Sabtu, 8 Jun 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DARI ARKIB PENULISAN

Posted: 08 Jun 2013 06:00 PM PDT



BERSEDIA

NOTA
melihat kembali tulisan lama
kelihatan masih bermakna

DARI ARKIB 18 NOVEMBER 2008
HANTU RAYA HIDUP LAGI

Apabila saya dibebaskan dari Kamunting tahun 2003 saya telah mengeluarkan slogan Tangkap! Tangkap Madey ! Ramai yang tersalah faham kenapa saya mengeluarkan slogan ini. Slogan ini bukan kerana dendam. Saya tidak mendendami sesiapa pun. Slogan ini adalah hasil dari analisa politik.

Di hari Madey meninggalkan pejabat PM , pada malamnya saya telah mengadakan pesta yang saya panggil Malam Menghalau Hantu Raya. Di malam itu ramai kawan-kawan datang untuk berpesta termasuk berbelas-belas anggota polis dan Tuan OCPD dari Brickfeild.

Saya pangil Madey Hantu Raya kerana dari mitoloji Melayu ada kepercayaan dimana seseorang yang telah berjanji dengan Setan tidak akan mati-mati. Rasa saya metapora Hantu Raya untuk Madey cukup tepat. Justeru slogan Tangkap! Tangkap Madey! itu semakin terbukti tepat. Dan pesta Megahalau Hantu Raya itu juga memang tepat.

Ramai tersalah baca tentang Hantu Raya. Ramai salah analisa dan tidak memahami perjalanan politik. Salah baca ini muncul kerana: PERTAMA - penganalisaan dan pembacaan politik mereka tidak memiliki asas ekonomi dan kelas. KEDUA – penganalisaan politik ini dicampur adukan dengan harapan dan mimpi si penganalisa itu sendiri.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa muncul dari ekonomi. Ekonomi ialah harta dan wang ringgit. Politik ialah perjuangan satu kumpulan atau satu kelas yang ingin mendapatkan kuasa agar dapat memiliki punca harta kekayaan. Hukum politik dan kuasa ini tidak akan berubah-ubah sama ada di Saudi Arabia yang Islam, di India yang Hindu, di Nepal yang Buddhist, di Itali yang Katholik atau di Peranchis yang sekular.

Harus diakui bahawa Hantu Raya ini telah meninggalkan kerusi PM kerana telah dihalau oleh ombak Reformasi. Hantu Raya tidak akan pergi tanpa di halau. Keputusan pilihanraya tahun 1999 membuktikan jika Hantu Raya ini tidak pergi maka ombak Reformasi akan melingkupkan United Malays National Organisation.

Ketika Hantu Raya mengundur dan hilang kuasa kita dapat melihat bagaimana polong-polong dan para kroni seperti Halim Saad, Daim Zainuddin, Lim Goh Tong, Ananda Krishan, Eric Chia, Vincent Tan – mula menguncup. Eric Chia di bawa ke mahkamah untuk kes Pewaja, Vincent Tan di bawa ke mahkamah kerana terlibat dalam kes korek korek korek. Malah Hantu Raya sendiri telah di heret ke mahkamah dalam kes pita video Lingam. Ini cukup mengerunkan Hantu Raya.

Polong dan kroni-kroni Hantu Raya telah mula hilang pengaruh dan hilang kunci untuk dapat merompak dana negara dan merompak harta rakyat tanpa di halang-halang. Waspada, kaum pemodal yang menjadi polong ini tidak akan pergi tanpa melawan kembali. Justeru, mereka bersama Hantu Raya telah menyusun strateji untuk kembali berkuasa.

Saya telah banyak menulis dan cuba menerangkan kenapa Hantu Raya ini wajib dilihat sebagai musuh orang ramai. Banyak tulisan-tulisan yang membuktikan bahawa selama 22 tahun Hantu Raya berkuasa banyak porak peranda telah menimpa orang ramai.

Dasar penswastaan atau mengagih-agihkan harta rakyat seperti syarikat MAS, syarikat air, leterik, jalan raya, keretapi, hospital - kepada kroni dan para polong adalah salah satu dari dasar Hantu Raya yang kita semua rakyat merasa parah akibatnya.

Memaksa kanak-kanak sekolah belajar sains dan ilmu kira-kira dalam Bahasa Inggeris adalah satu lagi bukti. Dasar ini dilaksanakan tanpa perbincangan dan pengkajian. Dasar ini telah dan sedang memporak perandakan sistem pembelajaran kebangsaan. Hasilnya bahasa pengucapan kebangsaan semakin parah dan cerca merba.

Hantu Raya juga telah mengusut masaikan dan merobek lembaga kehakiman negara. Kes pembuangan hakim pada tahun 1988 masih dirasakan musibatnya. Lembaga kehakiman negara menjadi porak peranda sehinggakan ada susuk peguam, susuk megistrate dan susuk hakim boleh dijual beli.

Untuk berkuasa kembali Hantu Raya telah merancang dengan licik. Hantu Raya telah membuat kelentong hinggakan Tengku Razaleigh Hamzah merasa yakin bahawa dialah yang layak untuk memimpin United Malays National Organisation. Lihat pula bagaimana Rais Yatim naik ekor dan hampir terpancut apabila badannya diurut-urut oleh Hantu Raya. Tiba-tiba Rais Yatim merasa dialah susuk yang berwibawa untuk menjadi timbalan presiden gerombolan United Malays National Organisation.

Susuk-susuk ini diurut-urut oleh Hantu Raya agar mereka bangun bertandak untuk melekeh dan mengkritik Abdullah Badawi. Tidak cukup dengan ini, Hantu Raya telah menggunakan taktik – polis baik dan polis jahat – untuk memberi tekanan kepada Abdullah Badawi agar mengundur.

Polis baik ialah Najib Razak. Polis jahat ialah Muhyiddin Yassin. Taktik klasik ini selalu digunakan oleh polis semasa melakukan siasatan. Satu orang akan memberi tekanan secara kasar ganas dan yang satu lagi akan memberi tekanan secara halus. Akhirnya Abdullah Badawi terlucut seluar.

Dari tahun 2003 lagi saya telah menulis dan berkeyakinan bahawa pilihan 'agung' Hantu Raya ialah Najib Razak. Malah kita jangan lupa hampir tiga bulan sesudah menjadi PM, Abdullah Badawi tidak memilih sesiapa pun sebagai timbalan sehingga Hantu Raya membuat pengistiharan. Abdullah Badawi terpaksa mengiyakan pilihan Hantu Raya. Maka Najib Razak menjadi timbalannya.

Sila lihat patern siapa yang dilantik dan di yakini dalam kabinet Hantu Raya. Semuanya yang dijadikan pemimpin kanan adalah susuk-susuk yang memiliki masaalah. Rahim dengan budak Kecik, Megat dengan Penjual Kedai Video, Nazri dengan taxi-taxinya, Rafidah dengan APnya. Lagi banyak si menteri bermasalah lagi setia menteri ini dengan Hantu Raya. Lagi banyak berasuah lagi senang polong-polong ini mengikut kata Hantu Raya.

Apakah Najib ada masaalah? Saya tidak perlu menjawab soalan bodoh ini. Kalau saekor tikus yang bertanya mungkin saya akan cuba menerangkan kepada tikus ini tetapi kalau warga negara yang celik otak bertanya maka saya meminta orang yang bertanya ini pindah ke Zimbabwe.

Hantu Raya memiliki stateji berjangka panjang. Semuanya telah, sedang dan akan diatur dengan licik. Tujuan akhir ialah untuk menobatkan anak Hantu Raya. Ini untuk meneruskan dinasti dan memastikan harta kekayaan negara ini akan terus selamat ditangan kaum keluarganya. Juga untuk memastikan Hantu Raya sendiri tidak akan di bawa ke mahkamah untuk menghadapi seribu satu pertuduhan.

Siapa sebenarnya yang di wakili oleh Hantu Raya ini? Jawabnya bukan Mak Cik dari Felda Taib Andak, bukan tuan punya warong di Pantai Dalam, bukan ahli United Malays National Organisation Bukit Jelutung.

Hantu Raya mewakili borjuis nasional, cukung-cukung besar – Daim Zainuddin, Lim Genting, Vincent Tan, Ananda, Tin Phek Bakun – ini hanyalah beberapa nama cukung borjuis nasional yang di ketahui umum. Mereka ini semuanya menjadi polong kaya raya menghisap darah kekayaan negara kerana setia kepada Hantu Raya.

Justeru pertempuran antara Hantu Raya dengan Abdullah Badawi wajib dibaca sebagai pertempuran kepentingan ekonomi dari dua kelas yang berbeza. Syarikat Scomi , ECM Libra, atau Syarikat Ethos Capital adalah pendatang baru yang belum bertahap borjuis nasional. Syarikat-syarikat ini kaya tetapi belum cukup kaya raya yang melimpah ruah.

Kumpulan kelas baru ini cuba mengambil punca-punca ekonomi melalui payung kuasa Abdullah Badawi. Inilah sebab musabab kenapa Hantu Raya siang dan malam menggudam Khairy Jamaluddin, menggudam Tingkat Empat dan menggudam Kalimullah Hassan. Peggudaman yang dilakukan oleh Hantu Raya tidak ada sangkut paut dengan Islam, dengan Melayu, United Malays National Organisation, nilai patriot, dasar luar negara dan dan dan…Pergaduhan politik ini ialah perebutan ekonomi.


Pada akhir tahun 2008 ini kuda-kuda tunggangan Hantu Raya telah tersedia untuk di tunggang. Kuda sudah sedia. Celana sudah dipasang. Malaysia akan kembali ke zaman gelap Mahathir Muhamad. Bagaimana dengan Najib Razak? Najib Razak ini siapa ?(TT)


-----------

TIPU PILIHAN RAYA TURUN JALAN RAYA

Posted: 08 Jun 2013 08:40 AM PDT





  •  JAWABNYA
    TURUN JALAN RAYA
  • Wan Ahmad: SPR capai matlamat, jadi tak perlu letak jawatan
  • Timbalan pengerusi SPR itu menolak gesaan yang mahu beliau dan pesuruhjaya SPR yang lain meletak jawatan, dan menurutnya SPR berjaya capai objektif adakan pilihan raya dan rungutan kebanyakannya bersifat teknikal sahaja

KAH KAH KAH

kah kah kah... TAK PERLU DULAK DALIK...kah kah kah..



kah kah kah... DAK MENIPU... TERBONGENG.. KANTOI..kah kah kah...



kah kah kah...BANYAK PULAK CAKAP...kah kah kah


Tak perlu berdalih, bos SPR letak sahaja jawatan 


KUALA LUMPUR: Pengerusi SPR dan seluruh kepimpinan badan itu didesak untuk meletakkan jawatan secara terhormat, bukannya sibuk menuding jari ke mana-mana pihak berhubung dakwaan kepincangan PRU13 lalu. Lagi...


JAWAPAN
UNTUK PENIPU

------------

SILA TANYA PEKERJA DEWAN BAHASA DAN PETAKA DULU

Posted: 08 Jun 2013 08:06 AM PDT






SPRM wajar ikut jejak SPR
KUALA LUMPUR 7 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadang diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen supaya fungsi dan kawal selianya diubah sama seperti yang dilakukan terhadap Suruhanjaya...


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..SEBELUM IKUT CAKAP JOHAN INI....kah kah kah..

kah kah kah... SILA TANYA KESATUAN PEKERJA DEWAN... kah kah jkah..

kah kah kah...ADA TIDAK MALAON INI TERLIBAT DALAM KES RASUAH... kah kah kah...

kah kah kah...JELAS JELAS  DULU.... kah kah kah..

kah kah kah..NANTI MACAM MAT PET ... JAGA GUDANG HEROIN... kah kah kah

KUALA LUMPUR 7 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dicadang diletakkan di bawah Jawatankuasa Khas Parlimen supaya fungsi dan kawal selianya diubah sama seperti yang dilakukan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), Johan Jaaffar berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan memandangkan SPRM merupakan salah satu badan bebas yang sentiasa menerima kecaman dan tuduhan daripada pihak tertentu.

Sehubungan itu, katanya, PPPR berpendapat sekiranya SPRM masih kekal kedudukannya seperti hari ini maka suruhanjaya itu tidak terlepas daripada persepsi berhubung isu integriti, kebebasan dan kemampuan badan tersebut.

--------

SELAMAT BERSANTAI UJUNG MINGGU

Posted: 08 Jun 2013 12:00 AM PDT


KUEH DAN MUEH
UNTUK WARGA 
KUALA LUMPUR


-------

MEMAHAMI POLITIK SEKALI LAGI

Posted: 07 Jun 2013 08:00 PM PDT


BERSEDIA

DARI ARKIB : 18 JUN 2009 
POLITIK DAN AGAMA

Saya cukup senang hati melihat apa yang sedang berlaku di arena politik hari ini. Heboh heboh tentang kerjaaan perpaduan ini cukup baik untuk anak anak muda memahami politik.

Politik bukan agama.

Politik ialah perebutan kuasa. Kuasa direbut untuk mendapat kedudukan. Kedudukan untuk mendapat harta benda. Ini hakiki. Jangan cuba di alih-alih atau ditutup-tutup dengan tabir dan langsir.

Manusia memerlukan makanan – makanan ertinya ekonomi.

BerPolitik ialah merebut punca-punca ekonomi.

Zambry merebut kuasa dari Nizar kerana ekonomi. Khalid merebut kuasa dari Toyo kerana ekonomi. Hassan Ali cuba merebut kuasa dari Khalid kerana ekonomi. Guan Eng merebut kuasa dari Soo Khon kerana ekonomi.

Nasaruddin, Mustapha Ali dan Hadi ingin mendapat kuasa kerana melalui kuasa mereka akan mendapat peluang ekonomi.

Lee Kuan Yew datang melawat sambil menipu kerana ekonomi.

Mahathir ingin terus berkuasa kerana ekonomi.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat ingin mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional kerana ekonomi.

Semua ini ialah perebutan ekonomi. Ini samalah seperti Amerika berebut minyak dan gas dengan Russia. Ini samalah seperti Pakistan berebut tanah Kashmir dengan India. Ini samalah seperti Turkey berebut air dengan Syria. Air, gas, minyah dan tanah – adalah ekonomi.

Ekonomi ini ialah duit duit – harta – tanah – bangunan, perniagaan, lesen – semua ini harta yang menjadi rebutan dalam sistem ekonomi kapitalis. Atau untuk menipu Mak Cik Felda ekonomi ini di panggil ekonomi bebas. Tidak ada yang bebas dalam ekonomi kapitalis. Dalam ekonomi kapitalis – sesiapa yang memiliki punca-punca ekonomi akan memiliki kekayaan dan kuasa. Dengan kuasa akan mendapat punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ertinya duit dan harta kekayaan.

Ini hakikat. Tak perlu kita berdulak dalik – aaahhh ..oooh ..eeeh lagi.

Agama ialah kepercyaaan. Kepercayaan ini berasaskan keyakinan. Ada yang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Ada yang yakin dan ada yang tidak yakin.

Keyakinan agama juga boleh beralih–alih mengikut kepentingan ekonomi. Dulu Hadi mengeluar FATWA HADI. Hari ini fatwa ini tidak dipakai lagi untuk disesuaikan dalam merebut kepentingan ekonomi terkini.

Sekali lagi dinyatakan : Dalam ekonomi kapitalis TIDAK ada agama. Ini tebukti dengan apa yang sedang berlalu sekarang. Malah dalam satu parti yang mengakui asasnya agama pun ada perebutan. Perebutan kuasa ini tidak ada sangkut paut dengan agama. Ini perebutan ekonomi.

Perebutan ini adalah SEHAT jika diakui sebagai perebutan untuk merebut ekonomi. Ianya TIDAK sehat jika ditakrif sebagai perebutan garis agama.

Agama, bangsa, nasionalisma – ini adalah senjata/alat untuk mengolah persetujuan orang ramai akan menyokong satu-satu gerakan. Apakah tujuan gerakan ini? Untuk memiliki punca-punca ekonomi.

United Malays National Organisation berslogan Hidup Melayu- Ketuanan Melayu untuk menipu orang Melayu agar gerombolan mereka mendapat mengambil punca ekonomi yang dulunya di tangan British dan China. Mereka mahu harta kekayaan dijadikan hak mereka. Ini hakikat. Tak perlu kita berkelentong.

Heboh-heboh tiap-tiap hari di parlimen ilahlah manifestasi perebutan ekonomi. Najib membuat dasar kerana hendak membolot ekonomi. Anwar menentang dasar Najib kerana ekonomi. Disini tidak ada agama atau bangsa.

Agama dan bangsa HANYA masuk dalam hitungan ini jika ianya boleh dijadikan ganja untuk mengolah persetujuan orang ramai – untuk mendapat sokongan.

Pas dahlu di kutuk oleh United Malays National Organisation. Gerombolan ini juga dahulu di kutuk oleh Pas. Ini dilakukan untuk mencari sokongan orang Melayu.

Hari ini gerombolan telah tidak mendapat sokongan Melayu lagi. Jika tidak ada sokongan mereka kalah. Jika kalah - mereka tidak ada kuasa. Jika tidak ada kuasa mereka tidak dapat kontrek dan projek.

Kontrek dan projek ialah ekonomi. Pusing-pusing akhirnya ekonomi juga.

Dalam Pas walau pun mengakui berasaskan agama kini telah terbukti bahawa ekonomi lebih kuat pengaruhnya dari agama.

Didalam Pas ada yang takut dengan Pakatan Rakyat kerana dasar KETUANAN RAKYAT. Dasar ini bukan dasar agama. Bukan dasar bangsa. Tetapi dasar untuk orang ramai – ertinya untuk semua – China, Melayu, India, Kadazan, Murut , Bajau dan Lain-Lain. Ertinya siapa bijak – berilmu, tidak malas, rajin bekerja – maka mereka akan berjaya.

Berjaya disini ertinya ada duit. Duit ialah ekonomi. Pusing-pusing mesti sampai juga kepada ekonomi.

Orang yang malas, pencari kontrek, mencari komisen, jual projek – pastilah TIDAK suka dengan dasar - Ketuanan Rakyat. Mereka takut bertempur disemua bidang. Nak masuk universiti nak pakai kouta. Nak projek nak kouta. Nak cari kerja nak pakai kouta. Nak buat drama tv nak minta slot kouta.

Justeru ketika ini United Malays National Organisation memerlukan Pas untuk masuk ke dalam kandang mereka. Apa yang di janjikan ialah kedudukan politik. Kedudukan politik ialah kuasa. Dengan kuasa akan dapat punca ekonomi.

Ekonomi lagi.

Justeru jangan hairan – terutama anak anak muda - kita patut memahami bahawa yang sedang berlaku dihadapan mata kita ialah perebutan ekonomi. Semua yang berlaku ini tidak ada sangkut paut dengan agama atau bangsa.

Perebutan ini ialah perebutan kelas elit yang kuasanya semakin terhakis. Kelas elit ini diwakili oleh United Malays National Organisation. Kelas elit yang hendak hilang kuasa ini sedang mencari 'kawan' dari Peking hingga ke Rusila. Ini pekara biasa dalam politik.


Apa yang maha penting untuk difahami ialah politik tidak ada sangkut paut dengan agama. Sekarang terbukti dengan jelas – serban atau kopiah – hanya pakaian ; bahawa agama hanya digunakan untuk mengolah persetujuan tidak lebih dari itu.( TT)



--------

Tiada ulasan: