Isnin, 3 Jun 2013

ANAK SENGAT

ANAK SENGAT


TIPAH TERTIPU

Posted: 02 Jun 2013 04:35 PM PDT





Terkenal di sebuah negeri antah berantah seorang tua  bernama pakcik Zul yang suka bercerita.. Di jaja ceritanya merata pelusuk alam. Kerana terlalu rajin bercerita , maka tentulah ada ceritanya yang betul, separuh betul dan rekaan khayalan si pencerita.

Paa suatu hari dia berhasrat untuk mengenaakan imam kampung yang sangat di hormati. Imam itu di sanjung oleh pengikutnya. Telah beberapa kali imam itu cuba digulingkan namun gagal. Berbagai cerita fitnah disebarkan namun tak berjaya. Pengaruh Imam semakin melebar.

Pak Cik Zul sesekali mendengar kuliah Imam dengan tujuan untuk mencari kelemahan Imam. Ada yang diputar mengikut seleranya, ada yang ditulis tanppa dia sendiri memahami ceritanya... Yang penting Imam akan dijauhi oleh pengikutnya.

Satu hari Pak Cik Zul mendapat satu idea untuk mengenakan Imam. Ia mahu pengikut Imam marah padanya. Lalu di ceritakan bahawa pada malam jumaat ini Pak Imam akan mengagihkan wang kepada sesiapa yang datang ke masjid. Cerita itu ijaja dengan berbagai cerita.

Bukan Pak Cik Zul saja yang menjaja cerita ini. Di ajak anak buah dan rakan yang lain untuk menjaja cerita ini. Maka hebohla seluruh kampung bahawa Imam akan membahagikan duit pada malam jumaat itu. Pak Cik Zul sangat yakin orang akan marah kepada imam kerana menipu mereka .

Pada malam jumaat itu, Pak Cik Zul lalu di hadapan masjid. Alangkah terkejutnya dia kerana terlalu ramai yang datang ke masjid ketika itu. Dia mula terfikir adakah betul Imam akan bagi duit pada malam itu. Pak Cik Zul bertanya seorang pemuda..." kenapa ramai sangat malam ni?" Pemuda itu tersenyum... Imam nak bagi duit... semua orang dah tau"

Kerana tak mau rugi, Pak Cik Zul pun berbaris sama. Malangnya apabila Pak Imam selesai solat, tak de duit pun yang diberi... Rupanya semua orang itu tertipu dengan cerita rekaan pak Cik Zul.... Rupanya Pak Cik Zul tertipu dengan cerita yang direkanya sendiri...
Tipah Tertipu....

Tiada ulasan: