Isnin, 17 Jun 2013

Tempayan Retak

Tempayan Retak


Hampir Putus Tekak Diserang Perompak

Posted: 16 Jun 2013 02:10 PM PDT

Menurut mangsa rompakan seorang warga emas, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk, Sapok Sipitang, Sabah, ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumahnya, tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk.

Masa kejadian keadaan agak gelap dan mangsa tidak nampak penyerangnya. Menurut Laud, penyerang beliau mungkin berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan.

Penyamun tersebut telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1,000.
 


Nasib Laud agak baik bila orang awam, Kadir Aisha yang kebetulan lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Zubir Embong dilantik Speaker Dun Terengganu

Posted: 16 Jun 2013 01:59 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 16 Jun — Seramai 32 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu hari ini mengangkat sumpah sebelum bermulanya persidangan Dewan Undangan Negeri pertama sesi penggal ke-13 di Bangunan Wisma Darul Iman di sini, Isnin ini.
Kesemua 32 Adun daripada Barisan Nasional dan pembangkang itu mengangkat sumpah taat setia sebagai Adun dalam melindungi dan mempertahankan perlembagaan negeri Terengganu.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri yang baharu dilantik, Mohd Zubir Embong.
Ahmad Said yang mengemukakan nama Mohd Zubir sebagai Speaker DUN yang baharu dan disokong Adun Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Mohd Zubir, bekas Ketua Sektor Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu adalah calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kualal Terengganu pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu namun kalah kepada calon PAS Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di depan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Terengganu, Azhar Jusoh pada pukul 9.42 pagi.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah 32 Adun tersebut yang diketuai Ahmad yang juga Adun Kijal pada pukul 9.50 pagi di depan Speaker DUN yang baharu.

Mohd Zubir ketika ditemui pemberita mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Menteri Besar yang melantiknya menjawat jawatan itu dan berjanji akan mengendalikan persidangan DUN dengan baik.

Persidangan DUN itu yang berlangsung sehingga Rabu ini akan dirasmikan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Pada pilihan raya lalu, BN membentuk kerajaan negeri apabila menang mudah dengan memenangi 17 kerusi manakala PAS menang di 14 kerusi dan PKR (satu kerusi).

Kerusi DUN yang dimenangi BN ialah Hulu Besut, Jerteh, Kota Putera, Kuala Besut, Langkap, Permaisuri, Jabi, Batu Rakit, Seberang Takir, Kuala Berang, Telemong, Ajil, Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Kijal, Kemasik dan Air Putih. — Bernama

Tiada ulasan: