Isnin, 17 Jun 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tengok nih!! Khairy Jamaluddin dah merajuk....

Posted: 17 Jun 2013 08:18 AM PDT


Tergelak sorang-sorang bila aku baca laporan tentang Menteri Belia dan Sukan yang baru ni.. dia kritik orang lain boleh.. tapi bila dia pulak kena hentam terus merajuk..

Ni apa dia kata bila wartawan ajukan soalan mengenai wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri..

"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah,"

"Biar ahli bercakap...kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain," katanya.

Kah.. kah.. kah.. apa punya Menteri ni woi!! Kalau macam ni punya karakter.. maksud aku kuat merajuk, rasanya Khairy Jamaluddin ni lebih sesuai dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat..

Ni laporan berkaitan..

PUTRAJAYA - Kemelut terbaru yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lagi mengundang sebarang reaksi daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang ternyata 'patah hati' dengan badan induk bola sepak negara itu.

Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat 'menegur' FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.

"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini hari ini.

"Biar ahli bercakap...kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain," katanya. Khairy, bagaimanapun berkata FAM sepatutnya mendengar pendapat ramai, khususnya peminat bola sepak tempatan.

Baru-baru ini, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mempersoal FAM mengenai wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia.

Beliau berkata FAM sepatutnya menyalurkan wang berkenaan bagi membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan. Namun, sehingga kini, FAM mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. - Bernama

Baru kena sikit dah merajuk.. lu datang bulan ke Bro? Kah.. Kah.. Kah.. 

Hanya kerana RM1,000 mereka beralih sokongan...

Posted: 17 Jun 2013 02:02 AM PDT


Mudahnya mereka mengalih sokongan.. kerana RM5,000 seseorang sanggup mengkhianati teman-teman seperjuangan.. kerana RM1,000 sahaja sokongan beralih arah..

Penyokong PAS di Kuala Selangor dibeli dengan wang tunai sehingga RM1,000 dan diminta bersumpah akan atau telah menyokong BN dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, dakwa calon kawasan itu Dr Dzulkefly Ahmad.

Dakwanya, perkara itu banyak berlaku di Jeram dalam tempoh 24 jam terakhir waktu berkempen.

"Orang Melayu takut bersumpah. Sangat takut. Jika kamu bersumpah dengan nama Allah tetapi tidak lakukannya, kami akan mati," katanya ketika diwawancara Malaysiakini pada Khamis lalu.

Lagi apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini..

Dzulkefly said he sensed that something was amiss when the villagers, even the youth, refused to see him. "I had a lot of programmes with them (the constituents), and all these village chiefs would say, 'Don't worry, these youths are your supporters.

"On the last day of the election campaign, they didn't want to see my face. They were in hiding already and were ashamed to see us.

"That was when I knew that something disastrous is going to befall us, and true enough (it did)," Dzulkefly said.

Since then, he added, about 10 of those who received the cash bribes from agents of the BN felt guilty and came forward to tell him what had taken place.

Although he wanted to include this key argument in his election petition, it was not done because the people who confessed to him asked for protection from physical harm, which PAS could not provide.

Dzulkefly said his lawyers also felt that an election petition would not succeed on grounds of corrupt practice, so it focused on taking the Election Commission (EC) to task instead on alleged discrepancies in the "Borang 14".

Borang 14 is the record of the final, official counts of votes in each polling stream of a constituency.

Dzulkefly, a PAS moderate and a director of its research centre, also said he suffered character assassination while campaigning, right from the start of the election campaign period.

"All my strengths have become my weaknesses. I am someone in PAS who is seen as a progressive, a moderate. All those were turned against me.

Read more HERE

Masa ambil duit tak langsung rasa bersalah.. bila duit dah habis tahu pulak rasa bersalah..

Tapi... sekurang-kurangnya ada juga rasa bersalah dalam hati mereka.. tak serupa yang dituduh ambil RM5,000 tu.. pasal RM5,000 tu sila baca di SINI

RM5,000 harga untuk khianat teman seperjuangan?

Posted: 16 Jun 2013 11:00 PM PDT


Hanya dengan RM5,000 beliau dilaporkan sanggup mengkhianati rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat untuk bersekongkol membantu kemenangan UMNO/BN pada PRU13 lalu..

Khabar mengenai perkara ini telah tersebar sejak dari sebelum hari pengundian PRU13 lagi, namun hingga kini tiada sebarang penafian yang terdengar…

Ianya tersebar setelah individu yang menjadi orang tengah yang membawa RM5,000 tunai dalam hal itu menceritakan segalanya..

Menurutnya beliau telah diamanahkan untuk menyerahkan RM5,000 yang diterima dari pihak sebelah sana untuk dibayar kepada individu yang berada disebelah sini..

Jika benar perkhabaran ini maka jelaslah bahawa ungkapan 'Ana dan Anta' yang sering digunakannya untuk berkomunikasi hanyalah topeng untuk mengaburi mata masyarakat dan penyokongnya.

RM5,000 yang diterima meletakkan harga dirinya jauh lebih murah dari harga katak-katak yang dibeli oleh BN sebelum PRU13.

Malah ianya jauh lebih murah dari harga seekor katak tua yang apa namanya tah.. akupun dah lupa..

RM5,000 cukup untuk beliau mengkhianati perjuangan sesama sahabat meletakkan dirinya lebih hina dari perempuan simpanan..

Sebab menurut seorang sahabat bukan Islam, beliau menyatakan kos untuk beliau menyara seorang perempuan simpanan jauh lebih besar dari apa yang diterima pengkhianat itu..

Siapa yang dikatakan menerima RM5,000 itu sila baca di SINI

Dalam masa terdekat ada pihak akan melaporkan perkara ini kepada SPRM...

Pengerusi SPR sedih dituduh menipu dalam isu dakwat kekal.. kesian...

Posted: 16 Jun 2013 08:23 PM PDT


"KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf. Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya.

Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali.

Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu

Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah selesai, tetapi sesetengah pihak tidak puas hati atau sahaja mahu cetus provokasi?

Saya merasa keadaan yang sangat aneh. Berduka cita dalam kebenaran. Sebagai orang Islam, kena percaya apabila berusaha dengan pelbagai cara, tetapi berjaya atau tidak, ALLAH SWT yang berkuasa.

Dalam erti kata lain, pilihan raya ini, yang menjadi raja dan penentu memilih wakil rakyat adalah pengundi, bukan SPR. SPR sediakan gelanggang berlandaskan Perlembagaan.

Bertandinglah sepuasnya untuk meraih undi rakyat. Kita jalankan ikut undang-undang sedia ada. Proses undang-undang kita sangat dinamik, dari tahun 50an sehingga sekarang, dinamik ini mengikut perlembagaan dan tuntutan rakyat semasa.

Semua rakyat menunggu begitu lama dan teruja untuk mengetahui tarikh 5 Mei 2013, sehingga berlaku sejarah apabila Dun Negeri Sembilan terbubar sendiri.

Apabila keputusan diumumkan, ada yang pertikai, marah dan tuduh macam-macam hingga kata kami (SPR) berkomplot. Ia amat pedih untuk kami terima tetapi itulah yang berlaku sekarang. Provokasi hingga ke jalanan.

Saya ingin tegaskan, SPR sebuah badan bebas yang tidak boleh tunduk dengan arahan atau diarah oleh orang lain.

Bukan kita bongkak tetapi peruntukan undang-undang mahu kita seperti itu, bebas. Tetapi bebas ini sangat subjektif, Pengerusi, Timbalan Pengerusi bekas pegawai kerajaan, sekarang ini kami yang bertugas di SPR, kami anggap sebagai berkhidmat untuk negara.

Ketika ditawarkan jawatan ini saya tidak sampai hati mahu tolak. Ramai yang tidak mahu jawatan ini ia sangat memberi tekanan.

Tetapi atas dasar semangat dan cinta pada negara, saya terima dan khidmat saya yang boleh diberikan untuk Malaysia.

Bagaimana boleh timbul dakwaan SPR mengikut arahan kerajaan memerintah?

Ketika ini persepsi yang dibuat seolah-olah SPR bawah telunjuk kerajaan pemerintah. Sejak saya dilantik jadi Pengerusi SPR, tidak pernah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Aziz buat ini, buat itu...", tidak pernah.

Tetapi dari segi cadangan sesiapa sahaja boleh beri cadangan daripada Perdana Menteri sehinggalah budak pejabat. Sebab yang memutuskan apa-apa cadangan adalah tujuh panel yang diletakkan di bawah SPR, kita bebas buat keputusan. Maknanya, dari segi membuat keputusan dan operasi SPR, SPR bebas.

Dalam politik SPR paling hampir dengan parti politik yang menentukan kalah menang seseorang parti politik, kalau menang mereka pujilah SPR, kalau kalah, lainlah bunyinya, mereka akan cari kelemahan lain. SPR seperti jadi kambing hitam.

Persepsi ini tidak semestinya betul, kalau berkali-kali kata ini bukan putih, ini hitam, maka ia akan jadi hitam, itu politik. SPR pengadil, tugas kita sangat penting dalam PRU. Saya lihat pada PRU13 semua parti politik membuat fokus, mereka kata boleh menang negeri ini, kawasan itu.

Contoh kerajaan pemerintah kata boleh ambil Kelantan dan Selangor. Tetapi dalam realiti tidak jadi begitu, Selangor makin teruk, Pulau Pinang lagi teruk begitu juga Kelantan kecuali Kedah. Ini maknanya apa?

Maksudnya kita hanya boleh merancang ALLAH SWT yang menentukan. Dalam kes ini, pengundi jadi penentu. Boleh ke parti pemerintah dikatakan bersekongkol dengan SPR ang juga dicop sebagai ibu segala penipuan? Kalau SPR betul-betul penipu, maka menanglah negeri yang dicitakan parti pemerintah.

Tapi apa yang berlaku tidak seperti itu bukan? SPR dalam mesyuarat rasmi dan tidak rasmi, tidak ada terlintas untuk menipu, tidak ada perancangan atau agenda untuk menipu bagi memenangkan mana-mana pihak. Yang kita bincangkan, bagaimana untuk PRU berjalan dengan teratur sempurna dan saksama, di bawah kawalan kita.

Ramai yang melihat pembangkang berterusan menekan SPR, apa yang akan dilakukan?

Apa yang boleh kita buat adalah pujuk dan terangkan. Kalau mereka nak ikut, ikutlah dan tak nak ikut apa boleh buat, kita tiada kuasa. Apa yang berlaku sekarang ini, PRU13 berjalan dengan baik dan lancar, mana pengundi suka pada calon berkenaan maka menanglah calon dan parti itu.

Contoh, Lim Kit Siang bertukar tempat bertanding, menang di Gelang Patah, kalahkan bekas Menteri Besar Johor Ghani Othman. Sebab apa dia menang? Pengundi di Gelang Patah suka beliau, bukan sebab SPR tolong.

Kita sediakan tempat untuk bertanding. Banyak calon lain yang memang boleh menang di mana-mana sebabnya pengundi suka. Keputusan 5 Mei lalu paling awal diumumkan 11.10 malam dan paling lewat 2.10 pagi, tidaklah begitu teruk jika dibandingkan PRU12. Tetapi, kita tetap dituduh lewat dan macam-macam lagi.

Tetapi masih ada yang tidak mengiktirafnya dan menganggap banyak penipuan oleh SPR?

Kalau kita rasional dan pegang pada ajaran agama, terimalah hakikat yang kita menang PRU dan dapat jadi wakil rakyat dan berhujah mewakili rakyat. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak dapat tubuh kerajaan walaupun katanya dapat undi popular. Sistem yang diguna pakai tidak begitu, kita guna first-past-the-post. Adakah wajar untuk kita tukar proses situ selepas PRU13? Kecuali undang-undang dipinda.

Kepada siapa yang bertanding terima hakikat, menang syukur, kalah cuba lagi lima tahun akan datang. Jangan kita pengaruhi budak muda untuk berhimpun, buat tuduhan melulu dan memesongkan persepsi mereka daripada yang benar kepada tidak betul.

Macam-macam tuduhan, contoh 40,000 warga Bangladesh, memang tidak masuk akal, kalau orang Jawa ke susah juga kita nak kesan, tapi ini Bangladesh dalam jumlah yang banyak.

Bagaimana isu lampu padam pada PRU13 boleh timbul?

Malam selepas mengira, kita telefon semua tempat, esok kita tanya polis, mereka kata tidak ada lampu padam, tidak puas hati dengan jawapan itu kami telefon TNB, dan mereka tetap kata tidak ada lampu padam.

Tetapi penghujung Mei timbul dalam akhbar ada lampu padam di Serdang, rupanya ada terputus bekalan elektrik di saluran tiga.

Namun, masa lampu terang undi yang dikira BN menang, tapi dalam lampu padam itu, Pas menang, patutnya BN lah menang tinggi kalau kata kita nak menipu. Jadi bukan kata soal lampu padam itu.

Setiap saluran ada ajen dan tahu berapa kertas undi keluar. Bukan kita berbohong atau berlakon, tetapi pada hari kejadian kami hubungi orang tertentu semua kata tidak ada. Jika benar keadaan itu, tetapi kemenangan itu berpihak pada pembangkang.

Maknanya bukan sengaja lampu itu dipadamkan untuk memenangkan BN.

Komen Tan Sri mengenai tuntutan Blackout505 yang mendesak anggota SPR meletak jawatan?

Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan itu seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya dengan rela hati.

Seluruh anggota SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan pihak berkenaan. Saya menerima banyak panggilan telefon untuk saya tidak tunduk dengan desakan itu.

Apa salah kita? Seluruh dunia akan ketawa jika kita tunduk hanya sebab desakan itu.

Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini.

Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan. Kami tidak akan letak jawatan, kalau mereka nak tuntut juga kita letak jawatan, pertama sekali mereka perlu fail petisyen, nampak jelas bahawa kita menipu dan melanggar undang-undang baru kita akur.

Sepenuhnya sila sambung bacaan anda di SINI

Sedihnya dia... kesian kat dia.. kah.. kah.. kah...

Tapi apakah kesedihannya itu setanding dengna perasaan sedih petugas-petugas Pakatan Rakyat yang merasakan diri mereka ditipu oleh sistem pilihanraya yang ada ini?

Bagaimanapun kesedihan ini pasti tak dapat menandingi perasaan sedih bila mengetahui ada teman seperjuangan menerima RM5000 untuk khianat perjuangan Pakatan Rakyat..... baca di SINI

Kalau tak patuh ni.. maka derhakalah jawabnya..

Posted: 16 Jun 2013 05:30 PM PDT


Sebahagian dari petikan Titah KDYMM SULTAN MUHAMMAD V sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013..

"BETA MENYARANKAN SUPAYA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKERJASAMA DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR DAN ULTILITI DI NEGERI INI. ANTARANYA PEMBINAAN 'CENTRAL SPINE ROAD', LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU-KUALA KRAI DAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR."

"BETA JUGA BERHARAP SUPAYA PENYELESAIAN ISU TUNTUTAN BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM DAPAT DISELESAIKAN MENGIKUT PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI."

Kalau tidak patuh.. maka derhakalah Najib..

Dalam kes ini special sikit.. sebab macai-macai yang selama ini berapi-api mempertahankan Raja-raja Melayu tak akan berani bersuara apatah lagi nak adakan demo membantah Najib..

Laporan berkaitan..

KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V, mengucap tahniah pada Kerajaan Kelantan kerana telah berjaya mengekalkan kemenangan di negeri ini pada PRU13 lalu.

Pada masa yang sama juga baginda mengucapkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana telah berjaya mengemudi kerajaan negeri selama 23 tahun dengan cemerlang.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dun Kelantan Ke-13 di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

"Beta juga mengucapkan tahniah keada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian kerana berjaya dalam PRU lalu.

"Beta menyeru ahli-ahli berhormat dapat membalas kepercayaan rakyat dengan memberi sumbangan khidmat yang terbaik, bertanggungjawab dan saksama," titah baginda lagi.

Baginda juga turut menyatakan keyakinan Menteri Besar Kelantan yang baru dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan berlandaskan wawasan kerajaan negeri yang makmur, berkat dan berkebajikan.

Titah baginda dalam tempoh 23 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah ulama, telah melaksanakan pelbagai dasar pentadbiran dan program termasuk pembelajaran berterusan.

"Beta mengucapkan tahniah di atas kejayaan, pengiktirafan dan kecemerlangan yang dicapai oleh anggota perkhidmatan awam negeri,"titah baginda lagi.

Terdahulu baginda telah melakukan pemeriksaan perbarisan kehormat sempena pembukaan istiadat itu. 21 das tembakan meriam kedengaran di sepanjang perjalanan istiadat pembukaan dan perbarisan yang diadakan di pekarangan Kompleks Kota Darulnaim.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Menteri Besar, Datuk Amar Nik Abdullah, Speaker Dun Kelantan menyambut keberangkatan tiba Sultan dan Tengku Mahkota Kelantan.

Hadir sama pada majlis perasmian itu, bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, Datuk Norzula Md Diah dan Adun-Adun yang lain.

Dua Adun mengangkat sumpah hari ini iaitu Datuk Seri Mustapha Mohamed (BN-Ayer Lanas) dan Datuk Che Abdullah Md Nawi (PAS-Wakaf Bharu).

MB, TMB Kelantan dan bersama TGNA sedang mengikuti titah ucapan dari Sultan Muhamad ke V, sewaktu pembukaan sidang Dun Kelantan, pagi tadi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good post. I learn something new and challenging on blogs
I stumbleupon on a daily basis. It's always interesting to read content from other authors and practice something from their sites.

my website :: gps golf - -