Sabtu, 8 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Dr Haron Din SOKONG Black505

Posted: 08 Jun 2013 08:00 AM PDT


[HD] KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, beliau menyokong sebarang perhimpunan aman yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengundang kepada malapetaka.

"Lagi pun kalau ada kekacauan yang berlaku, ia sebenarnya berpunca daripada provokasi pihak tertentu. Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan," katanya ketika ditemui Harakah di Kota Bharu.


Berkaitan:


[HD] KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Dr Haron Din mendakwa, rakyat khususnya pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu telah ditipu berhubung penggunaan dakwat 'kekal'.

Katanya, tidak kira pihak mana yang sebenarnya bertanggungjawab dengan dakwat yang tidak kekal itu, namun hakikatnya seluruh pengundi telah ditipu oleh istilah 'dakwat kekal' itu.

"Polis mempunyai kapa­siti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut. Pembekal mem­bekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinamakan sebagai dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan pengundi. 

"Kalau kerajaan ber­pakat dengan SPR meme­san dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa se­bagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat," ujarnya. 

Pada hari pengundian 5 Mei lalu, beliau yang merupakan calon PAS bagi kawasan Parlimen Arau, adalah antara individu yang membuat laporan polis berhubung dakwat yang dicalit ditanggannya boleh tanggal sejurus selepas membuang undi.

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi kepincangan yang berlaku sepanjang proses pilihan raya lalu seperti didedahkan oleh banyak pihak.

Sehubungan itu katanya, beliau menyokong se­barang perhimpunan aman membantah penipuan pilihan raya yang dianjurkan di negara ini selagi tidak mengun­dang kepada malapetaka. 

"Lagi pun, Islam dan perlembagaan negara membenarkan perhimpu­nan secara aman. Seperti juga kita berhimpun pada hari Jumaat. Itu juga dina­makan sebagai demonstra­si tetapi diadakan secara aman. Sama juga perhim­punan besar di Makkah. Perhimpunan aman saya sokong," jelas beliau.


P/s: Bab ini TM sokong TG Dr Haron Din 100%!!!


[PANAS] Delegasi Mongolia Mahu Jawapan kematian Altantuya

Posted: 08 Jun 2013 07:00 AM PDT



[MK] Delegasi Mongolia di Sidang Kemuncak Global Wanita di Kuala Lumpur menggesa kerajaan Malaysia memberi jawapan atas kematian misteri wanita warganegara itu, Altantuya Shaariibuu di Malaysia.

Bercakap kepada media di luar persidangan itu, Presiden Persekutuan Wanita Mongolia (MWF), J Erdenechimeg berkata, perbicaraan baru harus bermula untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas kematian Altantuya. 

"Kami membuat permintaan khusus kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia untuk bertindak atas ini dan supaya perbicaraan segera diadakan," tegasnya. 

Diapit oleh kira-kira 70 anggota delegasi, beliau berkata ia demi untuk dua anak lelaki Altantuya yang kini membesar tanpa ibu mereka. 

"Kami juga berharap diberi bantuan kewangan kepada kedua-dua anak-anak tersebut," katanya. 

Menurut pengarah eksekutif MWF, Ariunna Shagdarsuren (kanan), MWF telah memutuskan untuk membawa mesej itu bagi pihak keluarga si mati selepas bertemu dengan bapa Altantuya. 

"Bapanya telah meminta kami supaya membangkitkan perkara ini kerana beliau perlu memberitahu cucunya mengapa ibu mereka mati di Malaysia," katanya. 

"Sudah bertahun-tahun berlalu, berapa lama lagi mereka perlu menunggu?"


erdenechim and ariunna mongolian women delegation to KL, pc on altantuya

Sarjan Polis Sekeluarga Dibogelkan Perompak

Posted: 08 Jun 2013 06:00 AM PDT

Sekadar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang anggota polis berpangkat sarjan dan ahli keluarganya berdepan detik cemas apabila bergelut dengan sekumpulan empat penjenayah yang memecah masuk rumahnya di Seksyen 6 Wangsa Maju, di sini, hingga pistol miliknya dirampas.

Ketika kejadian jam 9 malam kelmarin, mangsa di rumah bersama isteri dan seorang anak perempuan sebelum secara tiba-tiba empat lelaki bertopeng serta bersenjatakan parang masuk ke kediamannya.

Menurut sumber, kumpulan penjenayah itu mengarahkan semua mangsa ke tingkat atas sebelum menggeledah rumah.

"Dalam keadaan kelam-kabut dan cemas itu, anggota polis berkenaan cuba mempertahankan diri dengan mengambil pistol miliknya yang disimpan bersama 30 peluru di atas almari, namun tindakannya itu disedari kumpulan penjenayah terbabit.

"Berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek hingga menyebabkan pistolnya dirampas dan berang dengan tindakan mangsa itu, penjenayah terbabit bertindak membogelkan semua mangsa," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sumber berkata, selain pistol milik mangsa, suspek turut merampas beberapa barang berharga termasuk wang tunai sebelum melarikan diri menaiki kenderaan diletakkan di kawasan berhampiran rumah mangsa.


"Suspek sempat mengambil telefon bimbit jenis Sony Xperia dan iPhone 4, rantai emas serta jam tangan selain wang tunai kira-kira RM2,000.

"Semua suspek melarikan diri dengan kenderaan tidak dapat dipastikan jenis dan kerugian mangsa dianggarkan RM6,000," katanya.

Difahamkan, anggota polis itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.



Nenek Panjat Pokok Kelapa Sara Keluarga

Posted: 08 Jun 2013 05:00 AM PDT



[HM] Kuala Kangsar: Seorang warga emas layak digelar 'nenek kental' apabila mampu memanjat pokok kelapa setinggi kira-kira 20 meter dalam tempoh tidak lebih dua minit sejak 43 tahun lalu, bagi menyara kehidupan tujuh anak dengan pendapatan tambahan antara RM40 hingga RM50 sehari.

Zabedah Mansor, 59, ibu tunggal yang menetap di Kampung Kubang Pekan, di sini, menggunakan kudratnya mengambil upah memanjat pokok kelapa sejak berusia 11 tahun.

Bukan itu saja, wanita yang sudah mempunyai tiga cucu itu juga boleh memanjat pokok durian, petai, pinang, rambutan, duku dan sebagainya tanpa menggunakan galah. "Ia sekali gus menolak anggapan pekerjaan memanjat pokok berkenaan hanya untuk kaum lelaki saja," katanya.

Menurut Zabedah, kelapa yang dipungutnya dibawa terus kepada pemborong untuk dijual kepada pelanggan yang membuat tempahan mengikut harga pasaran tetap.


ZABEDAH (kanan) bersama sebahagian anaknya mengopek kelapa.

"Sebenarnya upah memanjat pokok bergantung pada saiz pokok juga, jika pokok itu rendah, hanya RM5, manakala pokok tinggi dikenakan bayaran RM10.




Video Pelajar Dibelasah Tersebar

Posted: 08 Jun 2013 04:03 AM PDT


[SH] BALING - Sebuah rakaman video memaparkan seorang remaja dibelasah oleh seorang lelaki dewasa yang didakwa berlaku di sebuah sekolah agama di sini mula tersebar di laman sosial.

Sebuah blog mendakwa lelaki dewasa itu merupakan seorang guru, manakala remaja itu merupakan pelajar di sekolah terbabit.

Video berdurasi 1.05 minit itu menunjukkan remaja terbabit ditampar, ditumbuk malah ditendang ala tomoi oleh lelaki dewasa terbabit.

Rakaman itu mula di muat turun dalam laman sosial sejak April lalu dan mendapat banyak kritikan daripada pengguna laman sosial.

Berdasarkan rakaman itu, remaja terbabit ditampar sekali di muka, ditumbuk di perut dan turut ditendang menggunakan lutut di perut.

Rakaman itu jelas menunjukkan remaja terbabit berada dalam kesakitan bagaimanapun, lelaki terbabit terus membelasah remaja terbabit tanpa belas kasihan.

Rakaman awal turut menunjukkan terdapat beberapa remaja yang berada dalam barisan berdekatan tempat kejadian, bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak berani untuk mempertahankan mangsa.

Bagaimanapun, Jurucakap Polis Daerah Baling mengesahkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

Pihak polis turut berharap pihak berkenaan dapat tampil membuat laporan polis bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan.


Tiada ulasan: