Addin |
- Pegawai Jabatan Perdana Menteri Mahu Jumpa Balu Dharmedran Secara Rahsia
- Setelah Menghilang Nama Zul Noordin Muncul Lagi
- Pemimpin BN Anggap Zul Noordin Malapetaka Buat BN
- Punca Sebenar Nurul Izzah Di Halang Masuk Sabah Tersebar
- Sultan Pahang Terkilan Bidasan KJ
Pegawai Jabatan Perdana Menteri Mahu Jumpa Balu Dharmedran Secara Rahsia Posted: 02 Jun 2013 09:41 AM PDT PETALING JAYA 1 Jun: Balu N Dharmendran, tahanan yang mati dalam lokap polis mendedahkan beliau dan bapa mentuanya, B Narayanasamy dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM). Marry a/p Mariaysusay berkata, pegawai berkenan menghubungi mereka sebanyak tujuh kali dan menyatakan mahu bertemu ahli keluarganya secara rahsia serta ingin membantu menyelesaikan kes kematian tersebut. "Pegawai dari JPM itu menghubungi saya empat kali dan ayah mertua tiga kali semasa kami mengadakan upacara sembahyang untuk N. Dharmendran."Namun hanya ayah mertua yang menjawabnya. Lelaki itu kata mahu jumpa secara rahsia untuk tolong dengan syarat terima peguam dilantik dari mereka dan bukannya pilihan keluarga kami. "Selepas berbincang dengan keluarga, kami menolak permintaan itu. Sebab kalau betul mahu tolong, mengapa mahu jumpa secara rahsia? Ini semua tipu sahaja," katanya selepas sidang media yang turut dihadiri peguamnya, N. Surendran dan S. Jayathas tengahari tadi. Terdahulu dalam sidang media berkenaan, Mary menyatakan rasa kesal kerana empat anggota polis yang disyaki terlibat dalam kes itu hanya dikenakan hukuman melakukan tugas-tugas di pejabat."Kalau orang awam didakwa membunuh, polis sangat cepat bertindak. Namun jika orang awam dibunuh oleh polis, macam-macam alasan diberi."Saya mahu polis terlibat ditangkap segera dan gantung mereka sampai mati," katanya tidak dapat menahan air mata dalam sidang media itu.Dharmendran ditahan selepas membuat laporan polis ekoran satu pergaduan yang mengancam keselamatan dirinya 11 Mei lalu. Keluarganya hanya mengetahui penahanan itu pada 19 Mei ketika mengunjungi Dharmendran di balai polis.Mangsa bagaimanapun disahkan mati selepas pihak hospital menghubungi Marry pada 21 Mei lalu, hari yang sepatutnya suaminya dibebaskan sebagaimana jaminan polis. Polis yang pada awalnya memberi alasan mendiang mati kerana kesukaran bernafas menukar kenyataan itu selepas perunding patologi Hospital Kuala Lumpur mengesahkan Dharmendran meninggal dunia akibat "kegagalan fungsi kecederaan tisu lembut akibat pukulan ke badan". ~keadilandaily |
Setelah Menghilang Nama Zul Noordin Muncul Lagi Posted: 02 Jun 2013 07:56 AM PDT Entah di mana, apa dia buat saya tak pasti tapi menurut sumber yang rapat dengannya Zulkifli Nordin kurang keluar dan dilihat di tempat awam. Tapi ZulKulim ini masih aktif menulis dalam blognya. Anwar Ibrahim adalah sasaran utama setiap penulis terkini selepas "terlingkup" dalam PRU13 lalu.Tulisan-tulisan yang banyak berfokus kepada undi popular lebih bersifat penulisan 'dendam' dan fakta yang diajukan bersifat emosi dan marahkan Anwar Ibrahim. Nama Zulkifli Nordin sudah tidak kelihatan di media massa seperti sebelum ini yang saban hari dengan macam-macam kenyataan, seolah-olah UMNO @ BN telah melupakannya. Semalam Timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu berkata percalonan ZulKulim adalah suatu strategi yang salah dan jika BN tak calonkan ZulKulim BN mungkin boleh dapat 20 kerusi lagi. Kenyataan ini disokong Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dan Gan berkata pencalonan Zulkifli merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat difahami. Setakat ini masih belum ada kenyataan rasmi daripada UMNO sendiri mengkritik percalonan ZulKulim. Walaupun ada desas desus tak setuju sekadar cakap dalaman. Ada yang kata puak Muhyiddin masih belum buat keputusan muktamad untuk menyerang Najib. Siapakah yang akan menjadi "Khalid Samad" dalam umno untuk membuka tirai menyerang Presiden bagi membuka ruang Presiden di pertandingkan dalam pemilihan nanti? |
Pemimpin BN Anggap Zul Noordin Malapetaka Buat BN Posted: 02 Jun 2013 12:00 AM PDT Pencalonan Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin bertanding di Parlimen Shah Alam Shah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu adalah satu strategi yang lemah, kata seorang ahli panel BN dalam satu forum malam tadi. "Saya rasa jika Zulkifli tidak dicalonkan, BN akan dengan mudah memenangi 20 lagi kerusi Parlimen."Jika anda melihat demografi Kota Raja, Kapar, dan Shah Alam - semua kawasan yang berhampiran tempat Zulkifli bertanding - kita mempunyai penduduk India yang ramai," kata timbalan Pengerusi jawatankuasa strategi MIC, Madhu Marimuthu. Seorang lagi ahli panel - Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu, bersetuju dengan Madhu, dan berkata pencalonan Zulkifli (kanan) merupakan satu keputusan yang lemah, sesuatu yang beliau tidak dapat fahami. Bagaimanapun, beliau menegaskan keputusannya adalah sesuatu yang baik untuk negara."Rakyat telah bersuara dan sekurang-kurangnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kini boleh berkata, 'Bukan saya tahu mahu mencuba, tetapi bukan ini yang rakyat mahu.' ~malaysiakini |
Punca Sebenar Nurul Izzah Di Halang Masuk Sabah Tersebar Posted: 01 Jun 2013 09:36 PM PDT KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar. Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan."Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat. "Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu."Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian. "Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan."Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya. Nurul Izzah dihalang daripada memasuki negeri itu pada Khamis.Musa berkata Sabah dan rakyatnya tidak perlukan propaganda berterusan daripada pembangkang bagi membangkitkan rasa benci dan prasangka rakyat terhadap kerajaan BN."Cukup-cukuplah. Kita perlu bergerak ke hadapan. Pembangkang sudah bermain politik sejak lima tahun lepas. Adakah kita akan terus diikat dengan lebih banyak politiking untuk lima tahun akan datang?"Ada kerja yang perlu dilakukan. Negara ini perlu ditadbir, ekonomi perlu bertumbuh dan kebajikan rakyat perlu dijaga," katanya. |
Sultan Pahang Terkilan Bidasan KJ Posted: 01 Jun 2013 05:47 PM PDT KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini. Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan. "Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan. "Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih," titah baginda yang dipetik dari portal Astro Awani, hari ini. Semalam, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional. FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP. Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan. ~sinar harian Addin: Setuju pandangan KJ, untuk kemajuan bolasepak negara ini undang-undang dan peraturan kuno FAM perlu di ubah. Mungkin Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mempunyai presiden persatuan bolasepak bertaraf seumur hidup. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan