Husam gesa selamatkan Ulama Posted: 26 Jun 2013 09:00 AM PDT Saya amat tertarik dengan saranan Husam Musa yang berikut ini. Satu saranan yang ikhlas dan patut dilaksanakan segera. Memang beliau ini punya daya fikir yang progressif yang mana ramai dari kalangan kita tidak pernah terfikirkan. Apa yang saya dapat lihat, tindakan Husam ini membuktikan bahawa beliau bukan seorang yang anti ulama sebagaimana tuduhan sesetengah pihak terhadapnya. Saranan beliau membuktikan betapa kasih dan sayangnya terhadap golongan ulama.
KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa bercadang membawa ulama-ulama dari Syria, yang kini berdepan konflik berdarah bagi membolehkan mereka mendapat perlindungan sementara di Malaysia.
"Sesuai Kelantan sebagai Serambi Mekah, maka elok ulama-ulama besar dari Syria dibawa ke sini bagi membolehkan kita berkongsi ilmu agama dengan mereka.
"Kita tahu Syria mempunyai ulama-ulama besar. Malah di bumi Syrialah terletak kubur Nabi Ayub, didiami juga ulama tersohor termasuk Imam Nawawi," katanya di sini.
Syria kini menyaksikan pertumpahan darah sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi korban. Presiden Bashar al-Assad dibantu Hizbullah dan Iran dilapor menggempurkan kebangkitan rakyat.
Revolusi kebangkitan rakyat bermula di bandar selatan, Daraa pada pertengahan Mac tahun lepas ekoran penahanan sekumpulan kanak-kanak sekolah yang terlibat melukis grafiti antikerajaan.
Media melaporkan pengawal Bashar menahan pelajar-pelajar terbabit sehingga menimbulkan bantahan keluarga mereka. Ekoran itu mencetus tunjuk perasaan sehingga merebak ke beberapa bahagian di Syria, selepas pasukan keselamatan rejim Assad bertindak ganas.
Husam berkata, umat Islam di negara ini perlu turut membantu ulama-ulama besar dari Syria bagi mengelakkan lebih ramai alim ulama terkorban dalam konflik yang berlaku sekarang.
"Lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Ramadan tidak lama lagi, kehadiran ulama besar dari Syria membolehkan kita menimba ilmu agama daripada mereka," katanya.
Husam yang baru kembali dari sempadan Syria di sebelah Jordan minggu lepas turut memberitahu keadaan kem-kem pelarian di sempadan Jordan begitu dhaif sekali.Katanya, puluhan ribu pelarian sedang berdepan dengan ribut pasir yang sedang melanda.
"Ketika saya dan rakan-rakan membuat tinjauan di kem tersebut berlaku ribut pasir yang begitu kuat. Namun pelarian terus bertahan di situ dalam keadaan serba kekurangan.
"Oleh itu wajar rakyat di Malaysia turut menghulur bantuan kepada mereka, lebih-lebih lagi mereka juga akan menghadapi Ramadan dalam serba kekurangan," katanya di sini
|
Siapa kata Ulama tidak buat kerja? Posted: 25 Jun 2013 09:36 PM PDT Siapa kata Ulama' tidak buat kerja? Ada macam-macam kerja yang mereka buat, korang semua mana tahu? Jangan senang-senang cakap Ulama tidak ada buat kerja.Nanti ramai yang terasa. Setakad pergi berhimpun tu, bagilah orang muda buat. Ulama sibuk mengatur program ceramah untuk memperkasakan jemaah. Maka percayalah tanpa sebarang keraguan bahawa mereka itu tersangat sedang bertungkus lumus, sibuk buat kerja. Hinggakan nak buat satu-satu kenyataan yang agak penting pun tiada masa yang terluang, melainkan bila ada orang akhbar , utamanya dari Utusan menghubungi mereka melalui telepon. Telepon sahaja....tiba-tiba ada saja masa untuk itu! Allahu a'lam.
Syabas dan tahniah ya, Ustaz Abdul Ghani! Dalam ramai-ramai orang yang sibut buat kerja itu, hanya enta ya Sheikh yang berani tampil mempertahankan kenyataan Datuk Husam Musa tentang syahid dalam menentang kemungkaran. Sila baca di sini |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan