Jumaat, 21 Jun 2013

Biaqpila

Biaqpila


CETUS RUSUHAN? KAH! KAH! KAH!

Posted: 21 Jun 2013 06:52 AM PDT

#black505 Nafi Tuduhan Ketua Polis Kuala Lumpur

Saya terkejut dengan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato’ Mohamad Salleh yang baru dikeluarkan sebentar tadi. Antara lain, kenyataan tersebut menuduh kononnya penganjur mengeluarkan arahan untuk melakukan provokasi terhadap anggota polis dengan tujuan mencetuskan rusuhan.

Sebagai jurucakap rasmi kesemua perhimpunan #black505 yang telah dilaksanakan setakat ini, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan #black505. Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis.

Saya juga merupakan penganjur utama kesemua perhimpunan #black505 termasuklah yang akan diadakan esok di Padang Merbok dan terlibat di dalam kesemua perancangan. Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung dengan baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran ini.

Oleh kerana kenyataan Dato’ Mohamad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadap saya selaku penganjur, saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Dato’ Mohamad Salleh kerana kenyataannya itu berbau fitnah dan tidak benar.

Saya juga mempertahankan kenyataan saya petang ini bahawa penganjur telah mendapat isyarat tidak rasmi dari pimpinan atasan bahawa pihak polis akan memberikan kerjasama untuk membolehkan perhimpunan esok berjalan lancar. Saya percaya keputusan itu akan diselaraskan di peringkat pimpinan polis dan Kementerian Dalam Negeri selepas ini.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
21 JUN 2013 

SPEAKER PALING CUN DI MALAYSIA

Posted: 21 Jun 2013 05:21 AM PDT


Hannah Yeoh angkat sumpah Speaker DUN Selangor

SHAH ALAM, 21 JUN: Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh hari ini secara rasminnya mengangkat sumpah sebagai Speaker di Dewan Negeri Selangor, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pada jam 9.40 pagi tadi.

Speaker wanita pertama dalam sejarah Malaysia itu berikrar untuk memenuhi segala tanggungjawab dengan jujur dan setia kepada negeri.

Beliau juga berjanji untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan negeri Selangor.


Dalam majlis yang sama, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad juga turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker.




Roketkini.com




RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

MATA KASAR,MATA NAFSU DAN MATA IMAN

Posted: 20 Jun 2013 09:00 PM PDT



Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat.

Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.

MATA KASAR

Apabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.

MATA NAFSU

Apabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu.

Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya.

Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastik dan sebagainya.

Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan.

Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.

MATA IMAN

Apabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman.

Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis.

Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua.

Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi.

Semuanya adalah sementara.

Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua.

Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini?

Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Kerana apa?

Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti.

Syurga dan neraka adalah pasti.

Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini, balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi... nauzubillah...

Apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang kekal abadi???


Ustaz Nasir


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Tiada ulasan: