Isnin, 3 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


"Belang" Nasha Semakin Jelas Kelihatan

Posted: 03 Jun 2013 01:05 AM PDT


Bekas ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa antara tetamu majlis resepsi Saiful Bukhari

Gambar perkahwinan yang tidak suka dilihat

KUALA LUMPUR: Sekarang musim orang kahwin. Yang suka dilihat adalah gambar Ustaz Azhar Idrus berkahwin tiga. Namun ada satu perkahwinan yang tidak berapa suka dilihat khasnya oleh ahli PAS.

Ia adalah perkahwinan Saiful Bukhari dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7 di sini malam tadi.

Yang tak suka dilihat adalah tokoh-tokoh yang turut serta di majlis resepsi itu selepas majlis akad nikah di Kuala Terengganu.


Blogger terkenal Papagomo turut meraikan Saiful

Dengan bertemakan Garden Wedding, kira-kira 800 pengunjung yang hadir pada majlis tersebut turut dihiburkan dengan alunan music jazz yang dibawa oleh Jimmy and Fans semasa majlis itu sedang berlangsung.

Menurut blog KLpos, antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukriz Mahathir, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Perkasa Zulkifli Noordin dan blogger kontroversi Papa Gomo.

Pada 25 Mei lalu, Saiful Bukhari Azlan diijabkabulkan di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam (TTI) berwalikan bapa pengantin perempuan sekaligus sah bergelar suami kepada salah seorang personaliti TV3, Nik Suryani.

Dengan jumlah mas kahwin berjumlah RM41,101, majlis diserikan dengan 9 dulang hantaran yang diiringi rombongan pengantin lelaki dan dibalas 11 dulang dari pihak keluarga Nik Suryani. -HD

Ulasan GB

Dapat dilihat kini "rakan sekeliling" Ustaz Nasha. Dan hilang segala perkataan apabila dimana ada papagomo disitu juga kelihatan Ust Nasha....

CCTV Bukan Jalan Penyelesaian Atasi Kematian Tahanan Polis

Posted: 02 Jun 2013 11:57 PM PDT


Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di lokap balai polis bukan jalan penyelesaian untuk menangani kes kematian tahanan ketika di bawah pengawasan polis.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran yang dihubungi berkata, kerajaan didesak untuk kesekelian kalinya agar menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) pada kadar segera.

Katanya, walaupun CCTV di pasang di lokap namun ia tidak menghalang daripada kejadian 'keganasan' yang dilakukan pihak polis terhadap tahanan daripada berlaku kerana perkara demikian boleh juga berlaku di luar pengawasan CCTV.

Sebelum ini, dalam kejadian terbaru, seorang jurutera, P Karuan menjadi individu ketiga yang maut dalam tahanan polis dalam tempoh dua minggu.

Kejadian itu berlaku di di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin yang dilaporkan 'meninggal dunia tiba-tiba' pada jam 7 petang Sabtu lalu.

"Hanya dengan penubuhan IPCMC akan menyelesaikan masalah kejadian kematian tahanan dalam lokap kerana selepas ini pihak Polis tidak akan berani untuk melakukan sebarang tindakan di luar batas kuasa dan juga jenayah," kata beliau.

Tambah beliau, faktor kesihatan merupakan isu yang dihadapi oleh tahanan bukan menjadi isu utama kerana yang perlu diberi perhatian ialah tahanan yang dipukul dan diperlakukan sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian.

"Pihak Peguam Negara dan polis perlu professional dalam menjalankan tugas dan bertindak terhadap anggota polis yang terlibat kerana tiada tindakan tegas telah diambil," kata Surendran.

Sehingga Mei 2013, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) merekodkan tujuh kematian dalam tahanan polis.

Mitos UMNO Sebagai Parti Terkuat!

Posted: 02 Jun 2013 08:50 PM PDT


Sukar kita hendak percaya bila Dato Najib kata UMNO muncul lebih baik selepas PRU13. Macam mana dia sampai kepada konklusi demikian? Jika kita lihat angka dari SPR, UMNO mendapat 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Dato Najib dakwa sokongan Melayu kepada UMNO meningkat?

Undi yang UMNO dapat lebih kurang jumlah ahli UMNO. Ini bererti, perkara yang UMNO berjaya lakukan ialah meyakinkan ahli UMNO yang tidak menyokong UMNO dalam tahun 2008, menyokong nya kali ini. Jika demikian, tidak adalah berlaku penambahbaikan kepada UMNO. Tidak ada pertambahan sokongan orang Melayu yang bukan ahli UMNO kepada UMNO.

Jika Dato Najib berkeras berkata ada tambahan sokongan dari orang Melayu, maka itu bererti sokongan dari ahli UMNO sendiri kepada kepimpinan Dato Najib berkurang. Kalau ahli tidak percaya kepada kepimpinan presiden nya, maka apa lagi yang mereka tunggu?

UMNO hanya boleh mencapai angka 3.2 juta hanya jika ada sebahagian besar ahli UMNO tidak menyokong nya, dan deficit tersebut ditampung oleh sokongan Melayu bukan ahli UMNO. Jika semua ahli UMNO menyokong UMNO dalam PRU13, maka tidak ada sokongan Melayu bukan ahli UMNO kepada UMNO.

Jadi dimana letaknya kejayaan UMNO yang didakwa Dato Najib?

Dato Najib kata umno muncul sebagai parti yang paling popular pasca pru13 kerana umno menang 88 kerusi. Semua orang tahu UMNO bertanding dalam kerusi yang jumlah pengundi dalam kawasan nya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan. Jika PAS bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi secara purata berjumlah 77,000, UMNO bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi secara purata adalah 36,000.

Maka jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi UMNO itu hanya 44 kerusi parlimen. Kerana 2 kerusi yang dimenangi oleh UMNO bersamaan 1 kerusi PAS. Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain UMNO. Demikian juga dengan PKR. PKR bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi nya secara purata ialah 75,000. Nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi oleh PKR ialah 60 kerusi.

Jadi dimana letaknya kejayaan UMNO? Kemenangan nya ialah kemenangan kosong.

Dalam tahun 2008, umno telah mendapat 2 juta undi orang melayu. Ketika itu jumlah pengundi melayu ialah 5.7juta. Lebih ramai orang melayu sejak 2008 sudah pun menolak umno. Erti nya, ketika itu umno hanya memperolehi 35% dari undi orang melayu.

Berapa jumlah pengundi Melayu kali ini? Jika 70% dari 11.2 juta pengundi dalam PRU13 ialah orang Melayu, maka jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta.

Buat lah perkiraan sendiri. Jika semua undi yang di perolehi UMNO semua nya pengundi Melayu, maka jumlah nya 3.2 juta. Tapi jumlah pengundi Melayu semua nya ialah 7.8 juta. Ini bererti 4.6 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO.

Tapi kita tahu bukan semua 3.2 juta undi yang diperolehi UMNO itu datang dari orang Melayu. Orang Cina dan India masih menyokong calun UMNO. Katalah 15% sokongan untuk calun UMNO datang dari pengundi bukan Melayu. Ertinya, pengundi Melayu yang menyokong UMNO adalah sebanyak 85% atau 2.72 juta sahaja.

Sekali lagi buatlah perhitungan. Jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. UMNO hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu. Ertinya, 5 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam PRU13.

Jadi apalah yang hendak dibanggakan dengan 88 kerusi parlimen yang UMNO dapat?
-sakmongkol


Laporan sebelum ini
klik untuk baca



[TAZKIRAH] Tak Kira Siapa Kamu, Sayangilah Ibu!

Posted: 02 Jun 2013 05:20 PM PDT


Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.


Seorang lelaki Taiwan menyuap makanan kepada ibunya seperti mana ibunya pernah lakukan kepadanya ketika masih kecil...


Dan yang ini lebih mengharukan... alangkan binatang tahu menyayangi ibunya.... Maka hinanya manusia jika mengabai dan tidak memperdulikan ibunya...


Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, "Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, lalu dia berkata, 'Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?' Rasulullah menjawab, 'Ibumu.' Lelaki itu bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Rasulullah menjawab, 'Ibumu.' Lelaki itu bertanya, 'Kemudian siapa lagi?' Rasulullah menjawab, 'Ibumu.' Lelaki itu bertanya (lagi), 'Kemudian siapa lagi?' Lelaki itu menjawab, 'Bapamu.'" (HR. Bukhari dan Muslim)

Justeru itu sentiasalah berdoa untuk kedua ibubapamu:


Dahulukan Tubuh Suruhanjaya Diraja

Posted: 02 Jun 2013 08:05 AM PDT


Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mencadangkan agar kerajaan mendahulukan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan menyemak semula proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Menurutnya, penubuhan suruhanjaya diraja merupakan langkah awal untuk menambah baik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum kerajaan meletakkan badan itu di bawah Parlimen.

"Banyak aduan yang diterima berhubung perjalanan pilihan raya lalu. Kerajaan sepatutnya peka dengan isu yang timbul ini.

"Kita cadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyemak dan siasat segala aduan. Langkah ini yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum meletakkan SPR di bawah Parlimen," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program 'Temu Mata Anak Kelate' bersama Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas langkah kerajaan untuk memindahkan fungsi dan kawal selia SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang sebagai langkah memperkukuhkan kewibawaan dan kredibiliti badan itu.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, langkah tersebut dapat memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap SPR dan kebebasannya tidak lagi dipersoalkan.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat (PR) telah menggesa kerajaan menubuhkan satu suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan berlakunya penyelewengan seperti penggunaan dakwat kekal dan kehadiran warga asing sebagai pengundi.

PR juga mendakwa wujudnya kejadian bekalan elektrik terputus di beberapa kawasan kiraan undid keraguan berhubung jumlah undi awal. -SH

UMNO BN Semakin Nazak, Kapal Semakin Tenggelam...

Posted: 02 Jun 2013 05:31 AM PDT


Awang Selamat: Cadangan parti tunggal mungkin sebabkan BN terkubur

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Cadangan parti tunggal Barisan Nasional (BN) hanyalah sekadar alasan, dan bukannya penyelesaian kepada sokongan untuk BN, kata analisis mingguan Awang Selamat hari ini, dan berkata idea berkenaan hanya akan menyebabkan BN akan tersungkur untuk selama-lamanya.

Awang dalam analisisnya dipetik akhbar Mingguan Malaysia itu turut berkata, atas muslihat demokrasi dan hak asasi kebebasan, beliau khuatir pelaksanaan idea berkenaan akan menyebabkan BN terjatuh dalam perangkap yang lebih besar dibuat oleh DAP dan PKR.

"Isu paling mendesak pada pasca PRU13 ini bukan parti tunggal, tetapi bagaimana Umno mengukuhkan lagi kekuatannya bagi menghadapi PRU14 nanti, dan bagaimana MCA dan Gerakan dapat bangkit dengan membina kekuatan dalaman mereka terlebih dahulu," kata Awang dipetik akhbar Umno itu.

Petikan analisis berkenaan dilihat masih lagi menyalahkan masyarakat Cina yang memilih DAP dalam Pilihan Raya 2013, semata-mata mahu menumbangkan kuasa politik Melayu.

"Lebih banyak kita melayan tuntutan kepada keterbukaan lagi mengundang risiko besar. Masyarakat Cina telah memilih DAP untuk menumbangkan kuasa politik Melayu dengan dorongan perhuangan sama rata.

"Selagi itu tidak tercapai, selagi Melayu tidak bersatu apatah lagi ada pemimpin Melayu diperkudakan, selagi itu kaum Cina tidak menyokong BN," katanya.

Transformasi politik jelas Awang tidak boleh dilaksanakan secara meluas dan dilakukan tergesa-gesa pada masa banyak lagi isu kritikal yang belum ditangani.

"Mengapa perlu bercakap tentang parti tunggal sedangkan untuk mewujudkan konsep sekolah tunggal yang sangat penting keperluannya, ditolak mentah-mentah oleh parti komponen BN sendiri," kata Awang.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kelmarin turut membincangkan cadangan menjadikan BN sebagai parti tunggal yang membuka keahlian kepada semua kaum tanpa kewujudan parti komponen.

Malah, Umno juga akan mengadakan perbincangan diperingkat makmal bagi mengkaji keperluan tersebut yang telah dikemukakan parti komponen BN daripada Gerakan dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Bekas editor di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times (NST), Datuk A. Kadir Jasin, dalam blognya semalam turut menolak idea berkenaan dan berkata hanya parti komponen BN majoriti Cina yang "nazak" seperti Gerakan, MCA dan SUPP yang akan menimbangkan cadangan itu.

"Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, mungkin boleh 'memujuk' kepemimpinan Umno untuk melayan (entertain) idea ini, tetapi saya tidak menjangka akar umbi Umno akan menerimanya. Umno adalah parti akar umbi!" kata A. Kadir dalam blognya, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kadir turut mempersoalkan keputusan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal sedangkan Umno yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan parti pemerintah itu diakui sendiri oleh Najib sebagai parti yang kuat.

"Saya tidaklah mahu membuat andaian yang Mohd Najib sekali lagi tunduk kepada kehendak orang Cina apatah lagi selepas beliau sendiri menyalahkan tsunami Cina sebagai punca ketidakcemerlangan prestasi beliau dalam PRU 5 Mei lalu," katanya.

"Lagipun, seandainya Umno lebih kuat selepas PRU13 seperti Mohd Najib dakwa ketika mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi, mengapa harus ia dibubarkan dan bergabung dengan parti lain menjadi sebuah parti tunggal?" soalnya.

Najib sebelum ini berkata Umno masih kuat apabila berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini, berbanding Pakatan Rakyat (PR) yang hanya memperoleh 89 kerusi daripada ketiga-tiga parti komponen mereka —PKR, PAS, DAP.

Kadir turut berkata, mengapa perlunya Umno dan parti-parti Bumiputera yang kukuh di Sarawak dan Sabah dibubarkan dan digabungkan menjadi parti tunggal semata-mata bagi melayan idea parti-parti Cina BN yang ditolak oleh orang Cina sendiri dalam PRU lalu.

"Kalau Umno dibubarkan bagi memberi laluan kepada penubuhan parti tunggal BN, kemungkinannya banyak ahli dan penyokongnya akan beralih kepada PAS kerana orang Melayu masih berasa mereka memerlukan parti Melayu-Islam," katanya.

Pemangku Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn minggu lalu berkata cadangan penyatuan antara parti komponen seperti Gerakan, MCA, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) tidak dapat dilaksanakan tanpa menjadikan BN parti tunggal kerana setiap parti komponen BN mempunyai Perlembagaan yang berbeza, dan berlandaskan kepada parti berteraskan kaum.

Ulasan GB

Kini masing-masing sudah bertelagah.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan penipuan adalah satu jenayah dan tiada keberkatannya. Pertelagahan itu bukti tiada keberkatan.

Seperti yang GB katakan sebelum ini, kemenangan melalui penipuan adalah kemenangan yang rapuh ... dan ia akan tumbang dengan sendirinya kerana "dasarnya" lemah.

GB amat yakin jika kerajaan Najib dan UMNO BN memperolehi kemenangan dengan cara penipuan, kerajaannya akan tumbang tidak berapa lama lagi.

Dan semua yang terlibat dengan penipuan akan tetap dihukum walaupun penipuan itu licik dan tidak diketahui orang. Tetapi Allah Maha Mengetahui! Anda tidak boleh lari.


Malah kemenangan dengan penipuan itu pun hanya memperolehi MARKAH KESIAN dari rakyat: 47%. Ya, 47% undi tetapi mendapat 60% kerusi. Atas nama "demokrasi". Bukankah penipuan namanya?

Masanya akan tiba, UMNO BN bakal berkubur untuk selama-lamanya!

Kebatilan tidak akan dapat mengalahkan kebenaran selama-lamanya. Ia hanya dapat mengalahkan kebenaran sebentar cuma, umpama awan hitam yang menutup sinar ,entari. Lambat-laun awan hitam akan berarak pergi dan sang mentari, kebenaran itu, akan memancar semula ke seluruh bumi.

Itu hukum alamiah, itu hukum Allah swt!

Tiada ulasan: