ALHUSSEYN |
Akal budak tapi berlagak macam Ulama Kabir Posted: 14 Jul 2013 12:39 AM PDT Kesian Mursi , beliau diberikan kesempatan hanya satu tahun menerajui pemerintahan untuk melakukan baikpulih keatas segala kemusnahan yang diwarisi dari pemerintahan 32 tahun Mubarak yang zalim dan korup sebelumnya itu. Apakah adil untuk menuduh Mursi telah gagal? Dia jatuh kerana General al sisi yang di beri kepercayaan untuk mengemudi bahtera Negara akhirnya khianat terhadapnya. Yang berteriak membakar gambar Morsi, adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Yang menyokong tindakan tentera merampas kuasa dan menyingkrkan Mursi adalah seorang yang bergelar Imamul Akbar, Sheikhul Azhar, Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayeb. Mereka semua adalah sama sebangsa dengannya, kulitnya sama, bahasanya sama, bahkan ugama mereka juga adalah sama. Ketahuilah bahawa sejarah hanya berulang semula : Bahawa yang membunuh Saidina Omar, Saidina Uthman, dan Saidina Ali dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama sebangsa, kulitnya sama, bahasanya sama, bahkan ugama mereka juga adalah sama. Maka amat benarlah pesan Rasulullah kepada kita semua sebagaimana terdapat dalam sepotong hadisnya yang diterjemahkan oleh Soheh Muslim (Hadis ke 1814) membawa maksud :
Jelas bahawa kejatuhan Islam adalah disebabkan oleh musuh dalam selimutnya sendiri, yakni dari kalangan mereka yang mengaku Islam. Tetapi ironisnya, masih tetap ada yang berkata, bahawa kita tidak boleh berkata sesutu yang nista terhadap mereka apatah lagi menentang mereka yang jelas telah berkomplot atau bersubahat untuk menjatuhkan Islam. Dalam klip video atas itu, budak itu mengatakan bahawa tugas Sheikul Azhar adalah untuk 'mendamaikan dua kelompok yang bertelingkah. Maknanya beliau perlu berkecuali tanpa memihak kepada mana-mana pihak yang terlibat. Tetapi bukankah dengan menyatakan sokongannya kepada tentera itu telah menjadikan dirinya telah memihak kepada tentera? Tak payahlah wahai budak ni nak puji melangit dan mengancam mereka yang menentang pendirian Sheikul Azhar itu. Tak payahlah nak pulas ayat-ayat Allah dengan takwilan supaya Sheikul itu nampak betul walaupun jelas telah tersilap langkah. Jabhah Ulamak Al-Azhar iaitu badan terkemuka yang menghimpun ulama' Al-Azhar , berkaitan dengan isu ini telah medesak Syaikh Al Azhar itu supaya meletakkan jawatan serta merta . Jabhah Ulamak ini telah wujud di awal tahun 60-an lagi sebelum diharamkan oleh rejim Jamal Abdul Nasser. Sebelum itu, pelantikan Syeikh Al-Azhar adalah dibincangkan dalam Jabhah ini, bukan dilantik oleh Presiden Mesir sebagaimana sekarang ini. Seorang lagi ulamak Dr Abdullah Barakat yang merupakan Dekan Fakulti Dakwah Islamiah, Universiti Al-Azhar turut mengecam keras tindakan Syeikh Al-Azhar. Beliau berkata, Morsi merupakan seorang presiden yang adil, dan Dr.Ahmed Toyyib telah melakukan kesilapan dalam pendiriannya terhadap Presiden. Mengikut kata budak ni, adalah dilarang memerangi puak-puak ini atas nama jihad semata-mata kerana mereka itu adalah orang Islam, yakni sama seagama dengan kita … Bukankah kaum Munafiqeen ini muncul dari kalangan yang hanya mengaku Islam di mulut sahaja tetapi dalam hati mereka sangat menentang Islam? Firman Allah yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (Ali-Imran:118) |
Selamat Berbuka dengan Bak Kut Teh Posted: 13 Jul 2013 05:34 PM PDT Salam semua, nampaknya saya terpaksa juga menulis dalam bulan Ramadhan ini walaupun pada mulanya saya berazam untuk tidak berbuat demikian kerana ada hal lain yang perlu saya tumpukan. Tetapi nampaknya, saya tepaksa juga menulis kerana dirasakan perlu untuk membuat sedikit penjelasan berhubung dengan isu Bak Kut Teh. Pencacai Umno cuba mengambil kesempatan ini untuk mengaitkannya dengan PAS dan hubungannya dengan DAP. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan bahawa isu ini tidak ada kaitanya dengan PAS atau DAP.Kekeliruan adalah disebelah kita, ummat Islam, akan saya jelaskan seterusnya nanti. Ramai kalangan orang kita (Islam) yang berasa janggal dan marah-marah bila pasangan Alvivi menaikan gambar mereka di facebook dengan ucapan selamat Berbuka kepada muslimin dengan hidangan makanan orang Cina iaitu Bah Kut Teh. Saya sendiri yang biasa makan Bak Kut Teh buatan sendiri berasa aneh bila timbul kekecuhan mengenainya. Saya beli bahan rempahnya dikedai ubat Cina dan saya gunakan untuk memasak ayam ~ sejenih masakan berair iaitu sup. Apa masalahnya saya dan keluarga makan Bak Kut Teh? Bak Kut Teh ini sebenarnya adalah membawa maksud 'sup daging tulang' yang mana selepas memakannya, orang Cina akan minum teh untuk membersihkan lemak-lemak yang dimakan tadi. Biasalah kaum Cina suka makan babi, maka Bak Kut Teh menjadi sinonim makanan mengandungi babi dan tidak halal kerana itu.Begitulah pemahaman kita yang kurang memahami mengenainya. Hinggakan Timbalan Pengarah Jakim sendiri, Lokman Abdul Rahman pernah mengeluarkan kenyataan bahawa istilah Bak Kut Teh itu boleh mengelirukan ummat Islam malah ia tidak kelihatan halal kerana ianya masih membawa 'nama yang haram' mengikut hukum feqah. Kenyataan beliau itu merupakan responnya terhadap satu majlis memperkenalkan bak kut teh halal di Fabulous Food 1Malaysia — Malaysia Restaurant Food Festival di Putra World Trade Centre di Kuala Lumpur di sini . Jelas kekeliruan adalah dipihak orang Islam kita sendiri kerana sebagaimana yang saya terangkan tadi, Bak Kut Teh bermaksud 'sup daging tulang' Berita mengenai Bak Kut Teh halal menggunakan ayam, makanan laut dan sayur-sayuran yang dimasak dengan 10 jenis herba seperti anjalika, bunga cengkih dan kulit oren ini pernah keluar di Malaysiakini.Beritanya adalah sebagaimana berikut :
|
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan