Jumaat, 21 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Video] Masih Hidup Walaupun Sudah 6 Hari Dikuburkan

Posted: 21 Jun 2013 06:24 AM PDT





Ceritanya di sini.


P/s: Apa sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya!!



[Gambar] Pengguna FB Nasihati Najib Supaya Ingatkan Rosmah Agar Tutup Aurat

Posted: 20 Jun 2013 08:08 PM PDT

Foto: Omakkau


P/s: Salut kepada pengguna FB itu. 

TM juga menyeru muslimah di Malaysia termasuk Hajah Rosmah agar menutup aurat dengan sempurna sesuai dengan tuntutan agama. Semoga anda semua memperoleh keberkatan dan rahmat Allah SWT.





Bahana Cinta Kenalan FB, Remaja Dirogol & Diliwat Bergilir-gilir

Posted: 20 Jun 2013 05:00 PM PDT


[SH] MARANG - Terpesona dengan kenalan cinta Facebook, seorang jurujual perempuan berusia 17 tahun menjadi mangsa rogol lelaki yang dikenalinya melalui laman sosial itu di sini, Isnin lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Marang, Terengganu itu mula mengenali lelaki terbabit kira-kira dua bulan lalu dan suspek mengajak mangsa keluar makan bersamanya kira-kira jam 11 malam.

Bagaimanapun lain pula jadinya apabila suspek membawa mangsa ke sebuah bangsal di Kampung Bukit Parit di Marang untuk melakukan adegan 'ringan' sebelum mengajak mangsa melakukan hubungan seks.

Mangsa menolak ajakan itu, namun suspek tetap berdegil dan tidak mempedulikan rayuan mangsa dan bertindak merogolnya.

Lebih malang, seorang lagi lelaki yang dikenali suspek tiba-tiba muncul selepas itu dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir termasuk meliwat mangsa.

Suspek kemudiannya menghantar mangsa pulang ke Kuala Terengganu kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Polis juga telah menahan seorang individu di Kampung Bukit Parit, di sini untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: