Addin |
- Che Long, Calon PAS Di Kuala Besut?
- Calon BN, Tengku Zaihan Perlu Letak Jawatan Jurutera JPS Sebelum Bertanding
- Jangan Rosakkan Terawih Dengan Tazkirah - Harussani
- Kerajaan HARAM Mesir Mula Goyah
- Dewan Rakyat Mula Solat Tarawih Malam Ini
- Semua Ini Bukan Salah Saya - Nazri Aziz
- Amerika Syarikat Dalang Penggulingan Morsi.. Ini Bukti Terbaru
- Ahli Parlimen DAP Non Muslim Tekad Berpuasa Sebulan Di Bulan Ramadhan
- Keadaan Terkini Dr. Muhammad Morsi
- Ustaz Azhar Idrus Gempur PRK Kuala Besut
- Ini Dalang Sebenar Di Sebalik Kejadian Huru Hara Di Mesir
- Rupanya SPR Sembunyikan Sesuatu.. Saksikanlah!!
Che Long, Calon PAS Di Kuala Besut? Posted: 09 Jul 2013 10:07 AM PDT PAS memilih muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long. Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru, Kuala Besut, kawasan yang dikhaskan sebagai kawasan industri perkayuan di daerah ini. Nama Che Long dijangka diumumkan sebagai calon oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebentar lagi dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut. Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam. Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan. Pemilihan Che Long adalah satu perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS dalam menghadapi PRK ini kerana dua lagi calon yang disenaraipendekkan untuk pilihan raya ini adalah ustaz. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon. PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut. Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi. ~the malaysian insider | ||||
Calon BN, Tengku Zaihan Perlu Letak Jawatan Jurutera JPS Sebelum Bertanding Posted: 09 Jul 2013 08:14 AM PDT Setahu Addin, seseorang penjawat awam yang bertanding dalam pilihanraya perlu meletak jawatan terlebih dahulu. Ini kerana dalam GO, penjawat awam tidak dibenarkan mempunyai jawatan dalam sesebuah parti melainkan mendapat kebenaran dari ketua jabatan. Ini pulakan bertanding dalam pilihanraya.. jikalau tersilap tolong bagi pencerahan.. K. Besut BN calonkan jurutera Tengku Zaihan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin petang ini mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37 sebagai calon BN berdepan dengan calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut 24 Julai ini. Tengku Zaihan adalah jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Putrajaya. Pengumuman itu dibuat oleh Muhyiddin di Dataran Kuala Besut yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Pilihan raya kecil DUN itu, diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya yang juga exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar. Pada pilihan raya umum lalu, allahyarham menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. A Rahman memperolehi 8,809 undi, manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Dengan pengumuman tersebut, Tengku Zaihan dijangka berdepan tentangan sengit daripada calon PAS - Azlan Yusof - seorang ahli perniagaan, yang disebut-sebut bakal mewakili parti itu. Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan. Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijadual mengumumkan calon PAS itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini. Semalam, Ketua Umno Besut Datuk Seri Idris Jusoh meminta PAS tidak meletakkan calon bertanding di situ bagi menghormati kemenangan BN dan bulan Ramadan serta yakin BN akan mencapai kemenangan lebih 4,000 undi. sila baca di ( SINI ) Bagaimanapun, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil DUN itu Datuk Husam Musa pula membidas kenyataan Idris dengan menyifatkan kenyataan Idris itu sebagai "angkuh". Sementara Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kenyataan Idris sebagai "takut kalah" sekali gus menyatakan PAS akan mencipta kejayaan dalam pilihan raya itu ~malaysiakini | ||||
Jangan Rosakkan Terawih Dengan Tazkirah - Harussani Posted: 09 Jul 2013 06:11 AM PDT IPOH - Umat Islam yang akan menyambut Ramadan mulai esok dinasihatkan supaya jangan merosakkan solat tarawih dengan menganjurkan majlis tazkirah di antara solat sunat itu kerana ia boleh mengganggu kekhusyukan jemaah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, umat Islam jangan terkeliru sehingga menganggap majlis tazkirah itu sebagai amalan wajib sehingga boleh merosakkan amalan yang sunat. "Ada pihak yang mengatakan bahawa tazkirah lebih wajib daripada tarawih yang sunat. Tazkirah wajib pada masa-masanya; yang sunat ada masanya. Jangan kita buang yang sunat kerana kononnya yang melaksanakan yang wajib sedangkan dalam itu kita merosakkan yang sunat dan merosakkan yang wajib," katanya (video). Harussani diminta mengulas amalan tazkirah yang dilaksanakan oleh banyak masjid di seluruh negara pada malam-malam Ramadan dan lazimnya dilakukan di antara solat tarawih. Kerajaan Negeri Pahang melalui Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang Syed Ibrahim Syed Ahmad baru-baru ini keluarkan arahan melarang ceramah atau tazkirah semasa solat tarawih dan mana-mana masjid yang ingkar boleh dikenakan tindakan. Alasannya, supaya solat tarawih tidak diganggu dengan penganjuran ceramah atau tazkirah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam reaksinya berkata keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Pahang itu adalah berdasarkan perspektif negeri itu dan selaras bidang kuasa kerajaan negeri. Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam pada itu sifatkan langkah tersebut tidak wajar dan lebih sebagai satu tindakan politik dan bersedia beri khidmat bantuan guaman kepada penceramah yang dikenakan tindakan. ~astro awani | ||||
Kerajaan HARAM Mesir Mula Goyah Posted: 09 Jul 2013 05:11 AM PDT MESIR: Tekanan demi tekanan yang diterima kerajaan 'haram' tentera Mesir sama ada dari rakyat negara itu dan negara luar membuatkan mereka kini dalam keadaan kucar-kacir. Sumber dalaman tentera memaklumkan bahawa kemungkinan besar, kuasa kerajaan sementara ini akan berakhir tidak lama lagi jika rakyat di negara itu terus bertahan membuat bantahan dan negara luar pula membuat tekanan diplomatik. Brigadier general Al-Jauhari yang bertugas menjaga rumah Presiden sewaktu Morsi belum ditahan berkata, ketika ini berlaku perpecahan dalaman yang teruk di dalam tentera. Menurutnya, barisan kedua dan ketiga tentera langsung tidak bersetuju dengan tindakan jeneral Abdel Fattah Al-Sisi yang bertindak merampas kuasa dari pemerintahan presiden Muhammad Morsi. Beberapa pegawai kanan tentera juga telah secara terbuka menyatakan pendirian menyokong Morsi. Maklumat ini disampaikan Ketua Partai Buruh, Majdi Ahmad Husain semalam ketika berpidato dihadapan jutaan penyokong Morsi yang berhimpun di hadapan Bangunan Pengawal Republik di mana Morsi dipercayai ditahan. Beliau berkata, Al-Jauhari turut meminta kepada para penyokong Morsi untuk bertahan sekurang-kurangnya 48 jam lagi. "Insya Allah, Presiden Morsi akan dibebaskan dan akan kembali memimpin negara karena saat ini tekanan politik luar negeri semakin kuat ditambah lagi dengan kekuatan penyokong Morsi yang keluar berhimpun di seluruh Mesir," kata Majdi. Beliau juga berkeyakinan bahawa Ai-Sisi kini tidak senang duduk dan selepas ini pasti jeneral tentera itu akan memenuhi tuntutan rakyat agar Morsi dikembalikan sebagai presiden. Dalam kejadian pembunuhan penyokong Morsi di hadapan Bangunan Pengawal Republik waktu subuh semalam juga, turut menyaksikan terdapat ramai tentera yang tidak sanggup bersekongkol dengan Al-Sisi. Difahamkan mereka enggan melepaskan tembakan ke arah penyokong Morsi walaupun diarah berbuat demikian oleh pihak atasan tentera. Bagaimanapun mereka kemudiannya dilaporkan ditangkap dan dibunuh kerana ingkar kepada arahan pegawai atasan tersebut. Antara tentera yang dilaporkan dibunuh oleh pegawai tinggi mereka termasuk Subhi Mohammed Ibrahim El-Bahrawi yang baru berusia 22 tahun.Sementara itu, beberapa negara telah memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan kudeta Mesir. Terbaru, Belgium mengumumkan memanggil balik duta besarnya di Kaherah.Sebelum ini Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dalam kenyataannya sejurus rampasan kuasa berkata, Turki hanya berurusan dengan presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat. Dalam perkembangan sama, Al-Sisi juga turut menerima tekanan apabila Parti Nur dilaporkan telah menarik diri dari meneruskan kerjasama dengan kerajaan 'haram' yang dilantik pihaknya. Penarikan dari berkekrjasama itu dinyatakan juruckap rasmi parti itu Nadir Bakkar melalui Twitter semalam.Parti Nur sebelum ini juga menolak perlantikan Ziyad Bahauddin sebagai Perdana Menteri dan Dr.Mohammed El-Baradei sebagai Naib Presiden seperti diumumkan Presiden sementara Adli Mansour. | ||||
Dewan Rakyat Mula Solat Tarawih Malam Ini Posted: 09 Jul 2013 03:21 AM PDT KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pada bulan Ramadan akan diteruskan dengan solat sunat Tarawih bersama ahli Parlimen bermula malam ini.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Parlimen akan mengadakan jamuan berbuka puasa, solat Tarawih dan moreh. Beliau menambah persidangan Dewan Rakyat juga akan ditamatkan pada jam 7.30 petang sepanjang bulan Ramadan bagi memberi laluan kepada amalan sunat pada bulan tersebut."Pada malam ini kita akan buat solat Tarawih bersama ahli Parlimen, pemberita, dan kakitangan Parlimen bermula jam 8.30 malam."Kita akan teruskan, tiap-tiap hari kita akan buat dan esok kita akan berbuka puasa bersama," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata tempoh tamat perbahasan Parlimen akan bergantung kepada keputusan Dewan Rakyat sama ada perlu dilanjutkan ataupun tidak.Esok umat Islam akan mula menjalankan ibadah puasa. Mengulas lanjut, Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau turut mengingatkan ahli Parlimen yang berbahas pada bulan Ramadan supaya menjaga kata-kata."Berpada-padalah dengan apa yang mahu dihujahkan oleh ahli Parlimen...Ini bulan puasa. "Menggunakan bahasa yang berlebihan dapat dosa, bahas dengan lebih niat untuk membina negara ia dapat pahala," katanya. ~sinar harian | ||||
Semua Ini Bukan Salah Saya - Nazri Aziz Posted: 09 Jul 2013 03:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 9 JULAI: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz enggan bertanggungjawab jika sesebuah pusat hiburan dibina berhampiran masjid. Nazri berkata demikian menjawab soalan dibangkitkan ahli parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan Tantawi. "Kalau ada pun pusat hiburan beroperasi dekat masjid dan surau, kena kejar kerajaan tempatanlah (PBT). "Kita tidak bertanggungjawab atas pengeluaran lesen bagi menentukan kawasan itu boleh digunakan sebagai pusat hiburan," kata ahli parlimen Padang Rengas itu di Dewan Rakyat, semalam. Nazri turut enggan bertanggungjawab jika seseorang melakukan jenayah di Malaysia walaupun memasuki negara ini sebagai pelancong. "Pelancong tak pulang, itu bukan salah kita. Saya nak beritahu, promosi kita mengenai pelancongan kepada mereka yang memiliki kuasa pendapatan. "Bila mari sini, di hotel, mereka ada duit. Tapi jika mereka tak balik, itu bukan salah pelancongan," kata Nazri. ~keadilandaily | ||||
Amerika Syarikat Dalang Penggulingan Morsi.. Ini Bukti Terbaru Posted: 09 Jul 2013 12:48 AM PDT
KAHERAH - MESIR. Amerika Syarikat (AS) meminta parti gerakan bekas pemerintah Mesir, Ikhwan Muslimin menerima penggulingan Presiden Mohammed Mursi sejak lima hari lalu. "Mereka meminta kami menghalalkan rampasan kuasa. Desakan itu seperti pukulan maut buat kami," katanya. Beliau berkata, AS juga cuba melobi dan meracuni fikiran pemimpin Ikhwanul Muslimin dengan menuduh, Mursi hanya ingin memonopoli kuasa dan melebarkan pengaruhnya sahaja. Dalam perkembangan lain, kerajaan sementara Mesir masih buntu untuk memilih Perdana Menteri sementara selepas Parti al Nour menolak kedua-dua calon dipilih oleh tentera untuk mengisi jawatan tersebut. Pentadbiran sementara dibentuk tentera untuk membawa negara itu ke pilihan raya awal, mencalonkan peguam Demokratik Sosial; Ziad Bahaa el-Din dan ahli politik liberal; Mohamed ElBaradei.
Namun, kedua-dua calon itu ditolak dan mereka enggan menandatangani pelan tindakan tentera untuk peralihan kuasa. Mereka juga menarik diri untuk mengadakan rundingan lanjut sebagai tindak balas terhadap tindakan tentera menembak mati puluhan penunjuk perasaan di Ibu Pejabat Pengawal Republikan. Jurucakap Parti al Nour Nadder Bakkar berkata, semua rundingan ditarik serta merta selepas lebih 35 maut dan ratusan yang lain cedera di luar bangunan berkenaan, kelmarin. "Ketua tentera Abdel Fattah al-Sisi kini bertanggungjawab terhadap semua kekecohan dan kematian ini. Sementara itu, Ikhwanul Muslimin melaporkan, sekurang-kurangnya 50 penyokong terbunuh selepas tentera menggunakan senjata api dan gas pemedih mata untuk menyuraikan penyokong Mursi. "Jumlah anggota keselamatan bertambah dua kali ganda dari kelmarin. Mereka menyasarkan tembakan terhadap penyokong," katanya dipetik PressTV Saksi berkata, beliau melihat ramai orang ditembak askar dan polis selepas beberapa das tembakan dilepaskan ke udara di bandar Nasr, timur Kaherah. Dataran Rabia al-Adawiya dan Dataran Al-Nahda berhampiran Universiti Kaherah kini menjadi lokasi perhimpunan penyokong Mursi bagi mendesak pemimpin itu dibebaskan kerana sehingga kini 'kehilangan' Mursi terus cetus tanda tanya selepas ditahan unit komando sejak Khamis lalu. Mereka juga menyekat jalan utama menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Bagi kumpulan anti Morsi mereka berkumpul di Dataran Tahrir, sekitar Istana Ittihadiya dan Iskandariah serta bandar-bandar utama yang lain di seluruh Mesir. ~sinar harian | ||||
Ahli Parlimen DAP Non Muslim Tekad Berpuasa Sebulan Di Bulan Ramadhan Posted: 08 Jul 2013 10:54 PM PDT Pemimpin bukan Islam DAP, Dr Ong Kian Ming berazam untuk berpuasa sebulan pada Ramadan kali ini dan percaya produktivitinya meningkat kerana tidak perlu menghabiskan waktu untuk makan tengah hari. Ahli Parlimen Serdang beragama Kristian itu mahu berpuasa sebagai solidariti kepada umat Islam di Malaysia, malah sudah berpuasa sejak tiga tahun walaupun tidak penuh. "Menanti untuk berpuasa semasa Ramadan, pertama kali saya cuba untuk berpuasa penuh," tulis Ong melalui akaun Twitternya @imokman, malam tadi. "Harapan saya, kali ini dapat berpuasa penuh seperti rakan Islam dengan mengambil sedikit makanan seperti buah-buahan pada sahur dan meneruskan perjuangan berpuasa sehingga ke Maghrib," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Beliau berkata, objektif puasanya sama seperti umat Islam lain iaitu untuk mengawal nafsu dan merasai susah-payah rakan Islam mengharungi puasa pada Ramadan. "Saya tidak boleh menutup mulut mereka yang mendakwa sedemikian. Asalkan saya mempunyai niat baik dan pengundi di Serdang juga faham akan niat saya ini," katanya merujuk sesetengah pihak yang memperlekeh usahanya. Bagi merai kemeriahan berbuka puasa, beliau bercadangmenghadiri beberapa majlis berbuka puasa termasuk bersama wakil rakyat lain di Parlimen. "Hari pertama Ramadan, saya akan berbuka puasa di Parlimen bersama ahli parlimen lain dan pada minggu depan pula, saya mahu berbuka puasa bersama rakan-rakan beragama Islam. "Saya juga bakal menyertai satu program keluarga angkat bagi merasai sendiri pengalaman keluarga Melayu menjalani ibadah puasa," katanya. Pengumuman Ong menerima reaksi positif apabila ramai pengikut Twitternya mencadangkan hidangan sesuai untuk bersahur, selain mengundangnya berbuka puasa dan tidak kurang menyangka beliau sudah memeluk Islam. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Rabu ini setelah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa ditetapkan pada Rabu ini. DAP sering diberi publisiti negatif dan dituduh anti-Melayu dan anti-Islam oleh Umno. Pendirian DAP membantah pelaksanaan hukum Hudud digunakan oleh Umno untuk melabel mereka sebagai anti-Islam. ~the malaysian insider | ||||
Keadaan Terkini Dr. Muhammad Morsi Posted: 08 Jul 2013 09:55 PM PDT Terkini tentang Dr Muhammad Morsi.. 1-Presiden Morsi dalam keadaan baik dan sihat. 2-Beliau menyampaikan pesanan supaya tidak putus asa dan akan ke kerusi Presiden semula. 3- Tentera khas penjaga Presiden tidak akan mengiktiraf presiden selain Presiden Dr Muhammad Morsi. 4- Tentera khas Penjaga Presiden telah menangkap lebih 30 orang polis yang dihantar untuk menangkap Dr Muhammad Mursi. 5- Tentera suruhan Menteri Pertahanan As-Sisi mengancam untuk menggempur tempat jagaan Presiden dan membunuh semua penjaga Presiden. 6- Presiden tidak akan diberikan kepada penunjuk perasaan dikhuatiri ancaman tembakan oleh helikopter Apache yang berlegar di luar bangunan. 7- Sebanyak 7 buah negara telah memutuskan hubungannya dengan Mesir atas tindakan rampasan kuasa oleh tentera ketika ini. 8- Rejimen tentera Lapangan kedua dilaporkan akan memberi kenyataan bahawa mereka mereka bersama ketua angkatan tentera yang sah Dr Muhmmad Morsi. | ||||
Ustaz Azhar Idrus Gempur PRK Kuala Besut Posted: 08 Jul 2013 08:21 PM PDT MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional. Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu. "Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI). "Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini," katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar. Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar. "Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas," katanya. ~sinar harian | ||||
Ini Dalang Sebenar Di Sebalik Kejadian Huru Hara Di Mesir Posted: 08 Jul 2013 07:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Dalam satu temuramah dengan PressTV, Michel Chossudovsky (gambar), daripada Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendakwa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir."Laporan media melaporkan seolah-olah gerakan protes adalah ditujukan pada Amerika Syarikat, dan tentera (Mesir) dalam lojik tertentu adalah menyokong gerakan protes tersebut. Saya merasakan ini semuanya cumalah adalah asap kerana Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua Staf AS General Martin Dempsey sentiasa berhubung dengan arkitek rampasan kuasa dua minggu sebelum pengambilan kuasa oleh pihak tentera," kata Chossudovsky. Chossudovsky berkata ia tidak boleh dinafikan tentera Mesir mengikut arahan terus daripada Washington walaupun dalamnya mempunyai perbezaan pendapat. Tentera Mesir, katanya, adalah penerima dana kedua terbesar AS selepas Israel. "Mereka adalah sekutu yang kuat dan jika mereka sudah mengambil keputusan untuk campur tangan dan menurunkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat, mereka melakukannya selepas mendapat lampu hijau daripada Pentagaon," tegas Chossudovsky. Beliau menolak kemungkinan General Abdul Al Sisi, arkitek rampasan kuasa terhadap Presiden Morsi berani bertindak tanpa mendapatkan nasihat daripada rakan sekutunya, Chuck Hagel. "Jika kita melihat berita-berita terbaru sebelum ini, kita boleh lihat General Al Sisi sentiasa berhubung dengan telefon dengan Chuck Hagel, kita juga harus faham bahawa Menteri Pertahanan yang menghasut rampasan kuasa itu juga adalah seorang graduan daripada kolej perang AS – beliau sangat rapat dengan tentera AS, dan saya secara ikhlasnya sangsi bahawa beliau telah bertindak tanpa kebenaran daripada rakan sekutunya di AS," kata Chossudovsky lagi. Chossudovsky juga mendakwa AS telah campur tangan di dalam gerakan protes terhadap rampasan kuasa Presiden Morsi dan juga tentera Mesir. "Malah, AS sebenarnya sedang menyokong kedua-dua pihak, dan inilah strategi mereka. Mereka menyokong tentera, dan kemudian menyokong – dan tidak menyokong tapi mereka menyokong Ikhwan Muslimin. Dan ini menyebabkan terjadinya situasi konflik dalaman yang menjurus kepada ketidakstabilan pada skala yang lebih besar. Saya juga patut menyentuh bahawa sempadan dengan Gaza telah ditutup. "Krisis ini bukan sahaja impak di Mesir, tapi pada skala yang lebih besar kerana Mesir adalah sangat strategik untuk AS, ia adalah pintu kepada Afrika Utara dan juga sub-Saharan Africa," tegas Chossudovsky. Campurtangan AS, kata Chossudovsky, adalah bertujuan untuk memastikan gerakan protes tidak menjadi luar kawalan dan rampasan kuasa itu adalah bertujuan untuk memanipulasi gerakan protes supaya cita-cita untuk mendapat satu kerajaan rakyat tidak tercapai. Saksikan temuramah Chossudovsky di SINI. | ||||
Rupanya SPR Sembunyikan Sesuatu.. Saksikanlah!! Posted: 08 Jul 2013 06:43 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Tiada apa yang perlu ditakutkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika tidak menyembunyikan sesuatu yang meragukan berhubung identiti syarikat pembekal dakwat kekal. "Kita rasa ada sesuatu yang mencurigakan sedang cuba ditutup," kata ketua sekretariat pilihan raya KEADILAN, Zakaria Abd Hamid (gambar)."Apakah pihak yang mendapat tender adalah orang yang punya kaitan dengan mereka? Apakah yang diberi tender tersebut kroni mereka?, katanya kepadaKeadilandaily. Justeru, alasan tidak mendedahkan identiti demi menjaga keselamatan pembekal tidak boleh diterima."Rakyat tertunggu-tunggu jawapan SPR. Jutaan ringgit wang rakyat telah dibelanjakan. "Jadi rakyat punya hak untuk tahu, siapakah pembekal dakwat berkenaan," tegasnya.SPR diberi tempoh seminggu oleh KEADILAN bagi mendedahkan pembekal yang mendapat tender membekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu. ~keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan