Kelab Greenboc |
- [VIDEO] Selepas Jerebu, Singapura Dilanda Hujan Batu
- Seorang Exco Terengganu Meninggal Dunia, Pilihanraya Kecil Pertama
- [BERGAMBAR] Bumbung Runtuh Di Kuarters Kerajaan Blok B, Presint 15 Putrajaya
- [GAMBAR TERBAIK] Gadis IPTA Membaca Al-Quran Semasa Black 505 Padang Merbok
- Pakatan Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan Pengendalian PRU
- 18 Anggota Polis Iringi Husam Musa Dari KL Ke Kota Bahru
[VIDEO] Selepas Jerebu, Singapura Dilanda Hujan Batu Posted: 26 Jun 2013 01:01 AM PDT Penduduk di Jurong di sini hari ini mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini Seloasa petang. Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu. "Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di sini. Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia. Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya. Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid. Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008. Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59. Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu. Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100. -Bernama |
Seorang Exco Terengganu Meninggal Dunia, Pilihanraya Kecil Pertama Posted: 25 Jun 2013 11:15 PM PDT Seorang anggota Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Laporan Berita Harian online menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu. Satu pilihan raya kecil dijangka akan diadakan ekoran kematian ADUN Kuala Besut itu, yang meninggal dunia hanya beberapa minggu selepas pilihan raya umum 5 Mei. Dalam pilihan raya tersebut, A Rahman menewaskan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi. Kawasan berkenaan terdiri dari lebih 16,600 pengundi, yang mana 99 peratus daripadanya terdiri dari pengundi Melayu. -mk
|
[BERGAMBAR] Bumbung Runtuh Di Kuarters Kerajaan Blok B, Presint 15 Putrajaya Posted: 25 Jun 2013 08:00 PM PDT Putrajaya: "Mulanya saya nampak awan gelap diikuti bunyi angin. Selepas itu, saya nampak sampah berterbangan dan zink jatuh diiringi bunyi dentuman kuat," kata Mohd Ridzuan Mat Sharif, 33, penduduk Blok B Kuarters Kerajaan Presint 15, di sini ketika menceritakan ribut di kawasan kediamannya, semalam. Dalam kejadian itu jam 6.45 petang itu, sebahagian bumbung zink di tingkat 15, blok berkenaan jatuh secara tiba-tiba berikutan angin kencang dan hujan lebat sebelum menimpa pondok rehat di bawah bangunan itu, selain merosakkan lampu jalan di situ. Mohd Ridzuan yang juga pensyarah di sebuah institut kemahiran berkata, ketika kejadian, dia sedang melayari Internet di rumahnya yang terletak di tingkat satu blok berkenaan. "Saya ingatkan ada pembenihan awan kerana hujan begitu lebat disertai angin kencang. Pada awalnya angin terbabit hanya menumbangkan pokok di kawasan sekitar dan kepingan zink serta sampah berterbangan. "Namun, tiupan angin bertambah kuat sebelum bumbung zink di tingkat atas bangunan jatuh disusuli bunyi dentuman kuat," katanya ketika ditemui di sini, semalam. Mohd Ridzuan berkata, sejak tinggal di situ kira-kira dua tahun lalu, kejadian bumbung runtuh itu kali pertama dilaporkan berlaku ketika hujan lebat dan angin kuat. "Sebelum ini, jika hujan lebat dan angin kuat, tidaklah sampai begini (bumbung runtuh), tetapi kali ini ia meruntuhkan sebahagian bumbung selain merosakkan infrastruktur di kawasan ini. "Sepuluh minit sebelum hujan lebat dan angin kuat, polis ada meronda di kawasan ini dan mereka kembali semula ke sini sebaik menerima maklumat ada bumbung runtuh," katanya. Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau menerima laporan mengenai bumbung berkenaan runtuh daripada penduduk di situ kira-kira jam 7 malam semalam. -HM |
[GAMBAR TERBAIK] Gadis IPTA Membaca Al-Quran Semasa Black 505 Padang Merbok Posted: 25 Jun 2013 05:01 PM PDT Memang TERBAIK. Rakaman lensa dari sahabat Media Orang Kampung sewaktu himpunan Black 505 22 Jun di Padang Merbok. Mereka membaca Al Quran sementara menunggu acara balackout seterusnya... kalau diharapkan media utama memang tiada, jangan di harap.. Ulasan GB Bukan nak mengata, tetapi ketara sangat bezanya dengan yang ini: |
Pakatan Terima Keputusan PRU-13, Tolak Penyelewengan Pengendalian PRU Posted: 25 Jun 2013 07:01 AM PDT Walaupun Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), pada 5 Mei lalu, gagasan itu tetap membantah penyelewengan dan kepincangan yang didakwa berlaku di dalam sistem pilihan raya. Malah bukan sahaja Pakatan yang memfailkan petisyen mahkamah terhadap keputusan pilhanraya, Umno-BN juga telah memfailkan petisyen terhadap keputusan di dalam 21 kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri. MP Pandan, Rafizi Ramli berkata, Pakatan sentiasa menerima keputusan PRU-13 dengan hati terbuka, namun ia tidak bermakna gabungan itu perlu berdiam diri dan akur sepenuhnya terhadap pengendalian sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR menegaskan, tindakan memfailkan petisyen yang dilakukan Pakatan pada awal Jun lalu bagi memastikan sistem pilihan raya tidak akan terjejas di masa akan datang. "Menerima keputusan PRU tidak bermakna kita mengabaikan dan menutup sepenuhnya bab pilihan raya ini tetapi pendedahan mengenai penyelewengan sistem PRU harus diteruskan. "Ini bukan sahaja mengenai PRU yang lalu, tetapi mengenai integriti sistem pilihan raya di masa akan datang. Kami akan bekerja keras untuk memastikan penyelewengan dan ketirisan tidak lagi berlaku," katanya. Beliau mengulas titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena upcara perasmian Persidangan Dewan Rakyat Penggal ke-13, di sini hari ini. Di dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong menyeru kepada semua Ahli Parlimen agar menerima keputusan PRU-13. Sentimen tersebut turut diakui MP Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang menjelaskan Pakatan menghormati keputusan pilihan raya yang lalu, namun menegaskan undang-undang membenarkan pihak yang bertanding untuk mengemukakan bantahan. Katanya, akur terhadap keputusan PRU tidak semestinya menghalang Pakatan untuk membuat teguran terhadap kepincangan sistem pilihan raya yang berlaku. "Undang-undang memberi ruang kepada kita untuk mereformasikan sistem pilihan raya yang tidak sempurna. "Teguran yang kita berikan itu walaupun kedengaran lantang, tetapi ia adalah untuk kebaikan negara. Teguran yang bertujuan membina itu seringkali diabaikan oleh pihak kerajaan," katanya. Pakatan telah memfailkan 34 petisyen di mana membabitkan 24 kerusi Parlimen PRU-13 sementara 10 lagi petisyen adalah merujuk kepada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP. Umno-BN pula memutuskan untuk memfailkan 21 petisyen. -selangorku |
18 Anggota Polis Iringi Husam Musa Dari KL Ke Kota Bahru Posted: 25 Jun 2013 05:05 AM PDT Seramai 18 anggota dengan lima kereta polis mengiringi Datuk Husam Musa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu malam 22 Jun lalu. Naib Presiden PAS itu berkata, beliau "dilayan" seperti pembesar pula dengan diiringi begitu ramai anggota polis. Namun katanya, apa yang lebih pelik apabila polis terbabit melalui jalan yang jauh dengan berpusing ke beberapa jajahan sebelum sampai di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu jam 1.30 pagi. "Polis buat habis minyak kereta sahaja dengan berpusing-pusing ke merata tempat sebelum sampai di IPD di Pengkalan Chepa," katanya pada ceramah Free Husam di Pasir Tumbuh malam tadi. Program tersebut dianjurkan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), diketuai Nazri Deraman. Hadir sama anggota Exco, Datuk Dr Muhamed Fadzli Hassan, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Pasir Tumbuh, Abdul Rahman Yunus, Adun Tawang, Hassan Mohammad dan aktivis R. Husam ditahan di Pandan ketika berada di sebuah kedai makan sebelum dibawa ke IPD Ampang. Kemudian pada jam 6 petang dibawa pula ke Kota Bharu dengan kereta. Beliau ditahan dipercayai ada kaitan dengan ucapannya mengajak orang ramai hadir pada program Blackout di Padang Merbok petang 22 Jun lalu. Husam juga meluahkan rasa hairan mengapa polis tidak memberitahunya lebih awal untuk datang memberi keterangan di IPD Kota Bharu, sehingga terpaksa pula ditahan di Kuala Lumpur. Katanya, laporan polis terhadapnya dibuat pada 21 Jun, sedangkan ceramah Blackout 505 diadakan di Ketereh pada malam 12 Jun lalu. "Lagi pun semasa datang ke Kuala Lumpur pada 21 Jun lalu saya juga bertemu dengan seorang pegawai kanan polis dalam satu penerbangan, tetapi tidak pula diberitahu ada tangkapan hendak dibuat. "Kalau ada apa-apa masalah polis boleh panggil dan tak payahlah hendak datang tangkap di tempat lain," ujarnya. -HD
|
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan