Rabu, 19 Jun 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Istiadat Penuh Pembukaan DUN Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013

Posted: 19 Jun 2013 08:42 PM PDT

Jelajah #SuaraRakyat505 Menuju #KL622 di Pahang | Khamis 20Jun | Taman Saga, Temerloh

Posted: 19 Jun 2013 07:52 PM PDT


SENARAI AKSI FLASHMOB #SuaraRakyat505 Menuju #KL622#Black505 20HB & 21HB (HARI INI DAN ESOK)

Posted: 19 Jun 2013 07:46 PM PDT


SENARAI AKSI FLASHMOB  #SuaraRakyat505 
Menuju #KL622#Black505 20HB & 21HB (HARI INI DAN ESOK)


Kita tunjukkan RAKYAT KEDEPAN!

Flashmob TERENGGANU | Depan Giant K.T'ganu | Khamis | 20Jun | 5pm |

Flashmob KEMAMAN | Depan Centre Point | Khamis | 20Jun | 5pm | 

FlashMob PERLIS | Khamis | 20 Jun | 5 Petang | Bulatan Persiaran Jubli Emas Kangar

Flashmob MELAKA | Khamis 20 Jun | 6pm | Jalan Utama Bandar Melaka (Sebelah Tesco Bandar Melaka)|

Flashmob SEREMBAN | Khamis 20 Jun | 5pm | Dataran Seremban

Flashmob KUANTAN (repeat) | Khamis 20 Jun | 5pm | (Tempat dirahsiakan)

Flashmob KELANTAN | Jumaat 21 Jun | 8.30am | Depan pejabat R, Tanjung, Jln Kuala Krai-K.B

Flashmob PERAK | Jumaat 21 Jun | 5pm | Simpang Empat Pau Yik Mun, Tanjung Malim | Bersama SAMM Perak & Mahasiswa UPSI

Flashmob RAWANG | Jumaat 21 Jun | 5pm | Stesen Komuter Rawang & Stesen Bas Rawang (mydin)

Grand Finale Flashmob KUALA LUMPUR | Jumaat 21 Jun | (Lokasi dirahsiakan)

Ayuh anak muda kita 'warm up' dulu

Tok Guru Nik Aziz tinggalkan ruang besar untuk pengganti

Posted: 19 Jun 2013 07:38 PM PDT


Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat telah menetapkan satu tanda aras yang tinggi sebagai pemimpin yang patut dicontohi.

Caranya menampilkan diri, antaranya tidak mementingkan diri, rendah diri, hidup sederhana serta tidak keterlaluan menjadi sifat yang harus dicontohi semua, kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad.

NONE"Ini mungkin menjadikan beban kepada menteri besar Kelantan yang baru Datuk Ahmad Yaacob untuk mengikuti contoh beliau, kerana kehormatan tersebut hanya boleh diperoleh dengan tindakan dan setelah dinilai masyarakat.

"Nik Aziz telah meninggalkan ruang besar yang sukar diganti," kata Dzulkefly (atas) .

Dzulkefly berkata, bukan mudah bagi Ahmad mencontohi pentadbiran sebelumnya dan beliau sendiri merasakan terdapat kegelisahan berhubung perkara itu di kalangan ahli parti.

"Ini kerana saya telah melihat kekalahan parti di Kedah dan Terengganu serta kesan tindakan Nik Aziz yang dihormati masyarakat pelbagai kaum dalam memerintah Kelantan selama 22 tahun.

"Cabaran untuk PAS adalah untuk memastikan semua contoh baik serta kepercayaan Tok Guru (Nik Aziz) telah tinggalkan harus diteruskan dan tak dimusnahkan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Black 505: Tidak boleh berhimpun kata Polis .....

Posted: 19 Jun 2013 07:24 PM PDT

Polis bertegas tidak membenarkan penganjur mengadakan perhimpunan membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di Padang Merbok di sini Sabtu ini.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, keputusan polis itu selari dengan keputusan yang telah diputuskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, baru-baru ini.

Katanya, kawasan Padang Merbok merupakan milik DBKL dan bergantung kepada pihak berkenaan untuk membuat keputusan.

"Datuk Bandar telah memberi kenyataan yang memutuskan perhimpunan tersebut tidak boleh diadakan di situ dan sebagai tuan punya kepada kawasan itu, DBKL mempunyai hak.

"Itu selari dengan kehendak Seksyen 10C Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan setiap kebenaran berhimpun perlu mendapat kebenaran pemilik dan penganjur perlu mengemukakan kebenaran pemilik untuk mengadakan perhimpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa pertemuan pegawai polis kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dengan Pengerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ayub Yaakob di sini hari ini ~ Lidah Rasmi UMNO

Kemuncak Himpunan Black 505 malam esok

Posted: 19 Jun 2013 07:20 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 JUN: Gabungan 'Suara Rakyat 505' mengadakan siri jelajah ke seluruh negara dengan menganjurkan flashmob bermula 15 Jun lalu dan kemuncaknya adalah pengiraaan detik akhir (final countdown) pada malam esok, 21 Jun.
Malam kemuncak itu akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di mana hadirin akan diberi penerangan bagi menghadapi himpunan di Padang Merbok keesokan harinya.
Menurut kenyataan dikeluarkan Suara Rakyat 505, gabungan itu juga akan menubuhkan sebuah pasukan sukarela bagi menggembleng kekuatan rakyat pada himpunan itu.
"Kami menegaskan bahawa hak untuk berhimpun secara aman adalah hak rakyat yang diperuntukkan oleh perlembagaan, khususnya bagi menyuarakan kepincangan yang berlaku dalam negara.
"Hak ini tidak wajar dicabuli dan tidak boleh dihalang oleh pihak berkuasa termasuklah DBKL. Justeru, kami tetap akan teruskan perhimpunan di Padang Merbok walaupun mendapat halangan DBKL," kata penganjur.

Black 505: Rafizi defies police

Posted: 19 Jun 2013 07:18 PM PDT

Supporters of Black 505 urging the public at Masjid Jamek to attend Saturday's rally. - The Malaysian Insider pic by Elizabeth ZachariahWith about 48 hours left before Saturday's Black 505 rally, the standoff between the police and the organisers continues.

In response to a police warning yesterday that the organisers will be prosecuted if the rally is held, PKR strategy director Rafizi Ramli told The Malaysian Insider there was no change of plan.

"We will continue with it," he said of the plan to hold the gathering at Padang Merbok in Kuala Lumpur.

"However, we are hopeful that closer to the date, the police will be able to accommodate our request."

He added: "But I understand the police' hands are tied in this matter. It is Putrajaya pulling the strings here. They have to learn how to respect the majority, who are concerned about the fraud during the recent polls.
Read More / Baca Lagi >>

Agenda Melayu yang disembunyi oleh UMNO

Posted: 19 Jun 2013 06:51 PM PDT

Zaid Ibrahim menulis mengenai agenda Melayu yang mesti diditakrifkan semula. Redefining the Malay Agenda. Ianya suatu tulisan yang menyindir pemimpin2 UMNO supaya jangan lagi berfalsafah mengenai agenda Melayu. Atau mencari kambing hitam bila ahli UMNO gagal melihat bahawa masaalah mereka disebabkan oleh pimpinan UMNO sendiri.
Begini lah nasib orang Melayu. Agenda nya  berterusan diberi makna yang baru, tapi keadaan tidak juga berubah. 8.7 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan. 7 juta sudah menerima BR1M kerana mereka berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan. Melayu tetap dengan keperangaian ke2 mereka yakni kemiskinan. Kemiskikan itulah sifat yang terutama lagi utama.  80 tahun lebih semenjak Zaaba menulis perihal kemiskinan orang Melayu, UMNO gagal menyelesaikan agenda utama Melayu.
Dan pemimpin UMNO tidak habis2 berdebat dan menjerit mengenai agenda Melayu. Hello- agenda Melayu bukan lah menjaga bahasa Melayu, menjaga agama Islam mereka, menjaga institusi raja2 mereka. Ini adalah topeng yang digunakan oleh puak feudal UMNO. Selagi orang Melayu ada dan saluran penyampaian tetap menggunakan bahasa Melayu- hiduplah bahasa mereka. Tengku Aziz dan Nazir Razak berkomunikasi sentiasa dalam bahasa Inggeris, tidak ada pun UMNOnistas menjerit terpekik terlolong.
Read More / Baca Lagi >>

Ternyata Perpaduan Nasional Tajaan Umno Gagal

Posted: 19 Jun 2013 06:18 PM PDT

Mekanisme perpaduan nasional ciptaan Umno runtuh satu demi satu tanpa mencapai matlamatnya. Tampaknya idea atau pendekatan Umno yang lebih bersifat 'akulah yang betul dan kamu kena ikut aku' tidak mencapai sasaran dan menjadi kenyataan, Kebobrakan perpaduan atau solidariti di dalam BN yang diungguli Umno yang kalut hari ini membuktikan hakikat itu.


Apa lagi yang Umno hendak jadikan alasan bahawa perpaduan yang diciptanya terbaik? Pengakuan dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan Mohd Noor Abdullah yang meminta orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu (baca Umno) yang mengorbankan tulisannya membuktikan akan kegagalan mekanisme perpaduan nasional Umno itu.

Katanya orang Melayu mengorbankan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu dengan menukarnya kepada tulisan rumi di mana penukaran itu menyebabkan tulisan yang menghampiri orang Melayu dengan tulisan Quran dan Hadith terhapus.

Menurutnya itu adalah pengorbanan besar orang Melayu (Umno) untuk mencapai perpaduan nasional. Alasannya kalau tulisan jawi itu tidak ditukar menyebabkan orang Cina dan lain-lain tidak dapat belajar bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu katanya orang Cina perlu bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu setiap hari sebagai membalas pengorbanan itu. Padangan demikian menunjukkan bukan saja kesilapan tetapi kecetekan akal orang Melayu dalam menilai hati budi dan budaya kaum lain.

Suara Mohd Noor itu bernada kesal dan kecewa atas sikap yang ditunjukkan oleh orang bukan Melayu (baca Cina). Ini tentunya implikasi daripada keputusan pilihan raya lalu di mana undi Cina tidak berpihak kepada Umno. Mohd Noor telah menjustifikasikan pandangan itu berpandukan pengundin lalu.

Semasa berucap dalam satu forum Mohd Noor menjelaskan Umno - orang Melayu telah melakukan pengorbanan melupuskan tulisan jawi dan ditukar dengan rumi kerana mengharap perpaduan dari kalangan orang Cina.

Read More / Baca Lagi >>

EC chief has failed the rakyat

Posted: 19 Jun 2013 06:15 PM PDT

Instead of applying common sense, Abdul Aziz is playing politics of his own, still trying desperately to hoodwink the rakyat into believing that the EC is 'innocent'.

The much 'debated' 13th general election came and went but what remains is the mystery behind the Election Commission's insistent lies that the indelible ink used during the GE was 'permanent'.
In fact EC chairperson Abdul Aziz Mohd Yusof was so confident that the indelible ink, aimed at preventing double voting and which came at a cost of RM6 million would work perfectly.
However, PKR's Tian Chua's successful attempts at removing the indelible ink via hand sanitisers got Ahmad Aziz's goat.
The indelible ink was being used for the first time ever in the country's 13th general election following pressure from electoral reform groups to improve transparency within the system.
In fact, reports that the indelible ink was not so indelible surfaced in the Internet not long after policemen, soldiers and their spouses had cast their votes in early voting.
Still, the EC chief has all along been refuting claims that the indelible ink was a sham. But now, in a surprising about-turn, Abdul Aziz admits that the indelible ink failed to live up to its name.
However, the failure of the indelible ink to work as expected is not what bothers him. Abdul Aziz is instead disappointed with reports that the ink could be washed off easily.
"If people ask me now, what is the saddest thing in my life, I would answer: 'indelible ink'," was what he said in an interview with Malay daily, Sinar Harian.
What a tragedy that Abdul Aziz is missing the forest for the trees.
It is also perplexing to see the EC head dismissing the rakyat's concern over the controversy surrounding the much talked about indelible ink.
Abdul Aziz keeps reiterating that the ink was in fact indelible and that the commission had tested the indelible ink several times prior to the May 5, 2013 general election.
So what went wrong then?
Read More / Baca Lagi >>

Penangguhan 12 bulan tarikh siap KLIA2 mengejutkan, DAP gesa siasatan

Posted: 19 Jun 2013 06:13 PM PDT


Tony Pua menyelar Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kerana kelewatan menyiapkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), serta menggesa supaya Putrajaya membuka siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar.
Setiausaha publisiti DAP itu brkata, penangguhan 12 bulan untuk menyiapkan KLIA2 daripada tarikh sasaran 28 Jun 2013 seperti diumumkan baru-baru ini membuktikan MAHB tidak cekap, disamping menimbulkan keraguan wujudnya salah laku disebalik kelewatan.
"Penangguhan 12 bulan yang mengejutkan membuktikan Malaysia Airports tidak cekap dan menunjukkan keraguan wujudnya lebih banyak kekotoran daripada apa yang dapat dilihat," Pua dalam satu kenyataan pagi ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara juga membidas MAHB kerana cuba menyembunyikan kelewatan tersebut dengan pelbagai penafian, sehingga terpaksa mendedahkan perkara sebenar selepas Pakatan Rakyat (PR) memberi tekanan kepada mereka.
"MAHB akhirnya mengakui projek tersebut terpaksa dilanjutkan selepas menerima tekanan tidak henti daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat sejak tiga minggu lalu, dan hanya semalam diumumkan projek tersebut dilanjutkan untuk 12 bulan lagi," kata Pua.
Read More / Baca Lagi >>

Bila berbalah tentang dasar parti, jangan serang peribadi individu

Posted: 19 Jun 2013 06:12 PM PDT

Keputusan pilihanraya ke 13 sememangnya merupakan tanda aras dan memberikan banyak jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak sebelum pilihanraya itu diadakan. Malaysia sebagai sebuah negara yang memberikan semua rakyat hak untuk memilih akan memberikan semua jawapan yang di isukan dalam proses masing-masing mendapatkan sokongan dan kemenangan.
Negara kita baru sahaja melepasi pilihanraya umum yang sangat panas semasa mengharung waktu berkempen beberapa bulan sebelum itu. Seperti biasa setiap pihak memberikan janji dan memaparkan manifesto masing-masing untuk menambat hati rakyat.
Individu atau kumpulan yang menang bersukaria dan yang kalah berdukacita dan ada yang mengambil keputusan tidak menerima keputusan pilihanraya itu sambil memberikan tuduhan yang pilihanraya tidak diurus dengan baik dan 'transparent'. Keputusan ini juga memperlihatkan ada unsur-unsur kesombongan pada diri individu dan kepimpinan parti-parti kerana merasakan partinya atau dirinya sendiri sudah besar dan tidak akan tercabar lagi.
Seperti biasa manusia mempunyai pemikiran sendiri dan memberikan pandangan secara baik dan jujur terhadap mana-mana parti yang terlibat dalam proses kemenangan dan kekalahan hasil pilihanraya itu. Banyak juga orang lupa jika kuat pada hari ini tidak semestinya kuat pada esok hari.
Otot yang besar akan menjadi lembek dan mulut yang celupar itu akan membisu apabila sampai masanya. Ada manusia yang berfikir yang mereka akan hidup sihat sentiasa dan tidak akan menghadapi hari tuanya semata-mata kerana merasakan diri mereka sudah hebat.
Read More / Baca Lagi >>

SPR kena bedah siasat...Tan Sri wajib letak jawatan !

Posted: 19 Jun 2013 04:58 PM PDT

PR Sedia Anjur Jawatankuasa Bersama BN Perangi Jenayah

Posted: 19 Jun 2013 04:53 PM PDT

Anwar PC
PETALING JAYA, 19 JUN: Pakatan Rakyat (PR) menyatakan komitmen mereka memerangi jenayah dengan cadangan penubuhan jawatankuasa bersama Polis DiRaja Malaysia dengan pemimpin BN.
Jawatankuasa tersebut boleh membincangkan isu-isu keselamatan rakyat termasuk kaedah terbaik membendung jenayah.
Komitmen tersebut dilahirkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pagi tadi.
"Saya menawarkan bantuan penuh PR kepada pasukan polis untuk bekerjasama dalam menarik orang ramai untuk merapatkan jurang yang semakin meningkat antara kredibiliti dan persepsi masyarakat tentang keadaan sebenar kadar jenayah di negara ini.
"Saya akan membentangkan kepada kepimpinan PR bahawa jawatankuasa yang terdiri daripada PR dan wakil-wakil BN dibentuk segera untuk bekerjasama dengan Ketua Polis Negara dan pegawai-pegawainya bagi menangani kebimbangan masyarakat mengenai keselamatan," kata Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

PAS Perak kerah ahli turun Black 505 Sabtu ini

Posted: 19 Jun 2013 04:45 PM PDT


IPOH: PAS Perak akan mengerahkan seluruh ahli turun seramai mungkin ke Himpunan Black 505 di Kuala Lumpur pada 22 Jun ini.

"Seluruh rakyat di Perak terutama ahli PAS diarah turun beramai-ramai, arahan telah dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat," tegas Pesuruhjayanya, Ustaz Abu Bakar Hussien.

Abu Bakar berkata, PAS Perak sentiasa menyokong gerakan rakyat untuk memperjuangkan hak mereka yang dirampas dan dicabuli oleh BN bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, PAS Perak bersama dengan rakyat seluruh Malaysia menolak serta mengutuk penipuan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

"Himpunan ini adalah medan untuk kita menyatakan rasa tidak puas hati akan sistem pilihan raya di negara ini yang tidak benar-benar adil serta bersih," katanya kepada Harakahdaily.
Read More / Baca Lagi >>

Gempak Saga SV, RM250 sebulan, tipu pembeli!!

Posted: 19 Jun 2013 04:43 PM PDT

Proton-Saga-SV-1Proton-Saga-SV Proton Saga SV. Proton melancarkan siri terbaru Saga SV – Saga Super Value (SV) mereka dengan harga RM33, 888.00. Harganya agak berpatutan dan berkurangan dari harga model sebelumnya. Ia dilancarkan Sabtu lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar, Hisham Othman di Bilik Pameran Platinum PROTON, Mutiara Damansara.
Saga SV ditawarkan dalam enam variasi warna iaitu Solid White, Elegant Brown, Tranquility Black, Fire Red (warna Saga 1.6 SE), Genetic Silver dan warna terbaru Blue Rock. Ia dikuasakan dengan enjin 1.3 litre CamPro IAFM, iaitu juga disertakan dengan pengesan dibahagian belakang dan rim 13-inci.
Proton buat gempak dengan baner mereka dengan kadar bayaran RM250 sebulan. Itulah yang cuba dipertikaikan. Adakah RM250 sebulan yang benar-benar RM250 sebulan sepanjang tempoh pinjaman. Pembeli diminta tanya apakah maksud tanda bintang pada harga tersebut dan cuba darab RM250 x 9 tahun=??

Cuba kita kirakan….
Proton-Saga-SV
Harga kereta, RM33, 888.00. Bayaran deposit untuk pembelian kereta biasanya 10% iaitu RM3388.00. Baki adalah sebanyak RM30 500.

RM30 500 akan dipinjam dengan kadar faedah sebanyak 2.85 setahun [anggaran - maklumat salesman]. Faedah untuk 9 tahun [jumlah tahun paling lama dibenarkan Bank Negara] adalah sebanyak RM7823.25 dan bayaran bulanan untuk 9 tahun [pinjaman + faedah] ialah sebanyak RM354.85

Jadi Proton dah bagi gempak dengan RM250 sebulan. Gempak Proton menjadi untuk mengelirukan pembeli. Betullah RM250 tetapi mungkin hanya untuk tahun pertama atau hingga tahun kedua, selepas itu bayaran bertambah lagi banyak.

Jadi bakal pembeli janganlah teruja sangat!! Adat orang berniaga, bohong tu..bohonglah juga.

Mahathir berbohong untuk api-apikan, laga-lagakan kaum di Malaysia

Posted: 19 Jun 2013 04:39 PM PDT

Oleh LIM KIT SIANG

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Shahidan Kassim mungkin merasakan beliau telah berbudi terhadap kaum Cina di Malaysia apabila beliau menasihatkan mereka untuk menjauhkan diri daripada "perkauman ekstrem" yang dibawa oleh DAP agar "Malaysia pada suatu hari nanti boleh mendapat seorang Perdana Menteri daripada kaum Cina."

Dalam kenyataannya itu Shahidan membuat dua kesilapan besar, pertama apabila beliau mendakwa DAP telah "menyemai" semangat "perkauman ekstrem" di kalangan masyarakat Cina dan, kedua, apabila beliau membangkitkan soal Perdana Menteri dari kalangan orang Cina sedangkan perkara ini sama sekali tidak pernah termasuk dalam pertimbangan politik orang Cina di Malaysia.

Sebagai satu penegasan dan penjelasan untuk Shahidan Kassim, persoalan Perdana Menteri dari kalangan Cina tidak pernah menjadi satu persoalan penting. Sebaliknya, persoalan yang penting adalah sama ada Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri untuk semua rakyat tanpa mengira kaum, agama, daerah atau status sosio-ekonomi.

Selain itu, DAP tidak pernah mendoktrin atau menyemai "perkauman ekstrem" di kalangan masyarakat Cina. Sejak penubuhan parti ini 46 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1966, kami mengajak semua rakyat Malaysia untuk membentuk jatidiri dan kesedaran bangsa Malaysia, merentasi perbezaan perkauman, kesukuan, kebudayaan dan kedaerahan – justeru inilah sepanjang 46 tahun sejarahnya, DAP tidak pernah walaupun sekali mengajak kepada perpaduan Cina, perpaduan Melayu, perpaduan India, perpaduan Kadazan, atau perpaduan Dayak, sebaliknya parti ini menyeru semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau daerah, ke arah Impian Malaysia, bukan Impian Cina, Impian Melayu, Impian India, Impian Kadazan atau Impian Dayak.

Dalam wawancara eksklusif dengan Sin Chew Daily pada hari Isnin lalu, Shahidan berkata: "Jika kaum Cina sanggup keluar dari sempadan perkauman dan bergabung ke dalam masyarakat Malaysia bersama kaum lain, mengamalkan perkongsian kuasa, saya percaya suatu hari nanti Malaysia akan mendapat seorang perdana menteri daripada kaum Cina."
Read More / Baca Lagi >>

DBKL MAIN KOTOR: MOM AMBIL PADANG MERBOK, RAKYAT AMBIL DATARAN MERDEKA, AMACAM?

Posted: 19 Jun 2013 04:34 PM PDT

"SILA ambil perhatian bahawa tempat untuk Larian Hari Olimpik yang dijadual pada 23 Jun 2013, Ahad pada 7.30 pagi ditukar akibat keadaan yang tidak dapat diduga.  "Tempat baru untuk Larian Olimpik 2013 kini di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Segala kesulitan amat dikesali," menurut mesej di Facebook MOM.
Begitulah bunyi ayat daripada MOM yang sehari dua ini menjadi bahan ketawa rakyat.  Mengapa gelabah sangat ni?  Takkan Umno gelabah kamu pun mahu ikut sama gelabah?  Kamu bukan parti politik jadi mengapa gelabah tidak tentu pasal kecuali kamu merasakan MOM itu komponen terbaru di dalam Bn.
Tindakan MOM ini amat memalukan sekali.  Sudah tentu Menteri yang menjaga Sukan turut terasa malu dengan tindakan 'gelabah' MOM yang tidak bertempat ini.  MOM mesti fokus dengan apa yang telah dirancang, bukannya sibuk dengan membodek pemimpin Umno.  Biarkan Umno berhadapan dengan kami di dalam PR.  Biarkan SPR tunjuk keras kepala mereka dengan tuntutan rakyat.  Perlu apanya MOM mahu terhegeh-hegeh masuk campur?
Tindakan menukar Larian Hari Olimpik yang asalnya di Dataran Merdeka, secara tiba-tiba ditukarkan ke Padang Merbok, KL.  Bukan mereka tidak tahu bahawa Padang Merbok, KL telah dipohon oleh NGO dan PR bagi mengadakan Himpunan Suara Rakyat pada 22 Jun ini bagi membantah penipuan SPR ?  Siapa mahu percaya MOM bertindak sedemikian bukan kerana arahan politik?
Usahlah MOM mahu libatkan diri di dalam politik.  Usahlah buat kerja bodoh sampai ke tahap itu untuk membodek pemimpin.  Apakah mereka rasa rakyat akan berubah fikiran untuk tidak ke Padang Merbok, KL pada 22 Jun ini hanya kerana kerja bodoh seperti itu?  Hakikatnya rakyat akan bertambah semangat pula untuk ke sana dan jika tiada tempat di sana, rakyat mungkin akan mengambil alih Dataran Merdeka tempat yang MOM tinggalkan. 

Ops tegas bersepadu SPAD - Banteras pemandu teksi tidak menggunakan meter

Posted: 19 Jun 2013 04:29 PM PDT

Hezbollah fighters aid Syrian troops against rebels

Posted: 19 Jun 2013 04:27 PM PDT

2nd flash mob staged ahead of June 22 Black 505 rally: Last one on Fri - TAKE PART, GUYS!

Posted: 19 Jun 2013 08:48 AM PDT

KUALA LUMPUR - Some 20 "Black 505" supporters marked the week's second flash mob in the city to urge people to attend the planned Opposition rally at Padang Merbok here on June 22.
Participants wearing Black 505 bandanas and carrying Pakatan Rakyat flags and placards gathered the outskirts of the Masjid Jamek LRT station at around 6pm Wednesday.
2nd flash mob staged ahead of June 22 Black 505 rally: Last one on Fri - TAKE PART, GUYS!The group shouted slogans and even sat down on the pavement under the LRT line in the middle of Jalan Tun Perak.
Traffic along the stretch remained clear under the watch of several police personnel.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) propaganda director Edy Noor Reduanand said flash mob participants were told to gather in different areas in groups of no more than four people.
"Today is just a spontaneous act by people and I guarantee that there are no more than four people in any area.
"Therefore, they (police) have no right to detain us. If they want to detain, do it on June 22," Edy Noor said.
Final flash mob on Friday at 5pm
SAMM Federal Territories coordinator Shariful Azmir Mustafa added that the group and other non-governmental organisations would stage one final flash mob in the city at 5pm on Friday.
"We will start in Sogo, come here (Masjid Jamek) and then finish off in front of the KL/Selangor Chinese Assembly Hall.
"And we will go all out, whatever happens, happens," he said.
The rally is to protest against alleged electoral fraud and irregularities during GE13 and call for the resignation of all election commissioners.
Last Saturday, 15 people were arrested by police for disrupting the peace, during a short-lived flash mob outside Jalan Tuanku Abdul Rahman near the Sogo shopping conplex, around 2.50pm.

Pelatih PLKN lahir bayi lelaki di tandas kem..!!

Posted: 19 Jun 2013 08:38 AM PDT

MUAR - Seorang pelatih yang sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Sri Ledang, Jementah, Segamat melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut hari ini.
  
Pengurusan kem tersebut yang menyedari remaja berkenaan melahirkan bayi dalam tandas pada kira-kira pukul 3 pagi segera mengejarkan ibu berusia 18 tahun itu bersama bayi seberat 2.7 kilogram ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
  
Bagaimanapun, bayi lelaki tersebut meninggal dunia tidak lama selepas itu, manakala keadaan ibu muda terbabit dalam yang sedang dirawat tidak membimbangkan.
  
Pengarah hospital Dr Selahudeen Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan ada menerima seorang pesakit remaja bersama bayi lelaki.
  
"Kita akan menjalankan bedah siasat ke atas bayi itu esok untuk mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
  
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.  - Bernama

'Mansuh undang-undang jenayah syariah gesaan sempit'

Posted: 19 Jun 2013 08:34 AM PDT

Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memandang serius akan gesaan memansuhkan Undang-undang Jenayah Syariah yang dibuat oleh The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) berhubung isu mengenakan sebatan Syariah ke atas pesalah sumbang mahram dan zina. Seramai 22 daripada 39 pesalah dilaporkan wanita.

Wanita ISMA merasakan gesaan tersebut dibuat dari kacamata sempit feminisme dan liberalisme yang gagal melihat isu tersebut secara menyeluruh kerana ia melibatkan dosa besar dalam undang-undang Syariah, iaitu sumbang mahram dan zina.
 Sumbang mahram adalah hubungan seks/kelamin di antara dua individu yang diharamkan berkahwin oleh syariat agama.

JAG gagal mempertimbangkan faktor di mana kajian di antara tahun 2000-2008 menunjukkan Selangor dan Johor merekodkan kes tertinggi sumbang mahram, iaitu sebanyak 308 kes.
Menurut penolong pengarah kanan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Mohd Zambri Kambari, sebelum ini, kesalahan tersebut hanya didenda membayar RM5,000 atau penjara 3 tahun.

Nyata, kedua-dua hukuman ini, yang mungkin dianggap ringan gagal menghalang kes-kes sebegini daripada terus berlaku. Sumbang mahram, jika tidak dibendung, melahirkan natijah yang lebih buruk iaitu dengan merosakkan susur galur keturunan salasilah keluarga, terutamanya jika hubungan tidak sah ini melahirkan zuriat.
Anak-anak yang lahir dari hubungan sumbang mahram juga terdedah kepada trauma psikologi.

Wanita ISMA menyokong tindakan JAIJ dalam menguatkuasakan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah negeri Johor kerana ia dilakukan mengikut garis panduan yang mematuhi sebatan Syariah. Sebatan Syariah ini memerlukan wanita hanya di dalam keadaan duduk, tidak seperti lelaki yang terpaksa berdiri.

Ini adalah bukti di mana Islam masih menjaga kehormatan wanita, tanpa mengorbankan prinsip asas setiap yang bersalah mesti dihukum, tanpa mengira jantina. Hukuman ke atas wanita juga boleh ditangguhkan sekiranya mereka mengandung atau masih menyusukan bayi.
Read More / Baca Lagi >>

Gesaan JAG untuk mansuh undang-undang jenayah Syariah menghina perlembagaan

Posted: 19 Jun 2013 08:32 AM PDT

Ahmad Deniel Roslan

     Baru-baru ini, pelaksanaan hukuman sebat terhadap 24 wanita dan 17 lelaki yang didakwa melakukan sumbang mahram dan mengadakan hubungan seks luar nikah membawa kerengsaan kepada Gabungan Kumpulan Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG). JAG mendesak agar satu usaha pemansuhan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah yang berkuatkuasa di Malaysia. (http://www.themalaysianinsider.com/print/rencana/pemansuhan-undang-undang-kesalahan-jenayah-syariah-jag/)
    Gesaan JAG ini menampakkan satu manifestasi akan ketidakfahaman/kejahilan mereka akan hukuman sebat di dalam Syariah Islam dan praktikalnya di Mahkamah Syariah Malaysia.
    Asasnya, hukuman sebat yang dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysian adalah 'dikurniakan' di dalam Perlembagaan Malaysia. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Ia memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Maka, secara Perlembagaanya, hukuman sebat syariah ini disokong/diasas oleh Perlembagaan Persekutuaan dan bukanlah hukuman yang tidak sah. Di dalam Islam, Hukuman sebat ini, jika ditelusuri di dalam perundangan Islam adalah merupakan salah satu bentuk hukuman 'takzir' yang mana diperuntukkan kepada pemerintah.
    Hukuman 'sebat' yang didakwa oleh JAG sebagai melanggar prinsip hak asasi manusia dan dianggap sebagai satu perbuatan kejam di dalam isu ini tidak mempunyai asas dan tidak lebih sekadar dakwaan melulu tanpa melihat secara ilmiah dan praktikalnya akan 'hukuman sebat' yang diamalkan di Mahkamah Syariah, yang nyata berbeza dengan hukuman sebatan di Mahkamah Sivil(C0mmon law).
    Hukuman Sebat di dalam Undang-Undang Sivil tidak dinafikan melanggar prinsip hak asasi manusia dan dilihat sebagai kejam dari segi perlaksanaanya. Perlaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah adalah jelas menjaga maruah/kebajikan/mendidik pesalah dan bukanlah bersifat kejam sepertimana hukuman sebat di dalam Mahkamah Sivil.
Read More / Baca Lagi >>

Flashmob Beri Mesej Jelas Menjelang Himpunan Blackout 505

Posted: 19 Jun 2013 08:17 AM PDT

Tiada ulasan: