Addin |
- Kemampuan Che Long Terserlah...
- Lagi Guru Mati Ditembak, Mangsa Ketiga Dalam Tempoh Terdekat, Apa Sudah Jadi?
- Ini Penjelasan Peguam Negara Kenapa Alvin Dan Vivian Tak Di Benarkan Ikat Jamin
- Nurul Izzah Sekolahkan Najib
- Keluarga Mangsa Maut Tersepit Lif Ambil Tindakan Undang-Undang
- Gara-Gara Sikap Semborononya.. Zahid Bakal Di Heret Ke JK Parlimen
- SPR Perkenal Dakwat Ajaib.. Saksikanlah!!
- Ibu Bapa Vivian Lee Hilang..
- Menteri Cakap Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Tapi Fakta Sebaliknya.. Saksikanlah!!
- Zahid Hamidi Cuba Meraih Simpati
Kemampuan Che Long Terserlah... Posted: 18 Jul 2013 09:44 AM PDT PETALING JAYA: Walaupun hanya berkelulusan SPM, calon PAS Kuala Besut Endot@Azlan Yusof mendakwa beliau merupakan antara kontraktor terbaik di Kelantan. "Saya berkelusan SPM sahaja tetapi sijil bukan penentu segala-galanya. Bukan sijil jadi ukuran, bukan wajib ada. Saya tak sekolah tetapi boleh menjadi kontraktor terbaik di Kelantan. "Buat tahfiz sains RM11 juta, buat dulu 100%, baru kerajaan bayar secara berperingkat. "Orang ngaji sekolah tinggi, ada kontraktor macam saya, satu dua projek fail (gagal), dia ngaji Amerika," katanya. Bendahari PAS Besut itu akan menentang calon BN Tengku Zaihan Cheku Abdul Rahman pada 24 Julai ini. Dalam pada itu, Che Long menambah, beliau berjanji akan berkhidmat kepada rakyat jika menang pada 24 Julai ini. "Saya berjanji kepada parti, jika dipilih, jika menang saya akan berkhidmat kepada rakyat. "Che Long tidak mahu menjadi wakil rakyat yang berdosa," katanya lagi. ~free malaysia today Iklan C (ii) |
Lagi Guru Mati Ditembak, Mangsa Ketiga Dalam Tempoh Terdekat, Apa Sudah Jadi? Posted: 18 Jul 2013 08:23 AM PDT Kira-kira pukul 12.25 petang tadi, seorang guru,K. Shanmugam, 45, memandu dari rumahnya di Taman Bidara dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Berapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang. Bagaimanapun ketika tiba di Simpang Empat Keladi, dia ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki yang tidak dikenali. Dia mati akibat tembakan tersebut. Peluru yang dilepaskan sebelum itu kena pada bahagian kanan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish dipandunya. Apa sudah jadi? Kurang dua minggu sebelum ini seorang guru penolong kanan juga mati ditembak di Bachok, Kelantan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan Beris Panchor maut ditembak sebaik keluar dari pintu pagar sekolah berkenaan, kira-kira jam 2 petang. Mangsa, Hashim Mat Zin, 43, yang juga guru mata pelajaran Muzik ditembak ketika memandu kereta Mercedez Benz untuk pulang ke rumah selepas habis waktu persekolahan. Untuk rekod, empat hari sebelum kejadian itu, seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan juga cedera di bahagian leher juga selepas terkena tembakan daripada mereka yang tidak dikenali. Guru tersebut dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Dalam erti kata lain sudah ada tigas kes tembak yang melibatkan guru dilaporkan berlaku dalam masa terdekat. Mungkinkah setiap kes itu mempunyai kaitan antara satu sama lain? Atau mungkinkah juga ia berlaku secara kebetulan? Yang pasti kes jenayah melibatkan senjata api sejak akhir-akhir ini cukup membimbangkan.Senjata api seolah-olah begitu mudah untuk diperoleh di pasaran. Manusia juga seolah-olah begitu mudah membunuh dan dibunuh. Apa lagi selepas ini? ~mynewshub Iklan C (ii) |
Ini Penjelasan Peguam Negara Kenapa Alvin Dan Vivian Tak Di Benarkan Ikat Jamin Posted: 18 Jul 2013 07:07 AM PDT Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivan Lee tidak dilepaskan dengan jaminan di mahkamah hari ini kerana mereka mempunyai kecenderungan untuk memuat naik kandungan yang boleh membangkitkan kemarahan orang ramai. Tan dan Lee dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka. "Setelah mempertimbangkan undang-undang dan fakta berhubung kejadian tersebut, Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengenakan pendakwaan terhadap mereka. "Tindakan untuk mendakwa mereka juga dibuat lanjutan daripada kejadian seorang individu diculik dan dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai rentetan daripada perbuatan mereka (Tan dan Lee)" katanya dalam kenyataan hari ini. Abdul Gani berkata Jabatan Peguam Negara juga meminta semua pihak supaya berhenti memberi sebarang kenyataan atau membuat apa-apa spekulasi berhubung kes ini bagi mengelak perbicaraan melalui media. Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Lee atau nama penuhnya Lee May Lilng, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap ketiga-tiga pertuduhan. Mereka tidak dibenarkan ikat jamin sementara menunggu perbicaraan. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' pada satu pautan yang mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh…wangi, enak, menyelerakan) bersama logo Halal. Bagi pertuduhan kedua, Tan dan Lee didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah dalam pautan tumblr.com dan tuduhan ketiga memuat naik di Facebook gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan. ~bernama |
Posted: 18 Jul 2013 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR 18 JULAI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak memahami prosedur dan mekanisme berkaitan sebelum sesuatu akta dimansuhkan terutama Akta Hasutan 1948. MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, berdasarkan jawapan Speaker di Parlimen, akta tersebut mempunyai kaitan dengan Majlis Raja-Raja dan sebarang pemansuhan memerlukan persetujuan majlis berkenaan. "Pada Julai 2012, Perdana Menteri pernah mengemukakan Akta Hasutan dimansuhkan dan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional."Bagaimana beliau boleh buat kenyataan terbuka dan berjanji dengan rakyat sedangkan kewajipannya mendapat perkenan Majlis Raja-Raja," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini. Beliau berkata, difahamkan juga rundingan sedang dibuat kerajaan dengan pihak tertentu untuk menggantikan akta itu.Katanya, sewajarnya satu salinan diberikan kepada semua Ahli Parlimen termasuk dari Pakatan Rakyat (PR)."Janji Perdana Menteri lain, kenyataan menteri lain. Akhirnya kita bercakap tentang satu akta yang kandungannya tidak siapa tahu. Macam mana rundingan boleh dibuat," katanya.Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, adalah jelas Perdana Menteri tidak memahami prasyarat akta itu sebelum sebarang pengumuman. "Ini buka satu reformasi yang betul. Kita tidak mahu Perdana Menteri ambil jalan mudah mansuhkan akta dan ganti yang baru sedangkan sifatnya sama."Tian Chua berkata Akta Hasutan bukan untuk lindungi institusi Raja-Raja kerana Perlembagaan Malaysia sudah cukup untuk tujuan itu. Manakala Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar berkata Akta Hasutan wajar dimansuhgkan kerana bercanggah dengan pemasyhuran kemerdekaan 1957 oleh bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. ~selangorku |
Keluarga Mangsa Maut Tersepit Lif Ambil Tindakan Undang-Undang Posted: 18 Jul 2013 04:13 AM PDT Moleklah ambil tindakan undang-undang. Ajar la manusia-manusia yang tamak haloba macam neh. Mereka ingat kita miskin, keselamatan kita, nyawa kita tiada nilai agaknya. Biarpun kita miskin, kita pun berhak untuk hidup dalam suasana yang selamat dan aman sama macam orang-orang kaya macam pemimpin Umno BN. Tahu tak? Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
Berita asal di SINI. |
Gara-Gara Sikap Semborononya.. Zahid Bakal Di Heret Ke JK Parlimen Posted: 18 Jul 2013 01:45 AM PDT Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa supaya memohon maaf kepada Dewan Rakyat berhubung kenyataannya sebelum ini yang mendakwa penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dalam satu sidang media hari ini menyifatkan kenyataan Zahid berhubung penubuhan IPCMC dalam sesi Parlimen baru-baru ini adalah sebagai salah, terpesong dan mengelirukan. Ini kerana menurutnya, Artikel 140 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan bahawa Parlimen mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang bagi mengawal dan melaksanakan tindakan disiplin ke atas pasukan polis. "Mengikut Artikel 140 (1) Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan: "Dengan syarat bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi perjalanan apa-apa kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis mengikut apa-apa cara oleh mana-mana pihak berkuasa yang diperuntukkan dalam undang-undang itu." "Zahid perlu memohon maaf kepada Dewan Rakyat atas kenyataan yang dibuat kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada dewan," katanya kepada pemberita. Tegasnya, sekiranya Zahid gagal melakukan permohonan maaf seperti yang dituntut, beliau boleh dihadapkan ke Jawatakuasa Parlimen di bawah Peraturan 36 (12) Arahan Ketetapan kerana membuat kenyataan palsu dengan niat untuk mengaibkan. Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis. Bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan sehingga hari ini enggan menubuhkan badan tersebut. IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh Suruhanjaya Diraja mengenai penambahbaikan perkhidmatan Polis. Pembentukkan badan tersebut berdasarkan badan pemantau polis di United Kingdom, Australia dan Hong Kong. ~selangorku |
SPR Perkenal Dakwat Ajaib.. Saksikanlah!! Posted: 18 Jul 2013 12:51 AM PDT BESUT: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan warna dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan muncul semula walaupun selepas dicuci. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata, pengundi perlu memastikan jari mereka tidak berminyak sebelum mencelup jari ke dalam dakwat. "SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari. "Setelah dicelup dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering," katanya menerusi kenyataan di sini, Khamis. Selain itu Abdul Aziz berkata, suruhanjaya itu juga menghantar contoh dakwat kekal itu kepada Jabatan Kimia untuk diuji dari aspek kandungan bahan kimia yang digunakan. Katanya, SPR juga mengadakan perbincangan debgan Kementerian Kesihatan mengenai penggunaan dakwat kekal itu bagi memastikan kandungannya tidak memudaratkan kesihatan pengundi. Sementara itu, SPR melakukan simulasi proses pengundian termasuk kaedah baru penggunaan dakwat kekal kepada media di Pejabat Daerah Besut di sini. Wakil media turut diberi peluang mencelup jari ke dalam dakwat kekal baharu yang digunakan SPR pada pilihan raya kecil ini. Wartawan portal berita Malaysiakini, Lee Long Hui yang diberi peluang mencuba dakwat berkenaan mengakui dakwat itu tetap kekal walaupun selepas dua kali dicuci menggunakan sabun tangan. Hasil pemerhatian didapati warna dakwat kekal pada jari yang dicelup kelihatan bewarna ungu pudar pada mulanya namun warnanya menjadi semakin gelap selepas hampir sejam. Sebelum ini pelbagai pihak membidas SPR kerana menggunakan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). ~mStar |
Posted: 17 Jul 2013 10:25 PM PDT JOHOR BAHRU – Vivian Lee, wanita yang dikaitkan dengan kontroversi menghina Islam dalam Facebook bersama pasangannya, Alvin Tan dikatakan berasal dari Desa Jaya, di sini. Semalam, wartawan Sinar Harian cuba menjejak alamat wanita itu. Dalam tinjauan itu, didapati rumah yang beralamat sebagaimana dikatakan alamat keluarga Vivian, didapati seperti tidak berpenghuni. Sebuah kereta Kancil yang diletakkan di hadapan rumah juga ditutup sekali gus menandakan rumah itu seperti sudah agak lama ditinggalkan. Terdapat beberapa helai pakaian dijemur di hadapan rumah, tetapi jeriji dimangga dari luar. Hampir sejam menunggu, tiada respons diberikan malah tidak menunjukkan tanda-tanda penghuni ada di dalam. Tinjauan ke belakang rumah juga berkunci. Jiran-jiran berhampiran juga mendakwa kelibat ibu Vivian yang juga seorang suri rumah dan bapanya yang bekerja di Singapura tidak kelihatan sejak seminggu lalu. Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, kali terakhir dia berjumpa ibu Vivian seminggu lalu ketika dia menukar bateri kenderaan miliknya. Malah, jiran bersebelahan yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu yang sedang melakukan kerja ubah suai rumah mendakwa tiada sebarang bunyi atau lampu yang dibuka berkemungkinan penghuni kediaman pulang ke kampung. Tindakan itu dipercayai susulan kenyataan Vivian dan pasangan yang menghina Ramadan dan mempersenda Islam tersebar di laman sosial dan blog. ~sinar harian |
Menteri Cakap Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Tapi Fakta Sebaliknya.. Saksikanlah!! Posted: 17 Jul 2013 07:05 PM PDT Semalam, Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya. Katanya harga murah kerana pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak. "Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya," katanya. Apa kata kalau kita lihat fakta di bawah, Petrol prices around the world, July 2013 Kenapa pula dari tempat ke-8 dah menjadi tempat ke-17 Mat Maslan oii… Ini berita yang di maksudkan..
Baca berita tersebut di SINI. |
Zahid Hamidi Cuba Meraih Simpati Posted: 17 Jul 2013 05:47 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta Peguam Negara melihat sisi lain polis yang kini menjalankan tugas tanpa "taring" susulan pemansuhan Ordinan Darurat (EO). Beliau berkata hanya dengan cara itu mereka akan memahami beban yang terpaksa dipikul pasukan berkenaan dalam membanteras jenayah di negara ini. "Kami tidak mahu menyanggah apa yang dilakukan oleh Peguam Negara untuk melakukan transformasi. Tetapi fahamilah tugas polis yang 'toothless', yang tidak ada gigi bila EO ini tidak ada. "Jangan lihat dari segi perundangan sahaja, lihat dari aspek bagaimana masyarakat keseluruhan harus dijaga, bagaimana jenayah harus dibanteras dan hukuman harus dibuat kerana tidak semua perlakuan jenayah ada saksi dan bukti yang nyata," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Agensi Anti-Dadah Kebangsaan di Kajang malam tadi. Sehubungan itu katanya, undang-undang baru yang bakal diperkenal bagi menggantikan EO harus menyamai peruntukan EO bagi memberi kuasa kepada polis memerangi jenayah terutama membabitkan kes berat. Menurutnya sejak EO dimansuhkan, kejadian jenayah berat meningkat 90 peratus dan membabitkan bekas penjenayah. Beliau sebelum ini dilapor berkata susulan pemansuhan EO, lebih 2,600 tahanan di Simpang Renggam, Johor dibebaskan dan ada antara mereka yang kembali terbabit jenayah. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut meminta masyarakat memahami kedudukan polis yang semakin kehilangan kuasa. "Kami bukan mohon simpati pada masyarakat tetapi fahamilah tugas polis, sebab kalau kadar jenayah naik polis yang kena (dipersalahkan), tetapi apabila polis tangkap, dilepaskan... kononnya masalah teknikal dan pendakwaan yang tidak kukuh," katanya. Sebelum ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar juga meminta agar undang-undang baru menyamai EO bagi membendung jenayah terutamanya membabitkan senjata api yang kerap berlaku kebelakangan ini. Katanya ketiadaan EO dan tiada saksi yang tampil membantu siasatan menyebabkan penjenayah semakin berani melakukan jenayah yang radikal dan agresif termasuk membunuh menggunakan senjatapi. ~bernama |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan