ALHUSSEYN |
- Mursi melarikan diri ke luar negara
- Dia sangka pangkat Sheikul Azharnya itu punya kuasa mutlak membolehkannya bertindak sendirian dgn bersikap authoritarian.
- Apakah Jamil Khir dan para mufti di Malaysia ini merestui keganasan di Mesir?
Mursi melarikan diri ke luar negara Posted: 07 Jul 2013 04:07 AM PDT Tajuk itu adalah mengarut. Begitu juga dengan berita yang tersebar yang menyatakan bahawa General Abdel Fatah al-Sissi kononnya telah berunding dengan Mursi, meminta beberapa syarat bagi keselamatan diri dan kuncu-kuncunya untuk lepas lari keluar dari Mesir. Dan berita yang kononnya ElBaradei telah lari ke negara Arab Saudi adalah juga ternyata adalah karut semata-mata. Ini terbukti bila mana ada laporan yang menyatakan ElBaradei telah dilantik menjadi Perdana Menteri Interim Mesir. Ikuti beritanya berikut : Seorang pegawai kanan Parti Kebebasan dan Keadilan, sayap politik Ikhwan Muslimin berkata, beliau menolak pelantikan Mohamed ElBaradei (gambar) yang dijangka sebagai Perdana Menteri interim Mesir.
Berita terbaru di sini menyatakan parti Nour Salafi yang merupakan salah satu kumpulan yang menyokong kuat ElBaradei dalam kempen menjatuhkan Mursi, telah mengancam untuk menarik sokongan mereka terhadapnya, jika ElBaradei terus juga merelakan dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri Interim Mesir.Perkembangan terkini, ElBaradei sudah tidak jadi pula dilantik! |
Posted: 06 Jul 2013 10:00 PM PDT Sheikul Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayeb yang mengkhianati perjuangan Islam di Mesir dengan merestui rampasan kuasa tentera konon atas alasan 'memilih mudharat yang lebih kecil untuk mengelakan mudharat yang lebih besar' tentu sekarang ini merasa kesal tak sudah bila mendapat tahu berita ini. Apa beritanya? Teruskan bacaan anda sambil membayangkan diri anda sedang menikmati asam kecut seperti gambar sebelah ni...Hmm...terasa masam-masam masin bercampur manis (~ Three in one!) Ternyata tindakannya itu telah melahirkan mudharat yang lebih besar apabila rakyat Mesir yang pro Morsi bangun membantah menentang tindakan yang tidak demokratik tentera yang memihak kepada kumpulan penentang Morsy. Inilah jadinya bila ulama (baca p---mak) buta politik membuat ijtihad sendiri tanpa berunding dengan tokoh-tokoh ulama yang lain.Dia tidak pernah terfikir bahawa demonstrasi penentang Morsi itu jenis makan upah dan ditaja. Pendemo anti-Mursyi melakukan keganasan dan pembunuhan dengan membakar dan menggeledah pejabat Ikhwanul Muslimin. Malah mereka telah menyerang dan merogol puluhan wanita di Dataran Tahrir.Mereka ini bertujuan untuk menimbulkan huru hara dan kekacauan supaya polis dan tentera boleh menjadikan situasi begini menjadi alasan untuk mereka bertindak ke atas penyokong Mursi yang berkumpul secara aman. Dia menyangka pangkat Sheikul Azharnya itu besar sangat dan punya kuasa mutlak membolehkannya bertindak bersendirian dgn bersikap authoritarian. Beliau bertindak demikian setelah menyedari hakikat sebenar bahawa asas pertembungan ini adalah dengan Islam.Baca di sini Berita mengenai para penyokong Mursi yang sedang solat berjemaah telah ditembak mungkin tidak terasa apa-apa oleh Sheikul Azhar ini. Tetapi inilah berita yang menyebabkan telor Sheikul Azhar bertukar menjadi seperti asam kecut dalam gambar atas tadi tu, Kah! Kah! Kah: Seorang padri Koptik, Mena Aboud Sharoben 39 tahun (gambar), yang tinggal di Arish, telah ditembak mati Sabtu di al-Sentral Street di kejiranan utara Sinai al-Masaeed. Lelaki bersenjata menunggang motosikal menembak mati paderi itu di kawasan tanpa undang-undang Utara Sinai dalam apa yang boleh menjadi serangan sektarian pertama sejak penggulingan Presiden Islam Mohamed Morsi oleh tentera , kata sumber keselamatan. Serangan itu datang sehari selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melancarkan serangan serentak dengan senjata berat di tempat pemeriksaan keselamatan di Utara Sinai, membunuh lima pegawai polis dan tentera. Ikhwan Muslimin telah mengkritik keras Pope Coptic Tawadros, pemimpin spiritual 8 juta orang Kristian di Mesir, kerana memberi restu / persetujuan terhadap penyingkiran Presiden dan menghadiri pengumuman oleh angkatan tentera komander Umum Abdel Fattah al-Sisi sewaktu menggantung perlembagaan Mesir. Terjemahan oleh al-Husseyn dari sumber UTV. Kredit gambar Mehran dan Padri Koptik ~ Reuter. |
Apakah Jamil Khir dan para mufti di Malaysia ini merestui keganasan di Mesir? Posted: 06 Jul 2013 06:55 PM PDT TGNA telah menyatakan sokongannya terhadap Mursy dan kita semua boleh membacanya di sini. Begitu juga dengan TGHA, ada di sini Tetapi kita belum lagi dengar apa-apa pun kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama Islam, Jamil Khir Baharom (gambar). Para mufti yang ramai-ramai kat Malaysia ni pun senyap sepi menyorok dalam lubang tikus kut? Kita berharap walaupun Jamil Khir dan beberapa mufti bukan dari keluaga Azhari, mereka sepatutnya tidak terasa rendah diri dan malu untuk menyatakan sokongan terhadap Islam. Apakah Jamil Khir dan para mufti di Malaysia ini merestui kejadian dimana adanya laporan bahawa 94 wanita telah dirogol beramai di Dataran Tahrir sebelum tentera menggulingkan Mursi? Serangan gerombolan anti-Mursi bersama-sama polis dan tentera terhadap Ikhwanul Muslimin, pejabat mereka digeledah dan dibakar dan sebagainya. Apakah bukan keganasan namanya bila gerombolan bersenjata menyerang penyokong Mursi yang sedang mengerjakan solat berjemaah? Sila lihat rakam videonya di sini. Youssof al-Qaradawi yang dilahirkan di Mesir, merupakan salah seorang ulama sunni yang paling menonjol di Timur Tengah, berkata campur tangan tentera menggulingkan Mursi pada hari Rabu lalu adalah bertentangan amalan demokrasi dan perlembagaan negara itu. Rakyat Mesir harus memberi sokongan kepada Presiden yang digulingkan tentera, Mohamed Morsi. Dan Tentera perlu menarik diri daripada arena politik. Youssof al-Qaradawi yang berpangkalan di Qatar berkata dalam satu perintah agama, atau fatwa, pada hari Sabtu kelmarin. Beliau menambah bahawa ramai ulama dari universiti Islam Kaherah al-Azhar, institusi Islam unggul di Mesir, bersetuju dengan pendapat beliau. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan