Rabu, 12 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Blackout 505 Ketereh: P Patto's daughter thanks PAS over DAP logo issue

Posted: 12 Jun 2013 07:45 PM PDT

Rafizi: Saya akan terus dedahkan pelbagai isu

Posted: 12 Jun 2013 07:42 PM PDT

Rafizi RamliPERTAMA kali akan berada di Dewan Rakyat secara rasmi, pelbagai isu rakyat akan diperjuangkan demi memastikan cita- citanya untuk melaksanakan perubahan terhadap negara ini menjadi realiti.

Apabila diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Pandan, ia dijadikan tiket untuk terus mendampingi rakyat tanpa mengabaikan perjuangan politiknya dan menganggap membuat bising serta bermain angka adalah hobinya. Ikuti temu bual wartawan Sinar Harian, NORSHAHZURA MAT ZUKI dan JAMILAH HAMZAH serta juru foto, SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Strategi PKR, RAFIZI RAMLI.


Apakah yang akan disumbangkan dalam Dewan Rakyat nanti?

Saya akan mendapatkan lebih banyak maklumat yang mungkin selama ini tidak diketahui umum. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat analisa data dan maklumat ekonomi.

Ahli Parlimen kita mempunyai pelbagai latar belakang dan tidak ramai berminat dengan data dan angka yang banyak. Saya akan memberikan tumpuan untuk mendapatkan maklumat yang banyak kerajaan supaya kita tafsir, terjemah dan analisa kemudian kita akan membawanya kepada rakyat.

Contohnya maklumat terbaru ialah mengenai pendapatan isi rumah rakyat yang terbaru  dan dibuat pada tahun 2012. Sehingga sekarang, kita tidak tahu apa- apa. Ia adalah perkara sulit yang tidak dibentangkan kepada rakyat sedangkan rakyat perlu tahu berapa sebenarnya purata pendapatan isi rumah Melayu dan perbezaan dengan bangsa lain.

Ini adalah contoh peranan yang boleh dimainkan dengan baik. Maklumat yang orang tidak berminat ini kita dapatkan supaya ia boleh dibawa kepada pengetahuan umum.


Adakah YB akan lebih banyak mendedahkan lebih banyak isu selepas ini dan apakah isu tersebut?

Isu yang akan dibawa ada dua jenis iaitu isu rapat atau hobi kita. Antaranya ialah perkara yang telah dibawa iaitu turun harga kereta, pendidikan, masalah melibatkan orang muda dan pengumuman terbaru untuk tidak memberikan jaminan pekerjaan kepada siswazah perguruan.

Banyak rakyat datang tanya dan meminta pertolongan kita serta memberikan maklumat kepada kita. Itu pun isu yang akan dilihat dan saya akan membawanya dari semasa ke semasa. Ketika ini saya didatangi banyak pemandu teksi yang mengemukakan dua isu.

Pertamanya ialah mengenai janji permit peribadi tetapi ia tidak peribadi. Apa yang dijanjikan ialah permit peribadi tetapi apa yang perlu lakukan ialah memohon dan kena membeli kereta jenis proton Exora.

Permit sah hanya tujuh tahun. Ini bermakna mereka perlu membayar lebih daripada sekarang dan perlu bertukar kereta setiap tujuh tahun. Keduanya, pada tahun 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai rebat pemandu teksi tukar kereta baru supaya banyak kereta baru.

Bagaimanapun rebat itu belum dibayar, sepatutnya dibayar 2012. Dari semasa ke semasa, pada sidang baru nanti, selain isu biasa yang dibawa secara peribadi, apa yang di bawa oleh rakyat kita kena bawa.

Saya juga akan menumpukan perhatian kepada isu ekonomi, soal pendapatan rakyat, jurang miskin kaya dan isu yang wang 1Malaysia iaitu  sebanyak RM7 bilion diletakkan di luar negara sedangkan ia dipinjam dari dalam negara tetapi dipindahkan ke luar negara. Tata kelola dan urus tadbir yang baik. Saya juga akan membawa isu SPR dan dakwat kekal.


Adakah YB yakin, petisyen yang dikemukakan PR mampu mengubah keputusan PRU13?

Ia bergantung kepada keputusan mahkamah, tidak boleh baca bagaimana hakim akan menangani dan mengadili petisyen- petisyen ini. Saya perlu bersandarkan kepada rekod petisyen lepas iaitu hanya satu peratus sahaja peluang di bicarakan.
Read More / Baca Lagi >>

PKR Dedah Video Zahid Hamidi Langgar Akta Pilihan Raya

Posted: 12 Jun 2013 07:34 PM PDT


PETALING JAYA 12 JUN : PKR hari ini mendedahkan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Bagan Datok, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dalam sidang media di Ibu Pejabat parti itu di sini.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata daripada video itu, dua petisyen difailkan secara berasingan untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi  kerusi itu sebagai tidak sah.
rafizi-vs-zahidPetisyen berasingan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya di Ipoh pagi tadi oleh bekas calon parlimen Bagan Datok, Madhi Hasan dan pengundi, Azmi Sulaiman.
Hadir sama Mahdi dan peguam bela , Edmund Bon Tai Soon.
Mereka turut menyiarkan tiga video yang berkaitan  Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Dalam video terbabit, pada 19 April menunjukkan bukti bahawa responden secara tidak langsung melalui seseorang, S.Ramalingam memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras satu kilogram (KG) dengan logo cetakan Barisan Nasional kepada 1,000 orang yang hadir di Dewan Sanmarka, Hutan Melintang.
Manakala dua video lain Zahid mengakui melantik dan mengambil 24,000 orang jentera dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras.
Rafizi mendakwa bagi kesalahan-kesalahan itu, responden (Zahid) dikatakan menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 21 (1), Seksyen 21 (2) Bahagian IV atas pengambilan kerja dan Seksyen 10 (a) bahagian III serta Seksyen 32 (c) atas kesalahan menyogok dan rasuah.
" Video yang ditunjukkan itu jelas membuktikan bahawa responden melanggar kesalahan pilihan raya.
"Zahid merasakan beliau pandai kononnya mengatakan memberikan duit kepada jentera, walhal undi yang beliau dapat hanya 17,000, maknanya 7,000 undi lagi menunjukkan jenteranya tidak mengundi beliau," sindir Rafizi.
Read More / Baca Lagi >>

The “Anwar Rally”

Posted: 12 Jun 2013 07:33 PM PDT


What I found surprising about the Bersih 3 rally last year is that the crowd consisted of about 60% young people. Some maybe not even old enough to vote. But there they were, bangsa Malaysia. All 3 races fighting for a good cause, united in purpose.
It was the same at Kelana Jaya stadium last month. The crowd was huge but the unity was simply amazing. Old Chinese men lining up at the PAS booths to buy and then to wear Tshirts that said Hudud with a facebook styled "like" symbol. Young Chinese and Indian youth making head bands and capes out of PAS flags, young Malay guys waving DAP flags. It's amazing the way the young have completely judged UMNO's institutionalised racism as outdated and made a sincere effort to showcase it last night.
When Mat Sabu, Sivarasa, Tian Chua, Fauziah Salleh, Dr Michael Jeyakumar and all the other leaders of the Pakatan pact took the mike and after they said their short address, the crowd roared in approval.
When Lim Kit Siang took the mike, the roar of the crowd shook the air. I kid you not! I thought that was the best 50,000 humans could do. That is, until Anwar took the mike. I don't think a popular rock star could enjoy such a high approval.
Look of guilt on Najib's face
Anyway, the reason I'm writing this is to share what I learnt that night. Barisan National's victories in 30 parliamentary seats are in question. Most of the stories we heard about blackouts are not true. But what actually happened that night is that the polling agents in the various stations were sending their numbers to the Pakatan operations center, who were then tallying up the numbers to determine the winner for each seat. Bu 11pm, the Pakatan portals were announcing that they had won.
But Bernama, Astro Awani and all the other TV stations were still reporting 40BN, 30DAP, PKR and PAS 2 each. This alone was an attempt at inciting some problem.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan Nazir Menggoyang Lagi Kedudukan Najib

Posted: 12 Jun 2013 07:30 PM PDT

Oleh Shahbudin Husin
Minggu ini merupakan minggu yang menyesakkan nafas Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Bermula dengan berita pertemuan beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak dengan Tengku Razaleigh Hamzah berikutan rasa tidak puas hati mereka terhadap layanan Najib Razak dari segi pengagihan kerusi kabinet, ia kemudian bertambah marak dengan tindakan adik Najib, Nazir yang menyokong kecaman CEO Air Asia X, Azran Osman Rani terhadap Utusan yang didakwanya mengamalkkan sikap perkauman dalam pemberitaannya.

Sebelum itu pula panas seketika dengan isu sama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO wajar dipertandingkan atau tidak. Sementara golongan pengampu dan pembodek terus menyarankan agar Najib dikekalkan, beberapa pemimpin lain pula menunjukkan keterbukaannya. Antaranya Hishammuddin dan Adnan Yaakob yang tidak bersetuju sekatan pertandingan dilakukan.

Arus di bawah atau di peringkat akar umbi pula jelas mahukan adanya pertandingan kerana 146,500 yang diumumkan sebagai kelompok yang boleh memilih kepimpinan UMNO kali ini sudah tidak sabar lagi berbuat demikian.

Muhyiddin yang disebut-sebut bakal mencabar Najib selaku Presiden UMNO pula, masih lagi bermain dengan teka-teki. Di sebalik Daim dan Zainuddin Maidin, dua bekas menteri yang dilihat mula menyerang Najib berikutan keputusan buruk PRU 13 dan Mahathir yang tiba-tiba menulis dalam blognya mengenai perbezaan UMNO dulu dan sekarang serta mendedahkan pelbagai keburukan UMNO yang dilihatnya sedang berleluasa, Muhyiddin pula menyatakan akan menyatakan pendirian politiknya sama ada bertanding atau tidak, di waktu yang sesuai nanti.

Read More / Baca Lagi >>

Umno di persimpangan..!!

Posted: 12 Jun 2013 07:30 PM PDT

Oleh ABU FIRDAUS
SEKARANG timbul dua aliran dalam Umno. Yang satu berasa walaupun kerusi Barisan Nasional merosot tetapi Umno berjaya menambah kerusinya. Sementara satu lagi mencadangkan ditubuhkan Parti Satu Malaysia menggantikan Barisan Nasional.

Maka terdapat di kalangan Umno yang berasakan bahawa dalam pilihan raya umum yang lalu sebahagian orang Melayu telah kembali kepada parti itu walaupun orang Cina menolak Barisan Nasional. Oleh kerana mereka berasakan tonggak politik ini adalah orang Melayu, maka sistem yang ada boleh diteruskan. Cuma masalahnya ialah bagaimana hendak menarik balik orang Cina.
Justeru di sudut lain pula, mereka berasakan Umno telah berjaya mengatasi PAS dan juga KeADILan tidak mendapat sokongan padu orang Melayu.
Cuma masalahnya bagaimana hendak menarik balik orang Melayu bandar.
Aliran yang lagi satu berasakan bahawa cara untuk menarik sokongan Cina ialah  menggabungkam semua parti-parti komponen Barisan Nasional untuk menjadi Parti Satu Malaysia.
Selain itu, Parti Satu Malaysia boleh menampilkan wajah liberal dan maju yang mampu menarik penduduk bandar termasuk orang Melayu.
Namun, penguasaan orang Melayu akan kekal dalam Parti Satu Malaysia dan ini akan mudah dapat diterima oleh orang Melayu. Maknanya orang Melayu akan terus kekal sebagai teras walaupun Parti Satu Malaysia bersifat berbilang kaum.
Read More / Baca Lagi >>

PRU13: Siapa tipu siapa?

Posted: 12 Jun 2013 07:29 PM PDT

Oleh Harun Din
SEGALA-GALANYA bergantung dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Kalau insan Muslim hilang takwanya macammacam boleh dia lakukan.
Orang yang tidak bertakwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada istilah bagi mereka dosa dan pahala. Tipu-menipu terhadap manusia adalah perkara kecil saja bagi mereka.

Kepada Allah pun mereka boleh tipu tanpa sedar, orang yang bernama Islam ini, telah menipu Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 8 dan9 Allah berfirman yang bermaksud: "Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat," padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9) Inilah puncanya apa yang anda sebut, sebagai satu penipuan dalam PRU13 kalau betul ia berlaku. Sekarang dalam proses pembuktian, benar atau tidak penipuan berlaku, menjadi kewajipan kepada individu yang terlibat membuktikannya. Kalau gagal untuk membuktikannya, jangan disalahkan orang lain pula.
Saya sendiri secara peribadi mendapati dakwat kekal tidak kekal di jari saya, terus saya membuat laporan di Balai Polis Kangar, minta pihak polis menyiasat kenapa berlaku demikian.
Saya tekankan kepada pihak polis, bahawa ini kes tipu, dan memang sah tipu, Cuma tidak tahu siapa menipu siapa? Saya tegaskan sekali lagi kepada pihak polis agar lakukan siasatan, sama ada pembekal dakwat kekal menipu SPR, dengan membekalkan dakwat yang tidak kekal, sedangkan yang dipesan adalah dakwat kekal.
Jika ini berlaku, menunjukkan bahawa pembekal telah menipu SPR, atau SPR memesan dakwat kekal yang tidak kekal, tetapi mencanang dan menghebahkan berulang kali, bahawa SPR akan menggunakan dakwat kekal.
Ertinya SPR menipu pengundi dan menipu kerajaan, atau kerajaan berpakat dengan SPR, sama-sama tahu menggunakan dakwat tidak kekal, akan tetapi canang dan hebahkan bahawa ia adalah dakwat kekal. Ini bererti kerajaan dan SPR berkonspirasi dengan menipu rakyat mentahmentah, walau bagaimanapun penipuan telah berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Tukar sistem pilihanraya, bukan jadi republik

Posted: 12 Jun 2013 07:25 PM PDT

Oleh Subky Latif
Jika Pakatan Rakyat selepas PRU13 banyak bercakap tentang polemik betapa wajarnya difikirkan mengubah sistem pilihanraya yang memberi kemenangan kepada undi popular, bukanlah ia menganjurkan supaya ditukar sistem pemerintahan beraja kepada pemerintah republik. 

Yang menyebabkan ada orang terkeliru konon Pakatan Rakyat mahukan republik adalah sakatan pemimpin-pemimpin Umno yang menempelak Pakatan Rakyat kalau sudah suka sangat dengan sistem pilihan raya yang memberi keamenangan kepada undi populer, maka pergilah pindah ke mana-mana negara republik. Jangan tinggal lagi di Malaysia yang memakai sistesm beraja dan kemenangan pilihan raya ditentukan oleh banyak kerusi yang diperolehi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, bukan didasarkan kepada jumlah undi terbanyak pada keseluruhannya.
Dalam PRU13 lalu, Pakatan Rakyat setelah merasa yakin ia ditipu berjaya mendapat sekitar 51 peratus undi popular sedang BN hanya beroleh kurang dari 48 peratus. Kalau ia menang pula disekitar 30 kerusi lagi yang dikatakan ditipu, maka tentulah undi popular itu lebih dari 51 peratus.
Atas andaian itu, maka Pakatan Rakyat mengira ia telah menang dan ia sepatutnya berkuasa kerana ia memenangi undi popular. Kerana itulah ia bercakap supaya sistem pilihan raya itu ditukar, jangan lagi menggunakan sistem yang diguna di Britain seperti yang berjalan di negara ini sejak sebelum merdeka.
Read More / Baca Lagi >>

DATANG KE KL: 22 Jun adalah peluang terbaik untuk bantah penipuan PRU - Anwar

Posted: 12 Jun 2013 07:09 PM PDT

BLACK 505: One moment in time for Malaysians - the last chance to stand up for themselves?

Posted: 12 Jun 2013 07:04 PM PDT

BLACK 505: One moment in time for Malaysians - the last chance to stand up for themselves?Whitney Houston's song "One Moment in Time" perhaps best sums up the gargantuan momentum that is being showcased in the Blackout 505 rallies – with tiny Perlis being its latest 'wow' phenomena.
Up to this day, since the close of GE-13, we are witnessing the undeniable swelling crowds of tens of thousands at these rallies all throughout the country. Certainly there is a BIG picture taking root. And this, no force can rule out, suppress or even attempt to annihilate. And if they do, it will be at their own loss.
The spirit of the masses can best be alluded to in Whitney's song:
Each day I live

I want to be

A day to give

The best of me

I'm only one

But not alone

My finest day

Is yet unknown
The citizens are emerging and converging all across the country – come pelting rain, or roaring thunderstorm, to express their hope for this nation. To miss out this BIG picture 'meaning' behind the gatherings is to deny citizens their rightful role in patriotism for King and nation.
Read More / Baca Lagi >>

Pejabat PAS Raub dipecah ada kaitan petisyen PRU?

Posted: 12 Jun 2013 06:57 PM PDT


RAUB: PAS Kawasan Raub mengesyaki pejabatnya yang dipecah masuk kelmarin mempunyai kaitan dengan hasrat PAS untuk memfailkan petisyen pilihan raya umum (PRU) bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Dong.

Setiausahanya, Dr Nilam Abdul Manaf (gambar) berkata, ini disebabkan tidak ada barangan berharga dan wang yang hilang dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihak yang tidak bertanggungjawab itu didapati seperti mencari sesuatu dokumen berdasarkan semua laci dan almari didapati digeledah dan dibiarkan berselerakan.

"Kejadian mulai disedari oleh Bendahari Kawasan Tengku Shah Amir yang juga bekas calon Dun Dong kelmarin, apabila ke pejabat di tingkat atas bangunan dua tingkat itu dan mendapati kunci dan pintu utama telah diumpil.

Read More / Baca Lagi >>

SPR Gagal: Mahkamah pilihan raya medan pertempuran lanjutan untuk parti politik

Posted: 12 Jun 2013 06:56 PM PDT

Setelah tempoh yang ditetapkan untuk memfailkan petisyen pilihan raya berakhir hari ini, maka akan bermulalah pula masanya bagi parti politik untuk bertarung di mahkamah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.
Beberapa ahli politik mendakwa adalah hampir mustahil bagi mana-mana pihak untuk menang dalam petisyen pilihan raya memandangkan standard pembuktian yang ditetapkan 'adalah di luar capaian manusia', di samping hakikat bahawa mereka tidak boleh lagi mencabar Rang Daftar Pemilih.
Misalnya, pihak yang memfailkan petisyen perlu membuktikan di luar keraguan munasabah bahawa pihak yang ditentangnya telah memberi habuan dorongan atau menakut-nakutkan pengundi bagi mempengaruhi undi mereka kerana pihak yang ditentangnya boleh memberi hujah bahawa pengundi berkenaan sebenarnya ingin memberi undi kepada mereka.
Malah, beberapa peguam berkata memang sukar untuk memenangi petisyen pilihan raya berikutan adanya Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya 1958, yang melindungi Rang Daftar Pemilih daripada dicabar di mahkamah, susulan kepada pindaan yang dibuat terhadap akta itu pada 2002.
Mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, sesuatu petisyen pilihan raya hanya boleh difailkan atas alasan khusus, seperti wujudnya amalan rasuah, ancaman dan penyelewengan prosedur.
Bagaimanapun, seorang peguam kanan, yang berpengalaman luas dalam memfailkan petisyen pilihan raya, menolak andaian itu.
Beliau berkata isunya bukan kerana wujudnya undang-undang atau peraturan pilihan raya yang ada sekarang, tetapi lebih kepada kefahaman tentang premis asas undang-undang pilihan raya seperti kenapa ia digubal sebegitu rupa.
"Anda perlu faham bahawa apabila anda memfailkan petisyen pilihan raya...sebenarnya anda mencabar kehendak pengundi. Pilihan raya itu sendiri merupakan satu proses demokrasi. Sekiranya anda ingin mencabar kehendak rakyat, maka anda perlu menunjukkan bahawa keputusan berkenaan tidak mencerminkan kehendak rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

PARA PENDOKONG TEGAR UMNO SEPATUTNYA TERKEDU MALU SEBAB KENA TIPU SECARA PUKAL OLEH UTUSAN BAB HARGA KERETA HONDA JAZZ HIBRID TURUN HARGA!!

Posted: 12 Jun 2013 06:53 PM PDT


Lagi Utusan kena kantoi terbarai terburai kerana menipu rakyat pasal harga kereta turun selepas PRU 13 kerana memenuhi tuntutan AKU JANJI BN.

Kali ini terlondeh sarung pelikat Utusan apabila pihak Honda Malaysia telah mendedahkan betapa harga kereta Honda Jazz Hibrid kononnya sejak Januari 2013 dijual pada harga RM92,187.00 tetapi telah dikurangkan selepas PRU 13 sebanyak 2.5% ke RM89,000 pengurangan sebanyak lebih kurang RM2,287 sedangkan hakikat sebenarnya harga kereta model tersebut sudah pun dijula pada harga RM89,000.00 sejak 23hb November 2012 lagi.

Mengapa perkara sejelas ini sanggup Utusan menipu?...Lagi masih Perkasa, PPIM dan beberapa NGO mesra ketat dan berdarah pekat UMNO nak pertahankan Utusan?

Masih lagi para pendokong dan penyokong UMNO tidak terasa diri kalin ditipu bulat-bulat secara pukal dan borong oleh Utusan?.

Sekali ditipu adalah lumrah sebagai manusia, tapi kalau berterusan kena tipu dan masih jua nak memberikan sokongan kepada Utusan itu bukan lagi manusia namanya.

Tipu PRU: Kes dakwat cukup untuk pemimpin SPR letak jawatan

Posted: 12 Jun 2013 06:50 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah hanya kerana satu kes sahaja iaitu dakwat kekal yang tidak kekal, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.


(Dua pemimpin utama SPR yang didesak meletak jawatan tetapi menolaknya)

"Ketika semakin kuat keyakinan rakyat bahawa pilihan raya umum yang lepas dicemari penipuan, pemimpin-pemimpin SPR sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah," kata beliau ketika mempertikaikan sikap Pengerusi SPR yang berkeras bahawa pemimpin-pemimpin suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.

Amat malang, kata Salahuddin, apabila pemimpin-pemimpin SPR itu bukan sahaja enggan mengambil tindakan bermaruah dan meletak jawatan, malah mereka memilih untuk menyerang rakyat yang tidak dapat menerima pilihan raya 5 Mei lalu sebagai pilihan raya yang adil dan bersih.

Beliau berkata, keyakinan rakyat bahawa pilihan raya tersebut sebagai pilihan raya penuh penipuan bukan dibuat berdasarkan imaginasi mereka malah berdasarkan begitu banyak laporan polis yang dibuat serta pelbagai pendedahan demi pendedahan yang tidak dijawab dengan meyakinkan oleh SPR.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid 'kantoi', kata Rafizi

Posted: 12 Jun 2013 06:49 PM PDT


 
PKR mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membelanjakan lebih RM2 juta, sepuluh kali ganda perbelanjaan yang ditetapkan untuk kempen di peringkat Parlimen, iaitu RM200,000, dalam pilihan raya umum lalu.

Parti itu memfailkan dua petisyen pilihan raya, mendakwan Zahid terlibat dalam pembelian undi dan berbelanja lebih dalam kempennya sebelum ini.

Dua petisyen itu merujuk kepada video yang dimuat naik oleh Zahid sendiri dalam laman rasmi, yang menyebut beliau merekrut 24,000 penyokong BN yang juga pengundi tempatan di Badan Datoh, sebagai pekerja kempen ketika bertanding kerusi Parlimen itu.

Beliau juga dalam video itu mengakui memberikan mereka RM100 dan 5kg beras setiap seorang.

"...dia kantoi," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Rafizi: 'Speaker tak ada hak boikot angkat sumpah MP Pakatan'

Posted: 12 Jun 2013 06:47 PM PDT

Rafizi Ramli PETALING JAYA - Ahli parlimen PR khususnya PKR tidak gentar jika hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya mereka tidak mengangkat sumpah pada 24 Jun ini.

Sebaliknya Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelmarin tidak mengikut perundangan malah Speaker sendiri tidak boleh menolak majlis angkat sumpah pada tarikh lain yang dipersetujui ahli Parlimen PR.

"Itu adalah satu kenyataan yang tidak mengikut undang-undang yang dibuat oleh Speaker Parlimen, dan belum tentu pun dia akan jadi Speaker Parlimen.

"Kalau ikut pemahaman dan tafsiran undang-undang yang kita, Speaker tidak ada hak untuk menolak angkat sumpah kerana ahli Parlimen dilantik oleh rakyat.

"... kuasa yang kami ada sebagai mewakili kuasa rakyat tidak boleh dibatalkan hanya kerana seorang Speaker tunjuk lagak untuk tidak mahu menerima angkat sumpah kita," katanya kepada Sinar Harian Online, di Ibu Pejabat PKR, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

PKR tidak boikot majlis angkat sumpah anggota Parlimen

Posted: 12 Jun 2013 06:46 PM PDT


PETALING JAYA: PKR tidak akan memboikot majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat sepertimana yang dihebohkan oleh media sebelum ini.

Malah, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberitahu dalam mesyuarat Biro Politik PKR, beliau tidak pernah menyebut untuk boikot majlis angkat sumpah di Parlimen pada 24 Jun ini.

"Anwar menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut untuk memboikot majlis angkat sumpah, apa yang diperkatakan sebelum ini hanya diputar belit oleh media semata-mata.

"PKR memutuskan tidak ada boikot akan dilakukan pada majlis 24 Jun nanti," jelas sumber PKR yang menyertai mesyuarat Biro Politik PKR malam ini kepada Harakahdaily.

Beliau menjelaskan majlis angkat sumpah akan berjalan seperti biasa dan Ahli Parlimen PKR akan hadir pada majlis tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Tian Chua, Nurul Izzah pula punca BN fail petisyen

Posted: 12 Jun 2013 06:44 PM PDT

Tian Chua, Nurul Izzah SHAH ALAM - Soal kelayakan bertanding calon PKR di Parlimen Batu, Tian Chua antara 21 kandungan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh BN, kelmarin.
Pasukan petugas khas undang-undang, yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Tian Chua yang pernah didenda kerana mengasari anggota polis telah dibenarkan bertanding oleh SPR pada pilihan raya lalu.

Menerusi petisyen tersebut, calon BN, Dr Dominic Lau Hoe Chai, 46, mendakwa Tian Chua tidak berkelayakan bertanding kerana Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau dua bulan penjara, atas kesalahan mencederakan anggota polis pada 2007.

Katanya, Dominic turut menamakan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Batu, Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.

Read More / Baca Lagi >>

SPR Gagal: PRU13 pecah rekod petisyen terbanyak dalam sejarah Malaysia

Posted: 12 Jun 2013 06:42 PM PDT

56 petisyen. Itulah satu lagi rekod dicatatkan PRU13 selain apa yang digembar-gembur sebagai tsunami Cina, apa yang dikatakan sebagai antara punca terjejasnya reputasi BN di kawasan bandar pada pilihan raya umum lalu.

Berbanding sebelum ini, jumlah petisyen - 35 BN, 21 PR - yang difailkan sehingga semalam merupakan yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara.

PRU10 (1999) sebelum ini memegang rekod tertinggi dengan sejumlah 40 petisyen difailkan. PRU11 (2004) pula, hanya lebih 30 manakala PRU12 (2008) yang dilabel tahun tsunami politik negara, hanya 26 petisyen.

BN yang sebelum ini agak senyap dalam isu petisyen, turut bangkit memperjuangkan keyakinan menerusi 21 petisyen, yang tertinggi pernah difailkan perikatan itu.

Itupun setelah memberi 'diskaun' sebagaimana kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pihaknya tidak jadi memfailkan 50 petisyen sebagaimana yang dirancang pada peringkat awal setelah mendapat nasihat daripada pasukan undang-undang.

Menariknya, isu petisyen yang sebelum ini agak kurang mendapat perhatian masyarakat kerana dianggap sebagai isu orang politik dan juga golongan yang berkaca mata dan berkepala dingin, kali ini 'diglamourkan' dengan beberapa kontroversi.
Read More / Baca Lagi >>

Tamrin: 'Masa jahat dalam UMNO tidak tangkap, bila buat baik dalam PAS kena pula'

Posted: 12 Jun 2013 06:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Masa saya buat jahat dalam Umno dulu tidak pun kena tindakan tetapi bila saya nak buat baik dalam PAS ni kena tindakan pula," kata Tamrin Tun Ghafar (gambar) yang buat pertama kalinya ditangkap polis  baru-baru ini.

Bukan sekali tetapi beliau telah dua kali ditangkap secara yang agak kasar oleh polis berhubung dengan kenyataannya tentang pilihan raya umum lalu.

"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya apabila buat pertama kalinya ditangkap pada 23 Mei lalu.

Ketika itu Tamrin bersama seorang rakannya sudah memesan makanan untuk makan tengahari di sebuah restoran dekat Bangsar.

Seorang yang mengaku sebagai pegawai polis datang meminta beliau mengikutnya ke balai polis.

Oleh kerana beliau sudah memesan makanan untuk makan tengahari, beliau memohon supaya beliau makan dulu serta mengajak polis berkenaan untuk makan sama.

Namun, pegawai polis itu berkata, beliau kena pergi ke balai sekarang juga atas arahan pegawai atasannya.

Setelah bertengkar, polis itu membiarkannya makan.

Sekali lagi pertengkaran belaku apabila beliau sedang membuat bayaran dan menunggu bayaran baki dari tuan restoran tersebut.

"Sedang saya tunggu bayaran baki, sekali lagi dia paksa saya ke balai. Saya kata tunggu bayar baki sekejap. Namun pegawai polis itu berkeras.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Kantoi: Pembuat kereta sangkal dakwaan mengenai penurunan harga

Posted: 12 Jun 2013 06:38 PM PDT


Ramai orang sedang melihat Proton Preve semasa ia di lancarkan tahun lepas. — Gambar failKUALA LUMPUR, 13 Jun – Pembuat kereta Volkswagen dan Peugeot kedua-duanya telah menafikan penurunan harga tahun ini seperti dilaporkan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia tiga hari lalu sebagai bukti gabungan pemerintah itu menunaikan janji pilihan raya mereka.
Utusan telah melaporkan Volkswagen, Peugeot, Honda dan pembuat kereta tempatan Proton dan Perodua telah menurunkan harga sepuluh model mereka sehingga 11 peratus bermula Januari tahun ini, menyiarkan senarai harga sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga kereta dalam manifesto Pilihan Raya 2013.
"Sila ambil perhatian, harga di imej itu tidak tepat. Harga Golf memang RM157,888 semenjak dilancarkan. Bukan RM169,888," kata wakil dari Volkswagen Malaysia di akaun Facebook mereka merujuk kepada salah satu model Golf.
Seorang pengguna sebelum itu memuat naik laporan Utusan, yang mendakwa harga Golf telah dikurangkan sehingga 7.1 peratus dari RM169,888 ke RM157,888.
Bercakap kepada The Malaysian Insider, seorang pengedar untuk pembuat kereta Jerman itu mengesahkan harga Golf Mark 7 1.4 TSI yang dilancarkan sejak awal tahun ini memang berharga bermula dari RM157,888.
Peugeot Malaysia juga telah memberi respon di laman Facebook mereka mengenai dakwaan Utusan harga bagi model 308 telah diturunkan sebanyak 11 peratus dari RM115,663 ke RM102,888.
Read More / Baca Lagi >>

Nampaknya Pengerusi SPR Tak Mau Letak Jawatan Secara Sukarela, Tetapi Secara Paksa..!!!

Posted: 12 Jun 2013 06:36 PM PDT

Pengerusi SPR: Kami tak akan letak jawatan

KUALA LUMPUR - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini menegaskan barisan kepimpinan suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurutnya barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatan barisan kepimpinan SPR yang merupakan sebuah badan bebas, tidak boleh dibuat secara tidak rela atau paksaan seperti yang didesak oleh sebuah kumpulan.

"Ia hanya boleh dibuat melalui undang-undang," katanya kepada pemberita selepas ditemu ramah stesen radio Nasional FM di Angkasapuri di sini.

Beliau berkata hanya Yang di-Pertuan Agong berhak mengeluarkan arahan kepada barisan kepimpinan SPR untuk meletak jawatan jika terbukti mereka melanggar peraturan dan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau kami melanggar undang-undang, cara yang baik adalah melalui petisyen dan berjumpa di mahkamah...buktikan dahulu kami melakukan perkara tersebut dan kita sama-sama lihat,"
katanya.

Abdul Aziz berkata berkata barisan kepimpinan SPR hanya boleh dilucutkan jawatan disebabkan bankrap, memegang jawatan lain dengan mendapat pendapatan, menjadi wakil rakyat, atau sebab-sebab lain seperti jenayah dan masalah mental seperti gila.

"Maknanya atas sebab kepercayaan awam tidak ada lagi ataupun melanggar peraturan Perlembagaan Persekutuan, dan ia boleh dilakukan melalui penubuhan tribunal," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan namakan bekas hakim Speaker Dewan Rakyat

Posted: 12 Jun 2013 06:34 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) sebulat suara bersetuju menamakan mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman (gambar) sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi Parlimen Ketiga Belas.


Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penamaan Abdul Kadir itu telah dikemukakan atas nama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Menteri Besar Negeri Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai mewakili pendirian PR pada 10 Jun lalu.

Katanya, satu pemberitahu bersurat mengenai penamaan itu telah dikemukakan kepada Setiausaha Dewan Rakyat mengikut kehendak Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 4(1).

Beliau dalam kenyataan menyatakan,  PR bertegas bahawa Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dilantik dari kalangan seorang yang bebas, berkecuali tanpa parti, berwibawa dan berkelayakan untuk berkhidmat.

Menurutnya lagi, Abdul Kadir memenuhi semua kriteria yg selayaknya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

"Beliau telah menabur bakti kepada negara selama lebih 50 tahun dalam pelbagai Jabatan, Kementerian, Negeri, Suruhanjaya, Kehakiman dan Majlis Diraja Negeri," ujarnya.

Abdul Kadir bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2006.

Read More / Baca Lagi >>

Lensa : Blackout 505 Ketereh - Part 2

Posted: 12 Jun 2013 06:24 PM PDT


 
 
  




 
  





Lensa : Blackout 505 Ketereh - Part 1

Posted: 12 Jun 2013 06:17 PM PDT

Tiada ulasan: