Ahad, 2 Jun 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


belasah tahanan dalam penjara sampai mati...pembunuh berkenaan wajar di tangkap dan di hukum sementara menteri yang menjaga hal ehwal polis wajar letak jawatan....!!!

Posted: 02 Jun 2013 12:58 AM PDT

Kita  menggesa Kementerian Dalam Negeri menghukum pegawai polis yang terlibat menyebabkan kematian N. Dharmendran di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan bukan hanya menukar tugas mereka kepada tugasan pejabat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar harus memberi perhatian kepada tangisan tragis, marah dan mendayu-dayu isteri mangsa kematian dalam tahanan N Dharmendran dengan menangkap dan mengurung dalam lokap pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam pembunuhan tersebut, daripada hanya memberi mereka tugas pejabat..

Kita berasa  terkejut dengan sikap Ahmad Zahid yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab terhadap kematian dalam tahanan yang tragis ini, di mana beliau menyatakan pegawai-pegawai polis yang terlibat tidak patut digantung tugas agar semangat pasukan polis tidak dipatah.

Kenyataan yang begitu tidak berhati perut ini menunjukkan bahawa Ahmad Zahid tidak layak menjadi Menteri Dalam Negeri kerana beliau tidak melindungi keselamatan awam tanpa mengira siapa yang melakukan jenayah sama ada ia merupakan penjenayah atau pegawai polis yang bertugas..

Kita  turut menyelar kepimpinan Ahmad Zahid dan Khalid yang berdiam diri dan bersikap tidak ambil peduli, dan tidak menunjukkan kemarahan, rasa kesal atau dukacita terhadap insiden menimpa keluarga Dharmendran.

Laporan bedah siasat menunjukkan Dharmendran, 31, meninggal dunia akibat kecederaan tisu yang berpunca akibat daripada pukulan berterusan di sekitar anggota badan dengan 52 kecederaan yang membabitkan rotan.

Kegagalan untuk membuat demikian telah membawa kepada persepsi umum yang negatif terhadap kerajaan Persekutuan BN yang dianggap telah menurunkan nilai N Dharmendran sebagai seorang rakyat Malaysia,..

Tiada penyakit semulajadi yang dijumpai dalam tubuhnya yang menyebabkan punca kematian ... bedah siasat mendapati mendiang mempunyai kesan lebam akibat objek tumpul di tubuhnya,” mengikut aporan yang  telah diedarkan kepada media 

Kecederaan diakibatkan oleh objek tumpul dan kecedaraan juga adalah kesan baru..Laporan berkenaan turut mendedahkan Dharmendran mempunyai 52 kesan kecederaan di seluruh tubuh badan termasuk juga kesan kecederaan akibat dawai kokot dikedua-dua cuping telinganya.

Penubuhan Suruhanjaya Aduan dan Tingkah Laku Polis (IPCMC) akan memberi kepastian kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan Persekutuan BN komited untuk mengelakkan kematian dalam tahanan..

kalah teruk dalam PRU 13...MCA di saran meniaga keranda....!!!!

Posted: 02 Jun 2013 12:45 AM PDT

MCA tidak lagi layak mewakili kaum Cina dan lebih baik tutup kedai sahaja apabila berkeras dengan sifat merajuknya setelah kalah di dalam pilihan raya,ini kerana tidak henti-henti kita terjumpa berita MCA merajuk kerana kalah pilihan raya

Terbaru, ialah berita 17 anggota MCA Bahagian Gelang Patah meletakkan jawatan dalam agensi pentadbiran kerajaan, berkuat kuasa serta-merta kononnya kerana menghormati resolusi parti mereka yang menetapkan tiada wakil parti itu dalam kerajaan berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.

Kalau begitu, Presiden MCA elok ajak anak buahnya terokai perniagaan jual keranda kalau tak mahu terlibat lagi dengan politik dan pentadbiran..

Kita  juga menyifatkan parti itu berperangai seperti budak-budak yang merajuk dan mengugut apabila kalah bertanding.
Kita faham tindakan MCA itu ialah untuk menempelak pengundi-pengundi Cina dan seperti mengherdik mereka bahawa mereka kini tidak ada lagi wakil dalam kerajaan minoriti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini kerana keengganan mereka mengundi BN..

Meskipun demikian, kita  percaya masyarakat Cina tidak akan melayan ugutan sedemikian kerana mereka sudah terlalu jelik terhadap BN.BN sudah menjadi jenama yang ditolak hampir seluruh masyarakat Cina kecuali beberapa kerat yang ada kepentingan.

Apabila jenama tersebut amat buruk di mata dan hati mereka, mereka tidak peduli lagi malah tidak akan melayan sama sekali apa jua taktik merajuk dan mengugut yang dicuba oleh MCA atau Gerakan..

Kita menyifatkan taktik merajuk yang dilakukan oleh MCA itu masih lagi dalam lingkungan permainan politik perkauman.
Ketika parti-parti di dalam BN terus bermain politik perkauman,kita  yakin, majoriti masyarakat Cina dan semakin ramai rakyat yang lain sudah mula merasai bahawa Pakatan Rakyat kian menjadi wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen.

Pakatan sebagai wadah perpaduan rakyat bukan hanya cakap kosong tak berasas tetapi semakin dirasai sendiri oleh rakyat terutama mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan yang  PR  anjurkan.

Bagi mereka yang menghadiri perhimpunan-perhimpunan itu, Pakatan kian terbukti dan benar-benar dirasai sebagai wadah perpaduan yang ikhlas dan tulen bagi semua rakyat negara ini.

Tiada ulasan: