Addin |
- Ini Penafian Jusuf Kalla Berkenaan Laporan Berita Harian
- Abby Bikin Panas Di Kuala Besut, Umum Suami Baru
- Rahsia Che Long Akhirnya Terbongkar..
- Fakta Mengejutkan!! 70% Anak Tonton Hubungan Intim Ibu Bapa
- Biadap!! Tuan Guru Nik Aziz Di Halang Solat
- Najib Umum Bonus Istimewa Buat Seluruh Rakyat.. Saksikanlah!!
- PAS Tidak Bentuk Kerajaan Jika Menang - Husam Musa
- Hadiah Paling Bermakna Buat Rakyat Malaysia Dari Umno BN
Ini Penafian Jusuf Kalla Berkenaan Laporan Berita Harian Posted: 19 Jul 2013 09:55 AM PDT PETALING JAYA: Mantan Timbalan Presiden Indonesia M Jusuf Kalla menafikan beliau diwawancara oleh Azharri Siddiq mengenai dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana asing untuk membiayai aktiviti Perhimpunan Blackout 505. "Pertemuan saya dengan Azharri pada 1 Jun lalu hanya silaturahim singkat kerana diatur oleh seorang anggota Parlimen Indonesia," kata beliau dalam suratnya kepada Ketua Pengarang Berita Harian, Kuala Lumpur semalam, di mana sesalinannya difakskan kepada ibu pejabat PKR. Jusuf Kalla menjelaskan demikian sebagai merujuk kepada artikel akhbar Berita Harian bertarikh 28 Jun 2013 di bawah tajuk "Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505." Ujarnya, "saya baru membaca Berita Harian tanggal 28 Jun 2013, artikel yang menyebut ada wawancara khas saya dengan AzharriSiddiq perihal "Anwar dapat dana asing lancar Blackout 505." Beliau menafikan bahawa beliau pernah diwawancara mengenai isu tersebut dan apa yang ditulis oleh akhbar itu adalah tidak realistik dan tidak benar. "Oleh kerana itu, wartawan Azharri telah memohon maaf kepada saya berhubung dengan isu yang menimbulkan kontroversi ini," jelasnya. Anwar dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau akan menyaman Berita Harian kerana menyiarkan berita palsu hingga mencemari nama baik beliau. Beberapa siri perhimpunan Blackout 505 telah dianjurkan di seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke 13 yang didakwa berlangsung dengan penuh penyelewengan dan penipuan. Penganjur dan para demonstran turut menuntut Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan. ~free malaysia today Iklan C (ii) |
Abby Bikin Panas Di Kuala Besut, Umum Suami Baru Posted: 19 Jul 2013 08:01 AM PDT Ketika PAS dan Umno panas berkempen di Kuala Besut, berita perkahwinan Abby Abady nampaknya lagi panas. Hari ini Abby mengumumkan melalui facebooknya, dia telah berkahwin 12 hari yang lalu dengan jejaka yang baru dikenalinya dua minggu lalu. "Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian...Allah kami dulukan," tulis Abby menggunakan akaun Instagram. Pengumuman itu dibuat Abby ketika berada di Kuala Besut dalam suasana kempen pilihan raya kecil (PRK) di situ rancak berjalan. Malam tadi, dalam satu majlis anjuran PAS, Abby melelong sepasang baju kurung miliknya dan dibeli dengan harga RM1,100 oleh seorang doktor dari Kelantan. "Insya Allah, majlisnya (kenduri perkahwinan) dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasi. Doakan," tulis Abby lagi mengulas mengenai perkahwinannya. Bagi beliau perkahwinan dengan jejaka yang tidak disebutkan namanya oleh beliau itu adalah jodoh."Ini jodoh...kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal," tulis Abby lagi. Abby sebelum ini berkahwin dengan pelakon Norman Hakim, namun jodoh mereka tidak panjang. Abby dan Norman berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. Norman kini berkahwin semula dengan pelakon Memey Suhaiza, wanita yang menjadi punca mereka bertelingkah. Abby yang terkenal dengan watak Inspektor polis dalam siri televisyen popular Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas. Beliau menyertai PAS dan aktif berkempen untuk PAS sepanjang pilihan raya umum ke 13 lalu. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Rahsia Che Long Akhirnya Terbongkar.. Posted: 19 Jul 2013 06:49 AM PDT "Che Long tidak berpelajaran tinggi kerana telah berkorban untuk mencari rezeki membiayai keluarga dan adik-adik," ujar ibu calon PAS PRK Dun Kuala Besut, Minah Abdul Rauf, 64. Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru dekat sini beliau memberitahu, sebagai anak sulong Che Long telah banyak berkorban untuk keluarga dan adik-adik untuk mencari rezeki. "Kami dari keluarga yang susah, Che Long telah bekerja ketika usia belasan tahun lagi. Sebelum berjaya sekarang, Che Long telah bekerja dari bawah sebagai kuli sahaja. "Bila ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 22 tahun, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab keluarga, untuk menyara mak dan adik-adik dengan buat pelbagai pekerjaan," ujarnya. Sebagai seorang ibu, tidak dinafikan beliau berasa sedih kerana bebanan yang terpaksa ditanggung oleh Che Long untuk menyara adiknya enam orang lagi ketika itu semuanya masih bersekolah. Menyentuh tentang kebaikan dan sifat pemurah Che Long, beliau mengakui bukan hanya sekarang sifatnya sedemikian, tetapi sejak kecil lagi. " "Dia banyak bertolak ansur dengan adik, bila dia remaja dia mencari rezeki sendiri, dia bahagikan pada kami, pendekata dia memang anak yang bertanggungjawab pada anggota keluarga," ujarnya. Sambungnya lagi, sifat tersebut telah diteruskan sehingga kini termasuk ketika menjadi calon untuk PRK N.1 Kuala Besut. Ibunya juga telah mendedahkan, sifat dermawannya bukan sekarang, sebaliknya terserlah sejak awal lagi. Katanya, ketika beliau dilantik menjadi bilal masjid, Azlan tidak mengambil elaun yang diberikan kepadanya dengan alasan untuk membantu mereka yang susah. Menurut Minah lagi, Azlan berkata cukuplah dengan rezeki yang telah diberikan Allah, yang lain bagi kepada mereka yang memerlukan. Katanya, sifat pemurah Azlan telah diwarisi dari allahyarham ayahnya yang gemar membantu mereka yang susah. Menyentuh tentang pencalonan anak sulungnya itu, Minah memberitahu Azlan hanya menerima hasrat pimpinan sahaja walaupun pernah diminta untuk berbuat demikian sebelum ini. "Moga dia laksanakan amanah yang diberikan padanya dengan baik sebagaimana yang dijanjikan," katanya. ~jkkk fan club Iklan C (ii) |
Fakta Mengejutkan!! 70% Anak Tonton Hubungan Intim Ibu Bapa Posted: 19 Jul 2013 04:19 AM PDT Satu Lagi Kegagalan Umno BN Mengurus Rakyat Menurut Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Intergriti Malaysia(IIM) Puan Rohana Yaacob, 70 peratus ibu bapa terutama di luar bandar perlakuan seks mereka ditonton oleh anak-anak. Penemuan fakta ini hasil kajian Sosiobudaya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. "Sangat menyedihkan apabila anak kecil dapat melihat perlakuan seks ibu bapa kerana sesetengah rumah mereka terutama golonngan miskin tidak mempunyai bilik tidur"kata Rohana Yaacob seperti yang dilaporkan. Amat menyedihkan apabila pihak berkuasa khususnya Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak boleh membantu,keluarga miskin ini. ~sisibukit Iklan C (ii) |
Biadap!! Tuan Guru Nik Aziz Di Halang Solat Posted: 19 Jul 2013 12:56 AM PDT Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut. Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi. Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan. Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut. "Kita faham kerana pegawai di kem berkenaan semuanya kawan-kawan saya yang pernah khidmat bersama di TUDM sebelum ini, namun kerana tekanan atasan mereka tidak dapat berbuat apa-apa," katanya seperti dipetik Harakahdaily. Menurut laporan itu lagi, Masjid di kem Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengadakan majlis berbuka puasa setiap hari sejak penamaan calon pada Jumaat lepas. Sedangkan, masjid berkenaan sebelum ini tidak pernah membuat majlis berbuka puasa secara besar-besaran setiap hari, yang terbuka kepada penduduk tempatan, lapor lidah parti PAS itu lagi. Iklan C (ii) |
Najib Umum Bonus Istimewa Buat Seluruh Rakyat.. Saksikanlah!! Posted: 18 Jul 2013 11:51 PM PDT Pengguna teksi nampaknya terpaksa membelanjakan wang lebih apabila Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang menaikkan kadar tambang pengangkutan awam itu. Mengumumkan perkara itu semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, langkah itu bagi membantu pemandu teksi menghadapi kenaikan kos hidup. Katanya, pemandu teksi kini menanggung kos operasi yang tinggi dan kenaikan tambang dapat membantu mengurangkan beban mereka. "Dengan ini, saya harap pemandu-pemandu teksi mampu menikmati kualiti hidup lebih baik," katanya selepas menyerahkan 500 lesen individu kepada pemandu teksi di ibu pejabat SPAD di Kuala Lumpur. Dalam sidang media selepas itu, Pengerusi SPAD Syed Hamid Albar berkata, cadangan menaikkan tampan itu memasuki peringkat terakhir, tetapi enggan mendedahkan jumlah kenaikannya. ~malaysiakini Addin : Selepas kenaikan harga ayam, kemungkinan kenaikan tariff elektrik dan yang terbaru tambang teksi. Selepas di tangguh sejak sekian lama ini adalah masa paling sesuai untuk umumkan kenaikan kos hidup rakyat Malaysia. Inilah trend selepas pilihanraya, tapi 2 tahun lagi nak PRU Najib aka umumkan gula-gula pulak. Dengan mudah rakyat akan lupa penderitaan pada hari ini.. Iklan C (ii) |
PAS Tidak Bentuk Kerajaan Jika Menang - Husam Musa Posted: 18 Jul 2013 06:54 PM PDT PAS tidak akan membentuk kerajaan baharu di Terengganu jika menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang akan menjadikan jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang 16:16 di Dewan Undangan Negeri (DUN). Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Terengganu di bawah pemerintahan BN masih boleh dikekalkan. "Tetapi nanti mereka (BN) tidak boleh bertindak sesuka hati. Kami sebagai pengimbang mempunyai peranan yang konstruktif untuk mencadangkan pengurusan negeri yang berorientasikan kebaikan rakyat jelata Terengganu," katanya dalam sidang media di markas besar pilihan raya PAS di Kampung Baharu di Kuala Besut. Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyifatkan usaha PAS mewujudkan pentadbiran kerajaan Terengganu yang tergantung menerusi kempen 16:16 tidak akan diterima rakyat dan ia tindakan populis bagi meraih perhatian pengundi Kuala Besut. Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Terengganu kekal ditadbir BN yang menang 17 kerusi, manakala baki 15 lagi diwakili pembangkang iaitu 14 daripada PAS dan satu wakil PKR. Sementara itu, Husam yang juga pengarah PRK PAS untuk DUN Kuala Besut menyambut baik pendirian terbuka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menjelaskan mengenai isu pemberian tanah kepada empat wakil rakyat BN dalam kawasan Parlimen Besut. Ahmad Said dalam jawapannya berkata sudah menjadi dasar Kerajaan BN Terengganu mengurniakan tanah kepada rakyat yang berhak dan berjasa, termasuklah ADUN sama ada lot tapak perumahan atau tanah pertanian. PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot @ Azlan Yusof daripada PAS berikutan kematian penyandangnya Dr Rahman Mokhtar daripada BN pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. ~bernama Iklan C (ii) |
Hadiah Paling Bermakna Buat Rakyat Malaysia Dari Umno BN Posted: 18 Jul 2013 05:50 PM PDT KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini. Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas. "Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan. "Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang. "Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini. Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada 5 Mei. Kerajaan memberikan subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik sebanyak RM20 ke bawah sebulan dikecualikan daripada membayar bil. Moggie berkata penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa. "Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara yang lebih cekap selagi mungkin, ini akan membantu mengurangkan sebarang kesan," tegas beliau. Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 telah diperluaskan kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini. Tahun lepas, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. ~bernama Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan