ANAK SENGAT |
| TAHNIAH HUSSAM.... MOMENTUM BLACK 505 Posted: 23 Jun 2013 01:16 AM PDT Kehadiran Husam di dalam himpunan besar memang jarang kelihatan. Bukan tiada... Bagi saya yang tak pernah mungkir hadir setiap himpunan yang digerakkan oleh PAS khususnya jarang sekali melihat kelibat beliau. Jauh sekali untuk ditangkap. TG Presiden seringkali disembur dengan gas dan bom asap dan ditangkap dalam himpunan bersih . Mungkin kesibukan beliau membantu TGNA sebagai exco kanan menghalang kehadiran beliau secara kerap. Saya tak pasti apakah beliau hadir dalam himpunan membantah kenaikan harga minyak yang dijalankan di stadium diketuai Dr Hatta yang memalukan kerana pertunjukan punggung satu ketika dulu kerana saya dari awal menolak untuk hadir dalam perhimpunan yang di dominasi golongan sosialis khususnya Hisyamudin Rais. Ternyata himpunan itu tercemar dengan perbuatan kumpulan tak tau asal usul yang membuat persembahan memalukan. Berbalik kepada momentum Husam dalam 505, kehadiran beliau yang dikhabarkan banyak berada di luar negara sebelum ini dan bercuti semasa sidang DUN telah berjaya melonjakkan kehangatan 505. Saya fikir , tanpa kehadiran Husam yang ditangkap atas ucapannya beberapa hari sebelum itu, mungkin black505 akan hambar begitu sahaja. Pihak Polis telah belajar dari pengalaman lalu. Sekalipun mereka telah mengungut dengan berbagai ugutan, namun mereka menyedari sekiranya tindakan ganas dilakukan, momentum himpunan itu akan berpanjangan. Saya tak tau apa perancangan penganjur himpunan yang keilhatan sejuk setelah tamat perhimpunan. Apakah objektif itu berjaya atau tidak, kita nantikan ulasan Johari sebagai ketua utama yang menggerakkan himpunan selain Cikgu Bard. Yang pasti, Penganjur perlu berterima kasih kepada Husam kerana telah berjaya memanjangkan momentum himpunan itu. Bagaimana ia berlaku...?? di rancang atau kebetulan bukan persoalan... Hakikatnya Husam berjaya menjadi wira mengalahkan penganjur sendiri. Apakah itu melayakkan Husam menjadi Calon Presiden Pas??? Saya fikir ianya terlalu kerdil... Kehebatan itu terserlah kerana hanya Husam yang ditangkap sewaktu perhimpunan.. Yang lain diluar pengetahuan saya...Hebatnya Datuk Husam, beliau ditahan di saat orang lain tidak ditahan... Itulah kebijaksanaan seorang politikus... berjaya menghidupkan suasana yang kian hambar dari himpunan tersebut... Namun sebagai naib Presiden PAS, Datuk Husam berjaya menenggelamkan ketokohan DSAI yang seringkali menyerlah dalam setiap perhimpunan. Saya masih ingat bagaimana bijaknya DSAI mencuri tumpuan ketika himpunan terakhir di Stadium Merdeka. Beliau telah melakukan pusingan sekeliling stadium sebelum ke pentas untuk mencuri tumpuan sekalipun tindakan itu menganggu tumpuan ke pentas yang sedang berjalan.. bagi saya , tidak menghormati majlis... apapun itulah sifat politikus yang bijak mencuri perhatian. Apapun, di perhimpunan Black 505, Datuk Husam adalah tokohnya... mengatasi DSAI sendiri. |
| You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan