RAKYAT MARHAEN |
- PRU Semula: Rakyat Di Seru Hadir Ke Padang Merbok
- Agenda UMNO bukan Agenda Melayu.....
- Pegawai polis sebabkan kematian Dhamendran masih lagi hilang...!!!
- Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari
- 22 JUN : Khalid , anda mampu mengubahnya........
- Polis Masih Klasifikasi Black505 Sabtu Ini Haram ..!!!
- Black 505: Kenapa perlu ke jalan raya
- Tiada ahli biasa yang 'unimportant' itu, tiada pimpinan parti
- Siapakah pejuang?
- Black 505: Pakatan rejects Merdeka Stadium offer
- Black 505: Protests and Political Change
- Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera
- Pemuda PAS Kelantan sokong Black 505
- Isu Pengkhianat : Transkrip Ucapan Husam Musa yang di spin oleh pihak akhbar
- TGNA: Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan
- Pulak Dah: PDRM nafi KL antara 10 bandar paling berbahaya..!!!
- Tingkatkan Bahasa Melayu, bukan hapus sekolah vernakular -Anwar
- Pengusaha BAS: 'Tindakan boleh diambil jika penumpang enggan bayar caj 10%'....Tapi jangan lupa penumpang boleh boikot BAS hang pa...!!!
- Blackout 505: 1 Blackout Malaysia
- June 22 a critical turning point for M'sians - Anwar
- 恫言622在马莫草场扎营过夜 青年阵线准备示威至国会宣誓
- Black 505: KDN hanya cuba takutkan rakyat dengan campur tangan Tentera – Rafizi
- Speaker Dewan: 'Jika terpilih, saya jaga kepentingan rakyat'
- SAPP: 'Putrajaya boleh simpan pendatang di semenanjung'
- MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang
PRU Semula: Rakyat Di Seru Hadir Ke Padang Merbok Posted: 20 Jun 2013 04:41 PM PDT |
Agenda UMNO bukan Agenda Melayu..... Posted: 20 Jun 2013 04:39 PM PDT Orang Melayu harus sedar bahawa UMNO itu parti yang bersifat feudal. Parti itu dipimpin dan dikuasai oleh mereka yang berminda feudal. Suatu kumpulan kecil memerintah melalui suatu lapisan pembesar yang menghamba-abdikan golongan pengikut bawahan. Apa yang diperlukan ialah menyedapkan hati pengikut bawahan supaya percaya bahawa pimpinan atasan menjuarai kepentingan rakyat bawahan. Untuk tujuan itu- UMNO menciptakan konsep agenda Melayu. Apa yang diperjuangkan oleh UMNO feudal ini? Kepentingan ekonomi segelintir kelompok yang kecil. Bagaimana menjamin dan memastikan bahawa pengkayaan suatu kelompok yang terpilih berserta dengan rakan2 diluar, terjamin dan tidak terganggu. Bisnes2 besar diberi kepada yang terpilih. Sumber kekayaan dipegang dan dikuasai oleh suatu kelompok kecil. Projek2 besar yang menelan belanja berbilion ringgit pergi kepada putera bangsawan, putera pemimpin atasan, cukong2 cina dan brahmin2 India. Memastikan Melayu terpilih mendapat bayaran gaji RM1.2juta setahun manakala graduan melayu tidak mampu membeli rumah berharga RM300 ribu. Mustahil ini agenda orang kita Melayu. Mustahil kita inginkan sebuah kerajaan yang korap dimana pemimpin mengayakan diri mereka. Mustahil orang kita Melayu merelakan khazanah negara dirogol dan dicabul oleh orang yang kita beri amanah. Mustahil kita inginkan kerajaan yang gagal mengurus kewangan negara. Mustahil kita inginkan sebuah kerajaan yang menyembunyikan cara mengurus perniagaan milik rakyat yang menjual minyak dan gas. Mustahil kita orang Melayu merelakan suatu keluarga mendapat komisyen keatas pembelian dan penjualan minyak dan gas negara. Musahil kita orang Melayu merestui penjualan minyak sawit dilakukan melalui commissioned agents. Mustahil kita orang Melayu rela melihat orang Melayu kita mempunyai pendapatan yang rendah, susah mendapat tanah, susah memiliki rumah dan sebagainya. Read More / Baca Lagi >> |
Pegawai polis sebabkan kematian Dhamendran masih lagi hilang...!!! Posted: 20 Jun 2013 04:33 PM PDT Seorang lagi anggota polis yang seharusnya didakwa kerana kematian N. Dhamendran masih lagi tidak ditemui dan polis mengesyaki beliau masih berada dalam negara dan telah melancarkan misi mencarinya. Inspektor dari jabatan siasatan jenayah berat Kuala Lumpur itu belum lagi pulang selepas bercuti untuk merayakan Hari Gawai di Sarawak semenjak tiga minggu lalu. Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah. "Kita masih cuba mengesan di mana dia berada," katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider semalam. Terdapat peningkatan kes kematian dalam tahanan polis dan kematian Dhamendran menjadi isu nasional. Pemandu lori berusia 32 tahun itu ditahan pada 11 Mei berhubung dengan kes pembunuhan di mana senjata api digunakan. Beliau sudah ditahan selama sepuluh hari apabila ditemui mati di ibu pejabat polis. Pada mulanya polis mengatakan beliau mati kerana kesukaran bernafas akan tetapi bedah siasat mendedahkan Dhamendran telah dipukul sehingga mati. Polis yang hilang itu merupakan salah seorang daripada pegawai penyiasat. Read More / Baca Lagi >> |
Kali Ini Pasti Berbeza: Sedia Untuk Lebih Dari Sehari Posted: 20 Jun 2013 04:14 PM PDT Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selaku penggerak Gabungan NGO #SuaraRakyat505 yang juga terlibat secara langsung dalam kemuncak #Black505 22 Jun 2013 di Padang Merbok menegaskan; 1. Himpunan akan tetap diteruskan secara aman dan terancang seperti yang dijadualkan. 2. Semua pihak jangan gundah gulana kerana himpunan mega ini bukan bertujuan untuk guling kerajaan sebaliknya tujuan utama himpunan ini untuk desak SPR yang menjadi dalang penipuan pilihanraya harus letak jawatan dan hadapkan ke muka pengadilan kerana penipuannya. Namun jika regim itu lemah sangat dan terguling dgn sendirinya itu bukan salah kita. 3. Tiada sebarang perancangan sulit dan setiap kata putus telah diumum secara terbuka untuk elak prasangka. Maka semua dijemput hadir ke dewan perhimpunan KLSCAH pada 21Jun ini (8.30mlm) untuk taklimat akhir menjelang esoknya himpunan besar. Pimpinan utama parti politik dan NGO turut hadir menyampaikan taklimat dan pedoman penting. 4. SAMM juga mengakui akan bersama beberapa kumpulan anak muda telah merancang untuk melanjutkan protes bantahan ini secara aman dengan berkhemah seramai mungkin. Semua protes akan dilakukan dalam menjunjung tinggi semangat perlembagaan negara dan deklarasi kemerdekaan negara. 5. Semua harus sedia mental dan fizikal untuk aksi rakyat secara aman lebih dari sehari khususnya tarikh 24Jun apabila dunia bakal menyaksikan protes rakyat pada hari parlimen malaysia mengangkat sumpah. SAMM menyediakan 150 khemah sebagai kemudahan, turut menggesa orang ramai turut hadir membawa kelengkapan untuk bermalam seperti khemah dan 'sleeping bag'. Ayuh semua anak muda kita turun bersama mencipta sejarah mengambil semula kemenangan rakyat dan kedaulatan negara. |
22 JUN : Khalid , anda mampu mengubahnya........ Posted: 20 Jun 2013 04:08 PM PDT " Semasa PDRM dibawah era Hanif Omar bedilan gas pemedih mata di Kampung Memali menjadi sejarah hitam negara. Semasa PDRM di bawah era Rahim Nor tumbukan padunya menyebabkan Anwar tersungkur dan matanya lebam bedilan gas pemedih mata ke atas Reformasi . Semasa era PDRM di bawah Musa Hasan meneruskan warisan Rahim bedilan gas pemedih mata ke atas BERSIH 1.0, 2.0,3.0 Semasa era PDRM di bawah Ismail Omar meneruskan warisan Rahim dan Musa cumanya diakhiri eranya penuh kegemilangan dengan tiada satupun kelongsong gas pemedih mata berguguran di jalan-jalan KL semasa HKL 112# Kini PDRM di bawah era Khalid Abu Bakar tarikh 22 Jun 2013 akan buktikan ke arah mana PDRM ingin dibawa Khalid........ atau dunia bakal menyaksikan ratusan kelongsong gas pemedih mata bakal berguguran di jalan-jalan metropolitan KL nanti........... Khalid,anda mampu mengubahnya ! |
Polis Masih Klasifikasi Black505 Sabtu Ini Haram ..!!! Posted: 20 Jun 2013 04:05 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis masih mengekalkan klasifikasi perhimpunan 'Black 505' yang dijangka diadakan di sini Sabtu ini sebagai haram kerana tidak mendapat kelulusan pemilik kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini ternyata sama sekali salah sekiranya penganjur berkeras ingin meneruskannya kerana melanggar Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 di mana persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan perlu diperoleh. "Perhimpunan tersebut haram. Mereka tidak mendapat kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau turut menegaskan polis akan menjalankan siasatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya penganjur tetap berdegil ingin meneruskan niat mereka untuk berhimpun. Perhimpunan yang ditunjangi pembangkang itu dijangka diadakan di Padang Merbok di sini walaupun tidak mendapat kebenaran DBKL. |
Black 505: Kenapa perlu ke jalan raya Posted: 20 Jun 2013 08:05 AM PDT Pada jam 2:00 petang hari Sabtu, 22 Jun ini ratusan ribu rakyat Malayaia akan turun ke jalan raya untuk menunjukkan perasaan di Dataran Padang Merbok - Jalan Parlimen. Lalu pertanyaan timbul kenapa perlu tunjuk perasaan? Kenapa perlu berdemo? Sebelum saya menjawab dua soalan ini biar saya nyatakan apa yang akan terjadi. Seperti biasa kita akan terbaca kenyataan PDRM melarang himpunan ini kerana dikatakan tidak 'bersunat dan tidak bersembelih' - haram menyalahi undang-undang. Orang ramai akan diingatkan agar jangan datang. Kita akan terbaca kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur menerangkan bahawa Dataran Padang Merbok telah ditempah semenjak tujuh tahun dahulu. Kita akan terdengar kata-kata nista dan cerca tentang demo ini dari kaca TV. NGO Melayu Islam akan tunggang tunggit bersuara menyatakan bantahan. Guru silat dengan ilmu ghaib berjanji akan datang untuk membuat demo yang berasingan. Penjual Ikan Bakar akan menggoyangkan buntut membantah perhimpunan satu juta rakyat di Dataran Padang Merbok. Akan ada temubual dengan mamat pemandu teksi dan mat tuan punya warung yang meraung marah kerana pada hari tunjuk perasaan mereka akan kehilangan mata pencarian. Semua 'heboh-heboh' di atas hanyalah berita yang dimunculkan khusus untuk mengalihkan fokus orang ramai. Heboh-heboh abang polis ini tidak menjawab soalan hakiki untuk kurun ini. Kenapa rakyat turun berdemo? Jawabnya: Ratusan ribu rakyat turun ke jalan raya berdemo kerana PRU13 dahulu telah dimenangi oleh United Malayas National Organisation dengan jalan tipu. Rakyat tidak mahu menerima keputusan PRU13. Orang ramai marah maka mereka ke jalan raya berdemo. Kenapa perlu berdemo? Jawabnya: Kita perlu berdemo untuk menuntut tujuh orang pesuruhjaya SPR meletak jawatan. Kita berdemo untuk memastikan ada pemilihan di 25 kawasan yang terbukti berlaku penipuan. Kita wajib berdemo untuk memastikan projek persempadanan semula dihentikan dengan serta merta. Projek persempadan ini adalah satu lagi projek tipu dari United Malays National Organisation. Projek ini bertujuan untuk memastikan dalam PRU14 nanti Pakatan Rakyat akan lumat. Masih tidak yakin sebab musabab kenapa kita wajib berdemo? Biar saya terangkan bahawa di Malaysia ini jika pilihan raya yang boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Apakah ayat yang saya tulis ini sahih atau hanya ayat-ayat propaganda? Atau satu hasutan jahat? Biar saya surahkan sejarah untuk membuktikan bahawa jika pilihan raya boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkan. Untuk anak anak muda, untuk generasi yang lahir sesudah tahun 70-an pasti tidak tahu bahawa pada satu ketika dahulu ada pemilihan - ada pengundian - untuk memilih ahli majlis kerajaan tempatan. Ertinya Datuk Bandar bukan dilantik tetapi dipilih melalui undi orang ramai. Begitu juga ahli-ahli majlis tempatan - semua dipilih melalui pengundian. Read More / Baca Lagi >> |
Tiada ahli biasa yang 'unimportant' itu, tiada pimpinan parti Posted: 20 Jun 2013 07:47 AM PDT Dalam sesebuah parti kekuatannya dari ahli biasa yang ramai-ramai. Ahli-ahli biasa inilah yang membentuk kepimpinan parti itu. Ahli-ahli biasa inilah yang menentukan arah tujuan dan bentuk dan rupa parti itu. Ia melibatkan pembentukan sikap dan budaya parti itu sendiri. Kekuatan pemimpin itu bergantung kepada sejauh mana atau seramai mana ahli-ahli biasa ini memberikan sokongan kepada seseorang pemimpin itu. Maka amatlah menyedihkan jika didapati seorang pemimpin parti menganggap seorang ahli parti biasa tidak penting atau istilah yag popular terbentuk sehari dua ini sebagai 'unimportant'. Menganggap sesorang ahli biasa dalam parti sebagai 'unimportant' itu adalah terlalu 'uncalled for'. Ia memberi pengertian yang semua ahli biasa tidak penting bagi orang yang mengeluarkan kenyataan itu. Ia bemakna hanya seorang dua pemimpin sahaja yang penting dalam parti itu. Tetapi ini adalah sikap biasa dalam politik dunia ketiga kerana pemimpin itu jarang-jarang sedar yang mereka dibesarkan dan diangkat oleh ahli-ahli biasa terutamanya parti yang melaksanakan sistem demokrasi. Walaupun ahli-ahli biasa itu kadangkala bertindak mengikut apa yang dicaturkan oleh pemimpin mereka secara sistematik, yang pentingnya ahli biasa itu adalah penting dalam sesebuah parti yang demokratik. Ramai pemimpin terlupa yang mereka bukannya menjadi orang besar dengan sendirinya seperti Tuhan yang terdiri dan wujud dengan sendirinya. Mereka menjadi pemimpin bukan terjadi begitu sahaja. Ahli-ahli biasa inilah yang membuatkan mereka itu menjadi pemimpin. Saya menyebut ini kerana saya telah mengalami isu ini dalam sehari dua yang lepas kerana ada pemimpin besar parti yang saya anggotai menganggap saya itu 'unimportant' kerana saya hanyalah seorang ahli biasa. Justeru saya tulislah sedikit tentang isu ini kerana ia amat penting bagi mengingatkan pemimpin yang sedang berada di 'aras yang tinggi' dalam parti itu supaya tidak menjadi angkuh. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Jun 2013 07:36 AM PDT Mohd Asri Zainul AbidinRamai dalam sejarah insan-insan yang ditabalkan sebagai pejuang. Rekod kehidupan mereka membuktikan bahawa mereka memang pejuang. Mereka berani menanggung risiko perjuangan. Mereka bukan sahaja sanggup berkorban tetapi benar-benar telah berkorban kerana perjuangan mereka. Mengharungi rintangan yang pahit dan cabaran yang getir sehingga mahu tidak mahu mereka diiktiraf oleh sejarah. Jika tidak pun pada hari mereka hidup, mereka akan diiktiraf selepas mereka mati. Jika tidak diiktiraf oleh golongan yang berkepentingan, mereka kelak tetap akan diiktiraf oleh golongan yang sedar dan insaf akan kepahlawanan mereka. Pun begitu ada juga pejuang yang dilupakan. Ada juga wira yang tidak didendang dan dikenang.Ciri Pejuang Pejuang itu muncul dalam pelbagai medan dan cara. Namun bersatu dalam beberapa perkara asas. Mereka ada matlamat yang dapat difahami, ada keberanian untuk mencapai matlamat tersebut dan ada kesanggupan untuk menanggung bebanan perjuangan. Orang yang tidak tahu matlamat perjuangannya tidak boleh dianggap pejuang. Orang yang bacul juga bukan pejuang. Orang yang tidak sanggup berkorban dan mengharungi susah payah dalam membayar harga perjuangan juga tidak layak digelar pejuang. Orang yang menyuruh orang lain memanggilnya wira ataupun pejuang, sedangkan dia tidak berkorban bahkan meratah keuntungan atas hasil usaha orang lain lagilah tidak layak digelar pejuang. Apabila pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka menjemput saya pada 2-3 Julai ini untuk mengulas novel sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan berjudul 'Penyeberang Sempadan', maka saya pun membaca novel tersebut sehingga habis. Novel yang memenangi Hadiah Sako itu memang menarik untuk dibaca. Kisah tentang seorang pejuang yang dimunculkan oleh keadaan kemudian hidup dalam kebingungan mencari arah dalam dunia yang penuh tidak pasti. Watak utama yang diberi nama 'Kuay' dalam novel itu merupakan pejuang bersenjata bersama komunis yang menentang British sebelum kemerdekaan. Beliau menjadi 'orang buruan' dan terus dianggap sebagai ancaman kepada negara walaupun selepas 20 tahun negara merdeka. Dari novel itu saya terfikir, siapakah pejuang?! Orang seperti Kuay, seperti Mat Indera dan seumpama mereka, apakah dianggap pejuang? Kehebatan Dalam sejarah, kita melihat orang seperti Che Guevara yang berjuang dengan senjata dan gerila. Saya terpesona dengan kesanggupan dan pengorbanannya. Ada yang seperti William Wilberforce yang berjuang menerusi politik dan parlimen. Saya amat kagum dengan kesungguhannya, bahkan dengan isi perjuangannya yang mulia. Berjuang untuk satu hasrat yang murni iaitu pembebasan hamba. Sanggup mempertaruhkan kepentingan politik dan menerima tekanan demi hasrat tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Black 505: Pakatan rejects Merdeka Stadium offer Posted: 20 Jun 2013 07:31 AM PDT Pakatan Rakyat rejects DBKL's offer to conduct Black 505 rally in Stadium Merdeka. PKR strategic director Rafizi Ramli was today responding to KL Mayor Ahmad Phesal Talib statement on Wednesday that DBKL was still awaiting Pakatan's reply to their alternative venues suggestion – including Stadium Merdeka and Stadium Titiwangsa. "Unless the leadership decides that I can no longer represent Pakatan,there is no change in the venue. It will be Padang Merbok," Rafizi told FMT. When contacted, DBKL media relations officer Hassan Abu Bakar said his department would leave Pakatan's defiance up to the police. "We have told them (Pakatan) that they cannot use the venue because other people are using it. So if they proceed with the rally, it would be illegal under the law," he told FMT. "If they proceed with the rally and break the law, it will no longer be under our jurisdiction, but under enforcement agencies. We will leave it to the police." Read More / Baca Lagi >> |
Black 505: Protests and Political Change Posted: 20 Jun 2013 07:29 AM PDT Saturday 22 June marks the 15th Black 505 rallies since the May 2013 polls. One of the key aims of the protest is to press for the resignation of Election Commission members following the alleged irregularities and rampant electoral fraud during the 13th General Election. Just recently, the Co-Chair of Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan has also conceded that perhaps taking to the streets could be the only way left in order to fight for electoral reform in this country should its extensive campaigns through legal channels to clean up the electoral system fails. Bersih as the pioneer in electoral reform has so far held three massive protests in the past since 2007. Although the protests had drawn international attention and condemnation to the current administration, but the actual reforms have yet to be seen. For example, the Parliamentary Select Committee on Electoral Reform (PSC) that was established in 2011 was seen as a good move, however there is no follow-up mechanism for the lengthy 22 recommendations. This time around, regardless of the numerous warnings issued by the police including possible arrests under the Peaceful Assembly Act 2012, the organizer has decided to go on with its plan. By taking to the street again, it shows that there is a serious lack of public confidence from the citizens to the governmental institutions. The persistence of protests such as the 505 rallies, even in the face of state repression, indicates that the ruling regime fails to respond to the popular demands. Read More / Baca Lagi >> |
Black 505: Salleh jangan risau, tidak perlu tentera Posted: 20 Jun 2013 07:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap cadangan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mahu menggunakan bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara terutamanya Himpunan Black 505 pada Sabtu ini sebagai tidak rasional dan relevan. Read More / Baca Lagi >>Bagi DPPWP, cadangan Salleh keterlaluan kerana menganggap perhimpunan tersebut sebagai suatu ancaman kepada negara dan dengan menggunakan tentera bererti nyawa dan keselamatan rakyat terutama peserta himpunan dalam keadaan bahaya. "Mungkin kenyataan Salleh hanya suatu provokasi bagi menakut-nakutkan rakyat agar menjauhi perhimpunan aman yang dijadualkan pada Sabtu ini," ujar Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan. |
Pemuda PAS Kelantan sokong Black 505 Posted: 20 Jun 2013 07:14 AM PDT KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyokong Himpunan Black 505 yang akan diadakan pada 22 Jun ini di Kuala Lumpur. Read More / Baca Lagi >>Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, ini selaras dengan pendirian PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang telah menyatakan sokongan kepada himpunan itu. "Pemuda berpandangan isu besar yang diangkat oleh himpunan ini ialah penipuan yang berlaku di dalam pilihanraya umum ketiga belas yang lepas. "Ianya telah menyaksikan BN menang tipis ke atas Pakatan Rakyat. Antara isu yang besar ialah kegagalan pelaksanaan dakwat kekal yang diakui sendiri oleh Pengerusi SPR beberapa hari yang lepas," ujarnya. Katanya, Pemuda berpandangan kegagalan ini tidak boleh didiamkan sahaja. Jelasnya, ianya perlu kepada tindakan susulan seperti siasatan bebas dan hasilnya diumumkan kepada rakyat seberapa segera. |
Isu Pengkhianat : Transkrip Ucapan Husam Musa yang di spin oleh pihak akhbar Posted: 20 Jun 2013 07:13 AM PDT Berikut adalah transkrip ucapan Husam Musa yang sedang panas diperkatakan. Harap segala kekeliruan akibat percayakan berita yang di spin oleh akhbar musuh kita, berlanjutan lagi. Hanya mereka yang tergigit cili sahaja yg terasa pedasnya. Aku dah dengar klip video kat bawah tu berulangkali kerana nak salin kata-katanya untuk memudahkan korang mengikuti ucapannya sebiji, sebiji. Sambil baca transkripnya , korang onlah klip video tu…. Aku sokong kenyataan Husam Musa serbagaimana berikut : 0:12 ~ As salamu 'alaikum warahmatullahi, wabarakatuhu … (Ucapan alu-aluan…. ) 0:53 ~ Saya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kpd pihak polis yg telah memberikan kita permit untuk berhimpun pda malam ini. Maknanya perhimpunan kita, BLACKOUT 505 adalah perhimpunan aman. Kita bukan berhimpun hendak menggulingkan kerajaan.Tapi kalau kerajan lemah sabgat , dia terguling dengan sendiri , Alhamdulillah; tak ada masalah! 0:18 ~ Sebab apa kita berhimpun? Pada pendapat saya ada dua sebab utama. Pertama adalah meraikan kekecewaan orang ramai terhadap perjalanan pilihanraya . Yang kecewa adalah rakyat jelata. Kenapa mereka kecewa? Mereka seratus peratus yakin Pakatan Rakyat harus atau telah memenangi Pilihanraya yang ke-13 dan mentadbir Putrajaya. 2:02 ~ Kenapa kita kalah? Dari segi undi, undi kita lebih besar dari undi Barisan Nasional. Kenapa kita tidak boleh mentadbir Putrajaya? Kerana penipuan pilihanraya! Jadi yang kecewa adalah rakyat jelata. Mereka kecewa kerana Pakatan Rakyat, PAS, DAP , PKR tidak boleh membentuk kerajaan bagi membawa Malaysia yang lebih baik. 2:28 ~ Bila mereka kecewa, apa salahnya kita meraikan kekecewaan mereka dengan berhimpun beramai-ramai dan memberikan ucapan dan berhimpun bersama. Kalau ada mana-mana pemimpin kita bawa bawa suara sumbang, nak berhimpun macam ini pun tak boleh, saya yakin dan percaya, orang ini bawa suara Umno dalam PAS, dalam PKR, dalam DAP! 2:53 ~ Malam ini saya nak cakap berterus terang. Berterus terang dgn semua pimpinan kita. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Kelantan, kepada rakyat Kelantan yang berhimpaun pada malam ini. Walaupun kita antara negeri yg terakhir berhimpun, kita tidak ketinggalan dalam kebangkitan arus anak muda dan kekecewaan masyarakat pelbagai kaum seluruh negara untuk menyatakan bersama-sama pendirian kita ~ Penipuan pilihanra telah berlaku dalam PRU yg ke- 13! |
TGNA: Cadangan PAS bersama Umno, pungguk rindukan bulan Posted: 20 Jun 2013 07:06 AM PDT Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian hari ini 20 Jun 2013. Saya kira kenyataan yang dikeluarkan sangat tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata. Nampaknya pandangan karut ini cuba untuk disebarkan atas nama akademik kononnya, padahal jelas nampak kepentingan UMNO timbul di permukaan air. Read More / Baca Lagi >>Di dalam kenyataannya itu, beliau mencadangkan agar PAS bergabung dengan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Ini kerana parti-parti yang ada di sekeliling PAS semuanya mengkhianati Islam. Hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan Islam. Pada saya, kenyataan ini sangatlah tidak berasas. Jika umpama dahan pokok untuk berpaut, profesor ini nyata sekali sedang bergayut di dahan yang rapuh. Barangkali kerana bimbang jatuh ke tanah digigit semut, terus menerus tangan memeluk dahan yang menunggu masa untuk tersemban. Lambat laun sebenarnya dahan ini akan jatuh jua. Amatlah lucu sekali apabila beliau menyatakan bahawa hanya UMNO yang memperjuangkan Islam. Barangkali langkah UMNO membenarkan premis judi di Kelantan sebelum tahun 1990 dahulu salah satu daripada perjuangan Islam menurut kacamata 'orang cerdik pandai' ini? |
Pulak Dah: PDRM nafi KL antara 10 bandar paling berbahaya..!!! Posted: 20 Jun 2013 07:03 AM PDT Menurut kenyataan yang dikeluarkan laman Facebook PDRM, dakwaan itu sama sekali tidak benar dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai maklumat itu seterusnya menyebarkan maklumat berkenaan. "Orang ramai diminta supaya tidak semudahnya mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih daripada laman web tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu daripada polis. "Warga Malaysia juga haruslah menjadi penyebar maklumat yang bertanggungjawab dan beretika dengan memastikan sebarang maklumat yang diperoleh dan ingin dikongsi adalah daripada sumber yang rasmi," menurut kenyataan itu di sini hari ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan polis dari 2010 hingga 2012, PDRM berjaya mengurangkan indeks jenayah di Kuala Lumpur sebanyak 31.8 peratus dengan usaha berterusan dalam menangani isu jenayah di ibu kota. - Bernama |
Tingkatkan Bahasa Melayu, bukan hapus sekolah vernakular -Anwar Posted: 20 Jun 2013 07:02 AM PDT KUALA LUMPUR, 20 Jun: Isu sekolah jenis kebangsaan atau sekolah vernakular adalah polemik atau wacana yang dibincangkan sekitar tahun 50-an hingga 60-an, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mantan Menteri Pendidikan itu berkata, sepatutnya pada ketika ini, semua rakyat menumpukan semangat perpaduan dan mutu pendidikan kebangsaan tanpa perlu merombak pendekatan sedia ada. "Pada 50-an hinga 60-an, kita ada Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib 1960 atau Akta Pelajaran 1961 yang sejak itu berkembang baik dan diterima sebagai dasar pendidikan kebangsaan. "Bahasa Melayu atau bahasa rasmi ditingkatkan penguasaannya di semua sekolah termasuk sekolah jenis Cina, Tamil dan Arab, itu kita pertahankan," ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam sidang media selepas mesyuarat minggu pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat Pas. Anwar menambah adalah menjadi hak bagi para pelajar dan ibubapa memilih sekolah untuk dimasukinya termasuk aliran Cina, Tamil atau sekolah agama Arab. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 20 Jun 2013 07:01 AM PDT Tindakan penguatkuasaan boleh diambil terhadap mana-mana penumpang yang enggan membayar caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenar oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) Datuk Mohamad Ashfar Ali. Beliau berkata tindakan juga boleh diambil terhadap mana-mana pengusaha bas yang mengenakan caj lebih. "(Sehubungan itu) Saya menyeru kepada penumpang dan pengusaha bas supaya menerima caj tambahan 10 peratus seperti yang dibenarkan oleh SPAD. "Saya menggesa semua penumpang dan pengusaha bas untuk mematuhi pengumuman SPAD ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Dua hari lepas, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan suruhanjaya itu bersetuju pengendali bas ekspres mengenakan caj tambahan 10 peratus bagi musim perayaan akan datang. Read More / Baca Lagi >> |
Blackout 505: 1 Blackout Malaysia Posted: 20 Jun 2013 06:44 AM PDT |
June 22 a critical turning point for M'sians - Anwar Posted: 20 Jun 2013 06:43 AM PDT |
Posted: 20 Jun 2013 05:56 AM PDT |
Black 505: KDN hanya cuba takutkan rakyat dengan campur tangan Tentera – Rafizi Posted: 20 Jun 2013 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR 20 Jun:Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, tiada keperluan untuk tentera campurtangan dalam Himpunan Black 505 Sabtu ini dan dakwaan sedemikian sekadar cubaan menakutkan rakyat. Beliau mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid bahawa polis akan meminta bantuan tentera bagi menangani himpunan itu. "Saya tidak fikir pihak tentera akan campur tangan dalam himpunan ini nanti," "Kita percaya polis juga akan bertindak secara profesional kali ini, tiada keperluan untuk pihak berkuasa berkeras," katanya lagi. Menjadikan himpunan KL112 sebagai contoh, Rafizi yakin suasana akan aman jika tiada sekatan dikenakan terhadap peserta himpunan. "Adalah lebih baik pihak berkuasa membiarkan himpunan ini berjalan tanpa ada gangguan, kita telah buktikan himpunan lepas aman tanpa gangguan pihak berkuasa," ulasnya. Amaran serupa pernah dikeluarkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein pada Julai 2011 untuk mengenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dan mengerahkan tentera bagi menangani himpunan Bersih 2.0. Bagaimanapun, tiada sebarang penglibatan tentera mahupun tindakan ISA dikenakan ke atas penganjur atau peserta himpunan itu. |
Speaker Dewan: 'Jika terpilih, saya jaga kepentingan rakyat' Posted: 20 Jun 2013 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar beranggapan pencalonan beliau sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang dicadangkan Pakatan Rakyat sebagai satu amanah yang begitu besar untuk dilaksanakan. Read More / Baca Lagi >>Beliau, yang jelas terkejut dengan pencalonan itu, bagaimanapun berikrar akan menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan institusi parlimen itu sendiri sekiranya terpilih kelak. "Jika saya terpilih, saya akan membawanya dengan amanah demi menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia dan parlimen itu sendiri dalam memainkan peranannya bagi memenuhi hasrat rakyat sebagaimana yang dipilih rakyat pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) lalu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, petang ini. |
SAPP: 'Putrajaya boleh simpan pendatang di semenanjung' Posted: 20 Jun 2013 05:48 AM PDT Jika Putrajaya menolak bulat-bulat untuk bertindak terhadap pendapat haram yang diberi kerakyatan di Sabah, mereka boleh menyimpannya di Semenanjung Malaysia, yang pentadbiran kerajaan persekutuan terletak di situ. Presiden Parti Maju Sabah (sapp) Yong Teck Lee berkata demikian kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berkaitan masalah pendatang asing Sabah di Kota Kinabalu hari ini. "Jika kerajaan persekutuan bertegas bahawa pendatang haram ini rakyat Malaysia, biarkan. Mereka boleh tinggal di semenanjung dan tertakluk kepada undang-undang di sana. "Jika kamu mahu datang ke Sabah, kamu mesti buktikan kamu orang Sabah (dengan kad pengenalan Sabah)," kata Yong. |
MB T'ganu 'mengamuk' isu Pasar Payang Posted: 20 Jun 2013 05:45 AM PDT KUALA TERENGGANU: Seperti yang dijangka, isu pembinaan Pasar Besar Kedai Payang yang baru benar-benar menghangatkan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) yang pertama kali diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Selepas usul berhubung isu tersebut ditolak Yang Dipertua Dewan Mohd Zubir Embong Selasa lalu, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) mengambil peluang membangkitkannya sewaktu sesi penggulungan oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, petang semalam. Ketika Ahmad menjelaskan isu tersebut, Syed Azman bangun meminta penjelasan berhubung pemberian projek bernilai RM400 juta itu kepada sebuah syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur. "Saya mohon penjelasan adakah benar projek ini diberikan kepada Syarikat Gabungan Granite yang dimiliki oleh Tan Sri Datuk Abu Sahid Muhamed, Lim Chiau Woei, Law Phooi Wong dan Chan Lai Choon. "Pasar payang ini adalah persoalan warisan Negeri Terengganu. Bukan sahaja saya yang membuat bantahan tetapi Datuk Seri Menteri Besar perlu teliti pandangan ramai (dari) dalam negeri dan luar negeri dan seorang penulis prolifik Anak Terengganu, Awang Goneng menulis dengan jelas dalam akhbar New Straits Times, kalau nak bina hotel, bina di tempat lain," kata beliau ketika bangun mencelah. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan