Anak Sungai Derhaka |
Penjelasan Tengku Zaihan, Sebab Beliau Tunjuk Kertas Undi.. Posted: 25 Jul 2013 06:00 PM PDT Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurufoto. Tengku Zaihan, 37, atau dikenali 'Abe Ku' (Abang Ku) oleh penduduk setempat berkata, beliau tidak berniat untuk menunjukkan kertas undi itu, tetap bertindak spontan disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lalu. Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam. "Maklumlah saya tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itu menyebabkan tindakan saya jadi spontan. "Masa hendak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respon," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang kononnya beliau melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurufoto pada hari mengundi semalam. Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi selepas Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi ~ The Malaysian Insider Oooo dia tak sengaja rupanya.. kira tunjuk kertas undi tanpa niatlah ni... |
Luahan Hati Guru Besar SK Seri Pristana.. Bacalah.. Posted: 25 Jul 2013 03:00 PM PDT Jika benar luahan hati ini ditulis oleh Guru Besar SK Seri Pristana, kemungkinan besar selepas bercuti beliau akan diarahkan berpindah atau bertukar ke pendalaman Sarawak.. Dalam satu status yang dikemaskini oleh Admin FaceBook 'Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana' telah disiarkan luahan hati Guru Besar tersebut.. Guru Besar sekolah itu menurut admin FaceBook berkenaan telah mempersoalkan kemanakah perginya pemimpin UMNO yang langsung tidak ada seorangpun yang tampil membela beliau. Sedangkan menurutnya, beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.. Tengok nih.. Tulis admin laman tersebut lagi.. Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat. Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan. Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun. Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu. Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini. Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun. "Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya. Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama. Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai. Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang. "Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya. Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum. Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci. Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan. Sumber dari SINI.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan