Selasa, 11 Jun 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[PANAS] Black505 Padang Merbok: DBKL KANTOI...

Posted: 11 Jun 2013 05:56 AM PDT


[Rafizi.com]Sekretariat Pakatan mendapat makluman bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013, melalui surat yang difakskan semalam.

Melalui sidang media dan laporan berita berikutnya, saya mendapat tahu alasan-alasan kenapa permohonan itu ditolak, termasuklah alasan bahawa Padang Merbok diperlukan pada 22 Jun 2013 sebagai persiapan kepada satu acara yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada keesokan harinya iaitu 23 Jun 2013.

Saya telah membuat semakan seperti berikut untuk menentukan apakah acara yang akan dianjurkan oleh MOM seperti yang disebut oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur:

1. Menyemak kalendar acara MOM di laman rasmi MOM www.olympic.org.my seperti paparan skrin yang disertakan. Mengikut kalendar acara MOM, pada 23 Jun 2013 MOM akan menganjurkan Larian Olimpik McDonald (McDonald's Olympic Run)


2. Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini. Didapati bahawa larian ini bukanlah berlangsung di Padang Merbok tetapi bermula dan berakhir di Dataran Merdeka (sila rujuk paparan skrin di bawah)


3. Untuk memastikan acara ini benar-benar diadakan di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok, saya menyemak pula laman Pacesetters Athletic Club Malaysia (PACM) yang turut sama akan terlibat di laman rasminya www.pacesetters.com.my (sila rujuk paparan skrin). Disahkan bahawa acara anjuran MOM ini akan diadakan di Dataran Merdeka, bukannya Padang Merbok.


4. Akhir sekali, saya menyemak sendiri laluan larian dari borang pendaftaran yang disertakan. Berdasarkan laluan larian seperti yang ditunjukan di paparan skrin, jelas bahawa larian tersebut tidak menggunakan Padang Merbok sebagai tapak dan ia bermula dan berakhir di Dataran Merdeka.


Saya kesal dengan tindakan DBKL yang tidak memberikan jawapan yang jelas mengenai kepenggunaan Padang Merbok pada 23 Jun 2013 semata-mata kerana terpaksa tunduk kepada tekanan politik Umno/Barisan Nasional. Jelasnya, acara pada 23 Jun 2013 tidak melibatkan Padang Merbok dan bermula/berakhir di Dataran Merdeka – maka tidak ada alasan untuk tidak membenarkan himpunan aman #black505 berlangsung di Padang Merbok pada 22 Jun 2013.

Saya juga ingin menjawab alasan-alasan lain yang diberikan oleh Dato' Bandar Kuala Lumpur terutamanya ekoran pendedahan bahawa acara pada 23 Jun 2013 anjuran MOM tidak menggunakan Padang Merbok:

1. Pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional bahawa perhimpunan aman hanya boleh diadakan di tempat tertutup seperti stadium adalah tidak masuk akal dan bertentangan dengan hak berhimpun secara aman di semua tempat-tempat awam mengikut peruntukan Akta Perhimpunan Aman. Jika pendirian pimpinan Umno/Barisan Nasional ini digunapakai, maka tidak ada apa-apa majlis atau acara yang boleh dibuat di tempat terbuka dan akta perlulah ditukar namanya menjadi "Akta Perhimpunan Aman Dalam Stadium Sahaja"

2. Alasan bahawa penggunaan stadium akan memudahkan penjaja juga tidak masuk akal kerana semua perhimpunan aman yang dibuat di tempat terbuka sebelum ini berjaya menempat penjaja dengan baik. Malah, penggunaan stadium menyempit ruang untuk penjaja berniaga

3. Alasan bahawa perhimpunan di Padang Merbok akan menjejaskan perhiasan sekitar kawasan sudah tentu tidak masuk akal kerana acara Larian Olimpik McDonald mengambil ruang yang lebih besar dan melalui semua kawasan-kawasan berhampiran Parlimen

4. Alasan bahawa perhimpunan akan menyebabkan kesesakan jalan raya tidak boleh dipakai kerana Larian Olimpik McDonald akan menyebabkan jalan-jalan ditutup di sekitar kawasan. Jika pihak berkuasa boleh menutup jalan untuk mempermudahkan larian itu, saya pasti pihak berkuasa juga boleh menutup jalan untuk perhimpunan aman #black505 pada 22 Jun 2013.

Saya dan rakan-rakan Pakatan Rakyat akan hadir berbincang dengan Dato' Bandar Kuala Lumpur pada 14 Jun 2013 tetapi kami tidak akan berganjak dari keputusan mengadakannya di Padang Merbok pada 22 Jun 2013, apatah lagi apabila terbukti padang itu tidak digunakan pada hari Sabtu dan Ahad minggu itu.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

11 JUN 2013


Berita awal di sini.


Ahli Parlimen BN Sabah, Sarawak Jumpa Ku Li...Saspens!!!

Posted: 10 Jun 2013 11:30 PM PDT


Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13 

[TMI] KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013. 

The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang. 

"Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya," kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu. 

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih pada pilihan raya umum 5 Mei berada di sini selama dua hari untuk diterangkan tentang prosedur dan etika Parlimen. 

BN mendapat 47 daripada 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, menyumbangkan satu pertiga dari 133 kerusi mereka menangi daripada 222 jumlah kerusi di Parlimen. 

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri kepada ahli Parlimen Malaysia Timur, menyebabkan parti seperti SPDP dari Sarawak hanya mempunyai satu wakil walaupun menang empat kerusi Parlimen. 

Sebaliknya MIC dari semenanjung Malaysia menyaksikan empat ahli Parlimen mereka mendapat jawatan menteri dan timbalan menteri dalam pentadbiran Najib – yang mempunyai 32 menteri penuh termasuk lapan di Jabatan Perdana Menteri. 

"Ahli Parlimen dari Malaysia Timur tidak mahu meninggalkan BN akan tetapi mahukan sesuatu dari kemenangan mereka. 

"Mereka bertemu Ku Li untuk melihat apa yang mereka boleh lakukan untuk meluahkan kekecewaan mereka," tambah sumber itu. 

Putera raja Kelantan itu mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak, di mana pemenangnya kebiasaannya menjadi perdana menteri dalam kerajaan BN. 

Beliau mewakili Gua Musang semenjak 1974 dan sudah beberapa kali cuba untuk mendapatkan jawatan perdana menteri tetapi tidak berjaya. 

Satu lagi sumber memberitahu ahli Parlimen Malaysia Timur adalah yang terbaruuntuk memberikan tekanan kepada Najib selepas beliau memenangi mandat pertama peribadi dengan kerusi kurang daripada pendahulunya Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

"Najib sudah diberikan tekanan dalam Umno dan sekarang ini, selepas keputusan buruk dalam pilihan raya," tambah beliau. 

Umno memenangi 88 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, meningkat sembilan berbanding 2008 akan tetapi beberapa veteran parti menyalahkan parti itu dan prestasi buruk BN kepada ahli strategi "bilik perang", dan membayangkan perdana menteri mungkin perlu ditunjukkan pintu keluar jika dia tidak membuang ahli strateginya kerana nasihat buruk mereka. 

"Ahli-ahli Parlimen ini tidak boleh melakukan banyak kecuali memanggil untuk undi tidak percaya. Menjadikannya sebagai agenda sudah satu kejayaan untuk menzahirkan kekecewaan mereka. 

"Atau mereka boleh biarkan ahli Umno semasa pemilihan parti akhir tahun menunjukkan kepada PM bagaimana mereka rasa," tambah sumber tersebut. 

Sumber itu juga memberitahu, ahli Parlimen BN yang bertemu Tengku Razaleigh tidak dijangkakan untuk menunjukkan perasaan mereka sehingga Parlimen bermula pada 24 Jun. 

"Apa pun, ini hanyalah lebih tekanan kepada Najib untuk memuaskan hati semua pihak dalam BN, "katanya.



[Gambar] "Sebijak-bijak Nabi Muhammad, bijak lagi Najib"

Posted: 10 Jun 2013 10:00 PM PDT

Sumber gambar di sini.

Fuh!

Apabila pemuja Najib berkata-kata, terkelu lidah kita sekejap.

Orang UMNO, kenyataan di atas tidak mahu dipanjangkan kepada polis atau jabatan agama?


P/s: Moga-moga kita tidak tergolong dalam kelompok yang menghina agama, nabi dan hukum Allah.




[Gambar] Kelantan Cipta Sejarah Jadi Tuan Rumah Tilawah Al Quran, Hajah Rosmah Tetap "Maintain"

Posted: 10 Jun 2013 09:12 PM PDT


Sumber gambar di sini.


Berita Berkaitan:

Kelantan Tuan Rumah Tilawah Al Quran Selepas 23 Tahun

[HD] KOTA BHARU: Kelantan mencatat sejarah selepas 23 tahun berada di bawah PAS, pertama kali diadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Tilawah kali ke-56 diadakan di Balai Islam Lundang bermula malam ini sehingga 14 Jun ini.

Perasmian disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri Besar; Datuk Mohd Amar Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kerajaan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan anggota exco dan pegawai kanan kerajaan negeri serta pusat.

Perdana Menteri merakam ucapan terima masih kepada Kerajaan Kelantan kerana setuju menjadi tuan rumah pada tilawah kali ini.

"Ini mencatat sejarah sebagai menyambung penyatuan ummah," katanya pada ucapan perasmian.

Sebelum itu, Menteri Besar melahirkan rasa syukur kerana Kelantan dipilih julung kali sebagai tuan rumah.

Ini selaras dengan minat yang mendalam rakyat Kelantan terhadap al-Quran sejak dahulu lagi.

Seramai 29 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan pada tilawah yang bermula malam ini.


Lelaki BERKOKOK Selepas Rogol Remaja

Posted: 10 Jun 2013 06:26 PM PDT

Klik untuk baca.





Budak 13 Tahun Lari ikut Kekasih

Posted: 10 Jun 2013 06:00 PM PDT



[Kosmo] MELAKA - Sepasang suami isteri kini bingung memikirkan nasib anak gadis mereka yang menghilangkan diri dari rumah neneknya sejak lima hari lalu.

Zamri Ajid, 39, dan Siti Rahayu Amat, 35, berkata, Siti Nur Nilam Sari, 13, dipercayai mengikut teman lelakinya yang dikenali sebagai Riduan.

Menurut Siti Rahayu, ketika hilang pada 4 Jun lalu anak gadisnya yang berkulit hitam manis memakai baju-T berwarna putih dan baju sejuk kelabu serta berseluar jean sambil membawa beg tangan berwarna hitam.

Katanya, pada malam sebelum kejadian, dia dan suami sempat makan malam bersama Siti Nur Nilam Sari sebelum menghantar gadis itu ke rumah ibunya di Kampung Gedung Lalang, Bukit Rambai pada pukul 11 malam.

"Bagaimanapun, pada pukul 1 petang esoknya, saya dimaklumkan oleh adik saya bahawa Siti Nur Nilam Sari sudah tiada di rumah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Tiada ulasan: