Rabu, 26 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Norish Karman disamun, banyak 'job' terlepas

Posted: 26 Jun 2013 03:16 AM PDT

Norish Karman
Norish Karman
 
PELAKON, Norish Karman memberitahu ekoran disamun dua bulan lalu, banyak tawaran baik seperti lakonan ataupun nyanyian terlepas.

Hal ini katanya berlaku apabila ramai pihak tidak dapat menghubunginya setelah kedua-dua telefon bimbit miliknya disamun dalam satu kejadian kira-kira dua bulan lalu.

"Apabila berjumpa mereka, ramai yang tanya saya tak sudi ke terima tawaran mereka sebab mereka cuba hubungi saya tetapi gagal.

"Ketika itu mereka tidak tahu tentang kejadian samun itu," katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Akhir MasterChef Selebriti Malaysia, semalam.

Norish berkata, ketika kejadian, dia bersama tiga anaknya sedang berada di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

"Saya sedang mencari kedai tapi apabila keluar dari lif, rupa-rupanya kami tiba di tingkat yang salah terus menuju ke kawasan letak kereta.

"Tiba-tiba ada orang pegang saya dari belakang dan letak sesuatu yang tajam di leher saya. Saya jangka ada tiga orang yang merompak itu.

"Mereka ambil telefon bimbit dan wang tunai yang saya letak dalam beg," katanya yang kerugian hampir RM 10,000.

Akui tidak melawan demi keselamatan anak-anaknya, Norish hanya merelakan barang-barangnya diambil.

"Kalau saya sendiri, mungkin saya bergelut. Semua telefom bimbit saya yang menyimpan nombor-nombor penting turut diambil," katanya.

Norish juga akui tidak membuat laporan polis atas kejadian itu.

"Saya ada lapor pada 'mall' itu saja. Tak guna rasanya nak lapor pada polis sebab mereka ada lagi banyak kes-kes besar.

"Saya cuma hilang dua telefon bimbit dan duit saja. Saya rasa tak perlulah," katanya.

Rakyat akan terus lawan penipuan PRU – Safwan

Posted: 26 Jun 2013 03:13 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang yang ditahan bersama 28 rakan yang lain sewaktu mengadakan protes di hadapan Parlimen semalam bertekad akan terus melawan penipuan dalam pilihan raya lalu.

Beliau dan rakan-rakanya yang dibebaskan malam tadi selepas ditahan jam 11.30 pagi semalam berkata, agenda menentang penipuan ini akan menjadi agenda berterusan selagi kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada sekarang ini tidak meletakkan jawatan.

"SPR akan terus berkhidmat untuk menipu rakyat dengan pelbagai agenda terbaru. SPR akan terus bersekongkol dengan Umno BN menjalankan modus operandi kononnya SPR telus, sedangkan bukti kegagalan SPR sudah cukup jelas dengan isu dakwat yang tidak kekal.

"Teruslah pilihan raya ke-14, 15 sekalipun, rakyat akan terus ditipu SPR walaupun hak rakyat dalam perlembagaan artikel 114(2) jelas bahwa "SPR suatu badan yang mempunyai kepercayaan awam".

"Ternyata SPR tidak lagi mempunyai kepercayaan awam yang majoriti! Perkara ini sangat mengecewakan rakyat kebanyakan," tulisnya di facebook hari ini, seperti dilapor Harakah Daily.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat yang telah bersolidariti di hadapan Balai Polis Jinjang mendesak pembebasan semua tahanan malam tadi.

Safwan

Pagi semalam, seramai 29 orang lelaki dan tiga wanita termasuk Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin dan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim ditahan ketika mengadakan protes di hadapan Parlimen.

"Pokok pangkal SPR telah gagal, apa lagi ukuran pencapaian SPR yang mahu dibangga dan dikekalkan? Must resign now," tegasnya.

Keluarga Kugan menang saman terhadap polis, kerajaan

Posted: 26 Jun 2013 03:04 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Keluarga mendiang A Kugan, tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009, hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.

Mengikut Malaysiakini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.

Penghakiman itu dibuat Hakim Datuk V T Singham.

Kugan

Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan "pembunuhan kejam" terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua Polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk Ketua Polis Negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defendan.

Keluarga Kugan diwakili peguam Latheefa Koya dan N Surendran.

SPR akan mesyuarat tentukan PRK

Posted: 26 Jun 2013 02:55 AM PDT

SINAR HARIAN

SPR
SPR
 
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut selepas menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi itu.
  
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata setakat ini SPR belum menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dun dan menjangkakan ia akan diterima dalam tempoh terdekat.
  
"Selepas itu SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi bila mesyuarat khas akan diadakan. Mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri, Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
  
Kerusi Dun Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A. Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu hari ini, akibat kanser paru-paru.
  
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A. Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 dengan majoriti 2,434 undi mengatasi calon Pas Napisah Ismail.
  
Pada pilihan raya umum lepas BN Terengganu dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan.  - Bernama

Hujan sehingga malam ini bantu kurangkan jerebu

Posted: 26 Jun 2013 02:53 AM PDT

SINAR HARIAN
Jabatan Meteorologi Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia
 
KUALA LUMPUR - Ramalan hujan di beberapa negeri di Semenanjung sehingga awal malam ini dijangka akan terus membantu meningkatkan kualiti udara yang terjejas akibat fenomena jerebu.
  
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan hari ini berkata hujan diramal akan berlaku di Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang dan ia dijangka berterusan sehingga awal malam.
  
"Keadaan angin perlahan yang berlaku semalam telah menggalakkan proses pembentukan awan serta hujan turun di kebanyakan tempat di negeri Johor, Selangor dan Perak.
  
"Keadaan angin yang sama juga diperhatikan berlaku hari ini serta cuaca sama dijangka berterusan sehingga Jumaat (28 Jun)," menurut kenyataan itu.
  
Hujan juga dijangka berlaku Jumaat ini di kawasan pantai Pulau Pinang, Kedah dan Perak pada sebelah pagi.
  
Pada Jumaat petang, hujan dijangka berlaku di kawasan pedalaman pantai barat Semenanjung terutamanya di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang; Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak.
  
Sementara di Sabah hujan dijangka melanda Bahagian Pantai Barat, kawasan pedalaman dan Sandakan.
  
Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kebanyakan kawasan seluruh negara terus mencatatkan penurunan setakat 11 pagi.
  
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) hanya terdapat sembilan kawasan mencatat IPU di paras tidak sihat, 37 kawasan mencatat paras sederhana dan empat kawasan mencatat paras bacaan baik. - Bernama

Kelantan sumbang RM100,000 untuk kaki palsu

Posted: 26 Jun 2013 02:49 AM PDT

Rizal Tahir,




KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersedia menyumbang sebanyak RM100,000 untuk membantu masyarakat di negeri ini memperolehi kaki palsu secara percuma.

Sumbangan itu akan diberikan melalui Persatuan Pendidikan Akhlak Che Leng Khor Kelantan dengan kerjsama teknikal Yayasan Bantuan Kaki Palsu di bawah naungan Princess Mother of Thailand.

Pengerusi persatuan, Datuk K K Tan berkata, memandangkan anggota tersebut begitu mahal, pihaknya dengan kerjasama yayasan tersebut buat pertama kali berganding untuk membantu rakyat Kelantan.

Tegasnya, ianya juga selaras ulang tahun yayasan ke-41 tahun ini.

"Anggota kita kini di Kelantan lebih dari 400 orang ahli, setakat ini kutipan telah berjaya dipungut dari individu RM600,000.

"Anggota palsu memang mahal, terutama peha hingga menelan kos RM10,000 setiap satu,"ujarnya.

Tan seterusnya memberitahu, pihak yayasan dari Thailand selain menghantar kelengkapan membaut kaki palsu, mereka akan menghantar seramai 60 orang petugas khas.

Sambungnya, ia termasuk pegawai perubatan, juruteknik membaut kaki palsu, jurubahasa serta sukarelawan sokongan.

Menurutnya lagi, mereka akan berada di bengkel sementara yang akan dibangunkan di Dewan Tokong Mek, Kampung Cina bermula 21 hingga 26 Oktober bagi memberikan perkhidmatan kepada pemohon untuk proses mengukur.

Sambungnya, permohonan yang dibuka sekrang hingga akhir Septembr ini juga memberi perkhidmatan membaik pulih kaki palsu yang sedia ada.

"Kepada pemohon perlu mengisi borang yang diberi secara percuma, boleh menghubung pejabat persatuan menerusi talian 09 7442 640 atau melalui encik Gan 012 9879 975,"ujarnya.

Katanya, tarikh tutup permohonan pada 10 Ogos ini.

Pada masa yang sama katanya, pihak persatuan memerlukan 150 sukarelawan sebagai jurubahasa untuk membantu pesakit memandangkan pakar-pakar terbabit berbangsa Thailand.

Dewan Rakyat tolak usul jerebu

Posted: 26 Jun 2013 02:48 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar bagi membincangkan krisis jerebu yang melanda negara.

Keputusan penolakan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada persidangan pagi ini.

Usul tersebut sebelum ini dikemukakan kedua-dua wakil Pakatan dan BN iaitu Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dari DAP dan Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Wee Ka Siong dari BN.

Sewaktu memberikan penjelasan kepada penolakan itu, Pandikar turut meminta ahli parlimen berkenaan membangkitkan isu tersebut semasa membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkembangan berkaitan, keadaan jerebu yang melanda negara ini dilaporkan semakin pulih dengan tiada lagi kawasan mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) paras bahaya setakat pagi ini.

Ianya turut dibantu faktor hujan yang turun di beberapa kawasan sejak semalam sekaligus meningkatkan kualiti udara di kawasan terlibat.

Pelabuhan Klang yang mencatat bacaan IPU 464 pada pukul 5 petang semalam merekodkan 140 pagi ini, manakala Sri Manjung dan Jalan Pegoh di Perak yang masing-masing mencatat 290 dan 211 semalam, menunjukkan peningkatan kualiti udara pagi dengan IPU 137 dan 118.

Ketua Pembangkang: Pakatan sebulat suara pilih Anwar

Posted: 26 Jun 2013 02:46 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mengumumkan perlantikan semula Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Menurut Pandikar, pelantikan Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, dibuat mengikut Peraturan Mesyuarat 4A(3).

"Mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebulat suara mendapat sokongan daripada anggota parlimen pembangkang di Parlimen untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Pakatan Rakyat telah menyatakan persetujuan bahawa Anwar yang juga Ketua Umum PKR akan dikekalkan sebagai ketua pembangkang biarpun DAP memenangi kerusi paling banyak kerusi parlimendalam Pakatan Rakyat.

Dari kesemua 89 kerusi parlimen yang dimenangi DAP mendapat 38, PKR 30 dan PAS 21 kerusi.

Bila 6 masuk untuk ruang yang hanya ada 5?

Posted: 26 Jun 2013 02:42 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Jawatan tertinggi dalam kepimpimpinan Umno ada lima sahaja iaitu presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden, oleh itu kekecohan bakal berlaku apabila enam orang yang ingin mengisinya.

Namun, angin bertiup kencang di dalam Umno sekarang bahawa presidennya Datuk Seri Najib Razak telah mendapat sokongan bersyarat Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu anaknya Datuk Mukhriz mesti menjadi naib presiden parti itu.

Semalam sumber Umno memberitahu,  untuk memberikan respon balas kepada ahli parlimen Kulai Liew Chin Tong di Malaysiakini yang menyatakan bahawa Mahathir sedang mengorak langkah membawa Mukhriz ke persada naib presiden.

Dan yang bakal menjadi mangsa antara tiga naib presiden sekarang adalah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri.

Ini kerana, menurut Liew, Zahid tidak berada dalam 'senarai baik' kepada Mahathir.

"Liew betul separuh sahaja. Beliau terlupa melihat mengapa Zahid begitu keras apabila menjadi Menteri Dalam Negeri. Zahid sedang 'audition' untuk jawatan timbalan presiden dan dia sedang menunggu reaksi ahli-ahli Umno.

"Antara tiga naib presiden, sebenarnya yang paling lemah sokongan ialah (Datuk Seri) Hishamuddin (Hussein), bukannya Zahid.

"Cuma seperti yang saya bagitahu dulu, ada lima tempat untuk enam orang dengan kemasukan Mukhriz.

"Dalamnya ada seorang dari Kedah (Mukhriz), dua dari Johor (Muhyiddin dan Hishamuddin), seorang dari Sabah (Datuk Seri Shafie Apdal) dan seorang dari Perak (Zahid), jadi seorang dari Johor kena dikambing hitamkan untuk memenuhi kemasukan Mukhriz," kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Sumber Umno itu turut berkata beliau mendapat maklumat bahawa Muhyiddin tidak berani untuk mencabar Najib pada pemilihan parti Umno kali ini.

(Antara Zahid dan Muhyidin...siapa timbul dalam perhimpunan kali ini)

"Dengar kata Muhyiddin tak berani cabar setelah Mahathir tidak mahu bersamanya. Namun penyokong Muhyiddin sangat tidak gembira dengan keputusan tersebut.

"Ketika PRU13, Muhyiddin juga tidak pernah dilibatkan dalam bilik perang Najib yang diketuai (Datuk Seri) Jamaluddin Jarjis – ini menyebabkan para penyokong Muhyiddin merasakan Najib patut dipersalahkan sepenuhnya dalam keputusan PRU13 yang semakin merosot bagi BN.

"Lebih-lebih lagi, semua calon yang kononnya winnable bagi Najib – iaitu setiausaha-setiausaha beliau hampir tewas kesemuanya. Muhyiddin dikatakan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menentukan calon-calon pilihanraya.

"Perkara yang paling biadap bagi penyokong Muhyiddin ialah kuasa JJ (Jamaluddin) dilihat melebihi Muhyiddin dalam hal kempen pilihanraya," kata sumber Umno itu lagi.

(Mukhris....anak bapak)

Namun, sumber Umno itu tetap berpendirian bahawa Muhyiddin sepatutnya mencabar Najib kerana ini masa terbaiknya dan saat Najib paling lemah bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

"Muhyiddin dikatakan sedang melobi untuk mendapatkan kata putus Najib dan pewakilan Umno untuk kedua-dua jawatan teratas tidak dipertandingkan sebagai jalan keluar.

"Sesiapa yang melanggar arahan tersebut akan dikira khianat untuk memaksa Hishamuddin, Zahid, Shafie dan Mukhriz untuk berlawan sesama sendiri dan memilih salah seorang daripada mereka menjadi mangsa.

"Akan tetapi, saya nak bagitahu Muhyiddin, berhentilah ke arah jalan ini, kerana akhirnya pembelotan akan berlaku dan Tan Sri yang bakal terkorban mengejut," ujar sumber Umno sebelum menamatkan perbualannya.

Mahathir sebelum ini sudah menukar pendiriannya dan menyaran agar kedua-dua jawatan teratas untuk tidak dipertandingkan. Ini bermaksud Mahathir sudah mempunyai sasaran naib presiden mana yang perlu diturunkan untuk membolehkan anaknya menang selesa.

Antara Zahid, Hishamuddin dan Shafie, siapakah pilihan Mahathir? Apakah betul kata Liew, Zahid akan dikorbankan atau sumber Umno yang berkata Muhyiddin yang akhirnya terkorban?

Siapakah tahanan mati kerana dicederakan polis?

Posted: 26 Jun 2013 02:39 AM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: "Saya juga berminat untuk mengetahui siapakah dua orang yang mati dalam tahanan polis itu," ujar Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar.

Ini, ujarnya adalah penting untuk menjelaskan pelbagai pertikaian yang timbul di kalangan rakyat.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu kematian dalam tahanan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Baginya, kenyataan menteri itu adalah sangat mengelirukan dan memesongkan dewan yang mulia.

Katanya, mengikut rekod yang diberikan oleh Zahid sebanyak 231 kematian dalam tahanan telah berlaku dari tahun 2000 hingga tahun 2013.

Daripada jumlah itu hanya 2 tahanan sahaja yang mati kerana keganasan polis.

Menurut beliau, yang lain mati kerana penyakit, bunuh diri dan tergelincir dalam dalam sel.

"Kenyataan beliau amat mengelirukan dan berniat semata-mata untuk membersihkan nama PDRM di kaca mata rakyat," ujar Sivakumar dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, rakyat tahu dan sentiasa mengikut perkembangan dalam banyak kes-kes kematian dalam tahanan yang dikesan berlumuran darah dan kecederaan fizikal.

"Tetapi, kenyataan Menteri Dalam Negeri pula cukup aneh dan tidak boleh dipercayai.

"Kenyataan beliau adalah tidak bertanggungjawab kerana ini akan menjadi satu kesinambungan jika perkara yang sebenar tidak didedahkan," katanya lagi.

Bumbung apartment Putrajaya terbang kena ribut

Posted: 26 Jun 2013 02:37 AM PDT

Dari blog Omak kau,






Bumbung dua buah tangki air di apartment Presint 15 dan 14 telah diterbangkan oleh angin ribut kencang malam tadi selain beberapa pokok tumbang di presint 9 dan 10.

Tiada penduduk yang mendapat cedera dalam insiden tersebut.

PAS bersedia di Kuala Besut - Mustafa

Posted: 26 Jun 2013 02:33 AM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: PAS bersedia menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut ekoran kematian wakil rakyatnya, Dr A Rahman Mokhtar, pagi tadi akibat sakit kanser paru-paru.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) bagaimanapun berkata PAS menantikan keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan butiran lanjut perjalanan PRK itu.

"Seperti yang sedia maklum, akan ada PRK apabila berlaku kematian. PAS bersedia menghadapinya, dan menunggu pengumuman rasmi SPR tentang tarikh-tarikh penting, sebelum membuat sebarang keputusan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Katanya, selepas SPR memgumumkan tarikh rasmi bagi PRK itu, PAS akan bermesyuarat bagi membincangkan secara terperinci berkaitannya.

Allahyarham yang juga Exco Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.40 pagi ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, allahyarham menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.

MP: Pakatan tetap mahu IPCMC, tolak EAIC

Posted: 25 Jun 2013 04:57 PM PDT

MALAYSIA KINI


Pakatan Rakyat terus menuntut agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang didakwa dilingkari pelbagai kepincangan.

Dua MP Pakatan Rakyat dalam kenyataan bersama hari ni berkata, gabungan parti itu akan tidak berganjak dari gesaan berkenaan demi "membebaskan agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan SPRM daripada pengaruh politik.

"Sandiwara EAIC yang bertujuan untuk menarik perhatian daripada kegagalan kerajaan untuk menubuhkan IPCMC harus dihentikan segera," kata MP berkenaan – Steven Sim Chee Keong
(Bukit Mertajam) dan Zairil Khir Johari (Bukit Bendera).

MP berkenaan membangkitkan bahawa penubuhan EAIC antara lainnya bagi mengelak salah guna kuasa pihak berkuasa sehingga membawa kematian tahanan.

Bagaimanapun, kes kematian dalam tahanan terus meningkat – termasuk empat kes yang menjadi tumpuan utama, yang merupakan antara sembilan kes dalam enam bulan pertama tahun ini.

"EAIC bukan sahaja tidak dapat memenuhi matlamat utamanya, ia juga tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh.

"Tambahan pula dengan kepincangan yang telah didedahkan baru-baru ini, adalah jelas EAIC sudah menjadi satu kegagalan besar kerajaan pimpinan Dato' Sri Najib Razak dan harus dimansuhkan dengan serta merta," kenyataan itu dipetik.

MP berkenaan turut membangkitkan semula isu yang membelit EAIC sebelum ini, termasuk kes melibatkan seorang pesuruhjayanya, Datuk Salehuddin Saidin.

Salehuddin pada awalnya menjadi peguam bela kepada salah pegawai polis yang terlibat dalam kes kematian N Dhamendran, yang kemudian mengumumkan menarik diri daripada kes berkenaan.

Kedudukan M'sia dalam laporan AS membimbangkan

Posted: 25 Jun 2013 04:52 PM PDT

 


 
ULASAN Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia melahirkan kebimbangan bahawa sekali lagi, bagi tahun keempat berturut-turut, Malaysia diletakkan di kedudukan dedua, senarai pemerhatian (tier 2, watch list) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) dalam laporan Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2013 kerana kegagalan mematuhi sepenuhnya standard minimum untuk membanteras  pemerdagangan bawah Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat 2000 (TVPA).

Pihak Jabatan Negara AS mengaitkan kedudukan Malaysia dengan kekurangan kemajuan signifikan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam menangani pemerdagangan orang di Malaysia berbanding tahun sebelumnya.

Dalam laporan ATIP 2013 tersebut, Jabatan Negara AS memberikan penilaiannya terhadap rekod pemerdagangan orang di Malaysia termasuk usaha yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu, pendakwaan, perlindungan dan pencegahan yang sebahagian daripada isu-isu tersebut pernah diutarakan oleh suruhanjaya menerusi laporan tahunan, dan juga dialog serta perbincangan meja bulat bersama agensi-agensi Kerajaan dan pihak berkepentingan yang lain.

Berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh melalui sesi dialog bersama pelbagai pihak berkepentingan dan lawatan ke rumah perlindungan mangsa pemerdagangan, pihak suruhanjaya telah menghasilkan syor berikut:

(1) Bahawa kerajaan mengukuhkan mekanisme berhubung dengan pendakwaan ke atas pesalah, perlindungan ke atas mangsa dan pencegahan insiden-insiden baru penyeludupan melalui kerjasama dengan kumpulan masyarakat sivil dan misi diplomatik, serta pihak-pihak berkepentingan serantau dan antarabangsa;

(2) Bahawa NGO perlu disediakan satu saluran untuk menawarkan kepakaran mereka kepada Majlis bagi Antipemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO) kerana ramai mangsa lebih cenderung mendapatkan khidmat mereka untuk bantuan;

(3) Bahawa semua mangsa disediakan dengan pemeriksaan kesihatan serta-merta setibanya di pusat-pusat perlindungan, serta lawatan berkala oleh kakitangan perubatan;

(4) Bahawa mangsa dimaklumkan status kes mereka dan sebuah mahkamah khas diwujudkan bagi mempercepatkan penyelesaian kes-kes berkaitan antipemerdagangan orang;

(5) Bahawa kerajaan menyediakan latihan yang ekstensif untuk meningkatkan kemahiran pegawai penguatkuasa undang-undang di seluruh negara, terutamanya di barisan hadapan, mengenai cara-cara untuk mengenal pasti mangsa yang disyaki terbabit dalam penyeludupan manusia;

(6) Bahawa kerajaan meminda Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (akta 670) dengan membenarkan mangsa untuk menerima pampasan dan untuk bekerja sementara menunggu penyelesaian kes-kes mereka; mewartakan rumah-rumah perlindungan yang dikendalikan oleh NGO, memberikan penjelasan yang lebih terperinci mengenai kes-kes penyeludupan manusia dan penyeludupan migran iaitu Seksyen 12 dan 13 di bawah Akta ATIP; serta penjelasan mengenai peranan Suruhanjaya dan keanggotaannya dalam majlis;

(7) Bahawa kerajaan mengkaji semula Seksyen 2(1) Akta Kerja 1955 yang membenarkan "kontraktor bagi buruh' yang mungkin boleh mengakibatkan eksploitasi pekerja oleh pihak agensi pengambilan pekerja dan majikan; dan

(8) Bahawa kerajaan menyertai Konvensyen Antarabangsa Hak Asasi Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarga Mereka serta Konvensyen Berkaitan dengan Status Pelarian.

Memandangkan Malaysia merupakan negara destinasi dan transit bagi kebanyakan pekerja migran, suruhanjaya menyeru agar kerajaan mempertingkatkan usahanya dalam memberi perlindungan yang lebih baik kepada mangsa pemerdagangan orang dan penyeludupan di semua peringkat, selari dengan standard antarabangsa yang  ditentukan oleh Protokol Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mencegah, menyekat dan menghukum  pemerdagangan orang terutama yang melibatkan wanita dan kanak-kanak.


TAN SRI HASMY AGAM pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Ceroboh Sabah: Pemilik suara dikenalpasti

Posted: 25 Jun 2013 04:45 PM PDT

SINAR HARIAN
Sabah diceroboh
Sabah diceroboh

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu suara dalam dua perbualan telefon yang dipintas dikenal pasti sebagai suara anggota polis yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah.

Saksi kedua yang dilindungi itu berkata beliau mengecam suara Detektif Korporal Hassan Ali Basari dalam komunikasi yang dipintas sebelum ini di mana tertuduh memperkenalkan identiti dirinya.

Hassan dari Semporna dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saksi berkenaan berkata pada 2 Mac tahun ini, Hassan dihubungi seorang lelaki Sabah pukul 7.37 malam untuk bertanyakan jika satu peperangan sudah berlaku dan Hassan mengiyakannya.

Saksi berkata menurut perbualan telefon yang diterjemahkannya itu, lelaki Sabah tersebut memaklumkan dia ada menghubungi Filipina dan mengatakan lebih 400 orang akan memasuki Sabah dari Bongao, Filipina.

Dalam perbualan telefon yang dipintas pada 3 Mac tahun ini, Hassan sekali lagi dihubungi lelaki Sabah terbabit pada pukul 9.28 pagi untuk memberitahu maklumat yang diperolehnya melalui internet mengatakan jumlah penceroboh mencecah angka ribu dan memerlukan sokongan kewangan yang banyak.

Menurut saksi itu, Hassan memaklumkan lelaki Sabah berkenaan, Amerika Syarikat menyokong pencerobohan itu, termasuk bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari.

Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Sabah Zulkifli Abd Aziz memberitahu mahkamah maklumat dalam pintasan komunikasi antara tertuduh dengan lelaki Sabah tersebut penting untuk keselamatan negara.

Ketika Zulkifli memegang jawatan Timbalan Ketua Cawangan Khas 1 di Sabah, beliau berkata Hassan turut terlibat dalam risikan ancaman pengganas Sulu di Lahad Datu.

Katanya, tertuduh dipilih dalam tugas risikan ancaman pengganas Sulu kerana kebolehannya berbahasa Bajau dan Suluk dan mempunyai ramai kenalan dari kalangan suku kaum tersebut di Lahad Datu.

Beliau juga menafikan pernah menerima maklumat mengenai ancaman pengganas Sulu atau kegiatan keganasan di Kampung Tanduo, Lahad Datu oleh tertuduh.

Menurutnya, maklumat mengenai sebarang ancaman terhadap keselamatan negara yang diperoleh anggota polis Cawangan Khas di peringkat daerah perlu segera dilaporkan kepada ketua Cawangan Khas daerah.
Tertuduh diwakili peguam Kamarudin Mohamad Chinki dan Ram Singh, manakala Datuk Nordin Hassan mengetuai pihak pendakwaan.

Turut hadir isteri dan dua anak tertuduh.

Perbicaraan di hadapan Hakim P. Ravinthran bersambung esok. - Bernama

MCA gesa Indonesia sahkan perjanjian Asean

Posted: 25 Jun 2013 04:41 PM PDT

SINAR HARIAN
Chor Chee Heung
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung
 
KUALA LUMPUR - MCA hari ini menggesa Indonesia meratifikasikan Perjanjian Asean Menganai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan bagi menyelesaikan masalah jerebu yang memberi kesan teruk terhadap Malaysia dan Singapura.
  
Naib presiden dan pengerusi Biro Antarabangsa MCA Datuk Seri Chor Chee Heung berkata Indonesia adalah satu-satunya negara yang enggan mengesahkan perjanjian itu.
  
Beliau juga menggesa kerajaan Indonesia mengambil tindakan terhadap semua syarikat yang melanggar undang-undang alam sekitar di republik itu.
  
Daripada melemparkan tuduhan terhadap jirannya, lebih baiklah Indonesia menerima tawaran Malaysia dan Singapura untuk membantunya memadamkan kebakaran terbuka di negara itu, katanya dalam kenyataan di sini.
  
Selain Singapura, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga menawarkan penggunaan pesawat Malaysia untuk melakukan pengeboman air di kawasan terjejas.

Sementara itu, Gabungan Dewan-dewan Perniagan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan Indonesia supaya mengambil tindakan undang-undang dan penguatkuasaan lebih tegas terhadap syarikat perladangan yang melakukan kegiatan tebang dan bakar.
  
"Bagi masyarakat tradisional di Sumatera, termasuk Riau, yang terlibat dengan kegiatan itu, kerajaan Indonesia perlu menyedarkan mereka bahawa perbuatan mereka itu berbahaya serta mencari kaedah alternatif untuk mereka gunakan bagi membersihkan tanah masing-masing," katanya dalam satu kenyataan.
  
ACCCIM juga menggesa kerajaan Malaysia supaya mengambil pendirian tegas dan memaklumkannya kepada Indonesia bagi menyelesaikan masalah ini secara muktamad.  

ACCCIM turut mengutus sepucuk surat kepada duta besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berhubung perkara itu. - Bernama

Tutup Jonker Street: BN perlihat wajah ‘1Umno’

Posted: 25 Jun 2013 04:35 PM PDT

MALAYSIA CHRONICLE


Penutupan pasar Jonker Street yang menjadi tumpuan pelancong di Melaka lebih sedekad lalu membuktikan dendam kesumat Umno BN terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang tidak mampu dibendung lagi.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan menyifatkan penutupan pasar malam itu sebagai manifestasi politik balas dendam terang-terangan yang amat mengejutkan.

"Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu.

"Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang," katanya dipetik Roketkini.

Sambil melahirkan rasa kecewa, beliau tidak menolak tindakan tidak cerdik dengan mengajar pengundi Cina melalui cara ini adalah disebabkan komuniti itu tidak lagi memihak kepada BN dalam PRU13 lalu.

"Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Beliau berkata, apa yang diperlihatkan BN itu adalah wajah hipokrit sebuah parti yang kononnya mengamalkan '1Malaysia' seperti yang menjadi slogan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

"Tetapi kita telah diperlihatkan wajah '1Umno' yang mementingkan kroni dan puak-puak mereka sahaja," ujar beliau.

Sebelum ini, Kwong Wah Daily melaporkan bahawa Idris Haron dipetik sebagai berkata "kini kita lihat ramai penduduk Melaka memberi sokongan padu kepada DAP berbanding calon MCA yang telah berkhidmat kepada mereka. Jadi, kita telah buat keputusan untuk tutup pasar malam itu dan berharap agar mereka gembira".

Akhbar itu juga memetik Idris sebagai berkata keputusan penutupan pasar malam oleh Majlis Eksekutif Melaka itu pada 12 Jun lalu adalah kerana "mengikut kehendak orang ramai"- Harakah Daily

Tiada ulasan: