Addin |
- Morsi Tak Sempat Laksanakan 3 Tugasan Penting Kerana Rampasan Kuasa
- Petanda Pakatan Rakyat Akan Kalah Kesemua Petisyen Pilihanraya
- Jabhah Ulamak Desak Sheikhul Azhar Letak Jawatan
- Rakyat Palestin Sengsara Angkara Mesir
- PRK Kuala Besut : SPR Perkenal Kaedah 'Potong Jari'
- 2 Lagi Ahli Parlimen BN Terima Habuan Dari Najib
- Mimpi Kain Putih Terbang
- Berita Gembira Dari Penang Yang Tiada Di Media Pro Umno BN
- Utusan Buat Onar Lagi..
- Ketandusan Pemimpin Berkaliber Dalam Umno BN Tahap Kronik.. Ini Buktinya
- Kontraktor Kelas A, Calon PAS Di PRK Kuala Besut
Morsi Tak Sempat Laksanakan 3 Tugasan Penting Kerana Rampasan Kuasa Posted: 10 Jul 2013 09:30 AM PDT Pertama, Presiden Mursi berencana memencenkan sekitar 6000 orang hakim berusia 60 tahun lebih, dan beliau akan merekrut pegawai-pegawai yang lebih muda. Direncanakan pula penrekrutan 12 ribu hakim pembantu dari sarjana-sarjana terbaik lulusan tahun 2007 – 2012. Kedua, Presiden Mursi juga merencanakan memencenkan sekitar 5 ribu perwira berpangkat kolonel ke atas. Juga direncanakan percepatan promosi bagi 15 ribu leftenan yang belum bekerja, untuk mengisi kekosongan posisi akibat pemencenan para kolonel itu. Ketiga, 'Pemutihan' dokumen atau rekaman data kejahatan yang akan berlaku efektif pada 10 Agustus. Tindakan ini direncanakan untuk memberi kesempatan kepada warga yang pernah dieksploitasi oleh Departemen Dalam Negeri Mesir (untuk melaksanakan tindakan-tindakan melawan hukum, termasuk kekerasan) agar memperbaiki diri dan hidup mereka. Sebelumnya mereka di-bully oleh pegawai Kementerian Dalam Negeri untuk mengikuti perintah (melakukan kejahatan) atau masuk penjara. |
Petanda Pakatan Rakyat Akan Kalah Kesemua Petisyen Pilihanraya Posted: 10 Jul 2013 08:41 AM PDT Mahkamah tolak petisyen Pas batal keputusan PRU13 KOTA BHARU - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak petisyen yang difailkan Pas untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu. Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian. "Petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan dengan ini petisyen ini tidak sah dan ditolak dengan kos," katanya ketika membacakan keputusan itu. Zamani kemudiannya mengarahkan pihak pempetisyen membayar kos RM30,000. Pada PRU13 lalu, Dun Selising dimenangi calon BN Zulkifle Ali yang mengalahkan calon Pas, Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi. Petisyen itu difailkan Pengarah Pilihan Raya Pas Dun Selising, Semsudin Muhammad. Pada prosiding hari ini, Zamani turut menolak bantahan awal yang difailkan defendan-defendan daripada Pas bagi membatalkan petisyen bagi kawasan Parlimen Bachok, DUN Jelawat dan DUN Gaal yang dibuat oleh BN. Zamani mengarahkan defendan membayar kos RM30,000 bagi setiap bantahan awal yang ditolak itu. Sehubungan itu, beliau menetapkan sembilan hari iaitu dari 12 hingga 15 Ogos dan dari 18 hingga 22 Ogos ini untuk tarikh perbicaraan bagi petisyen kawasan Parlimen Bachok dan DUN Jelawat, serta dari 1 hingga 5 Sept untuk tarikh perbicaraan petisyen Dun Gaal. Bagi kawasan Parlimen Machang, Zamani menetapkan 16 Julai ini untuk mendengar keputusan bantahan awal dan jika ditolak, beliau menetapkan 8 hingga 12 Sept sebagai tarikh perbicaraan. Barisan peguam yang mewakili Pas dan PKR diketuai Hisham Fauzi. Pada pilihan raya umum lalu, Pas menguasai 32 kerusi Dun di Kelantan berbanding BN yang memenangi 12 kerusi manakala PKR satu kerusi. Bagi kerusi Parlimen, BN memenangi lima daripada 14 kerusi, yang lainnya dimenangi Pas. Mohd Hafarizam, yang ditemui pemberita selepas itu, bersyukur dengan penolakan petisyen Dun Selising atas faktor tidak memenuhi peruntukan undang- undang. Katanya, ia keputusan wajar kerana tidak ada asas untuk mahkamah meneruskan perbicaraan. Beliau juga melahirkan rasa gembira apabila tiga daripada petisyen yang difailkan BN tidak ditolak dan memberi peluang untuk saksi memberi keterangan pada perbicaraan nanti. "Kami amat bersyukur dan gembira kerana tiga petisyen yang difailkan tidak ditolak tetapi telah ditetapkan untuk perbicaraan. Ini merupakan satu penanda aras untuk rakan kami di negeri lain pertahankan (21) petisyen yang difailkan BN. Ia adalah petisyen yang kukuh dan wajar untuk dibawa ke perbicaraan," katanya. ~bernama |
Jabhah Ulamak Desak Sheikhul Azhar Letak Jawatan Posted: 10 Jul 2013 07:10 AM PDT Jabhah Ulama' Al Azhar, sebuah badan terkemuka yang menghimpunkan ulama' Al-Azhar telah mengambil awal Ramadhan sebagai masanya untuk menyatakan sokongan padu kepada Dr Muhammad Mursi. Presiden Jabhah Ulama' Al Azhar, Dr.Yahya Ismail Hablush (gambar) menyampaikan ucapannya di podium utama Raba'ah Al Adawiyah, Selasa malam 9 Julai 2013, menyatakan bahawa tindakan tentera melakukan kudeta merupakan satu kejahatan dan haram di sisi undang-undang. Jabhah Ulama' Al Azhar juga turut mengkritik pendirian Syeikh Al Azhar Dr. Ahmad Ath-Thayyib yang menyokong kudeta tentera mengguling Dr.Muhammad Mursi. Jabhah meminta Syeikh Al Azhar meletakkan jawatannya dan menegaskan bahawa Dr.Mursi adalah Presiden Mesir yang sah. Jabhah Ulama' Al Azhar ini telah berdiri di awal tahun 1960-an, sebelum dibubarkan oleh rejim Jamal Abdul Naser. Sebelum pembubaran itu, pelantikan Syeikh Al Azhar dimusyawarahkan dalam Jabhah ini, bukan ditunjuk oleh Presiden Mesir. Sementara itu, Syaikh 'Ummul Qurra' Mesir, Dr. Ahmad Isa Ma'sarawi telah bersedia turun ke Raba'ah Al Adawiyah dan seterusnya mengimami shalat tarawih bersama-sama rakyat. Beliau turun untuk menyatakan dukungan kepada Presiden yang sah Dr Muhammad Mursi dan menolak rampas kuasa oleh pihak tentera. Bukan itu saja, Dr Ahmad Isa yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang Al-Quran itu turut mengumumkan akan menjadi imam tarawih di dataran Raba'ah sepanjang Ramadhan tahun ini. |
Rakyat Palestin Sengsara Angkara Mesir Posted: 10 Jul 2013 04:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda Mesir dengan rampasan kuasa pihak tentera terhadap Presiden Dr. Mohamad Morsi menambah kesengsaraan penduduk di Palestin. Ini kerana penduduk Palestin, khususnya di Semenanjung Gaza bergantung kehidupan dengan Mesir dalam aktiviti seharian mereka, dalam mendapatkan pelbagai sumber kehidupan. Malangnya, sejak rampasan kuasa di Mesir 3 Julai lalu, tentera Mesir telah mengarahkan agar satu-satunya pintu keluar dari Palestin di Rafah, Mesir ditutup. Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, yang mengecam penutupan sempadan Rafah itu, berkata sempadan Rafah adalah talian hayat untuk Gaza yang bertarung hidup dengan bekalan asas. "Tindakan menutup sempadan Rafah ini telah mendedahkan penduduk Gaza kepada keperitan dan penderitaan yang baru, di samping kemungkinan Israel akan melancarkan serangan adalah satu senario yang tidak bileh diketepikan," tegas beliau. Beliau berkata demikian pada satu sidang media, di pejabat Mapim, di sini, hari ini. (Gambar) Tambah beliau penutupan sempadan Rafah dengan alasan tentera Mesir sering diserang anasir dari tentera Hamas yang tidak terbukti kebenarannya, tidak boleh diterima. Dengan pergolakan di Mesir, katanya tidak sepatutnya menjadi sebab penutupan pintu Rafah kerana rakyat Gaza perlu mendapatkan akses keluar, yang kini difahamkan lebih 1000 penduduk Gaza yang keluar untuk ke Mekah, telah terkandas di lapangan terbang di Kaherah. Dalam masa sama, Mapim menyeru dunia agar tidak mendiamkan diri untuk melihat implikasi ke atas Gaza akibat rampasan kuasa di Mesir. Sehubungan itu, beliau mendesak PBB dan Majlis Keselamatan PBB tidak menutup mata kepada kemungkinan Israel melancarkan serangan mengejut ke atas Gaza. "Kami dimaklumkan wakil kami di Gaza, tanda-tanda kemungkinan berlaku serangan sudah kelihatan seperti persiapan tentera Israel di sempadan, operasi tinjauan udara dan media Israel yang memanaskan semula laporan bahawa Gaza adalah ancaman kepada Israel," tegas beliau. Susulan itu, beliau menyeru semua NGO di Malaysia untuk membuat persiapan bersama Mapim untuk operasi kecemasan yang diperlukan jika Gaza diserang sekali lagi. Dalam pada itu, Mapim turut melahirkan kekesalan dengan penutupan Rafah ini memandangkan banyak projek-projek kemanusiaan ke Gaza yang dikelolakan Mapim turut tergendala. Mapim, katanya bercadang untuk menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) selain menuntut pasukan pengaman PBB ditempatkan laluan Sinai-Gaza yang dikatakan lokasi serangan ke atas tentera Mesir. ~harakahdaily |
PRK Kuala Besut : SPR Perkenal Kaedah 'Potong Jari' Posted: 10 Jul 2013 03:43 AM PDT SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk menggunakan kaedah "mencelup jari telunjuk" ke dalam dakwat kekal bagi mengelakkan percubaan mengundi dua kali pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR tidak akan menggunakan kaedah mencalit jari seperti PRU13. Menurutnya, pengundi perlu mencelup jari telunjuk sebelah kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan SPR sebagai elemen tambahan kepada prosedur pengundian. "Bagi mengelakkan sebarang percubaan untuk mengundi dua kali oleh mana-mana pengundi yang tidak bertanggungjawab, dakwat kekal akan digunakan dalam PRK N.01 Kuala Besut dalam Pengundian Awal (20 Julai 2013) dan Pengundian Biasa (24 Julai)," katanya pada satu kenyataan media, hari ini. Pada PRU13 Mei lalu, isu dakwat kekal menjadi kontroversi apabila dakwat yang dinyatakan SPR mampu bertahan untuk beberapa hari, boleh luntur dalam tempoh beberapa jam selepas dicalit. Perkara itu menimbulkan pertikaian awam sehingga beberapa siri bantahan mengenainya dibuat dan menggesa kepimpinan SPR letak jawatan. SPR bagaimanapun bertegas, pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin dan sama sekali tidak akan berundur. Sementara itu, menerusi kenyataan media sama, SPR telah menetapkan Kompleks Rakan Muda Kg Raja, Besut sebagai tempat penamaan calon yang akan berlangsung pada Jumaat ini. "Hari Penamaan Calon bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi. "Pada Hari Penamaan Calon, SPR akan membenarkan 100 wakil bagi setiap parti yang ingin bertanding masuk ke kawasan dewan penamaan calon. "Khemah-khemah disediakan untuk wakil-wakil parti yang mempunyai pas yang dikeluarkan oleh SPR," katanya. Beliau turut mengingatkan penyokong-penyokong parti supaya tidak datang dan berkumpul dalam jumlah yang ramai di Pusat Penamaan Calon. "Untuk memastikan proses penamaan calon berjalan dengan aman dan harmoni, tidak ada gangguan, semua pihak supaya mematuhi undang-undang dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh SPR dan PDRM. "SPR berharap proses penamaan calon dan aktiviti berkempen akan berjalan lancar dan tidak mengganggu ketenteraman awam dan keselamatan negara," tambahnya. ~sinar harian Addin : Kalau tak boleh kaedah celup lepas ni guna kaedah potong jari pulak bak kata ASD.. |
2 Lagi Ahli Parlimen BN Terima Habuan Dari Najib Posted: 10 Jul 2013 01:58 AM PDT Proses pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur. Nurjazlan sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai dan merupakan anak sulung Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan yang begitu dikenali dalam UMNO manakala Othman Abdul pula adalah ahli politik veteran di Kedah tetapi dibawa semula bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini dengan misi untuk menewaskan Mat Sabu di Pendang. Beberapa laporan sebelum ini menyebut bahawa Najib akan mengagih-agihkan pemberian jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang tidak dilantik ke jawatan kabinet sebagai sebahagian daripada proses membalas budi dan juga untuk memastikan kesetiaan mereka tidak berbelah bagi terhadapnya.Ia bukan saja dari kemungkinan beliau ditentang dalam pemilihan UMNO hujung tahun ini tetapi juga kebarangkalian berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Untuk jawatan Presiden UMNO, Najib kemungkinan disebut-sebut akan dicabar sama ada oleh Muhyiddin atau pun Tengku Razaleigh Hamzah manakala undi tidak percaya juga kemungkinannya akan memunculkan Tengku Razaleigh sebagai pilihan untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri melalui sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang berasa dipingggirkan oleh Najib terutama dari Sabah dan Sarawak serta dengan sokongan 89 undi Pakatan yang sedia di Parlimen. Antara Ahli Parlimen yang sudah dilantik ialah Ahli Parlimen Mersing, Dr Latif sebagai Pengerusi SPNB, Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji, Rais Yatim sebagai Presiden UIA dan penasihat bertaraf menteri bagi kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan, Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA serta Ng Yen Yen sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan dan juga penasihat pelancongan kerajaan bertaraf menteri.Dipercayai Najib akan terus mengagih-agihkan habuan dan ganjaran ini kepada ramai Ahli Parlimen lagi untuk mencapai matlamat melindungi kepentingan politik dan masa depannya itu. Beberapa perlantikan sebelum ini, terutamanya Azeez Rahim dikecam oleh banyak pihak kerana kelayakannya yang diragui manakala peribadinya pula disifatkan tidak sesuai untuk menerajui institusi besar seperti Tabung Haji yang mempunyai aset sejumlah RM35 billion dan terlibat dalam urusan berkaitan ibadah umat Islam. Perlantikan penasihat kerajaan bertaraf menteri pula dipertikai kerana ia dianggap suatu pembaziran dan menambahkan lagi beban perbelanjaan kerajaan. Semalam Pakatan Rakyat juga membangkitkan isu yang sama dan mahukan Perdana Menteri melihat dari segi keperluannnya kepada kepentingan kerajaan serta beban perbelanjaan, dan tidak semata-mata kepada keuntungan dari segi politik sahaja.Perlantikan Nurjazalan sebagai Pengerusi Telekom dan Othman Abdul sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur adalah yang terbaru dibuat oleh Najib. Nurjazlan difahamkan sudah menerima surat perlantikan dan akan memulakan tugasnya awal Julai depan manakala Othman Abdul sudah pun memulakan tugasnya beberapa hari lalu.Namun tidak seperti perlantikan Azeez Rahim yang dipertikaikan kerana kelayakannya serta Rais Yatim dan Ng Yen Yen yang dianggap pembaziran, perlantikan Nurjazlan dan Othman Abdul diterima dengan baik oleh banyak pihak. Nurjazlan, seorang akauntan bertauliah yang sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai di Johor dianggap berpatutan diberikan jawatan itu berikutan senioritinya sebagai Ahli Parlimen dan kedudukannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Telekom Malaysia sebelum ini. Perlantikan sebagai Pengerusi umpama kenaikan pangkat saja.Dari sudut politik pula, Nurjazlan dianggap menyumbang kemenangan berharga kepada BN dalam pilihanraya lalu berikutan kemampuannya menewaskan Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub di kerusi Parlimen Pulai. Namun ada pihak juga merasakan berikutan kelayakan dan sumbangan besarnya itu, Nurjazlan sepatutnya lebih awal diberikan ganjaran oleh Najib dengan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri sebaik BN memenangi PRU 13 lalu. Begitu juga dengan Othman Abdul, selain kelayakan dan senioritinya tidak dipertikaikan dengan perlantikannya sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur, sumbangannya kepada politik BN juga dianggap besar kerana beliau dibawa keluar daripada dunia persaraan dan ditawarkan menjadi calon sekali lagi di Pendang ialah menahan kemaraan orang nombor PAS, Mat Sabu daripada menang di kerusi itu. Othman Abdul akhirnya berjaya menewaskan Mat Sabu dan kekal menjadikan Timbalan Presiden PAS itu tidak mampu membawa suaranya ke dalam Parlimen sejak dua penggal yang lalu.Bagaimanapun sumbangannya yang agak besar itu dilihat tidak sepadan dengan sumbangan politiknya kepada BN berikutan Menara Kuala Lumpur yang dipengerusikannya hanyalah sebuah anak syarikat kecil milik Telekom Malaysia yang menguruskan Menara KL yang merupakan salah satu kawasan kunjungan popular untuk pelancong. Meskipun Menara KL popular di mata pelancong tetapi syarikat yang menguruskannya itu dianggap "syarikat miskin" saja dalam Telekom Malaysia.Mungkin juga perlantikan sebagai Pengerusi Manara Kuala Lumpur ini hanyalah permulaan dan ganjaran kedua yang lebih besar sedang menunggunya selepas ini. ~shahbudin.com |
Posted: 09 Jul 2013 11:46 PM PDT MARANG - "12 jam sebelum kemalangan, saya dapat mimpi, mimpi melihat kain putih berterbangan," kata Abd Ghani Abdullah, 57, bapa kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Allahyarham Mohd Farid Anwar, 32. Allahyarham Mohd Farid meninggal dunia manakala rakan sekerjanya, Norkumalasari Jamil cedera apabila kereta jenis Perodua Viva dipandu mangsa dipercayai terbabas di Kilometer 244.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Gambang, Kuantan petang kelmarin. Mangsa yang juga bekas pemain sepak takraw Terengganu itu dalam perjalanan pulang ke Terengganu selepas menyertai kontinjen Terengganu sempena Sukan Malaysia (Sukma) Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, berakhir Ahad lalu. Abd Ghani dan isteri, Sharipah Md Hanafiah, 57, juga menyatakan terlalu sebak dengan kejadian itu kerana tidak membawa pulang jenazah anak kelima dari enam beradik itu ke rumah, sebaliknya disembahyangkan di surau Ibu Pejabat Polis Daerah Marang. Bapa mangsa yang tinggal di Rhu Muda di sini, berkata, dia hanya mengetahui mengenai kemalangan yang menimpa anak lelakinya itu selepas menerima panggilan daripada pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu kira-kira jam 5.15 petang kelmarin. "Pada 29 Jun lalu, anak saya menghantar pesanan melalui SMS dan dia (arwah) memohon agar saya berdoa untuk masa depan hidupnya dan ketika itu saya berada di Makkah menunaikan umrah," katanya ketika ditemui, semalam. Menurut bekas pegawai Cawangan Khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu itu, dia juga terkilan kerana anak (arwah) tidak menghantar SMS memaklumkan dia akan pulang kelmarin, kerana kebiasaannya dia pasti akan menghantar SMS terlebih dahulu sebelum pulang dari menyertai sebarang kejohanan sukan," katanya. Jenazah Allahyarham Mohd Farid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Rhu Muda, berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang dan kira-kira satu kilometer dari rumahnya di sini, kira-kira jam 11 pagi semalam. Sementara itu, kerajaan negeri malam semalam, mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Ucapan takziah tersebut disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Rozi Mamat semasa sidang media selepas majlis Sambutan Hari Belia Negeri Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER). "Saya mewakili kerajaan negeri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. "Kami juga turut mendoakan agar seorang lagi mangsa (rakan sekerja arwah) yang cedera parah segera sembuh," katanya. ~sinar harian |
Berita Gembira Dari Penang Yang Tiada Di Media Pro Umno BN Posted: 09 Jul 2013 10:39 PM PDT Utusan dan Berita Harian tidak akan siarkan kisah ini. Majli Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng menerima Anugerah Best Cities. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Sdr Lim Guan Eng, hari ini telah menerima anugerah best cities dari Europe Business Assembly. Anugerah tersebut bersama sijil diterima oleh Yang DiPertua MPPP sendiri, YBhg Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail. Penganugerahan ini sebagai tanda pernghormatan yang cukup tinggi pentadbiran MPPP untuk menjadikan Bandaraya Georgetown sebagai salah satu bandaraya yang terbaik didunia. ~pr election news |
Posted: 09 Jul 2013 07:33 PM PDT Muka surat depan Utusan semalam 9 Julai merujuk Ikhwan Muslimin (IM) menggesa pemberontakan diadakan. Sedangkan hakikatnya tentera Mesir yg mengganas terhadap rakyat yang menyokong Dr. Morsi. Pernyataan yang sangat negatif dan menyeleweng. juga bina persepsi buruk rakyat Malaysia pada Ikhwan Muslimin. Pendokong dan simpatisan Ikhwan Muslimin di Malaysia juga akan terpalit jika persepsi ini tak dibetulkan. Sebarkan supaya persepsi seperti ini diperbetulkan. Mahukah rakyat Malaysia terus dikelirukan..? Sumber |
Ketandusan Pemimpin Berkaliber Dalam Umno BN Tahap Kronik.. Ini Buktinya Posted: 09 Jul 2013 06:14 PM PDT KUALA LUMPUR - PR mempersoalkan tindakan kerajaan melantik beberapa bekas menteri sebagai penasihat kepada kementerian dan juga diserapkan semula sebagai anggota Kabinet. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu didakwa tidak memperlihatkan kewajaran memandangkan setiap kementerian sudah mempunyai menterinya sendiri. Menurutnya, ia juga seolah-olah kerajaan tidak mempercayai menteri yang dilantik hingga memerlukan penasihat. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu tampil menjawab mengapa perlu diadakan penasihat-penasihat ini. "Berapa puluh sebenarnya bekas menteri yang dilantik? Apakah beban Jabatan Perdana Menteri terlalu tinggi hingga memerlukan penasihat?," katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di pejabatnya, di Parlimen, semalam. Katanya, dengan pelantikan tersebut akan menambah kos kerana jutaan ringgit akan dibelanjakan sebagai gaji seterusnya membebankan rakyat. "Kami tidak faham. Apakah kepentingan Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan ramai lagi bekas menteri sebagai penasihat ini? "Kita bimbang, pelantikan apabila bekas menteri selain dalam Kabinet yang begitu berlebih, serta ganjaran sebagai menteri yang diberikan upah begitu besar," katanya. Katanya, jika kerajaan melihat menteri sedia ada tidak layak, ia boleh ditukar dan bukannya ditambah beban dengan wujudnya jawatan baru iaitu penasihat. Sebelum ini Rais yang merupakan Presiden baru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mengesahkan menerima pelantikan sebagai penasihat kerajaan dalam hal ehwal sosial dan kebudayaan yang bertaraf menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. ~sinar harian |
Kontraktor Kelas A, Calon PAS Di PRK Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 04:42 PM PDT KUALA BESUT - Kontraktor Kelas A, Azlan@ Endut Yusof, 48, diumumkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada Majlis Pengumuman Calon Pas di Kampung Nail, di sini, malam tadi. Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pengumuman itu turut mengakhiri spekulasi calon Pas yang akan bertanding melawan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN, sebelah petang hari yang sama. Azlan yang juga Bendahari Pas Kawasan Besut ialah Kontraktor Kerja Bangunan dan Kejuruteraan Awam berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mempunyai Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian. Lebih dikenali dengan panggilan Che Long, bapa kepada enam cahaya mata ini, adalah anak jati Kampung Baru, Kuala Besut. Beliau turut dianggap mesra dengan penduduk di kawasan berkenaan. ~sinar harian PAS umum ahli perniagaan, Che Long sebagai calonnya KUALA BESUT: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumumkan, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long(gambar) seorang ahli perniagaan yang terkenal di kalangan masyarakat tempatan sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Kuala Besut. Che Long, 48, adalah anak tempatan Kuala Besut. Beliau tinggal di Kampung Baru. Rumahnya hanya setengah kilometer sahaja dari Markas Besar PAS untuk pilihan raya kecil ini. Ini adalah pertama kali beliau menjadi calon PAS walaupun selama ini beliau adalah penyumbang kewangan utama untuk PAS. Ustaz Abdul Hadi memperkenalkan Che Long dalam satu majlis ceramah di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini. Pemilihan beliau dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung malam semalam. Che Long, seorang kontraktor juga pernah memiliki sebuah stor kayu yang terkenal di daerah ini. Kini beliau banyak menguruskan kontraknya di daerah ini dan juga di Kelantan, kerana Kuala Besut bersempadan dengan Kelantan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 24 Julai sebagai hari pengundian untuk PRK manakala 20 Julai hari pembuangan undi awal. 12 Julai pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon. PRK itu diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar, selepas 50 hari terpilih untuk kali kedua sebagai Adun. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk PRK DUN Kuala Besut. Pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu, A. Rahman memperolehi 8,809 undi sementara calon PAS, Napisah Ismail mendapat 6,375 undi. BN menang dengan majoriti 2,434 undi. ~harakahdaily |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan