Rabu, 12 Jun 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


DEMO SAMPAI LETAK JAWATAN

Posted: 12 Jun 2013 07:00 PM PDT




JANGAN DULAK DALIK
LETAK JAWATAN

  • NONEMenurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... TAK PERLU  SABIT KAN AGONG... kah kah kah..

kah kah kah...TAK PERLU SABITKAN RAJA... kah kah kah...

kah kah kah....TAK PERLU TUNJUKKAN PERLEMBAGAAN...kah kah kah..

woit... 7 MALAON SPR LETAK JAWATAN.... kah kah kah...

kah kah kah.. TAK PERLU AGONG... TAK PERLU RAJA.... kah kah kah...

kah kah kah...SENDIRI SUDAH TIPU.... SENDIRI KENA TERAJANG.... kah kah kah....

NOTA
kalau spr ini tidak letak jawatan
orang ramai tidak akan puas hati
anak muda tidak akan puas hati
kerana mereka telah ditipu


MALAM INI
SATU JEMPUTAN


-----------

SEMUA WAJIB BUAT PERSEDIAAN

Posted: 12 Jun 2013 06:00 PM PDT




PENGUMUMAN
sila tempah tiket bas
sila tempah tiket kereta api
yang dari sabah
yang dari sarawak
yang dari luar negara 
sila tempah tiket kapal terbang

sila tempat hotel
sila cari tempat menginap

yang hendak terus hingga ke hari senin
sila ambil cuti panjang


Rafizi: Perhimpunan Pakatan

 kekal 

di Dataranj Padang Merbok 

pada 22 Jun


KUALA LUMPUR, 12 Jun – Perhimpunan #Black505 Pakatan Rakyat (PR) akan terus diadakan di Padang Merbok di sini pada 22 Jun walaupun Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengatakan semalam mereka akan menggunakan ... SELANJUTNYA



MALAM INI
SATU JEMPUTAN

---------

KENAPA KITA WAJIB TURUN BERDEMO

Posted: 12 Jun 2013 08:00 AM PDT





 

HANYA

 JALAN RAYA

SUARA DIDENGAR


KOMENTAR TUKAR TIUB
united malays national norganisation
telah mengarahkan spr untuk sekali lagi
menipu rakyat malaysia
kali ini dengan persempadanan semula

sempadan baru akan dibuat
untuk memastikan parti ketuajnan melayu ini selamat

kerana ini
kita tidak ada jalan lain
melainkan menuntut kerja jahat ini dihentikan

menuntut sahaja TIDAK cukup
kita wajinb turun ke jalan raya
pasa sabttu 22 jun 2013 ini
jam 2:00 petang
di dataran padang merbok

kerja jahat spr ini
wajib dihentikan



Persempadanan semula kawasan p'raya: BN mahu menang mudah 

KUALA LUMPUR 11 JUN: Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermula tahun ini bertujuan untuk mengurangkan majoriti undi Pakatan Rakyat bagi memberi laluan mudah untuk BN menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kata Tian Chua.

Naib Presiden KEADILAN itu mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa persempadan semula itu bakal merubah bilangan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negara ini.

Pemecahan itu melibatkan kawasannya – Batu dan satu lagi Parlimen – Bandar Tun Razak, kononnya ekoran proses pembangunan dan migrasi yang banyak berlaku. Malah pembukaan Parlimen baru juga dalam pertimbangan.

Tian mengulangi pendirian bahawa Pakatan tidak akan menerima proses persempadanan semula selagi suruhanjaya itu diragui kewibawaannya



-----

KESAH SETIA SAEKOR ANJING

Posted: 12 Jun 2013 07:00 AM PDT




KABANG  
HATI KAU YANG SUCI
SETIA KAU 
TAK BERBELAH BAGI
pada hari itu
 sebelum
sambutan maulud nabi isa 2011
kau telah melemparkan badan 




ke hadapan sebuah motosikal
untuk menyelamatkan dua anak gadis

kau parah
kau berdarah
kau berkorban
dua anak gadis kau selamatkan


satu dunia mendengar kesah kamu
lalu dana dikumpul
sedekah diterima
wakaf diuruskan
lalu kau dihantar ke amerika
lalu kau diubati
lalu kau diselamatkan

minggu ini kau pulang ke manila

aku hanya membaca berita
tentang kau yang telah selamat


tidak ada apa yang dapat aku lakukan
hanya merakamkan sebuah kesah
tentang kau saekor anjing
yang setia 
yang jujur

setia kau 
sesetia  gunung pada lurah
 setia kau
 sesetia guruh pada hujan
setia kau
saperti bara membakar unggun
pada malam dipenuhi salju

 BERGUMBIRA
DENGAN TUAN KAU
 


Media surround Kabang, a two-year-old injured mixed breed, upon arrival at the Ninoy Aquino International Airport in Pasay city, south of Manila, Philippines, early Saturday June 8, 2013 from San Francisco, Calif. Kabang lost her snout and upper jaw saving two girls' lives in the Philippines was headed back to its owner following treatment at the University of California, Davis veterinary hospital. (AP Photo/Bullit Marquez)

--------

SEBELUM TURUN KE JALAN RAYA BACA INI DAHULU

Posted: 11 Jun 2013 10:30 PM PDT








MENGALIHKAN AJENDA
Rakyat Malaysia telah menyatakan bahawa mereka tidak menerima keputusan PRU 13. Orang ramai tahu bahawa penipuan telah dilakukan oleh SPR untuk memenangkan United Malaysa National Organisation.  Laporan media antarabangasa telah memberitahu tahu warga dunia bahawa undi majoriti – 52% - adalah milik Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia dan warga dunia telah juga  diberitahu bahawa ketika ini ombak membantah ke  jalan raya sedang berjalan dan sedang disusun.

Tunjuk perasaan di  jalan raya ini adalah bukti penolakan rakyat tehadap penipuan yang telah berjalan.  Beribu-ribu rakyat telah turun ke jalan raya menuntut kesemua 7 orang Pesuruhjaya SPR  meletak jawatan. Demo dijalan raya ini juga menuntut agar pemilihan dilakukan semula ditempat tempat berlakunya penipuan. Secara resmi Pakatan Rakyat telah membuktikan berlaku penipuan di 24 kawasan. Rakyat yang turun ke jalan raya juga menuntut dihentikan serta projek persempadanan semula. Projek persempadanan semula ini adalah satu lagi kerja jahat dan penipuan  SPR.

Pelik bin ajaib -  ketika rakyat Malaysia berdemo dijalan raya menolak keputuan PRU13 – ketika inilah  bersepah-sepah mucul berita remeh lagi temeh. Berita  tentang makan tanggung berak cangkung. Berita tentang penghinaan Agong dalam laman Facebook. Tidak cukup dengan berita  'menyekeh' Agong ini dilaporkan juga berita menghina Nabi Muhamad.

Berita makan tanggung berak cangkung ini disambut pula oleh angan-angan   berahi untuk mewujudkan Akta Derhaka. Cadangan ini datangnya dari bekas Hakim. Kemudian cadangan ini disambut oleh pelbagai bentuk Ngo Melayu, Ngo Bumiputera dan Ngo Melayu Islam. Akta Derhaka ini khusus untuk kes makan tanggung berak cangkung ini, kunun, untuk memperlihatkan taat setia warga Malaysia kepada Raja dan Sultan.

Tapi paling lawak ialah apabila dikatakan  ada komen-komen  dan kata-kata yang kurang sopan ditulis dalam laman Facebook tentang Agong.   Tidak cukup dengan  kesah makan tangung berak cangkung , dilaporkan juga ada tulisan dalam Facebook  yang  dikatakan telah menghina Nabi.  

Si Polan yang menulis penghinaan  di Facebook ini jelas kurang pendidikan. Si Polan jenis  yang menghina Nabi Muhamad, Guru Nanak, Isa dari Nazareth atau sesiapa sahaja pastilah manusia kurang hajar. Si Polan sademikian bukan hanya ditemui di Malaysia malah diserata dunia kita akan bertemu dengan manusia jenis ini. Di Mekah, di Madinah  malah di Baitulmukadis pun bersepah-sepah si Polan jenis ini. Mereka merasa hanya agama mereka sahaja yang betul dan tepat. Agama yang lain dianggap agama sesat.

Sekali pandang berita-berita sademikian agar serious. Tetapi ianya telah menjadi bahan lawak.  Berita ini menjadi bahan lawak kerana ada saorang  Pak Menteri berkata bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tulisan diFacebook yang menghina Nabi.  Biasanya kalau seseorang  dihina akan ada saman malu. Tetapi Nabi telah lama wafat. Maka kes menghina dan  saman  malu tidak timbul.

Yang timbul ialah Pak Menteri telah  menjadi bahan lawak. Orang ramai yang rasional mula bertanya bila  Sang Menteri ini mendapat kebenaran dari Nabi untuk mengambil tindakan undang-uandang. Adakah kaum keluarga Nabi telah meminta Ahmad Shabery Cheek  untuk mewakili Nabi dengan mengajukan writ saman malu. Saya  tidak pula terbaca dalam akhbar yang melaporkan bahawa si Shabery ini telah menerima watikah dari Nabi untuk membuat saman malu.

Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah  semua berita-beria ini hanyalah  sandiwara. Kita sedang melihat sandiwara sedang  dipentaskan.   Sandiwara bertemakan makan tanggung berak cangkung. Sandiwara  bertemakan hina Nabi di Facebook.  Biar saya terangkan kenapa semua ini  saya anggap berita-beriat ini satu sandiwara.

Nabi tidak pernah melantik sesiapa jauh sekali Shabery Cheek untuk untuk mewakili dirinya.  Masalah kacau dan bilau dalam dunia ini bukan kerana tuntutan   atau ajaran Nabi. Kacau bilau ini dilakukan oleh mereka yang mengakui mewakili Nabi.

Manusia  saperti Pak Menteri Shahbery Cheek ini sedang berselindung dibelakang  Nabi. Orang-orang inilah yang meneruskan kacau bilau agar  mereka terus berkuasa. Nabi dan agama telah dijadikan benteng untuk mereka  terus menipu. Nama Nabi digunakan untuk menghalalkan  mereka  merompak harta kekayan negara.   Nabi dan  Agama digunakan untuk menghalalkan kezaliman.

Semua berita ini saya anggap sandiwara kerana berita-berita muncul pada saat yang amat genting. Saat genting yang saya maksudkan ini ialah ketika rakyat seluruh Malaysia atau lebih tepat lagi – 52% rakyat Malaysia ini sedang berarak ke jalan raya  menolak keputusan PRU13.

Saya melihat heboh heboh tentang Agong, heboh heboh tentang makan  tanggung berak cangkung atau heboh heboh tentang hina Nabi ini sengaja direka-reka. Berita-berita ini sengaja direka untuk mengalihkan pandangan orang ramai terhadap penipuan undi  yang telah dilakukan oleh SPR dalam PRU13.

Sebaik sahaja keputusan PRU13 keluar – anak semua bangsa – telah menolak keputusan tersebut. Laungan – tipu tipu tipu -  terdengar disana  sini. Laman web dan alam maya menggelegak heboh dengan bukti-bukti penipuan. YouTube telah menyangkan berpuluh klip Mat Bangla  dan Mat Indon ditangkap kerana mengundi. YouTube juga telah menayangkan episod dakwat kekal yang hilang  sesudah dibasuh.  Malah gambar jari  Karpal Singh dan Harun Din terpampang dalam alam maya  sebagai bukti dakwat kekal yang menipu.

Dari alam maya – kemarahan ini telah diterjemahkan ke Stadium Kelanja Jaya. Seramai 150,000 anak anak muda – anak semua bangsa – telah  berhimpun menolak  keputusan PRU13. Ombak bantahan  ini telah merebak ke Pulau PInang, ke Johor Bahru, ke Melaka,  ke Negeri Sembilan. Kini ombak jalan raya ini akan meranum ke  Perlis, ke  Sungai Petani, merebak ke Kota Bahru dan Batu Pahat. Sebelum ianya merebak kembali ke Kuala Lumpur.

Juteru, untuk memadamkan ombak kemarahan orang ramai ini maka ditimbul cerita dongeng tentang Akta Derhaka, tentang kesah hina Nabi atau tentang makan tanggung berak cangkung.

Orang ramjai  tidak pernah melihat dan mengenali siapakah Minah  yang dikatakan menghina Nabi. Apakah Minah ini wujud atau apakah Minah ini hanya diwujudkan untuk tujuan mengalihkan pandangan rakyat dari turun ke jalan raya.  Berita-berita tentang Minah ini telah menimbulkan banyak persoalan.

Biasanya dalam alam maya – jika ada kes saperti ini maka bahan bukti  – gambar dan print screen – akan muncul serta merta. Dengan sekelip mata bahan bukti ini akan menjadi viral. Tetapi dalam kes Minah hina Agong ini tidak ada satu habuk puin 'print screen'. Umum hanya mengetahui melalui laporan Utusan Malaysia. Percaya kepada Utusan Malaysia samalah  saperti percaya kepada  Naga Kepala Tujuh sedang menjaga Puteri Gunung Ledang.

Tidak cukup dengan laporan berita  Naga Kepala Tujuh – dalam berita yang  sama dilaporkan juga  puluhan Ngo Melayu meminta tindakan dijalankan terhadap si  Minah ini. Yang peliknya dikatakan ada 20 atau ada  40 Ngo yang membuat laporan. Tetapi  TIDAK ada nama-nama Ngo  yang disebutkan. Apakah ini Ngo halimunan atau Ngo pengamal ilmu gharaib. Langsung tidak wujud gambar  untuk memperkuatkan berita bohong ini.

Hal  yang sama juga  terjadi dalam kes hina Nabi.   Dari laman mana, dari Facebook mana – hina nabi – ini muncul. Tidak  pula ada penjelasan. Tidak ada bukti 'print screen'. Yang menghebohkan berita hina Nabi ini hanya  Utusan Malaysia. Nampaknya , akhbar ini  telah menjadikan dirinya  Ahlul-Bait untuk mempertahankan nama Nabi. 

Saya berharap  pembaca  akan dapat mencantumkan berita ini satu persatu. Berita-berita ini wajib disusun dan dipetakan. Bila  kesemua berita-berita ini dipetakan maka akan jelas dapat dilihat bahawa semua berita ini adalah rekaan. Berita rekaan ini bertujuan untuk mengalikan pandangan orang ramai yang sedang marah.  Berita berita ini sengaja dirancang untuk memandulkan perasaan marah orang ramai yang ingin turun ke jalan raya.  Berita ini juga bertujuan untuk menakut-nakutkan dan memperbodoh-bodohkan Orang Melayu.

United Malays National Organisation kini dalam kekalutan. Najib telah gagal  untuk mendapatkan kembali 2/3 kerusi dalam Parlimen. Najib telah gagal untuk mengambil alih Selangor.  Manjoriti rakyat Malaysia  sedar bahawa  Pakatan Rakyat telah menang.  Kemenangan  Pakatan Rakyat telah dirampas.

Kuasa yang didapati oleh parti Ketuanan Melayu melalui undi tipu. Penipuan  ini dirancang dengan licik  bukan sahaja oleh SPR malah dengan kerjasama lembaga-lembaga  daulah dan ajensi-ajensi  kerajaan. Hari ini  majoriti rakyat Malaysia bersama rakyat dunia tidak akan mengikitiraf kemenangan United Malays National Organisation.

Jelas kerajaan United Malays National Organisation bukan sahaja kerajaan haram malah  dari segi jumlah undi,  parti Ketuanan Melayu dan kuncu-kuncunya adalah  parti yang mendapat sokongan minoriti. Di Semenanjung undi mereka undi minoriti dan di Sabah dan Sarawak juga mereka mendapat undi  monoriti.  Jelas Parti Ketuanan Melayu ini telah ditolak oleh rakyat.

Kerana semua ini maka cerita dongeng tentang hina Nabi dan  hina Agong direka. Walau apa pun  cerita reka – termasuk berita Rosmah terberakkan emas – orang ramai tetap menolak keputusan PRU13. Percubaan untuk mengalihkan pandangan orang ramai dengan kesah-kesah dongeng  terbukti gagal.


Rakyat tetap akan marah. Tipu tetap tipu. Cerita-cerita  Nabi atau cerita-cerita  Agong tidak akan memandulkan semangat anak-anak muda untuk turun ke jalan raya. Kemarahan ini akan dibuktikan pada petang Sabtu 22 Jun di Dataran Padang Merbok.  Perhimpuanan kali ini amat stratejik. Dataran Padang Merbok betul-betul dipinggir Parlimmen.  Semua  dijemput untuk membuat sejarah. (TT)

NOTA:
tulisasn ini telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipoan : 03-92-21-10-45
Add caption



---------

MUKA PENASEHAT NAJIB YANG AKAN DITENDANG

Posted: 11 Jun 2013 10:18 PM PDT



SATU JEMPUTAN

Tertekan, PM akan singkirkan lima pembantu yang kalah PRU13

KUALA LUMPUR, 12 Jun – Kesemua pembantu politik kepada  Najib Razak akan digugurkan daripada jawatan masing-masing kerana dikatakan meletakkan kepentingan diri melebihi perdana menteri dalam langkah dilihat untuk menyingkirkan tunggul-tunggul tidak berguna dari pejabat beliau menjelang pemilihan Umno tahun ini, kata sumber-sumber dari Barisan Nasional (BN) kepada The Malaysian Insider.
Dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya 5 Mei, Latt Shariman Abdullah,  Shahlan Ismail, Datuk Mohd Shafei Abdullah,  Mohamad Fatmi Che Salleh dan  Mohamed Suffian Awang telah diserang oleh penulis-penulis blog Umno dan pengkritik pro-kerajaan kerana kekalahan memalukan mereka dalam pilihan raya umum ke 13


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..UNTUKL SELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN .... kah bkah kah..

kah kah kah... MALAON MALAON INI KENA TENDANG DULU.... kah kah kah..

kah kah kah...MALAON MALAON INI DI HADIAHKAN KEPADA BUAYA.... kah kah kahj..


JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG


woit... JANGAN LUPA AKHIRNYA BUAYA ITU AKAN MAKAN TANGAN YANG BERI HADIAH...kah kah kah..

kah kah kah...INI HUKUM POLITIK.... kah kah kah..

kah kah kah..DARI ZAMAN BERZAMAN TAK BERUBAH.... kah kah kah



MUKA MUKA LOOOOOSERS
aelis nor 2

omar-sitting
------

KU LI AKAN LAWAN NAJIB?

Posted: 11 Jun 2013 09:30 PM PDT



 SATU JUTA
KITA BERHIMPUN
KOMENTAR TUKAR TIUB
bukan ahli parlimen saja
yang datang jumpa ku li
ahli perniagaan bumiputera juga
telah diarahkan datang untuk berbincang dengan ku li
kontrektor melayu ini  tidak puas dengan najib

siapa beri arahan utuk jumpa?

tak lain tak bukan arahan 
dari bekas menteri keewangan
NOTA
siapa siapa?
tepuk dada tanya selera
kah kah kah


KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan ... S

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.
"Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.

JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
JENG JENG JENG


woit.... MINGGU LALU TUKAR TIUB TELA MERAMALKAN INI AKAN BERLAKU...kah kah kah..

kah kah kah..KELMARIN MEREKA TELAH BERKUMPUL.... kah kah kah..
'
kah kah kah... SEMUA  INI ADALAH GERAKAN TNS.... kah kah kahj...

woit... MUHYIDDIN  DAN ZAHID MACAM MANA?.... kah kah kah..


kah kah kah... TUNGGU DAN LIHAT...... kah kah kah


--------

SIAPA DIA CHINA ITU? SIAPA INDIA ITU?

Posted: 11 Jun 2013 08:30 PM PDT



ANAK MUDA
ANAK SEMUA BANGSA
BERSEDIA KE JALAN RAYA!

 Hantar memorandum kepada PM

KUALA LUMPUR - Hasil persepakatan yang dicapai bersama Gabungan NGO Melayu-Islam Malaysia yang terdiri daripada 130 NGO, satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat sebagai usaha mendesak kerajaan menghapuskan sekolah vernakular di negara ini.

Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),  Nadzim Johan, perkara itu dicapai hasil perbincangan dan kajian yang dibuat bersama enam kumpulan tokoh mewakili Tionghua dan Tamil secara terbuka mengakui situasi tersebut berlaku sejak Merdeka lagi.

"Ia bukan soal penghapusan bahasa, kerana jika boleh kita mahu rakyat Malaysia mampu menguasai semua bahasa. Dalam hal ini, subjek bahasa Cina dan Tamil boleh dimasukkan sebagai subjek wajib dalam satu sistem pendidikan yang seragam.

"Secara peribadi, saya sendiri suka menghantar anak-anak saya ke sekolah Cina, kerana kita sedar kelebihan yang mampu diperolehi dari segi bahasa. Tetapi inilah satu pengorbanan yang perlu dibuat memikirkan antara kepentingannya peribadi atau kemakmuran negara," katanya dalam sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib dan bekas pemimpin DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, serta lebih 20 wakil NGO yang menyokong desakan itu.

Pihak Gabungan NGO-NGO Melayu-Islam, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tokoh mewakili Tionghua dan Tamil yang terlibat dengan kajian atas faktor keselamatan, namun bersedia menyatakannya dalam memorandum yang bakal dihantar sebagai rujukan kepada pihak Perdana Menteri.


INDIA INI KAH?
 CHINA INIKAH?
YANG SOKONG 
HAPUSKAN SEKOLAH TAMIL DAN CHINA?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... APA NAMA NGO CHINA ITU?.... kah kah kah..

kah kah kah... APA NAMA NGO INDIA ITU?.... kah kah kah..

kah kah kah.. SIAPA WAKIL NGO CHINA ITU?... kah kah kah..

kah kah kah...SIAPA WAKIL NGO INDIA ITU?.... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU RIDUAN TEE UNTUK CHINA... TAK MASUK KIRA... kah kah kah..

kah kah kah..KALAU ANAK LELAKI ISKANDAR KUTTY PUN TAK MASUK KIRA...kah kah kah..

woit... SIAPA?.... SIAPA ?.... SIAPA?.... kah kah kah


JEMPUTAN
MALAM ESOK


-----------

AKHIRNYA DUNIA INI MILIK ANAK MUDA

Posted: 11 Jun 2013 07:30 PM PDT




BERITA BERGAMBAR 
dari
DATARAN TAKSIM

awalnya 
sebuah taman
telah diambil oleh pemaju
untuk didirikan gedung membeli belah

awalnya 
hanya beberapa orang anak muda
berkhemah ditaman yang indah
ditengah kota istanbul
membantah
tidak mahu taman yang indah ini dimusnah

akhirnya
 pada malam yang gelap
anak anak muda ini telah diserang

serangan 
berterusan hingga ke hari ini
telah sepuluh hari serangan 
berterusan
 


akhirnya
anak anak muda diseluruh turki
dari bandar bersar ke bandar kecil 
telah bangun
mereka bangun melawan kezaliman
kezaliman yang bertopengkan agama


akhirnya
anak anak muda
berkumpul
 akhirnya
 dunia ini
adalah milik 
anak muda


gambar terkini
serangan berlaku malam tadi
Riot police in Taksim Square


--------

Tiada ulasan: