Ahad, 23 Jun 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


perpaduan nasional untuk membodoh , menipu dan menyamun bangsa malaysia yang gagal....!!!!

Posted: 22 Jun 2013 08:07 PM PDT

Perpaduan nasional ciptaan Umno runtuh satu demi satu tanpa mencapai matlamatnya. Idea atau pendekatan Umno yang lebih bersifat 'akulah yang betul dan kamu kena ikut aku' tidak mencapai sasaran dan menjadi kenyataan,

Apa lagi yang Umno hendak jadikan alasan bahawa perpaduan yang diciptanya terbaik? Pengakuan dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan Mohd Noor Abdullah yang meminta orang bukan Melayu agar membalas pengorbanan orang Melayu (baca Umno) yang mengorbankan tulisannya membuktikan akan kegagalan perpaduan nasional Umno itu.

Kunun katanya orang Melayu mengorbankan tulisan jawi yang menjadi kebanggaan orang Melayu dengan menukarnya kepada tulisan rumi di mana penukaran itu menyebabkan tulisan yang menghampiri orang Melayu dengan tulisan Quran dan Hadith terhapus.Ini  di namakan penghianatan dan bukan pengorbanan la banggang...!!!

Kunun kata mangkuk tandas  haprak ini lagi  itu adalah pengorbanan besar orang Melayu (Umno) untuk mencapai perpaduan nasional. Alasannya kalau tulisan jawi itu tidak ditukar menyebabkan orang Cina dan lain-lain tidak dapat belajar bahasa kebangsaan. Oleh sebab itu katanya orang Cina perlu bercakap dan menulis dalam bahasa Melayu setiap hari sebagai membalas pengorbanan itu. Padangan demikian menunjukkan kedunguan / kelembuan   orang Melayu( UMNO ) dalam menilai hati budi dan budaya kaum lain.

Suara Mohd Noor manusia haramjadah  itu bernada kesal dan kecewa atas sikap yang ditunjukkan oleh orang bukan Melayu (baca Cina) merupakan mplikasi daripada keputusan pilihan raya lalu di mana undi Cina tidak berpihak kepada Umno. Mohd Noor penjilat buntot UMNO  telah menjustifikasikan pandangan itu berpandukan pengundin lalu.

Semasa berucap dalam satu forum Mohd Noor menjelaskan Umno - orang Melayu telah melakukan pengorbanan melupuskan tulisan jawi dan ditukar dengan rumi kerana mengharap perpaduan dari kalangan orang Cina....satu  idea banggang oleh orang yang tolol  dan tidak beralkal untuk memanipulasi  kaum itu supaya mudah di lembukan seperti melayu melayu tolol yang lain .

Malang  kununnya  pengorbanan itu tidak dihargai bila mana orang Cina tetap menulis dalam bahasa ibundannya. Kewujudan sekolah Cina dan sepanjang masa orang Cina mahu mahu mempertahankan sekolah mereka menjelaskan orang Cina tidak tunduk kepada kemahuan itu dan pengorbanan yang disebut Mohd Noor si banggang  itu tidak pernah dihormati. Maka itu jadilah pengorbanan Umno itu sia-sia saja. 

Inilah kelemahan  pemimpin Umno. Mereka lemah mengenai psikologi dan antropologi dan buta pula mengenai sejarah serta bersikap diplomasi dan tolerasi dengan orang Cina yang terlampau  akhirnya menjadi senjata  makan tuan . Seharusnya Umno kekalkan tulisan jawi dan mewajibkan sehingga orang Cina perlu mempelajarinya  di samping bahasa  ibunda  masing masing , bukan dengan melupuskan.

Tulisan jawi yang menjadi kebanggaan dan identiti orang Melayu dihapuskan dizaman Khir Johari menjadi menteri pelajaran awal tahun 70-an. Penghapusan itu diredai oleh Umno. Perhimpunan agung Umno selepas itu tidak serius membangkitkan perkara itu menyebabkan penghapusan itu diteruskan. Di sini sekali lagi pemimpin Umno dan juga ahli-ahlinyua tidak bersifat futuristik.

Kesilapan orang Umno dalam hal ini mereka tidak pernah membuat semakan kepada mekanisme-mekanisme perpaduan tajaan mereka seperti soal tulisan jawi itu. Mereka tidak pernah membuat penlaian apakah ia berkesan atau tidak. Dalam kata lain Umno tepengaruh dengan idealisme Barat yang melihat budaya dan ciri-ciri Islam itu sebagai sesuatu yang kolot dan pramitif.

Perpaduan tajaan Umno ini bukan saja dalam soal penghapusan tulisan jawi tetapi banyak lagi pendekatan atau pengorbanan-pengorbanan lain yang dilakukan Umno tetapi ianya sesia. Kalau boleh disebut Melayu juga membuat pengorbanan dalam bidang bahasa, kebudayaan, hatta agama Islam juga. Umno yang menjadi kerajaan lebih 55 tahun melakukan toleransi tinggi terhadap budaya dan agama sendiri serta meliberalisasikan kependidikan sehingga kabur tujuan dan matlamat hakikat.

"Pengorbanan Umno" untuk mencapai perpaduan nasional  yang kalut ini  hingga  sanggup berperang dengan parti pembangkang Pas yang obses kepada Islam. Umno dan Pas terpaksa  berpatah arang dan berkerat rotan dalam soal ini semata-mata kerana hendak mewujudkan perpaduan nasional mengikut jalur Umno yang berdasarkan sekularisme  sedangkan Pas menolaknya sejajar dengan prinsip islam yang di pegangnya. Penolakan Umno kepada undang-undang syariat adalah salah satu sebabnya kerana mengharapkan wujudnya perpaduan nasional dan sekaligus menunjukkan Umno tidak yakin dengan kesyumulan Islam.

Apakah Umno sedia untuk berpatah dan surut ke belakang memperbetulkan apa yang silap itu dan mengembalikan semula idenitti Melayu menerusi tulisan jawi itu? Apakah ianya tidak kontradik dengan gelombang transformasi Najib Razak?

Berpatah ke belakang itulah sebaik-baiknya, tetapi tindakan untuk mengembalikan semula tulisan jawi itu satu tindakan yang akan diketawakan oleh orang ramai. Nawaitu itu samalah dengan cuba mengajarkan kura-kura berjalan dengan cara memterbalikan belakang ke tanah. Dalam situasi orang bukan Melayu kian ampuh dengan berbagai kuasa, tidak mungkin untuk Umno surut ke belakang semula walaupun cara itu adalah terbaik.

Tiada ulasan: