BRIGED MP SEGAMBUT |
- BAGUS:TENTERA AKAN MULA TERLIBAT DALAM BLACKOUT 505:INI MASUK POLITIK NAMPAKNYA..
- SPR: Pembangkang hipokrit, tak selari dengan prinsip
- GAMBAR YG MEMBUAT MUHTIDDIN PUAS HATI JADI TPM SELAMANYA...?
- MENTERI INI PANDAI BERTINJU?
- PUNCA KEKALAHAN PAKATAN DIDEDAH..KETAHUI APA DIA
- SAYA SOKONG TENGKU RAZALEH PERDANA MENTERI DAN ANWAR TPM..BOLEHKA?
BAGUS:TENTERA AKAN MULA TERLIBAT DALAM BLACKOUT 505:INI MASUK POLITIK NAMPAKNYA.. Posted: 20 Jun 2013 07:00 AM PDT Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu. "Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di Ipoh hari ini. Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu. Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa. Mengenai penahanan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi Internet, beliau berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet. Pada masa yang sama beliau meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai indvidu yang terbabit kegiatan itu. Sabtu lepas polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet. Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan. -Bernama |
SPR: Pembangkang hipokrit, tak selari dengan prinsip Posted: 20 Jun 2013 05:27 AM PDT Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip. "Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit. "Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk 'PRU13: Terima Keputusan Rakyat' di Kuala Lumpur hari ini. Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding. "Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya. "Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya. Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya. Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang. "Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118. "Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan. "Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya. -Bernama |
GAMBAR YG MEMBUAT MUHTIDDIN PUAS HATI JADI TPM SELAMANYA...? Posted: 19 Jun 2013 07:30 PM PDT |
Posted: 19 Jun 2013 06:30 PM PDT Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak gesaan supaya beliau meletakkan jawatan ekoran ekoran saman sivil terhadapnya atas dakwaan memukul. Dalam sidang media hari ini, beliau berkata, hanya perdana menteri mempunyai kuasa prerogatif untuk melantik atau menamatkan tugas seseorang menteri. "Itu hak mutlaknya," katanya. Zahid (tengah) juga berkata, gesaan yang dibuat oleh anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo itu mempunyai konflik kepentingan kerana bapanya Karpal Singh bertindak bagi pihak plaintif dalam kes itu. "Bapanya mahu bawa ke mahkamah, jadi bawalah ke mahkamah," kata Zahid. Ahli perniagaan Amir Bazli Abdullah, 41, pada 4 Julai 2007 memfailkan saman dengan mendakwa beliau dipukul dan ditumbuk pada mukanya oleh Zahid pada 16 Januari, 2006. |
PUNCA KEKALAHAN PAKATAN DIDEDAH..KETAHUI APA DIA Posted: 19 Jun 2013 04:00 PM PDT Pemberian kerakyatan secara haram kepada jumlah besar orang asing di Sabah membolehkan kumpulan pendatang menentukan bentuk politik di negara ini, kata veteran politik Sabah Wilfred Bumburing. "Jika kamu lihat statistik keputusan pilihan raya di beberapa kawasan tertentu, kehadiran pendatang haram menentukan keputusan pilihan raya," kata Wilfred kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang haram di Sabah, di Kota Kinabalu hari ini. Wilfred (kiri) yang juga anggota dewan undangan negeri Tamparuli berkata, satu contoh dapat dilihat di Batu Sapi. "Jelas pendatang di sana mengatasi pengundi tempatan," katanya. |
SAYA SOKONG TENGKU RAZALEH PERDANA MENTERI DAN ANWAR TPM..BOLEHKA? Posted: 19 Jun 2013 09:30 AM PDT ama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan. Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan. Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks. Puak pembangkang khasnya Anwar Ibrahim yang kagen dan kempunan hendak menjadi perdana menteri masih berusaha dengan cuba menafikan pilihan raya ke-13 tempoh hari. Anwar yang boleh dipuji beliau tidak pernah berputuas asa dan boleh mengubah segala janji dan ikrar politiknya. Sebelum ini dia bermadah akan bersara dalam politik sekiranya Pakatan Rakyat tidak menang. Saya sudah menduga awal-awal kenyataan (janji) itu sebahagian sebagai gimik dan modal politiknya demi meraih simpati. Maka dicarilah satu dalih atau alasan untuk mengatakan Pakatan Rakyat menang bagi membolehkan beliau terus berada dalam gelanggang politik. Maka angka 51% diambil untuk menghalalkan tindakan. Kononnya Pakatan Rakyat mendapat suara 51% undi popular berbanding dengan UBN yang mendapat 47%. Dengan figure-figure yang disihirkan itu maka halallah Anwar untuk memungkiri janji politiknya untuk bersara. Apapun kita ucapkan selamat kepada Anwar dan Pakatan Rakyat. Memang mereka tidak akan berpuas hati selagi Najib tidak jatuh dan di kalangan mereka (Anwar) yang akan dinobatkan sebagai perdana menteri. Orang yang mengatakan politik Pakatan Rakyat, baik Anwar, Lim Kit Siang dan lain-lain sebagai gilakan kuasa, orang itulah yang sebanarnya 'sinting' kerana seakan tidak mahu memahami politik itu yang mahukan kuasa. 'Budak'lah orang yang bermain politik tetapi tidak mahukan kuasa. Ayuh teruskan Anwar dengan cara anda. Selagi rakyat masih mempercayai degan cara anda, silakan. Cuma ingat sedikit sudah ada bidalan, sepandai-pandai tupai melopat akhirnya ke tanah juga. Setinggi mana bangar terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Hidup ini asa lapan dimensi bukannya empat. Mungkin bidalan ini tidak tepat. Apa yang hendak diceritakan, rakyat mempercayai kita hari ini esok dan lusa, tetapi bukan selamanya. Makanya tektik dan strategi kena tukar. Bagaimana pun di sini saya ada formul kecil bagaiman kalau hendak jatuhkan Najib sebagai perdana menteri tanpa menunggu pilihan raya umum ke-14. Formula ini saya tidak mengira UBN akan tumbang. Tetapi khasnya untuk Najib semata-mata. Formula ini agak janggal dan tidak masuk akal. Namun kerana politik itu kadang kala di luar norma rentas pemikiran manusia, maka formula ini boleh dikira masih waras dalam kancah politik dan ia boleh dicuba. Untuk menggugurkan seseorang bukan semestinya menerusi pilihan raya umum. Pilihan raya adalah cara formal yang yang ketat dengan syarat-syaratnya.Tetapi mereka juga boleh digugurkan secara lain. Kalau semua orang berfikir untuk jatuhkan Najib menerusi pilihan raya, maka pilihan raya ke-14 masih jauh. Masih ada empat tahun 10 bulan lagi. Dalam masa itu Najib boleh mempersiapkan dan memperkemaskan dirinya. Najib boleh berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya. Belum tentu PRU-14 jalan mudah dan rapoh menjatuhkan Najib. Makanya masa itu jangan dinanti. Ambil peluang dan cari jalan pintas. Bagaimana caranya? Umum tahun perhimpunan agung Umno akhir tahun ini melibatkan pemilihan pemimpin disemua peringkat termasuk untuk jawatan presiden Umno. Mereka yang ingin melihat Najib jatuh boleh gunakan kesempatan ini. Anwar yang beriya mahukan Najib tumbang jangan berfikir selepas Najib adalah beliau. Anwar harus rasional dan berfikiran terbuka dalam soal ini. Dalam konteks ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berfikir untuk menumbangkan Najib. Ini agendanya. Untuk ini Anwar dan Pakatan Rakyat perlu berusaha agar ada orang melawan Najib dalam perhimpunan itu kelak. Untuk Anwar berbuat demikian mustahil kerana beliau berada di luar Umno. Satu-satu orang yang layak dan sesuai untuk berdepan dengan Najib ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Anwar dan Pakatan Rakyat boleh memberi sokongan kepada Tengku Razaleigh untuk berdepan dengan Najib. Dalam erti kata lain Anwar dan Pakatan Rakyat harus bersekongkol dengan Tengku Razaleigh. Mungkin ada yang mengatakan formula ini mustahil tidak masuk akal. Saya ingatkan mereka yang berfikir separuh dari fikiran politik saya abaikan formula ini dan berhenti bercakap mengenainya. Memang ianya mustahil dan Anwar tidak dapat berbuat apa-apa. Anwar dan Pakatan Rakyat tidak boleh mengundi untuk kemenangan Tengku Razaleigh. Saya sendiri memberi jaminan Tengku Razaleig boleh kalah. Hegemoni politik Najib dalam Umno sangatlah hebat. Tetapi apa yang dikehendaki menerusi pertandingan ini ialah menghimpun berapa ramai orang-orang Umno khasnya yang menjadi ahli parlimen yang kecewa dengan kekalahan Tengku Razaleigh Hazmah ini. Apakah kesemua lebih 80 ahli parlimen Umno itu menyokong Najib Razak? Sudah pasti apabila ada pertandingan kedudukan ahli Umno akan berbelah bahagi. Mereka yang tidak senang dengan Najib akan mencari alternatif (pemimpin) baru. Mereka secara lumrahnya akan melepaskan wap marah kepada Najib dengan mengundi Tengku Razaleigh Hamzah. Seperti mana dibimbangI Mahathir Mohamad kalau berlaku pertandingan dalam Umno perpecahan tidak dapat dielakkan. Akan ada hati-hati yang retak dan jiwa yang lara serta berdendam. Nah, perpecahan inilah yang diperlukan. Anwar dan Pakatan Rakat boleh mengambil kesempatan. Perbalahan di dalam Umno disebabkan perpecahan akibat perlawanan itu boleh dibawa ke parlimen. Di parlimen inilah proses untuk menjatuhkan Najib boleh dilakukan. Sekiranya bilangan undi cukup undi tidak percaya boleh dikemukakan ke atas Najib. Tengku Razaleigh atau ahli parlimen yang kecewa dengan Najib boleh mengemukakan undi tidak percaya. Jika ini berlaku ahli parlimen Pakatan Rakyat akan ikut serta menyokong undi tidak percaya berkenaan. Kedudukan hari sekiranya terdapat 10 atau 15 ahli Parlimen Umno ia sudah mengoyangkan kedudukan Najib sebagai perdana menteri. Angka 10 itu akan ditambah dengan beberapa bilangan lain lagi yang akan mengenapkan menjadi 30 kesemuanya. Dengan jumlah itu maka akan jatuhlah Najib sebagai perdana menteri dan akan bertukarlah juga kerajaan. Ketika itu mungkin Pakatan Rakyat membentuk kerajaannya dengan memberi laluan kepada Tengku Razaleigh Hamzah sebagai perdana menteri. Soalnya apakah Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain, PAS dan DAP sedia untuk melakukan 'kudeta' ini? Untuk menjadikan formula ini sebagai realiti maka Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat lain hendaklah berkempen memberi semangat dan dorongan agar Tengku Razaleigh menentang Najib untuk jawatan presiden Umno. Berikan kekuatan dan keyakinan kepada ahli parlimen Gua Musang itu. Masalah kouta pencalonan 30% untuk bertanding kerusi presiden bukan menjadi masalah lagi. Sistem pemilihan baru seseorang yang hendak bertanding jawatan apa saja dalam Umno tidak lagi terikat dengan kouta. Keterbukaan atau tranformasi di dalam Umno inilah yang kini membimbangkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno lain. Masing-masing sudah memberi signal agar jawatan tertinggi dalam Umno jangan dipertandingkan. Macam-macam alasan diberikan semuanya untuk menyelamatkan Najib di atas takhta. Pun begitu pandangan itu berbelah bahagi kerana ada yang mahukan semua jawatan dipertandingkan untuk melihat demokrasi benar-benar wujud di dalam Umno. Nota, apa yang dikemukakan ini hanya satu formula atau kaedah bagaimana untuk menjatuhkan Najib. Kaedah ini adalah peluang terbaik pada waktu ini. Peluang ini lebih baik daripada cara cuba mengheretkan rakyat agar memberi tentangan berterusan kepada kerajaan. Menjatuhkan Najib dalam partinya kemudian mengakat Tengku Razaleigh sebagai penggantinya lebih realistik daripada apa-apa tindakan provokatif yang dilakukan hari ini. Bolehkah? [wm.kl.11:35 am 19/06/13] http://msomelayu.blogspot.com/2013/06/pakatan-rakyat-boleh-jatuhkan-najib.html |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan