Khamis, 20 Jun 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


PAS segera sokong saranan Teng 20/6/13

Posted: 19 Jun 2013 11:50 PM PDT


Saya terbaca dalam akhbar The Star hari ini betapa saranan EXCO Kerajaan Tempatan Selangor yang baru Datuk Teng Chang Khim agar rumah-rumah urut di Selangor dipisahkan mengikut jantina pengunjung telah mendapat kritikan hebat pihak MCA.
Saranan Teng itu sebagai suatu usaha menyekat rumah-rumah urut haram di Selangor diperlekeh oleh MCA.

Soal MCA tak puas hati, itu masalah mereka lagipun dari segi politik MCA telah pupus di Selangor.
Isu yang mahu saya bangkitkan adalah keberanian Teng seorang pemimpin DAP.

Umum mengetahui pusat-pusat kesihatan dan rumah-rumah urut berlesen atau tidak di Selangor rata-rata adalah sarang maksiat, jika ada pun satu dua yang lurus, kecenderungan untuk berlaku maksiat sentiasa terbuka. Tambahan apabila yang mengurut pelanggan lelaki adalah wanita.
Saya syorkan agar PAS segera mengeluarkan kenyataan menyokong saranan Teng ini.

Isu moral iaitu pencegahan maksiat ini bukanlah isu Islam tetapi ia isu kesopanan masyarakat dan kesejahteraan keluarga semua agama. PAS perlu bangkit mengeluarkan saranan memperkukuh dan menyokong lagi saranan Teng ini.
Dahulu semasa saya ahli majlis tempatan saya pernah mengusulkan malah sehingga dilulus beberapa langkah memperketat kunjungan orang Islam ke pusat-pusat seumpama ini selain melarang pengusahanya mengambil pekerja-pekerja khasnya wanita Islam bekerja.

Isu maksiat berpunca dari rumah-rumah urut ini telah wujud sejak zaman BN lagi, sepatutnya kini ia segera dikawal dan dibenteras terutama apabila PR menjadi teraju memandangkan nilai moral PR berbeza dengan BN.
Ambillah peluang ini, kita telah menyalahkan Umno dan BN dahulu, jangan kita pula lemas seperti mereka.

Tiada ulasan: