Rabu, 24 Julai 2013

Addin

Addin


Muhyiddin Dedah Resepi Kemenangan BN

Posted: 24 Jul 2013 10:17 AM PDT


Kemenangan dan peningkatan majoriti Barisan Nasional (BN) meningkat kepada 2,952 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut disebabkan keyakinan pengundi bahawa parti pemerintah itu mampu untuk melaksanakan 15 projek yang diumumkan ketika berkempen di kawasan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin yang juga Ketua Pengarah PRK Kuala Besut BN berkata, projek bernilai hampir setengah bilion yang diumumkan kerajaan BN di kawasan berkenaan sekian lama dinantikan pengundi yang majoritinya adalah nelayan dan mereka yang terbabit dalam industri pelancongan.

"Projek itu dinantikan penduduk Kuala Besut Ia bukan timbul pada saat-saat akhir, penyokong kita daripada nelayan, mereka membawa bot, bawa pelancong.

"Ia usaha yang baik, dan memberi kesan positif kepada kita," katanya pada sidang media selepas kemenangan BN diumumkan di Dewan Majlis Daerah Besut malam ini.

BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi, peningkatan daripada 2,434 undi pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13).

Antara projek terbesar yang diumumkan Muhyiddin ketika membantu kempen calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, di kawasan majoriti nelayan itu adalah pembinaan benteng penahan ombak yang bernilai RM250 juta.

Menjelaskan berhubung pelaksanaan projek berkenaan, Muhyiddin menjangka projek itu akan siap dalam tempoh dua tahun, dengan langkah pertama ialah melantik konsultan, yang menelan kos RM500,000.

"Projek akan dilaksanakan dalam jangka masa sesuai, yang penting rakyat hendak lihat janji atau memang mahu buat. Lihat muka saya, saya akan buat," katanya ketika ditanya pemberita.

"Kita sasar majoriti lebih tinggi, tapi yang pentingnya (majoriti) bukan merosot, Pakatan Rakyat (PR) akan gunakan alasan undi merosot, sokongan merosot, tetapi sebaliknya, saya rasa ini sesuatu yang istimewa," katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga yakin kemenangan BN di kerusi DUN Kuala Besut adalah hadiah istimewa buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.

BN memperolehi 8,288 undi manakala PAS pula sekadar memperolehi 5,696 undi, manakala sejumlah 125 undi pula diumumkan undi rosak.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Majlis Daerah Besut berhampiran Gong Kemuntong malam tadi.

Tengku Zaihan dilihat turut hadir di dewan berkenaan tepat jam 10 malam bersama Pengarah PRK Kuala Besut BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; dan juga Ahli Parlimen Besut, merangkap Menteri Pendidikan II Datuk Seri, Idris Jusoh, beserta anggota Kabinet bagi mendengar keputusan diumumkan.

Che Long bagaimanapun tidak kelihatan ketika pengumuman keputusan berkenaan dibuat.

Lapan Bahagian Pilihan Raya ditetapkan SPR di lokasi pertama PRK selepas PRU13 itu, dengan antaranya ialah Pulau Perhentian, Seberang Barat, Kampung Nail, Seberang Barat Luar, Tok Saboh, Kampung Nagka, Kampung Baru, dan Bukit Puteri.

Sebanyak 1,134 pengundi daripada kalangan tentera dan 14 anggota polis mengundi awal pada 20 Julai lepas di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak.

Seramai 14,108 pengundi membuang undi dengan jumlah keseluruhan pengundi hadir kali ini adalah sebanyak 80 peratus. ~the malaysian insider

Addin:

Resepinya adalah rasuah pilihanraya..




Iklan C (ii)


Keputusan Rasmi: BN Hanya Menang Dengan Pertambahan 158 Undi

Posted: 24 Jul 2013 08:24 AM PDT


Agenda 16:16 PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut gagal apabila pengundi sekali lagi memilih untuk mengekalkan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar.

Calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menewaskan lawannya dari PAS, Endut@Azlan Yusof dengan majoriti 2,592 undi, sekaligus menyaksikan pembangkang sukar menembusi kubu kuat BN itu.

BN memperolehi 8,288 undi, manakala PAS pula sekadar memperolehi 5,696 undi.

Sejumlah 125 undi pula diumumkan tidak diterima.

Perkara itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, A Rahim Jusoh sebentar tadi di Pusat Penjumlahan Undi, di Dewan Majlis Daerah Gong Kemuntong.

Penyandang kerusi berkenaan dari BN, Allahyarhan Dr A Rahman Mokhtar menang Pilihan Raya 2013 menewaskan calon PAS Napsiah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Kemenangan BN itu memperlihatkan pelaburan hampir setengah bilion ringgit parti pemerintah itu bagi 15 projek di kawasan DUN berkenaan membuahkan hasil.

PAS juga dilihat gagal memenangi hati pengundi melalui isu-isu tanah dan juga perselisihan antara Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh di dibangkitkan.

Lapan Bahagian Pilihan Raya ditetapkan SPR di lokasi pertama PRK selepas Pilihan Raya 2013 itu, dengan antaranya termasuklah Pulau Perhentian, Seberang Barat, Kampung Nail, Seberang Barat Luar, Tok Saboh, Kampung Nagka, Kampung Baru, dan Bukit Puteri, dengan sejumlah 16,534 pengundi akan mengundi hari ini.

Sejumlah 1,134 pengundi awal daripada kalangan tentera dan 14 anggota polis mengundi awal pada 20 Julai lepas di Pangkalan Tentera Udara Gong Kedak, menjadikan keseluruhan pengundi berdaftar berjumlah 17,683.

Tepat jam 5 petang, sebaik sahaja pusat pengundian ditutup, seramai 14,108 pengundi membuang undi dengan jumlah keseluruhan yang mengundi kali ini adalah menghampiri 80 peratus. ~the malaysian insider


Addin:

Dengan taburan rasuah setengah bilion ringgit, BN hanya menang dengan pertambahan hanya 158 undi berbanding majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya 5 Mei. Berbaloikah dia?




Iklan C (ii)

Twitter Najib Gagal Pikat Pengundi - Kajian Pasca PRU13

Posted: 24 Jul 2013 07:57 AM PDT

Tweet dan retweet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) dalam Twitternya yang berlangsung antara hari penamaan calon hingga hari mengundi untuk memikat pengundi gagal menghasilkan kesan yang diharapkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, kata penyelidik tempatan.

Dr Surinderpal Kaur, yang menjalankan kaji selidik kesan perkhidmatan mikroblogging Twitter sebelum dan selepas pilihan raya, berkata tweet perdana menteri dibaca ramai orang tetapi kesannya kurang kerana ia berbalas hanya di kalangan pengikutnya iaitu kemungkinan cybertrooper atau pengamal media sosial berbayar.

Kaji selidik itu dijalankan berdasarkan kepada kira-kira 900,000 tweet mengenai pilihan raya. Aktiviti tweet menjadi popular pada PRU13, satu perubahan daripada pilihan raya pada 2008 apabila jaringan sosial didominasi oleh blogger.

"Tweet perdana menteri lazimnya tersebar di kalangan mereka yang mengikutinya. Pengikutnya kemudian hanya tweet dan retweet kepada pembaca yang berada dalam jaringan mereka," katanya di seminat pasca PRU13 di Kuala Lumpur, hari ini.

Seminar itu dianjurkan Pusat Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL), yang menjalankan beberapa soal selidik sebelum, ketika dan selepas PRU13.

Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib menang dalam pilihan raya umum itu di 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 yang dimenangi pada pilihan raya 2008 ketika Tun Abdullah Badawi menjadi perdana menteri.

Surinderpal berkata, untuk mendapatkan kesan positif, pengikut media sosial Najib seharusnya menyalurkan segala maklumat dalam Twitter perdana menteri itu kepada masyarakat di luar jaringan mereka. (Retweet adalah proses mengulang semula tweet yang asal).

"Perkara ini tidak berlaku. Antara sebabnya mungkin kerana kebanyakan pengikut berkenaan mungkin cybertrooper," katanya yang juga pensyarah kanan di UM dan felow UMCEDEL.

Secara mudahnya, beliau berkata, kegiatan Twitter perdana menteri itu mencerminkan komunikasi terbatas yang hanya terkepung antara Najib dengan mereka yang di dalam jaringannya sahaja.

"Ini antara sebab mengapa BN tewas dalam perang sibernya menentang pembangkang kerana tweet mesti mencetuskan reaksi berantai," katanya.

Menurut socialbakers.com yang mengukur statistik jaringan sosial, Najib mempunyai 1.67 juga pengikut di Twitter sejak membuka akaun empat tahun dan 10 bulan lalu. Perdana menteri hanya membuat tweet sebanyak kira-kira 4,500 kali.

Berbanding lawan politiknya, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ihrahim hanya mempunyai 359,007 pengikut walaupun akaunnya bermula enam tahun dan empat bulan lalu. Tetapi, Anwar tweet sebanyak hampir 30,000 kali.

Surinderpal berkata, perbandingan antara jaringan pro-Pakatan Rakyat (PR) dan sebahagian rakyat Malaysia mungkin tidak mempunyai jumlah besar tetapi kesannya jelas kerana mereka berkait dengan jaringan lain.

Beliau berkata, rapat umum Black 505 anjuran PR selepas pilihan raya diketahui umum kerana informasi yang diterima daripada Twitter di sebalik kekurangan liputan mengenai aktiviti itu di media arus perdana.

Katanya, nama Anwar menjadi sebutan ramai selepas pilihan raya kerana perkhidmatan mikroblogging. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

BN Di Jangka Kekal Kerusi Tapi Majoriti 4,000 Tidak Tercapai

Posted: 24 Jul 2013 07:16 AM PDT


Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS. Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.

Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof.


LANGSUNG

9.02pm: AJK pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti itu sedar bahawa BN mendahului dalam pilihan raya umum lagi dengan majoriti 2,434 undi.

Namun, BN hanya berjaya meraih tambahan kira-kira 200 undi walau mengumumkan peruntukan RM477 juta semasa kempen tersebut, katanya.

"Kami berpuas hati dan reda, meskipun disogokkan dengan begitu hebat dan juga mereka mengharapkan menang 4,000 undi, tetapi kami berjaya mengagalkan mereka," kata Dzulkefly.

"Kami tahu sukar (untuk capai) menang tapi tidak mustahil dan kami menerima kekalahan. Kami melancar serangan bersungguh-sungguh namun pelbagai sebab (kekalahan) ini," katanya.

Tambahnya, PAS juga tidak melihat bahawa strategi mereka untuk membentuk jumlah kerusi yang sama banyak di DUN Terengganu itu merupakan satu kesilapan.

"Kami tidak menganggap agenda 16:16 satu yang silap, kerana kami telah menjelaskan sejelas-jelasnya, cuma ada rakyat yang faham dan percaya, tetapi tidak boleh memberi undi. Jika dihitung dengan sogokan, ugutan dan sebagainya.

"Kami juga berdepan dengan pengundian (pada hari bekerja), menyebabkan pengundi luar dan penyokong kami tidak dapat balik.

8.50pm: Tak rasmi - BN menang dengan 2,650 majoriti.

8.30pm: ANALISIS - PAS membuka gelanggang dengan menimbulkan isu besar termasuk isu tanah dan juga strategi untuk mencapai jumlah kerusi sama banyak dengan BN - 16:16.
PAS kemudiannya berubah arah dengan menganjurkan program seperti karnival mesra rakyat, cabutan bertuah dan juga pemberian petrol percuma kepada penunggang motosikal.

Pertambahan jumlah majoriti undi BN yang tidak begitu signifikan itu juga menunujukkan bahawa PAS masih dapat mengekalkan pengaruh dari penyokongnya walau tewas.

8.25pm: Setiausaha agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada parti atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walau jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang kesemua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

8pm: Sumber PAS menyebut, BN mendahului dengan hampir 2,600 undi.

BN pada awal kempen mensasarkan untuk meraih sehingga 4,000 undi majoriti.

PAS - 5,283 undi
BN - 7,882 undi
Majoriti - 2,599 undi
Rosak - 93 undi



~malaysiakini




Iklan C (ii)

Keputusan Tak Rasmi: BN Kekalkan Kuala Besut

Posted: 24 Jul 2013 06:25 AM PDT


Berdasarkan keputusan awal yang diperolehi, Barisan Nasional (BN) dijangka menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bahkan boleh menambahkan majoritinya.

Keputusan awal yang diterima bilik gerakan parti masing-masing menunjukkan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berada di depan berbanding calon PAS, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long.

Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira. ~the malaysian insider


Tak Rasmi : BN kekalkan DUN Kuala Besut

Keputusan tidak rasmi untuk pilihan raya kecil DUN Kuala Besut mula diperolehi malam ini melalui sumber BN dan PAS.
Keputusan awal menunjukkan BN mengekalkan kawasan DUN berkenaan.
Kem BN berkumpul di satu hotel empat bintang, Demong Resot dengan diketuai timbalan pengerusi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kumpulan penyokong PAS pula berhimpun di Kampung Baharu.
LANGSUNG

8pm: BN mendahului dengan hampir 2,600 undi
PAS 5283
BN 7882
Majoriti 2599
Undi rosak 93

~malaysiakini 



Iklan C (ii)

Calon BN Belajar Tinggi Tapi Tidak Bijak.. Ini Buktinya

Posted: 24 Jul 2013 05:19 AM PDT


Mungkin disebabkan terlalu bangga beliau terlupa tindakannya ini jika disabitkan kesalahan berkemungkinan menyebabkan beliau hilang kelayakkan sebagai calon kerana telah melanggar kerahsiaan dalam pilihan raya.

Tengku Zaihan, calon BN bagi DUN Kuala Besut dilaporkan tiba SMK Kuala Besut jam 8.20 pagi untuk membuang undi dengan ditemani isteri berpakaian baju Melayu merah.

Menariknya, beliau mempamirkan kertas undi setelah beliau mengundi, yang menunjukkan beliau memangkah diri sendiri sebelum memasukkannya ke dalam peti undi.


Mengulas mengenai tindakan calon BN yang menunjukkan kertas undi kepada media sebelum memasukkan ke dalam tong undi, Abdul Aziz berkata:

"Beliau tidak sepatutnya dia buat begitu. Setiap undi adalah rahsia... Undi adalah rahsia. Sudah tentu sebagai calon BN tentu pangkah (BN).

"Mustahil calon itu pangkah orang lain," katanya.. 

UNDANG-UNDANG MALAYSIA 
Akta 5 AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 
Memelihara kerahsiaan dalam pilihan raya 5. 
(1) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan mana-mana orang lain (kemudian daripada ini disebut "orang yang dibenarkan" dalam seksyen ini) yang dibenarkan hadir dalam mana-mana urusan yang berkaitan dengan pengeluaran atau penerimaan kertas undi pos, atau di sesuatu tempat mengundi, atau pada masa pengiraan undi, hendaklah, sebelum hadir sedemikian, mengangkat sumpah kerahsiaan yang pada keseluruhannya mengikut Borang A dalam Jadual Pertama. 
(2) Tiap-tiap pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen dan orang yang dibenarkan yang hadir di sesuatu tempat mengundi hendaklah memelihara, dan membantu dalam memelihara, kerahsiaan pengundian di tempat itu, dan tidak boleh menyampaikan, kecuali bagi sesuatu maksud yang dibenarkan oleh undang-undang, sebelum pengundian itu ditutup, apa-apa maklumat tentang nama atau nombor mana-mana pemilih dalam daftar pemilih yang telah atau belum memohon untuk mendapatkan suatu kertas undi atau yang telah atau belum mengundi di tempat itu, atau tentang tanda rasmi, kepada manamana orang tetapi jumlah bilangan pengundi yang telah mengundi di mana-mana tempat pada bila-bila masa sebelum pengundian ditutup boleh, menurut budi bicara ketua tempat mengundi, dizahirkan kepada seseorang calon atau ejennya atau seseorang pegawai polis yang dibenarkan hadir atau yang bertugas di tempat mengundi itu. 
(3) Tiada pegawai, kerani, jurubahasa, calon, ejen, pegawai polis atau orang yang dibenarkan itu dan tiada seorang jua pun boleh di tempat mengundi cuba mendapatkan maklumat tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu, atau pada bila-bila masa menyampaikan apa-apa maklumat yang didapati di sesuatu tempat mengundi tentang calon yang akan atau telah diundi oleh mana-mana pengundi di tempat itu kepada mana-mana orang, atau tentang nombor kertas undi yang diberikan kepada mana-mana pengundi di tempat itu. 
Kesalahan terhadap Bahagian ini 6. 
(1) Tiap-tiap orang yang menyubahati pelakuan atau yang cuba melakukan sesuatu kesalahan yang dinyatakan dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman dan hilang kelayakan yang ditetapkan bagi kesalahan itu. 
(2) Tiap-tiap kesalahan di bawah Bahagian ini ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. 
(3) Dalam sesuatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan berhubung dengan kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda dalam sesuatu pilihan raya, hak pemunyaan terhadap kertas penamaan, peti undi, kertas undi atau alat penanda itu, dan juga hak pemunyaan terhadap kaunterfoil mana-mana kertas undi, boleh dinyatakan sebagai ada pada pegawai pengurus dalam pilihan raya itu. 
Keseluruhan undang-undang sila lihat di SINI


Tapi.. seperti biasa.. oleh kerana beliau mewakili UMNO/BN undang-undang yang ada di atas tidak tertakluk kepadanya..

Kalau Calon PAS yang lakukan tu sudah tentu calon BN diumumkan menang percuma...


~anak sungai derhaka





Iklan C (ii)

Betul Ke PAS Buat Kerja Pelik Ni Di PRK Kuala Besut?

Posted: 23 Jul 2013 09:34 PM PDT


Dalam saat-saat akhir tempuh berkempen yang dibenarkan bagi Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut, tindakan Dewan Pemuda PAS Malaysia ini telah meletakkan PAS sama tarafnya dengan UMNO..

Sebelum itu ikuti dulu pandangan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad ketika ditemubual Wartawan pada 18 Julai lalu..

WARTAWAN Ada dakwaan mengatakan Umno-BN memberi wang kepada para pengundi PRK Dun Kuala Besut. Boleh Ustaz jelaskan? 

USTAZ WAN AZHAR WAN AHMAD: Maklumat yang kita terima, BN memang ada memberikan wang kepada para pegundi di Kuala Besut. Selain itu, berbagai insentif lain turut diberikan oleh pihak BN kepada masyarakat sempena PRK Dun Kuala Besut. 

Maklumat yang kita terima, insentif-insentif itu diberikan kepada pelbagai golongan termasuk kepada orang muda, ibu tunggal dan mereka yang berada dalam senarai penerimapenerima bantuan. Bantuan itu sedang bergerak masuk sekarang. 

Pihak PAS sedang membuat pemantauan rapi berhubung perkara ini. Kita juga yakin sedikit masa lagi, insya-Allah, akan ada yang menerima bantuan itu akan tampil membuat pengakuan. 

Apa yang akan dilakukan PAS berhubung perkara ini? 

Pertama, sebagai satu ingatan kepada pihak Umno-BN, jentera kita daripada PAS ramai daripada kalangan peguam-peguam. Jadi peguam-peguam kita itu akan mengambil kira semuanya untuk tindakan susulan. 

Jika ada bukti, PAS akan forward segala bukti salah laku pilihan raya yang telah mereka lakukan itu. 

Sebenarnya, apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan, janji-janji termasuk hendak memberi rumah, pangsapuri 72 pintu kepada rakyat di kawasan Kuala Besut ini, mengikut kategori yang diklasifikasikan, dengan sendirinya itu adalah rasuah kepada rakyat. 

Semua pemberian ketika ini (ketika pilihan raya) adalah bius kepada rakyat untuk lupa seketika segala kesusahan mereka selama ini. Semua ini panadol-panadol atau ubat hanya untuk sementara yang dibekalkan khususnya kepada pengundi di Kuala Besut. 

sepenuhnya di SINI

Oleh kerana apa juga pemberian ketika pilihan raya sama ada dalam bentuk wang, barangan dan janji-janji itu adalah rasuah kepada rakyat..

Maka tindakan Pemuda PAS seperti di bawah ini telah menjadikan PAS sama dengan UMNO.. kerana rasuah tetap rasuah.. walaupun lima sen nilainya..


Artikel penuh sila baca di ( SINI )

Jadi tak salahlah jika ada macai UMNO menyiarkan artikel dengan tajuk begini..



Lagi gambar sila lihat di ( SINI )

Lebih menarik lagi tindakan merasuah ini dihebahkan keseluruh alam cyber berserta dengan video.. videonya sila lihat di ( SINI )

Penyokong tegar PAS menyifatkan tindakan ini sebagai "Kempen PAS paling BANGANG di PRK Kuala Besut".. silalah baca di ( SINI )


~anak sungai derhaka

Addin:

Addin memang setuju program yang di buat seperti ini, nampak kita terlalu terdesak untuk meraih undi. Apabila BN bagi BR1M, KR1M dan pelbagai bantuan lagi semasa pilihanraya kita kata itu satu rasuah. Tetapi apabila kita melakukan perkara yang sama iaitu pemberian petrol percuma, adakah dia bukan rasuah?

Ayuh!! kepimpinan PAS terutama pemuda perlu bangkit.. jangan cakap tak serupa bikin. Rakyat melihat gelagat kita. Teguran ini dibuat kerana sayangkan PAS dan jemaah, bukan ada agenda tersirat.




Iklan C (ii)

Berita Terkejut Buat Semua Penuntut Universiti Di Malaysia..

Posted: 23 Jul 2013 06:55 PM PDT

Sejak kecil, beliau sentiasa mengimpikan mahu jadi peguam.Dan beliau sungguh gembira apabila ditawarkan tempat ke sebuah universiti awam untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah sarjana muda undang-undang.

Bagaimanapun, kegembiraan mahasiswa 19 tahun dan ibu bapanya itu tidak lama. Mereka terkejut apabila mendapati kursus yang diambil di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak diiktiraf di negara ini.

"Siapa sangka universiti awam menawarkan kursus yang tidak diiktiraf?" keluh ibunya. "Ini tidak masuk akal dan tidak dapat diterima sama sekali."

Bercakap kepada Malaysiakini, si ibu, yang hanya mahu dikenali sebagai Tee nyata kebingungan memilih arah masa depan anak kesayangannya.

Beliau berkata, ijazah sarjana muda UniSZA tidak diiktiraf Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang (LKPU).

Beliau hanya menyedari perkara itu apabila Bar Malaysia pada Jumaat lalu mengingatkan pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang berwaspada memilih kursus.

Ini kerana, menurut badan peguam itu lagi, pada masa kini, lima institut pengajian terkenal didapati menawarkan program tidak diiktiraf. ~malaysiakini




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: