Ahad, 23 Jun 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[BERGAMBAR] Najib Kena Tibai Semalam..

Posted: 23 Jun 2013 12:45 AM PDT


Perdana Menteri Hj Najib pun hadir ke himpunan blackout. Najib dah salah attend prog, amik kau makan kasut! -fb dppk Tambun


Man 'whacks' Najib


KUALA LUMPUR: While politicians delivered fiery speeches at Padang Merbok, one elderly man decided to show his frustration by beating Prime Minister Najib Tun Razak's portrait with a slipper.

"Najib knows how to make laws but he doesn't understand on how to follow them. This is why he deserves it," said M Krishnan,55 before whacking Najib's portrait repeatedly.

He also drank some water, before spitting it out on Najib's portrait.

His actions received thunderous support from those around him, who cheered while he waved his slipper on the portrait.

On what was his grouses against the government, Krishnan said he was a recipient of a public housing scheme (PPR) flat from the Kuala Lumpur City Hall (DBKL), two years ago.


However, he claimed that the flat was in a poor condition and accused DBKL of ignoring his complaints.

"So I stopped paying rent after three months. Now I owe DBKL about RM3,000 but I don't care," said Krishnan.

He added that the Socso office had also failed to compensate him in full despite an injury suffered during his working time.

When asked if he feared the authorities may take action against him for his conduct, Krishnan told the media that he was not afraid to be arrested.

"If the police want to take action against me, go ahead. I'm not afraid," he said.
- FMT

p/s sorry, GB tak sempat nak terjemahkan artikel di atas...

Pelajar UCL Terlibat Dalam Kemalangan Maut Di Jordan

Posted: 22 Jun 2013 09:25 PM PDT


Jordan, 21 Jun 2013 – Education Malaysia United Kingdom & Eire telah menerima berita sedih kehilangan pelajar Malaysia yang menuntut di University College London (UCL) pada awal pagi ini. Allahyarhamah Sumaiyah bt Romli (gambar) telah terlibat dalam kemalangan maut jalan raya di antara Petra dan Aqabah iaitu kira-kira 320 kilometer dari Amman, Jordan.

Allahyarhamah yang sedang dalam percutian bersama lima orang pelajar Malaysia yang lain terlibat dalam kemalangan berkenaan yang berlaku antara jam 5.00 petang hingga 6.00 petang (waktu Jordan). Kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung. Allahyarhamah telah mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkuk.

Mangsa-mangsa lain yang dilaporkan terlibat ialah Mohamad Shukri bin Alias (University of Yarmouk) dilaporkan cedera parah, Humairak Binti Ibrahim Alias (University of Yarmouk) cedera dan keguguran kandungan, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (University of Yarmouk) yang juga merupakan pasangan kepada Humairak telah mendapat kecederaan manakala Nur Ili Dayana bt Mazlan @ Masgelan (London School of Economics) juga mengalami kecederaan. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan untuk rawatan lanjut.

Jenazah Allahyarhamah Sumaiyah sedang diuruskan oleh Kedutaan Besar Malaysia Jordan dan Education Malaysia Jordan untuk dibawa pulang ke tanahair untuk disemadikan.

Berikutan dengan tragedi ini, Education Malaysia United Kingdom & Eire ingin menjemput semua pelajar dan komuniti ke majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk Allahyarhamah Sumaiyah yang akan diadakan seperti berikut.

Tarikh : 22 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan Putrajaya, Education Malaysia United Kingdom & Eire, 30-34 Queensborough Terrace, W2 3ST London.

Education Malaysia United Kingdom & Eire juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan ucapan takziah kepada ibu-bapa, saudara-mara serta sahabat-sahabat Allahyarhamah di atas kententuan dan dugaan daripada Allah ini. Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dikalangan hamba Allah yang sentiasa disayangi Allah.

Al-fatihah.


sumber:educationmalaysia.co.uk

Rakyat Kelantan Berhimpun Tuntut Husam Dibebaskan

Posted: 22 Jun 2013 06:00 PM PDT


Malam Tadi Di Pengkalan Chepa Kelantan... # Bebaskan Husam Musa...

Take Note !!! : Penahanan Husam disabitkan dgn tuduhan akta hasutan bertujuan utk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.....-fb

Update Info : Keputusan di IPD Kota Bharu (Pengkalan Chepa), Dato Husam Musa di tahan dalam lokap malam tadi untuk membantu siasatan....

Kita semua diminta berkumpul ESOK@AHAD jam 8.30pagi di Mahkamah Tinggi, Kota Bharu....






Pemuda PAS Kelantan minta Husam dibebas segera


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan mahu polis membebaskan segera Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas selesai diambil kenyataan apabila sampai di ibu pejabat daerah Kota Bharu malam ini.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, keluarganya memberitahu Husam dalam keadaan tidak sihat ketika datang ke Kuala Lumpur hari ini.

"Polis tidak perlu menahannya lebih lama kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan. Beliau masih demam. Tambahan pula perjalanan menggunakan kereta dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

"Saya difahamkan sebanyak empat kereta polis mengiringi Husam dalam perjalanan ke Kota Bharu petang tadi. Ketika kami sampai di IPD Ampang, Husam telah dibawa pulang ke Kota Bharu menggunakan kereta.

"Sudah tentu dalam keadaan tidak sihat dan perjalanan jauh pula lebih mengganggu keadaan kesihatannya. Jadi sewajarnya polis membebaskan segera Adun Salor itu sebaik sahaja selesai siasatan dijalankan di IPD Kota Bharu," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Husam dipercayai ditahan di bawah Akta Hasutan difahamkan ada kaitan dengan kenyataannya mengenai 'syahid fi sabilillah' berhubung penyertaan himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Abdul Latiff yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, sekiranya Naib Presiden PAS itu tidak dibebaskan segera selepas siasatan dilakukan, kemungkinan lebih ramai pemuda akan berhimpun di pekarangan IPD.

Katanya, Dewan Pemuda tidak menolak kemungkinan lebih ramai pemuda akan berhimpun di perkarangan IPD sekiranya siasatan terhadap Husam dilengah cuba ditahan pula di dalam lokap pula.

"Isu yang cuba dibangkitkan pihak tertentu sebagai mengulas kenyataan Husam dilihat lebih bermotifkan politik," katanya.
- HD



TG Nik Aziz minta Husam, keluarga bersabar


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan anggota keluarga bersabar dengan ujian yang dihadapinya hari ini.

Bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika dihubungi sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan terkini Adun Salor itu.

"Saya harap Datuk Husam dan keluarga bersabar," ujarnya ringkas awal malam ini setelah dimaklumkan kepadanya berhubung penahanan Husam hari ini.

Tengah hari tadi Tuan Guru menghubungi wartawan Harakahdaily, Rizal Tahir supaya memaklumkan perjalanan himpunan aman Black 505 kepadanya.

Sementara itu, Husam pula ketika memaklumkan kepada Harakahdaily kira-kira jam 7.00 malam tadi memberitahu berada di Bentong, Pahang dalam perjalanan ke Kota Bharu untuk ke IPD Kota Bharu dengan diiringi kenderaan polis.

Beliau ditahan tengah hari tadi mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan di Desa Pandan dan dibawa ke Balai Polis Ampang.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai 'syahid fi sabilillah' berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.
- HD

[BERGAMBAR & VIDEO] Pemimpin Pakatan Rakyat Yang Menyertai Black 505 22 Jun

Posted: 22 Jun 2013 10:30 AM PDT


Berikut ialah beberapa foto yang merakamkan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada himpunan Black 505 yang berlansung di Padang Merbok petang 22 Jun.



VIDEO UCAPAN PEMIMPIN NGO DAN PR DI PADANG MERBOK !



hemmmmm..... ini lah yang ditakuti oleh peminpin umno serta isi perut umno bila melihat perhimpunan rakyat yang datang tanpa dipaksa atau suka rela... yang mana perhimpunan seperti ini tidak pernah dia orang dapat kecapi melainkan dengan memberi imbuhan serta paksaan... kah kah kah... umporno perkasam jati betul-betul meloyakan heeeee... A B U. - inderasipejuang

Husam Singgah Di Raub Untuk Solat Maghrib, Penyokong Berkumpul Di IPD Pengkalan Chepa

Posted: 22 Jun 2013 08:01 AM PDT


Jam 7:30 malam tadi rombongan Polis yang membawa Dato' Haji Husam Musa pulang ke IPD Pengkalan Chepa berhenti untuk solat Maghrib di Balai Polis Raub.

Alhamdulillah dalam keadaan kurang sihat (demam) Dato' Haji Husam Musa tidak digari & beliau diberi Penghormatan mengimami solat Maghrib manakala para Pegawai Polis yang mengiringi beliau menjadi makmum.

Mohon para penyokong Dato' Haji Husam Musa untuk berkumpul dihadapan IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini untuk menyatakan sokongan & solidariti pada beliau. -fb

Ulasan GB

Intan itu tetap intan yang berharga walau di dalam keadaan apa dan dimana sekalipun ia berada...

Itulah hukum kebenaran dan keadilan. Ditinggikan darjat orang beriman dan berilmu itu dengan beberapa darjat dari yang lainnya.


Husam dibawa ke IPD Pengkalan Chepa


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Husam Musa yang ditahan di Balai Polis Ampang petang tadi, kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pengkalan Chepa, Kelantan.

Menurut maklumat yang diterima Harakahdaily, Adun Salor itu dibawa dengan kereta proton Waja polis kira-kira jam 6 petang tadi.

Beliau dijangka tiba di IPD Pengkalan Chepa lewat malam ini.

Difahamkan waran tangkap terhadap Husam dikeluarkan polis Kelantan pada 20 Jun lalu.

Terdahulu, kira-kira jam 4 petang tadi Husam melalui khidmat pesanan ringkas SMS memaklumkan bahawa beliau ditahan di Desa Pandan ketika sedang dalam perjalanan menuju ke Himpunan Aman Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Beliau memaklumkan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ia dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai 'syahid fi sabilillah' berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok hari ini.

Dalam perkembangan lain, penyokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di IPD Pengkalan Chepa bermula jam 11:00 malam ini.
- HD


Laporan sebelum ini
klik untuk baca


[BERGAMBAR] Husam Ditahan Polis. Kenapa?

Posted: 22 Jun 2013 06:45 AM PDT


Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis hari ini di Pandan.

Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalang beliau menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013.

"Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang," kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

"Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan. Tapi saya berada di Kelantan sejak tiga hari lalu takde pula yang menahan saya," tambahnya.

Baru-baru ini, Husam mengeluarkan kenyataan menggesa penyokong dan ahli PAS untuk menyokong perhimpunan Black 505.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," kata Husam disiarkan pada 18 Mei oleh Harakahdaily. -TMI


Ini berita terkini dari twitter GobindSinghDeo

Dato Husam sekarang dalam perjalanan ke IPD Kota Bahru. Di iringi 4 kereta polis dan lebih dpd 10 pegawai polis. Ditahan berkenaan ucapan di ketereh pd 12.6.13. Disiasat utk hasutan dibawah s4(1) Akta Hasutan. OTW ke IPD Kota Bahru sekarang



Ulasan GB

Penahanan Husam adalah "Saya diberitahu oleh polis, mereka menahan saya kerana pihak polis Kelantan mahu saya ditahan"!

Mengapa Husam tak ditahan di Kelantan tetapi menahannya sewaktu beliau di Kuala Lumpur?

Kedua, motif penahanannya diragui. Jika perkataan Husam seperti yang tersiar di Harakahdaily itu menjadi penyebab kepada penahanannya, maka jelas pihak yang menahannya tidak tahu dan tidak faham perkataan "INSYA ALLAH".

Husam "tidak berfatwa", tetapi Husam menyatakan pendapatnya, maka itu ada perkataan "INSYA ALLAH" dilafazkan.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah,"

Apabila beliau mengeluarkan pendapat, bermakna ia bukan hasutan dan tidak boleh lansung didakwa dibawah Akta Hasutan.

Tiada ulasan: