Patutlah Perkasa Marah.. Ada Lagi Rupanya Ahli Parlimen UMNO Dilantik Najib Terajui GLC.. Posted: 10 Jul 2013 08:27 AM PDT Patutlah Perkasa marah tak habis-habis dengan Najib ni.. Ada lagi Ahli Parlimen dari UMNO yang dilantik memegang jawatan dalam GLC rupanya.. Dia orang yang bodek Najib setengah mati sebelum PRU13 lalu langsung tak dipandang Najib tapi Ahli-Ahli Parlimen UMNO dilantik Najib terajui GLC.. Antara Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan. Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri. Ini pula dua lagi Ahli Parlimen UMNO dilantik menerajui GLC.. Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur. Lagi Dua Ahli Parlimen UMNO Dapat Habuan Dari Najib
Proses pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur.
Nurjazlan sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai dan merupakan anak sulung Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan yang begitu dikenali dalam UMNO manakala Othman Abdul pula adalah ahli politik veteran di Kedah tetapi dibawa semula bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini dengan misi untuk menewaskan Mat Sabu di Pendang.
Beberapa laporan sebelum ini menyebut bahawa Najib akan mengagih-agihkan pemberian jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang tidak dilantik ke jawatan kabinet sebagai sebahagian daripada proses membalas budi dan juga untuk memastikan kesetiaan mereka tidak berbelah bagi terhadapnya.
Ia bukan saja dari kemungkinan beliau ditentang dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini tetapi juga kebarangkalian berlakunya undi tidak percaya di Parlimen.
Untuk jawatan Presiden UMNO, Najib kemungkinan disebut-sebut akan dicabar sama ada oleh Muhyiddin atau pun Tengku Razaleigh Hamzah manakala undi tidak percaya juga kemungkinannya akan memunculkan Tengku Razaleigh sebagai pilihan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang berasa dipingggirkan oleh Najib terutama dari Sabah dan Sarawak serta dengan sokongan 89 undi Pakatan yang sedia di Parlimen.
Antara Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.
Dipercayai Najib akan terus mengagih-agihkan habuan dan ganjaran ini kepada ramai Ahli Parlimen lagi untuk mencapai matlamat melindungi kepentingan politik dan masa depannya itu.
Beberapa perlantikan sebelum ini, terutamanya Azeez Rahim dikecam oleh banyak pihak kerana kelayakannya yang diragui manakala peribadinya pula disifatkan tidak sesuai untuk menerajui institusi besar seperti Tabung Haji yang mempunyai aset sejumlah RM35 billion dan terlibat dalam urusan berkaitan ibadah umat Islam.
Perlantikan penasihat kerajaan bertaraf menteri pula dipertikai kerana ia dianggap suatu pembaziran dan menambahkan lagi beban perbelanjaan kerajaan. Semalam Pakatan Rakyat juga membangkitkan isu yang sama dan mahukan Perdana Menteri melihat dari segi keperluannnya kepada kepentingan kerajaan serta beban perbelanjaan, dan tidak semata-mata kepada keuntungan dari segi politik sahaja.
Perlantikan Nurjazalan sebagai Pengerusi Telekom dan Othman Abdul sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur adalah yang terbaru dibuat oleh Najib.
Nurjazlan difahamkan sudah menerima surat perlantikan dan akan memulakan tugasnya awal Julai depan manakala Othman Abdul sudah pun memulakan tugasnya beberapa hari lalu.
Namun tidak seperti perlantikan Azeez Rahim yang dipertikaikan kerana kelayakannya serta Rais Yatim dan Ng Yen Yen yang dianggap pembaziran, perlantikan Nurjazlan dan Othman Abdul diterima dengan baik oleh banyak pihak.
Nurjazlan, seorang akauntan bertauliah yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai di Johor dianggap berpatutan diberikan jawatan itu berikutan senioritinya sebagai Ahli Parlimen dan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Telekom Malaysia sebelum ini.
Perlantikan sebagai Pengerusi umpama kenaikan pangkat saja. Dari sudut politik pula, Nurjazlan dianggap menyumbang kemenangan berharga kepada BN dalam pilihanraya lalu berikutan kemampuannya menewaskan Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub di kerusi Parlimen Pulai.
Namun ada pihak juga merasakan berikutan kelayakan dan sumbangan besarnya itu, Nurjazlan sepatutnya lebih awal diberikan ganjaran oleh Najib dengan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri sebaik BN memenangi PRU 13 lalu.
Begitu juga dengan Othman Abdul, selain kelayakan dan senioritinya tidak dipertikaikan dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur, sumbangannya kepada politik BN juga dianggap besar kerana beliau dibawa keluar daripada dunia persaraan dan ditawarkan menjadi calon sekali lagi di Pendang ialah menahan kemaraan orang nombor PAS, Mat Sabu daripada menang di kerusi itu.
Othman Abdul akhirnya berjaya menewaskan Mat Sabu dan kekal menjadikan Timbalan Presiden PAS itu tidak mampu membawa suaranya ke dalam Parlimen sejak dua penggal yang lalu.
Bagaimanapun sumbangannya yang agak besar itu dilihat tidak sepadan dengan sumbangan politiknya kepada BN berikutan Menara Kuala Lumpur yang dipengerusikannya hanyalah sebuah anak syarikat kecil milik Telekom Malaysia yang menguruskan Menara KL yang merupakan salah satu kawasan kunjungan popular untuk pelancong.
Meskipun Menara KL popular di mata pelancong tetapi syarikat yang menguruskannya itu dianggap "syarikat miskin" saja dalam Telekom Malaysia.
Mungkin juga perlantikan sebagai Pengerusi Manara Kuala Lumpur ini hanyalah permulaan dan ganjaran kedua yang lebih besar sedang menunggunya selepas ini ~ Shahbudin Husin |
Petisyen batal keputusan PRU13 telah ditolak.. ini yang pertama Posted: 10 Jul 2013 04:26 AM PDT Penolakan salah satu petisyen ini bukanlah sesuatu yang diluar jangkaan sebenarnya, ianya sememangnya telah dijangkakan oleh banyak pihak.. Namun kita tetap berusaha menggunakan saluran yang sepatutnya dan sah untuk kita gunakan, meskipun harapannya tipis dan boleh diumpamakan seperti mengharap babi terbang.. Alasan untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu ialah ianya tidak disampaikan dengan sempurna Mahkamah tolak petisyen Pas batal keputusan PRU13
KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.
Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.
"Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu.
Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000.
Pada PRU13 lalu, Dun Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.
Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Selising, Semsudin Muhammad. Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada Pas bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN.
Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu.
Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen Dun Gaal.
Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan.
Barisan peguam yang mewakili Pas dan PKR diketuai Hisham Fauzi. Pada pilihan raya umum lalu, Pas menguasai 32 kerusi Dun di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.
Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi Pas. Mohd Hafarizam, yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen Dun Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang- undang.
Katanya, ia keputusan wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan.
Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila tiga daripada petisyen yang difailkan BN tidak ditolak dan memberi peluang untuk saksi memberi keterangan pada perbicaraan nanti.
"Kami amat bersyukur dan gembira kerana tiga petisyen yang difailkan tidak ditolak tetapi telah ditetapkan untuk perbicaraan. Ini merupakan satu penanda aras untuk rakan kami di negeri lain pertahankan (21) petisyen yang difailkan BN. Ia adalah petisyen yang kukuh dan wajar untuk dibawa ke perbicaraan," katanya. - Bernama |
PRK Kuala Besut: SPR disaran guna kaedah 'Kerat Jari' bagi mengelakkan mengundi dua kali.. Posted: 10 Jul 2013 01:17 AM PDT Pengerusi SPR berkata, SPR tidak akan menggunakan kaedah mencalit jari seperti PRU13, sebaliknya memutuskan untuk menggunakan kaedah "mencelup jari telunjuk" ke dalam dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi dua kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Apa bezanya kaedah celup dengan calit itu?.. sedangkan yang menjadi persoalan ialah kenapa dakwat kekal yang digunakan tidak kekal selama yang ditelah dinyatakan oleh SPR ketika mengumumkan penggunaannya dula? Samada ianya dicalit atau dicelup, jika dakwat kekal yang digunakan itu tidak kekal dan masih boleh dicuci atau dibersihkan dalam masa beberapa minit ianya dicalit atau dicelup ianya tidak membawa makna langsung.. PRK: SPR perkenal kaedah celup jari telunjuk
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan kaedah "mencelup jari telunjuk" ke dalam dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi dua kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak akan menggunakan kaedah mencalit jari seperti PRU13.
Menurutnya, pengundi perlu mencelup jari telunjuk sebelah kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan SPR sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian.
"Bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab, dakwat kekal akan digunakan dalam PRK N.01 Kuala Besut dalam Pengundian Awal (20 Julai 2013) dan Pengundian Biasa (24 Julai)," katanya pada satu kenyataan media, hari ini.
Pada PRU13 Mei lalu, isu dakwat kekal menjadi kontroversi apabila dakwat yang dinyatakan SPR mampu bertahan untuk beberapa hari, boleh luntur dalam tempoh beberapa jam selepas dicalit.
Perkara itu menimbulkan pertikaian awam sehingga beberapa siri bantahan mengenainya dibuat dan menggesa kepimpinan SPR letak jawatan.
SPR bagaimanapun bertegas, pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan sama sekali tidak akan berundur.
Sementara itu, menerusi kenyataan media sama, SPR telah menetapkan Kompleks Rakan Muda Kg Raja, Besut sebagai tempat penamaan calon yang akan berlangsung pada Jumaat ini.
"Hari Penamaan Calon bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. "Pada Hari Penamaan Calon, SPR akan membenarkan 100 wakil bagi setiap parti yang ingin bertanding masuk ke kawasan dewan penamaan calon.
"Khemah-khemah disediakan untuk wakil-wakil parti yang mempunyai pas yang dikeluarkan oleh SPR," katanya.
Beliau turut mengingatkan penyokong-penyokong parti supaya tidak datang dan berkumpul dalam jumlah yang ramai di Pusat Penamaan Calon.
"Untuk memastikan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan harmoni, tidak ada gangguan, semua pihak supaya mematuhi undang-undang dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan PDRM.
"SPR berharap proses penamaan calon dan aktiviti berkempen akan berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara," tambahnya. Samada celup atau calit digunakan.. jika ianya masih boleh dibersihkan hanya setelah beberapa minit dicelup atau dicalit, undi dua kali masih boleh berlaku.. Jadi.. saranan aku ialah apa kata SPR perkenalkan kaedah kerat jari pulak dalam PRK Kuala Besut ni?.. kerat jari sajalah.. kan senang tak perlu nak keluar modal berjuta-juta RM.. kah..kah..kah.. Apa yang jelas dari kenyataan Pengerusi SPR ini ialah beliau sedang cuba untuk memperbodohkan rakyat lagi... |
Berita dari Pulau Pinang yang Utusan dan TV3 tak akan siarkan.. Posted: 09 Jul 2013 10:01 PM PDT Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Sdr Lim Guan Eng, semalam telah menerima anugerah best cities dari Europe Business Assembly. Anugerah tersebut bersama sijil diterima oleh Yang DiPertua MPPP sendiri, YBhg Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail. Penganugerahan ini sebagai tanda pernghormatan yang cukup tinggi pentadbiran MPPP untuk menjadikan Bandaraya Georgetown sebagai salah satu bandaraya yang terbaik didunia. |
Ugut kali pertama Najib tak peduli, Perkasa mengugut lagi.. nak beralih arah pulak konon.. Posted: 09 Jul 2013 06:00 PM PDT Dalam kemunculan sulungnya selepas kalah dalam PRU13 yang lalu, Presiden PERKASA telah melahirkan rasa kecewa, marah dan geramnya terhadap Presiden UMNO yang telah dibodeknya habis-habisan sebelum PRU13 yang lalu.. Malah kerana terlalu geram beliau telah mengugut Najib dengan berkata "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya. Sebelum itu beliau melahirkan rasa dengkinya terhadap HINDRAF dan juga Dong Zong dengan berkata "Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?" Laporan penuh dan video sila lihat di ( SINI ) Kemuncak dari kekecewaannya itu Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata beliau akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupannya. Beberapa orang pemimpin UMNO yang gentar dengan ugutan Ibrahim Ali itu menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali bagi memujuknya.. Namun begitu Ibrahim Ali dan juga Perkasa dipercayai tidak mahu berjumpa dengan mereka kerana mereka-mereka itu tidak mampu menjanjikan apa-apa.. Apa yang mereka harapkan ialah Najib yang datang bertemu mereka untuk menjanjikan habuan buat mereka.. Malang nasib mereka.. Najib langsung tak peduli.. Rentetan dari itu mereka mengugut lagi.... Perkasa ugut tolak BN jika terus abai Melayu
Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini memberi amaran akan "beralih arah" sokongan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini terus mengabaikan Melayu dan Bumiputera.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menegaskan, masyarakat Melayu meluat dengan kerajaan sekarang kerana mereka kini "menelan" apa sahaja yang disediakan kerajaan walaupun hakikatnya perkara itu "pahit".
"Sekiranya kerajaan terus berkeadaan begini, jika terpaksa sokongan kami mungkin beralih arah. Demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kami akan lakukan," katanya dalam satu kenyataan.
"Terkadang terfikir juga oleh orang Malayu, apakah masih ada lagi pemimpin Melayu dalam negara ini. Sebelah kerajaan takut untuk menunaikan desakan orang Melayu dan Bumiputera. Begitu juga pemimpin Melayu di sebelah pembangkang," katanya.
Beliau menjelaskan, terlalu banyak memorandum mahu pun resolusi sudah dihantar kepada kepimpinan negara berkaitan beberapa isu ekonomi, pendidikan dan agama untuk komuniti Melayu dan Bumiputera, namun kurang 15 peratus yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan desakan kumpulan lain ditunaikan kerajaan.
"Tuntutan yang lama masih dibiarkan tanpa ada tindakan positif bertambah lagi dengan beberapa keputusan yang menjengkelkan orang Melayu," katanya.
Sebelum itu, Perkasa juga memuji tindakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Ahmad Puad Zarkashi yang menggesa Putrajaya menubuhkan kembali Kementerian Pembagunan Usahawan.
"Perkasa sambut baik kenyataan itu tetapi Perkasa tidak yakin kerajaan dapat wujudkan kembali jika kepimpinan yang ada sudah tekad untuk kuatkan agenda meliberalisasikan pelbagai sektor seperti apa yang diumumkan oleh perdana menteri di London baru-baru ini," katanya merujuk kepada projek majlis pecah tanah Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di London.
"Desakan supaya kerajaan mengembalikan kementerian ini oleh Perkasa dan NGO-NGO Melayu sejak hampir lima tahun sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan kerana kerajaan lebih mendengar dari kumpulan pendesak kaum lain," katanya.
Syed Hassan bagaimanapun menegaskan Perkasa tidak akan mengalah dalam perjuangannya demi kepentingan Melayu dan Bumiputera walaupun kerajaan BN tetap membisu dalam menunaikan hasrat Perkasa.
"Perkasa akan terus menyuarakan desakan demi desakan kami kepada kerajaan. Tetapi ingatlah bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya." ~ The Malaysian Insider Nak beralih arah konon... poorah!! |
Calon PAS bagi PRK Kuala Besut ialah Azlan Yusof @ Che Long Posted: 09 Jul 2013 09:31 AM PDT PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long. Che Long, 48, yang juga merupakan Bendahari PAS Besut adalah anak tempatan Kuala Besut Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini. Rumahnya tidak sampai setengah kilometer dari Markas Besar PAS yang terletak di Kampung Baru. Nama Che Long diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut. Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam. Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan. Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz ~ The Malaysian Insider Sementara itu AstroAwani melaporkan.. KUALA LUMPUR: PAS memilih untuk menurunkan muka baru, Azlan Jusoh sebagai calon dalam Pilihan raya Kecil Kuala Besut yang dijadualkan diadakan pada 24 Julai nanti. Azlan, 48, atau lebih dikenali sebagai Che Long merupakan seorang ahli perniagaan yang juga anak tempatan Kuala Besut. Nama Che Long diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar tadi dalam satu majlis di Kampung Nail, Kuala Besut. Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat malam semalam memutuskan untuk memilih Che Long sebagai calon. Selain Che Long, dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon. PRK Kuala Besut diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Dr A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi. Barisan Nasional (BN) pula memilih jurutera muda Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 sebagai calon mereka. Nama Tengku Zaihan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan