Isnin, 3 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kes Pembunuhan Altantuya: Sirul Mohon Mahkamah Rayuan Isytihar Perbicaraan Mahkamah Tinggi SILAP

Posted: 03 Jun 2013 08:09 AM PDT


[Bernama] Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Beliau memohon Mahkamah Rayuan mengisytiharkan perbicaraan itu sebagai perbicaraan silap, sabitannya diketepikan dan beliau dibebaskan.

Sirul Azhar, 39, mendakwa publisiti buruk yang diterimanya telah mewujudkan kebarangkalian bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah, menyebabkan sabitannya boleh dipertikaikan.

Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada publisiti buruk menerusi tiga akuan bersumpah, dua dibuat oleh penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra Kamarudin.

Beliau berkata akuan bersumpah yang pertama oleh Balasubramaniam, dibuat selepas pihak pendakwaan menutup kesnya pada 23 Jun, 2008, mengandungi perkara-perkara yang prejudis terhadap dirinya kerana perkara itu tidak didedahkan dalam keterangannya (Balasubramaniam) pada perbicaraan.

Katanya Balasubramaniam telah, pada 4 Julai 2008, membuat satu lagi akuan bersumpah menyatakan beliau menarik balik akuan bersumpah yang pertama.

Sirul Azhar berkata akuan bersumpah itu telah dimuat naik di pelbagai laman web dan telah menjadi punca pelbagai spekulasi, perdebatan dan ulasan daripada orang awam, pengamal undang-undang dan pemimpin yang telah ditafsirkan sebagai mempersoalkan kesahihan dan ketulenan akuan bersumpah itu.

Katanya persoalan penting yang bermain di fikiran para pembaca yang mendapat akses kepada bahan itu mungkin ialah, "Apa yang mendorong perayu-perayu untuk membunuh mangsa" dan "Siapa yang memberi arahan supaya pembunuhan dilakukan oleh perayu-perayu".

Sirul Azhar berkata Raja Petra telah, pada 21 Jun, 2008, memuat naik akuan bersumpahnya di laman web Internet menyatakan tiga individu lain turut hadir semasa mangsa dibunuh, yang boleh ditafsirkan untuk membawa maksud bahawa beliau (Sirul Azhar) adalah pembunuhnya.

Beliau mendakwa Raja Petra juga telah memuat naik satu salinan kenyataan beramaran dipercayai olehnya (Sirul Azhar) menyatakan beliau (Sirul Azhar) telah mengaku membunuh wanita Mongolia itu.

Sirul Azhar dan bekas Cif Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 bagi kesalahan membunuh Altantuya, ketika itu berusia 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam, Selangor antara 10 malam pada 19 Oktober 2006 dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman mati dijadual didengar Mahkamah Rayuan pada 10 Jun.

Peguam yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamarudin berkata salinan notis usul itu akan diserahkan kepada pihak pendakwaan.





Doktor Mengaku Tidak Bersalah Cabul Ahli Perniagaan

Posted: 03 Jun 2013 07:26 AM PDT


Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang ahli perniagaan di Poliklinik di Simpang Pulai pada 22 Mei lepas. Dr. T. Alagaratnam Sivarajah, 63, (kiri) didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan seorang wanita berumur 50 tahun.-fotoBERNAMA

[Bernama] IPOH: Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang ahli perniagaan wanita di Poliklinik Simpang Pulai, pada 22 Mei lepas.

Dr T.A Alagaratnam Sivarajah, 63, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan wanita berumur 50 tahun itu di alamat No. 63, Persiaran Sengat Baru Dua, Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini antara pukul 11.30 pagi dan 12 tengah hari.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa meminta mahkamah mengenakan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam K. Nahtan yang mewakili Dr Alagaratnam memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh sudah mengusahakan kliniknya sejak 18 tahun lalu, selain menetap dan mempunyai keluarga di sini.

Majistret Nur Syafiqah Noorinda membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Julai sebagai tarikh sebutan semula kes. 


Berita awal di sini.


Pengurus Restoran Didakwa Rasuah Bapa Budak 13 Tahun Agar Tarik Laporan Polis Kes Rogol

Posted: 03 Jun 2013 02:33 AM PDT


Riduan Masmud (kiri) bersama peguamnya, Loretto S.Padua (kanan) berjalan keluar dari mahkamah sesyen di Kota Kinabalu pada Isnin. Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR
[Mstar] KOTA KINABALU: Pengurus restoran yang dituduh kerana merogol seorang gadis berusia 13 tahun yang kemudian mengahwininya, telah didakwa kerana memberi rasuah sebanyak RM5,000 kepada bapa gadis itu bagi menarik balik laporan polis.

Riduan Masmud, 41, didakwa kerana menawarkan RM5,000 kepada lelaki itu pada 18 April lalu dan memberi RM2,000 dan RM3,000 antara pukul 9pm dan 12 tengah malam di dua lokasi berasingan di Kota Kinabalu pada hari yang sama.

Kejadian rogol itu yang didakwa berlaku di tempat letak kereta di Inanam pada kira-kira pukul 10 pagi pada 18 Februari lalu tidak dibangkitkan sehingga ibu saudara kepada gadis berusia 13 tahun itu membuat laporan polis.

Riduan, yang mempunyai dua anak perempuan dan dua anak lelaki dengan isteri pertamanya, didakwa melakukan kesalahan itu 10 kemudian tetapi mengahwini gadis berkenaan di mahkamah Syariah sejurus selepas itu.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mukhriz Mat Ruz yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta untuk ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin selepas Riduan mengaku tidak bersalah atas dakwaan yang dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen, Caroline Bee Majanil pada Isnin.

Peguam Riduan, Loretto S Padua Jr membantah jumlah ikat jamin itu dengan mengatakan bahawa ia menunjukkan seolah-olah anak guamnya dihukum sebelum perbicaraan.

"Jumlah (ikat jamin) adalah terlalu tinggi dan anak guam saya tidak mampu," katanya, sambil menambah bahawa Riduan telah digantung daripada pekerjaannya dan melakukan kerja-kerja sambilan.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua tuduhan dan menetapkan 21 Jun untuk pengurusan kes.

Riduan kelihatan tenang apabila memasuki Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, ditemani oleh anak perempuan sulungnya dan Loretto.

Riduan akan hadir ke mahkamah pada 6 Jun ini bagi mengetahui sama ada pendakwaan berhubung kes rogolnya sebelum ini akan diteruskan.



[Gambar] Mengapa Nasharuddin Tidak Pernah Kelihatan Menyokong Anwar Ibrahim?

Posted: 02 Jun 2013 09:56 PM PDT


Mungkin gambar di atas klunya!

Siapa lagi yang menghadiri majlis Saiful Bukhari?




Tiada ulasan: