanya mengenai kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsiaX Azran Osman Rani menyelar akhbar berbahasa Melayu itu, Rafidah mengatakan itu adalah hak peribadinya dan di luar "urusan lembaga pengarah." "Itu adalah kenyataan peribadinya mengenai perkara itu. Tidak bolehkah seseorang menyatakan pandangannya zaman ini?" kata Rafidah yang juga pengerusi AirAsiaX. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan