DUNIACACAMARBA |
- Tiga Anggota Polis Dituduh BUNUH Dhamendran
- Michael Douglas NAFI Seks Oral Punca Kanser Tekaknya
- Patung Pakaian Seksi Mungkin DIHARAMKAN di Mumbai, Mengapa?
- Aktres Bollywood Ditemui Mati di Kediamannya
- Lim Kit Siang Jawab Isu Red Bean Army, Dedah Briged DDD
Tiga Anggota Polis Dituduh BUNUH Dhamendran Posted: 05 Jun 2013 03:14 AM PDT [MK] Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan membunuh N Dhamanderan pada 21 Mei lalu. Ketiga-tiga mereka iaitu Jaffri bin Jaafar, 44; Mohd Nahar Abdul Rahman, 45; dan Mohd Haswadi Zamri Shaari, 32; bersama seorang lagi yang masih bebas dituduh "dalam mencapai niat bersama telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Dhamanderan Narayanasamy". Jaffri, Mohd Nahar dan Mohd Haswadi mengesahkan mereka memahami tuduhan tersebut, walaupun tiada pengakuan direkodkan. Majistret Nur A'minatul Mardiah Md Nor menetapkan 9 Julai untuk sebutan dan serahan dokumen, termasuk laporan ahli kimia dan laporan bedah siasat. Menurut kertas tuduhan, ia dipercayai berlaku pada 21 Mei 2013 di antara jam 12.20 sehingga 2.50 petang di Pejabat Siasatan Khas (D9) tingkat 7, Ibu Pejabat Kontingen Kuala Lumpur. Semua mereka dituduh di bawah Seksyen 302 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, ketuga-tiganya berdepan dengan hukuman mati. Tertuduh pertama Jafri Jaafar diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad; tertuduh kedua Mohd Nahar diwakili Datuk Baljit Singh Sidhu dan tertuduh ketiga, Mohd Hazwadi diwakili Geethan Ram Vincent. Peguam N Surendran dan Latheefa Koya, G Sivamalar, dan M Manogaran pula bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Dhamendran. Pagi tadi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengumumkan anggota polis yang terlibat dalam kes kematian Dhamendran akan didakwa. Menurutnya, bedah siasat yang dijalankan Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mei ke atas mayat Dhamendran mendapati punca kematian adalah kecederaan akibat hentakan objek tumpul. Dhamenderen meninggal dunia dalam selnya di lokap Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur pada 21 Mei lepas semasa dia ditahan reman berhubung kes cubaan membunuh melibatkan senjata api. Beliau sepatutnya menjalani tahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei. | ||
Michael Douglas NAFI Seks Oral Punca Kanser Tekaknya Posted: 04 Jun 2013 11:41 PM PDT [HM] Hollywood: Aktor Michael Douglas semalam menafikan dia mengatakan kanser tekak dihidapinya disebabkan oleh seks oral. Berikutan menjadi tajuk utama akhbar sedunia, jurucakapnya, Alan Bury berkata, bintang berusia 68 tahun itu dipetik sebagai berkata di luar konteks mengenai virus seks HPV. "Douglas tidak mengatakan kunilingus menjadi punca kanser dihidapinya. "Sebagaimana dibincangkan bahawa seks oral disyaki menjadi punca kanser oral tertentu. Dia tidak mengatakan ia menjadi punca khusus penyakitnya." Douglas menghidap tumor lidah pada 2010. Ditanya sama ada dia menyesal meminum arak dan merokok, dia dilaporkan berkata: "Tidak, kerana kanser jenis ini disebabkan HPV yang berpunca daripada kunilingus." - AP | ||
Patung Pakaian Seksi Mungkin DIHARAMKAN di Mumbai, Mengapa? Posted: 04 Jun 2013 08:00 PM PDT
[Kosmo] MUMBAI - Patung-patung yang dipakaikan dengan baju dalam wanita dan pakaian menjolok mata mungkin diharamkan di sini sebagai cara untuk memerangi kejadian rogol. Anggota-anggota Majlis Perbandaran Mumbai telah meluluskan resolusi untuk melarang patung yang dipakaikan dengan pakaian menjolok mata dipamerkan di luar kedai. Bagaimanapun, Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Mumbai, Sitaram Kunte masih belum meluluskan resolusi tersebut. Seorang anggota majlis itu, Ritu Tawde berkata, dia mencadangkan larangan tersebut kerana patung tersebut merendahkan martabat wanita. Menurutnya, patung seperti itu juga boleh mendorong kaum lelaki menyerang wanita. India sebelum ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember tahun lalu. Wanita itu kemudian meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura ekoran kecederaan parah selepas dia dicampak dari bas tersebut. "Lelaki-lelaki seperti itu (para perogol pelajar itu) melakukan perbuatan tersebut kerana didorong dengan pameran patung-patung itu. Patung merupakan replika tubuh badan wanita. Justeru, ia merupakan alasan kenapa saya menentang penggunaan patung itu," kata Tawde. Bagaimanapun, Presiden Persekutuan Kebajikan Peniaga Runcit India, Viren Shah menyatakan resolusi itu sebagai tidak munasabah. Menurutnya, patung-patung itu bukan punca berlakunya serangan ke atas wanita. - AP | ||
Aktres Bollywood Ditemui Mati di Kediamannya Posted: 04 Jun 2013 07:24 PM PDT [Kosmo] MUMBAI - Seorang aktres Bollywood, Jiah Khan ditemui mati di apartmennya di sini dipercayai membunuh diri, kata polis semalam. Dia yang pernah berlakon buat kali pertama bersama pelakon legenda, Amitabh Bachchan, dibesarkan di London sebelum berpindah ke India untuk menceburi industri perfileman Bollywood. Menurut seorang pegawai polis, mayatnya ditemui oleh keluarganya. Laporan media menyatakan, mayatnya ditemui oleh ibunya. Pegawai tersebut menyatakan pihak polis menyoal beberapa jirannya. Dia juga memberitahu kepada pemberita, tiada nota bunuh diri ditemui bersama mayat Jiah yang berusia 25 tahun. "Kami mengesyaki dia menggantung diri di kediamannya," kata polis kepada agensi berita AFP. Mayat Jiah telah dihantar ke sebuah hospital untuk dibedah siasat. Jiah dilahirkan di New York sebelum berpindah ke London dan Mumbai untuk membuat penampilan Bollywood pertama dalam filem kontroversi Nishabd pada 2007. Dia melakonkan watak seorang remaja yang jatuh cinta dengan seorang rakan baiknya yang berusia jauh lebih tua daripadanya. Watak rakan baiknya itu dilakonkan oleh Bachchan. Filem itu mendapat ulasan yang sederhana daripada para pengkritik tetapi Jiah dipuji kerana lakonannya yang menyerlah. Jiah yang menukar nama asalnya Nafisa Khan pernah berlakon bersama Aamir Khan dalam filem pecah panggung, Ghajini. Industri perfileman India turut terkejut dan sedih dengan berita kematian itu. Aktres Sonam Kapoor menghantar mesej di laman Twitter berhubung kematian Jiah. "Apa yang terjadi. Adakah berita itu betul. Tragedi yang dahsyat," katanya Bachchan ketika dihubungi AFP semalam memberitahu, dia terkejut dan berasa bingung dengan berita tersebut. Dalam pada itu, aktres Bipasha Basu turut menghantar mesej di laman Twitter dengan menyatakan, Tuhan merahmati rohnya. Filem terbaharu Jiah, Housefull yang dikeluarkan pada tahun 2010 turut dibintangi oleh Akshay Kumar dan Deepika Padukone. Pengarah filem Nishabd, Ram Gopal Farma menyatakan Jiah diselubungi kemurungan ekoran kerjayanya dalam bidang lakonan menemui kegagalan. Aktres itu dilaporkan mahu meneruskan kerjayanya dalam kursus reka bentuk dalaman selepas kerjaya lakonannya gagal. Dia juga menjalin hubungan dengan Suraj Pancholi yang merupakan anak kepada pelakon Aditya Pancholi selama setahun. Menurut laman web Jiah, dia akan berlakon dalam filem keluaran Hollywood. Jiah merupakan anak perempuan kepada Ali Rivzi Khan yang merupakan aktres berketurunan India yang popular pada tahun 1980-an. - Agensi | ||
Lim Kit Siang Jawab Isu Red Bean Army, Dedah Briged DDD Posted: 04 Jun 2013 04:30 PM PDT [TMI] KUALA LUMPUR, 4 Jun — Umno yang lebih kaya menubuhkan pasukan khas "Briged DDD" bermaksud Demonise(burukkan)/Destroy(hancurkan) DAP dan bermimpikan "Read Bean Army" direka sebagai percubaan untuk menjatuhkan DAP semasa pilihan raya, kata Lim Kit Siang hari ini. Dalam usaha menepis khabar angin mengaitkan parti itu kepada kumpulan 3,000 orang pahlawan digital dinamakan mengikut pencuci mulut masyarakat Cina, ahli parlimen pembangkang veteran itu berusaha menterbalikkan meja ke musuh politiknya dengan menuduh penasihat rapat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendanai skim rahsia dan sulit untuk "memburukkan dan memusnahkan DAP", semenjak September lepas. "Bertambahnya dakwaan keterlaluan dongeng 3,000 tentera siber "Red Bean Army" yang dibiayai DAP dengan bajet RM100 juta sehingga RM1 bilion sejak enam tahun lalu adalah salah satu tugas Pasukan "DDD" yang penuh kerahsiaan itu," kata ahli Parlimen Gelang Patah (gambar) itu dalam satu kenyataan hari ini. "Siasatan lanjut menunjukkan bahawa konspirasi yang dibiayai Umno/BN untuk memburuk-burukkan dan menghancurkan DAP (Pasukan DDD) mempunyai pusat arahan tertinggi dan telah digerakkan pada September tahun lepas atau lapan bulan sebelum pembubaran Parlimen pada April dan bukan sekadar tiga bulan yakni pada bulan Januari seperti yang disangkakan sebelum ini," tambah beliau lagi. Tugas "Briged DDD", menurut Lim adalah untuk membangkitkan kesangsian dalam, konflik dan perselisihan di dalam DAP, memburuk-burukkan dan merosakkan kredibiliti, integriti dan keyakinan orang ramai terhadap pemimpin-pemimpin DAP dan menggambarkan imej DAP sebagai parti cauvinis Cina yang anti-Melayu dan anti-India. Beliau berkata pasukan itu telah memulakan serangan terhadap DAP selepas pemilihan parti itu pada 16 Disember lalu dengan mencanangkan masalah teknikal terhadap keputusan pengundian parti itu untuk penyelewengan utama dan menolak bagi pembatalan pendaftaran sebagai sebuah entiti politik. Beliau membangkitkan berita berat sebelah yang meningkat dalam media dikuasai Umno-BN, terutamanya akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, dari bulan September sebagai sebahagian daripada objektif serampang tiga mata Briged DDD untuk memastikan kekalahan parti pembangkang kepada MCA di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek di Selangor, sebagai pulangan kepada BN dan penghapusan DAP dalam pilihan raya umum. "Analisa terhadap pembohongan dan penipuan yang digerakkan oleh Pasukan DDD menunjukkan kebejatan yang "Bilik Perang" Umno/BN sanggup sokong demi merobohkan dan memusnahkan DAP, benar-benar mereka telah hilangan semua penghormatan ke atas kebenaran, keadilan dan etika," kata Lim. Penasihat DAP itu, bagaimanapun, mendakwa pengundi berjaya menggagalkan usaha ini, dengan mengundi kembali penyandang Lai Nyuk Lan di kerusi DUN Sungai Pelek dengan majoriti 1,972 pada pilihan raya umum 2013 dan meningkatkan kerusi parti itu di DUN Selangor dan 15 kerusi Parlimen menjadikannya 38 daripada 222 anggota Dewan Rakyat. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebuah syarikat elektronik terbesar di Taiwan yang dimiliki seorang rakyat Malaysia sedang disiasat pihak berkuasa negara ini kerana dikenal pasti mempunyai hubungan dengan kegiatan tentera siber Red Bean Army. Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pemilik syarikat itu merupakan graduan di sebuah universiti di Taiwan mempunyai pengalaman bekerja di syarikat elektronik terbesar di negara itu sebelum memutuskan untuk membuka cawangan di Malaysia. "Dia membuka cawangan syarikat tersebut di Pulau Pinang selepas mendapat bantuan dan kelulusan kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) kira-kira tiga tahun lalu tetapi akhirnya menyokong pergerakan Red Bean Army yang dipercayai diatur oleh pihak pembangkang," lapor Utusan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan