DIALOG RAKYAT |
- Sekolah di Melaka, Kuantan diarah tutup esok
- Padang Merbok: Aktivis enggan berganjak
- Sekolah KL, Selangor diarah tutup
- PRC UK seru rakyat luar negara desak reformasi SPR
- Jerebu: Palanivel lebih pentingkan panda, kata Guan Eng
- Faekah : Kemenangan Anwar, Azmin, PR Selangor Bukti Media Arus Perdana Gagal
- Bomoh bebas tuduhan menipu
- SPR: 'Kami tak akan berganjak'
- Pembangkang dialu-alu tegur kepincangan negeri
- IPU Muar turun sedikit, Melaka, Bukit Rambai naik
- Juham: Tahan Husam mala fide
- DAP: Kau yang hipokrit, Wan Ahmad
- DBKL berikan notis untuk aktivis beredar dari Padang Merbok
- BN takutkan suara rakyat seperti hantu takutkan beras kunyit!
- Dengarnya ada berita baik untuk negara, betul ke?
- Pakatan tidak tolak TPPA, perlu penelitian lebih jelas, kata Anwar
- Semalam bersama demonstran di Padang Merbok
- Pakatan akan bawa isu jerebu ke Parlimen, sedia bekerjasama dengan BN
- Penganjur Black505 berhadapan tindakan tegas
- Tindakan berkhemah menyimpang daripada janji
- Laporan kemalangan di Jordan
- Indonesia enggan mohon maaf
- Penjelasan Erra Fazira isu Ustaz Azhar, terhangat
- Husam dibawa ke mahkamah majistret pagi ini
- PR Mampu Perolehi 60 Peratus Undi Jika Bersih Dan Adil
Sekolah di Melaka, Kuantan diarah tutup esok Posted: 23 Jun 2013 04:27 AM PDT SINAR HARIAN MELAKA - Kesemua 313 buah sekolah menengah dan rendah di seluruh Melaka diarah tutup bermula esok ekoran Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap bahaya. Selain itu, institusi prasekolah termasuk Tadika Perpaduan, Kemas dan di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Melaka serta milik swasta turut diarah tutup. Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron berkata kesemua institusi itu hanya akan dibuka semula sekiranya IPU menurun ke tahap sihat untuk aktiviti luar. "Kita baru sahaja dimaklumkan mengenai penutupan sekolah ini oleh Kementerian Pendidikan dan semua sekolah itu akan dibuka semula apabila diberitahu kelak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Katanya IPU di Bandaraya Melaka pada 2 petang mencatatkan bacaan 397 manakala Bukit Rambai 456. Idris berkata kerajaan negeri juga menyerahkan tambahan 25,000 topeng muka kepada Jabatan Pendidikan Melaka yang sebelum ini menerima jumlah sama. Katanya setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) turut menerima 1,000 topeng muka untuk kegunaan orang ramai yang terpaksa keluar rumah untuk melakukan aktiviti harian. Idris berkata seramai 1,500 orang dilaporkan mendapat rawatan berkaitan masalah pernafasan dan sakit mata semalam. Beliau turut meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya melakukan teknik pembenihan awan di negeri itu bagi menyelesaikan keadaan jerebu yang semakin kritikal. Di Kuantan, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan semua sekolah di daerah ini dan kawasan yang terjejas teruk akibat jerebu ditutup bermula esok. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor kesihatan para pelajar ekoran IPU di Kuantan yang mencecah paras tidak sihat hari ini. "Kalau kita tengok keadaan (jerebu) hari ini, memang teruk...jarak penglihatan pun makin kurang, nak bernafas pun sudah tidak selesa. Bayangkan kalau anak-anak kita ke sekolah esok, ini boleh membahayakan kesihatan mereka," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, The Zenith Hotel dan Menara Zenith Putra Square, di sini hari ini oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Menurut laman web JAS setakat 11 pagi ini IPU dua kawasan di Kuantan dilaporkan mencatat bacaan tidak sihat iaitu Balok Baru 149 dan Indera Mahkota. Sementara itu, Pemangku Pengarah Pelajaran Pahang Rosdi Ismail berkata arahan penutupan itu membabitkan 120 sekolah menengah dan rendah di daerah ini. "Sebelum ini pun kita sudah keluarkan arahan kepada semua sekolah supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum," katanya. Beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mengingatkan semua guru besar dan pengetua mengikuti garis panduan dikeluarkan sebelum ini, bagi menangani sebarang masalah jika jerebu melanda negara. - Bernama | ||||
Padang Merbok: Aktivis enggan berganjak Posted: 23 Jun 2013 04:25 AM PDT SHAH ALAM - Sekumpulan aktivis yang berkhemah di Padang Merbok hari ini menegaskan bahawa mereka tidak akan berganjak dari tempat tersebut walaupun telah diberi notis oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menerusi laman sesawang Facebook Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, mereka akan terus bertahan meskipun dihalang berkhemah di situ oleh pihak DBKL. "DBKL dan polis datang dengan lebih ramai. Mereka sudah berbaris, mungkin tapak khemah akan diserang teruk. "Kami akan cuba pertahan. Mohon malam ini semua berkumpul di Padang Merbok," katanya. Mereka yang berkhemah di sana turut mencipta lagu bagi meningkatkan semangat mereka untuk kekal di sana. Antara petikan lirik lagu tersebut adalah: "DBKL sangat baik hati, jaga kami dari malam tadi, kerja anda kami hargai, sampai esok kami di sini. "Wahai SPR letak jawatan, kamu angkuh kami bertahan, demi prinsip demi masa depan." Dalam pada itu, dipetik menerusi Bernama, kira-kira 150 orang masih tidak menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan kawasan itu, sebaliknya hanya bertindak menurunkan struktur khemah sahaja. Seorang daripada kalangan yang berkhemah di situ yang hanya ingin dikenali sebagai Hashim, 49, berkata dia mengambil keputusan untuk bersama dengan penyokong lain walaupun keadaan cuaca berjerebu. Sehingga 4.30 petang ini mendapati masih terdapat kira-kira 30 buah struktur khemah ditempatkan di kawasan Padang Merbok. Pada pukul 3.50 petang kelihatan beberapa buah kenderaan DBKL bersama anggota penguat kuasa tiba di padang itu bagi mengambil tindakan dan memantau keadaan di kawasan sekitar. DBKL mengeluarkan notis dua jam pada 10.15 pagi ini kepada kumpulan yang berkhemah di Padang Merbok untuk mengosongkan kawasan itu. | ||||
Sekolah KL, Selangor diarah tutup Posted: 23 Jun 2013 04:23 AM PDT SHAH ALAM - Semua sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur akan ditutup esok berikutan kualiti udara yang semakin buruk akibat jerebu. Perkara itu dimaklumkan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel. "Semua sekolah di Selangor dan KL ditutup esok seperti dinasihatkan PM Najib Razak," katanya. | ||||
PRC UK seru rakyat luar negara desak reformasi SPR Posted: 23 Jun 2013 04:18 AM PDT
Peserta bergambar kenangan bersama Dr Redzuan. MANCHESTER: PAS Representative Council (PRC) United Kingdom dan Ireland menyeru rakyat Malaysia yang prihatin di luar negara bersama-sama dengan gabungan Pakatan Rakyat dan NGO di tanah air untuk terus mendesak pembaharuan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini disebabkan kegagalan suruhanjaya itu dalam mengendalikan pilihanraya yang adil dan bersih selama ini. Perkara ini dinyatakan oleh Pengerusinya, Jupri Bade ketika ditemui setelah selesai penganjuran Bicara 'Pasca PRU13 – What's Next' bersama Pengarah UMCEDEL, Universiti Malaya Prof Datuk Dr Redzuan Mohamad Othman di Abraham Moss High School, Manchester. "Jika kita lihat kepada hasil kajian yang dilakukan oleh UMCEDEL, selagi mana sistem pilihanraya dan persempadanan yang telus dan adil tidak terlaksana, selagi itulah Barisan Nasional akan terus memerintah negara," katanya. Bayangkan, ujar beliau BN hanya perlu sekitar 35 peratus daripada undi popular untuk mendapat majoriti mudah di Parlimen berdasarkan sistem pilihanraya yang ada sekarang. "Ini amat mendukacitakan dan dengan jelas tidak menghormati semangat demokrasi dan pilihan majoriti rakyat," tambahnya. Beliau yang juga koordinator majlis berkenaan, yang dianjurkan oleh Persatuan Komuniti Malaysia Cheetham Hill Manchester (MCCH) itu turut mendesak agar Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meletak jawatan di atas kegagalan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan adil, termasuklah skandal dakwat tidak kekal. "Beliau mesti bertanggungjawab di atas kegagalan ini dan meletak jawatan dengan serta merta. Alasan-alasan yang beliau berikan bagi menutup kegagalan SPR selama ini kini terbukti hanya satu sandiwara yang tidak boleh disembunyikan lagi. "Malaysia memerlukan SPR yang bebas," tegasnya. Beliau turut menambah bahawa PRC, sebagai wakil PAS di UK dan Ireland, akan terus bekerjasama dengan semua pihak sama ada parti-parti politik, NGO, Pertubuhan Kebajikan mahupun persatuan masyarakat untuk menganjurkan program-program yang boleh memberi manfaat kepada seluruh warga Malaysia di sini. "Pendedahan kepada politik yang matang dan adil dalam konteks yang menyeluruh serta hak mendapatkan maklumat dari sumber asal yang sahih merupakan antara perkara pokok yang diperlukan oleh rakyat di luar negara, bagi melahirkan warganegara dan pemilih yang akan membuat pilihan berdasarkan fakta dan bukan sentimen semata-mata, yang selama ini dinafikan," ujar beliau. | ||||
Jerebu: Palanivel lebih pentingkan panda, kata Guan Eng Posted: 23 Jun 2013 04:14 AM PDT
Menurut Guang Eng, Palanivel selaku menteri bertnggungjawab sewajarnya memberi keutamaan kepada masalah pencemaran jerebu yang semakin serius. "Palanivel lebih pentingkan panda-panda dari Cina berbanding jerebu. "(Padahal) lebih penting dari panda adalah manusia, iaitu rakyat Malaysia," kata Guan Eng pada sidang media selepas majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini. Guang Eng dipercayai mengulas tindakan palanivel semalam menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara. Difahamkan kedua-dua beruang panda itu akan tiba di Zoo Negara pada Disember ini. Sedangkan menurut Guang Eng, dalam keadaan meruncing seperti ini, Palanivel seharusnya perlu fokus kepada bagaimana mencari penyelesaian untuk menjaga keselamatan rakyat. "Kita mengharapkan tindakan lebih cepat, dan kita di pihak Pakatan Rakyat sedia untuk memberi kerjasama. "Pada masa sekarang sekurang-kurangnya kerajaan sudah boleh mengedarkan topeng muka percuma kepada rakyat," katanya. Tindakan kecemasan Sementara itu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media sama menggesa kabinet Datuk Seri Najib Razak segera bersidang bagi membincangkan pelan kecemasan bagi mengelakkan masalah jerebu semakin teruk. "Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia juga perlu mengadakan persidangan segera mengatasi masalah ini. "Malayisa tidak boleh berdiam diri, meskipun yang terlibat (membuat pembakaran terbuka) adalah syarikat-syarikat kroni," kata Anwar. Kerajaan Indonesia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura. Dalam perkebangan lain, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 pagi ini. | ||||
Faekah : Kemenangan Anwar, Azmin, PR Selangor Bukti Media Arus Perdana Gagal Posted: 23 Jun 2013 03:58 AM PDT KUALA SELANGOR : Kegagalan media yang dianggap "arus perdana" dapat dilihat daripada kemaraan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum ke-13, yang berjaya menambah bilangan kerusi walaupun diserang bertubi-tubi oleh mereka. Di dalam PRU-13, Pakatan menang 89 kerusi parlimen berbanding 82 dalam PRU12. Manakala Pakatan Rakyat Selangor mencatat keputusan cemerlang dengan menambah bilangan kerusi DUN dari 36 ke 44. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata penyiaran berita fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sudah tidak relevan dan tidak diterima rakyat. "Pada 2008 media arus perdana terlebih memburukkan PR dan rakyat meluat pada media arus perdana. Rakyat tak nak baca suratkabar, rakyat tutup televisyen. Kita jangan perlekehkan kebijaksanaan rakyat. "Masalah Umno-BN terletak pada laporan dibuat Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana mereka 'overkill' sehingga rakyat menjadi muak," katanya ketika menjadi panelis dalam wacana bertajuk "Media Arus Perdana : Apa Nasib Pakatan Rakyat? Wacana anjuran Sinar Harian dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diadakan di Hotel De Palma di sini hari ini. Panelis lain ialah Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali dan Bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang manakala moderator adalah Wan Saiful Wan Jan dari Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas). Maka dengan itu, Faekah berkata, peranan dimainkan media arus perdana boleh dianggap gagal dalam mempengaruhi rakyat bagi menyokong Umno-BN. "Kalau berita muka depan media arus perdana itu berperanan, Anwar tidak akan menang dalam PRU13 dan Azmin Ali tidak akan menang juga. Malah Selangor tidak akan menang 44 kerusi DUN," katanya. Sementara itu, Abdul Jalil berkata, media arus perdana perlu mencontohi akhbar The Star yang biarpun dikuasai MCA namun memberi ruang kepada parti lawan seperti DAP, PAS dan PKR dalam laporan beritanya. "Yang salah media dimiliki parti politik tak beri ruang pada pihak lawan. Asyik tampilkan berita politik sendiri maka akan jatuh kredibiliti sendiri," ujarnya. | ||||
Posted: 23 Jun 2013 03:41 AM PDT SUNGAI BESAR – Seorang pengamal perubatan dibebaskan dan dilepaskan tanpa dipanggil membela diri oleh Mahkamah Majistret Sungai Besar, di sini, atas kesalahan menipu seorang pekerja Syabas sebanyak RM24,840, tiga tahun lalu. Majistret, Shah Wira Abdul Halim membuat keputusan membebaskan tertuduh, Mabahwi Ab Wahab, 60, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap kes itu yang berjalan sejak 2011. Mabahwi yang bekerja kampung didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat menipu Mohd Zubir Awaludin, 52, di rumahnya di Lot 1817, Jalan Dungun, Kampung Baru, Sabak Bernam antara 15 Februari hingga 18 April 2010. Mengikut fakta kes, Mohd Zubir diperkenalkan dengan Mabahwi untuk mengubati penyakit ibunya di Kampung Baru, Sabak Bernam. Sejak diperkenalkan dengan tertuduh, Mohd Zubir mendakwa Mabahwi meletakkan beberapa syarat bagi mengubati penyakit ibunya itu termasuk memintanya mengeluarkan wang untuk diberi sebagai syarat perubatan. Mohd Zubir mendakwa mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana wang itu diberikan secara tunai dan dimasukkan ke akaun sebuah bank atas nama isteri tertuduh. Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan penjara selama tidak kurang satu tahun dan tidak lebih 10 tahun atau dikenakan denda. Perbicaraan kes itu dikendalikan, Pegawai Pendakwa, Inspektor Ganes Arumugam. Mabahwi yang diwakili Peguam, M Sarawanan dalam perbicaraannya yang mengambil masa lebih dua tahun bersyukur dengan keputusan itu kerana ia secara tidak langsung berjaya membersihkan nama dan imejnya serta keluarganya. "Keputusan ini membuktikan saya tidak bersalah dan berharap agar segala tohmahan atau fitnah terhadap saya dan keluarga ini dihentikan segera kerana kami terpaksa menanggung malu atas fitnah berat ini. "Saya harap kami sekeluarga dapat menjalani kehidupan yang lebih baik di luar sana dan tidak mahu lagi mengenangkan kes ini kerana sudah 15 kali saya turun naik mengikuti prosiding mahkamah," katanya. | ||||
SPR: 'Kami tak akan berganjak' Posted: 23 Jun 2013 03:37 AM PDT SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan berganjak dengan desakan pembangkang dan peserta Black505 supaya berundur. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, tuntutan mereka jelas melanggar peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, PR tidak perlu mengheret rakyat bagi menjayakan rancangan politik khususnya berhubung tuntutan supaya pegawai tertinggi SPR letak jawatan. "SPR tak akan tunduk dengan tuntutan yang tak masuk akal itu. "Kita tak akan berganjak. Tak perlu nak teruskan perhimpunan yang menyusahkan rakyat dan pihak lain kerana SPR tetap dengan pendirian sebelum ini. "Tak akan ada perubahan, atau mereka ini sengaja mahu menyusahkan penguatkuasa, orang ramai dan untuk memalukan negara?," katanya kepada Sinar Harian Online. Semalam penganjur meneruskan himpunan Black505 di Padang Merbok walaupun pada mulanya gagal mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan keizinan polis. Bagaimanapun, setelah keengganan penyokong PR berundur kebenaran telah diberikan. Perhimpunan yang dikatakan kemuncak itu turut mengulangi tuntutan supaya pegawai tertinggi SPR meletak jawatan, selain memberi amaran supaya tidak melakukan proses persempadanan semula sebelum suruhanjaya baru itu dibentuk. PR juga dilihat lantang menggesa SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi kawasan yang telah difailkan petisyen. Mengulas lanjut, Wan Ahmad menasihatkan supaya PR tidak membuat keputusan terburu-buru mengenai perkara yang tidak sahih. "Mereka ini (ahli Parlimen baru) kadang-kadang tak tahu pun persempadanan semula itu dilakukan macam mana, mereka hanya ikut ahli Parlimen lama. "Perkara tersebut ada langkah-langkahnya sendiri, bukan SPR yang putuskan, SPR hanya cadangkan syor, kalau mereka tak puas hati boleh bantah," ulasnya mengenai isu persempadanan semula yang dibangkatkan PR pada himpunan tersebut. | ||||
Pembangkang dialu-alu tegur kepincangan negeri Posted: 23 Jun 2013 03:35 AM PDT SINAR HARIAN ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini. Bagaimanapun, Mukhriz berkata teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun. Beliau turut berharap agar pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan sedia ada. "Tegurlah kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat tidak sempurna. "...Pengalaman ini (mentadbir negeri) sangat penting untuk meningkatkan kefahaman dua-dua pihak, dalam demokrasi penting wujud peranan semak dan imbang," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Adun Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini. Sebagai 'orang baharu' dalam Dun Kedah, Mukhriz berkata beliau belum dapat membuat perbandingan mengenai perjalanan sidang DUN, namun berharap ia tidak berlaku seperti dalam Dewan Rakyat. "Kalau banding dengan Dewan Rakyat, harap tak berlaku (dalam Dun). Polemik politik terlampau dalam Dewan Rakyat, suasana agak tegang dan peraturan mesyuarat dilanggar sewenang-wenangnya," kata Mukhriz. "Saya lihat nama-nama (Adun) ramai yang baru, ada juga orang lama dan rasa sidang dewan akan meriah dengan pandangan dan idea baharu. Sementara itu, beliau berkata pemilihan Datuk Md Rozai Safian sebagai Speaker Dun Kedah dan Adun Bayu, Datuk Azmi Che Husain sebagai Timbalan Speaker merupakan pilihan yang tepat berikutan kedua-duanya mempunyai pengalaman dalam mengawal perjalanan dewan. - Bernama | ||||
IPU Muar turun sedikit, Melaka, Bukit Rambai naik Posted: 23 Jun 2013 01:32 AM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, kawasan yang diisytihar darurat hari ini, menunjukkan penurunan dengan bacaan 690 setakat pukul 11 pagi ini, berbanding bacaan 746 yang direkodkan pada 7 pagi. Jabatan Alam Sekitar menerusi laman sesawangnya melaporkan Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di Melaka yang sebelum ini mencatat IPU berbahaya iaitu masing-masing 357 dan 334, kini semakin meningkat dengan bacaan 415 dan 428. Sebanyak 17 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 30 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik. Negeri yang mencatat IPU tidak sihat termasuk di ibu negara, Putrajaya, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Dua kawasan yang dikategorikan sebagai baik ialah Sandakan dan Tawau di Sabah. IPU di kawasan Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur yang sebelum ini masing-masing mencatat 97 dan 102, meningkat ke 108 dan 111 pada pukul 11 pagi. Semua kawasan di Selangor iaitu Banting (115), Kuala Selangor (104), Pelabuhan Kelang (192), Petaling Jaya (125) dan Shah Alam (112) turut menunjukkan peningkatan IPU berbanding bacaan pukul 7 pagi. Berdasarkan indeks kualiti, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan hari ini di dua negeri yang terjejas teruk dengan bencana jerebu iaitu Melaka dan Johor. - Bernama | ||||
Posted: 23 Jun 2013 01:30 AM PDT MALAYSIA KINI Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS hari ini mengecam tindakan polis menahan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa bawah Akta Hasutan semalam yang didakwa mereka mala fide (berniat jahat). Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi dalam kenyataannya hari ini mempertikaikan layanan polis yang didakwanya tidak membenarkan peguam berjumpa dengan Husam petang semalam semasa di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang. "Lebih teruk, pada jam 6.00 petang, pihak peguam dimaklumkan bahawa Husam telah dibawa ke IPD Kota Baharu bagi tujuan siasatan lanjut tanpa dimaklumkan terlebih dahulu kepada peguam yang menantinya di luar IPD Ampang," dakwa Ahmad Zamri. Beliau juga membangkitkan persoalan kenapa Husam tidak ditahan di Kota Baharu sahaja jika polis mendakwa laporan terhadapnya dibuat di ibu negeri Kelantan itu. Husam ditahan pada jam 4 petang semalam di Kampung Pandan, Ampang berhubung satu kenyataan berkaitan kehadiran di perhimpunan 'Black 505' semalam. Beliau kemudian dibawa ke Kota Bharu Harakahdaily sebelum ini antaranya melaporkan Husam sebagai berkata: "Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah. | ||||
DAP: Kau yang hipokrit, Wan Ahmad Posted: 23 Jun 2013 01:28 AM PDT MALAYSIA KINI DAP hari ini menempelak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa menjadi 'hipokrit sebenar' dengan menyatakan pilihan raya umum lalu bersih dan adil sekalipun bukti menunjukkan sebaliknya.Dalam kenyataan, Pengarah Strategi DAP Ong Kian Ming mendakwa SPR menunjukkan sikap hipokrit apabila enggan mengakui bahawa dakwat kekal itu tidak kekal, perpindahan pengundi berlaku sewenang-wenangnya, persempadanan menyebelahi BN dan SPR tidak menguatkuasa peraturan pilihan raya. Ahli parlimen Serdang itu mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum lalu. Berdasarkan fakta, katanya, pelbagai tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat - menganjurkan perhimpunan bantahan, memfailkan petisyen, menyuarakan parlimen - tindakan konsisten dengan hasrat mereka demi mewujudkan ketelusan, adil dan sistem pilihan raya yang bersih. | ||||
DBKL berikan notis untuk aktivis beredar dari Padang Merbok Posted: 23 Jun 2013 01:25 AM PDT Aktivis yang mendirikan khemah di Padang Merbok diberikan notis untuk beredar oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pukul 10.00 pagi ini. Pegawai penguatkuasa DBKL Nasarudin Daharun berkata mereka berada di sana untuk melaksanakan tugas dan memberikan notis dua jam supaya aktivis beredar. "Jika mereka masih berada di sini, kami perlu mengambil tindakan terhadap mereka," katanya. Nasarudin berkata, mendirikan khemah di atas padang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Di bawah akta ini, pegawai DBKL mempunyai hak untuk meruntuhkan dan merampas khemah jika aktivis gagal untuk mematuhi notis untuk beredar. "Kita tidak akan bertindak ganas terhadap mereka. Kita akan beritahu, kita perlu mengeluarkan khemah mereka selepas tempoh notis tamat pada 12.15 tengah hari," kata Nasaruddin. Beliau mengatakan aktivis memberikan kerjasama apabila penguatkuasa DBKL mengeluarkan notis. Berhubung dengan aktivis yang mahu berunding untuk terus menetap di situ, Nasaruddin mengatakan beliau tidak akan bertolak ansur kerana tindakan mendirikan khemah menyalahi undang-undang. "Mereka mahu protes dan melaksanakan hak mereka akan tetapi ini bukan cara untuk melakukannya. Memasang khemah di sini merupakan satu kesalahan." Pada ketika ini terdapat lebih daripada 93 khemah didirikan di sini. Terdapat lebih daripada 240 aktivis berkhemah di sini malam tadi. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mengatakan sidang akhbar berhubung isu ini akan dilakukan selepas tempoh notis tamat | ||||
BN takutkan suara rakyat seperti hantu takutkan beras kunyit! Posted: 23 Jun 2013 01:20 AM PDT Tahniah buat puluhan ribu peserta himpunan BlackOut 505 yang berhimpun di Padang Merbok semalam. Perhimpunan aman yang suatu ketika dulu sentiasa berhadapan dengan tindakan keras kerajaan kini telah melalui fasa kematangan. Rakyat semakin berdisiplin dan kerajaan semakin tunduk kepada desakan rakyat untuk berhimpun menuntut hak mereka secara aman. Walaupun ada suara sumbang menyeru kepada jalan raya tanpa pilihan raya, saya yakin majoriti kehadiran mahukan perubahan berlaku secara aman dalam negara. Ucapan DSAI semalam turut meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan provokasi yang tidak menguntungkan gerakan perubahan oleh rakyat Malaysia. Biarkan perubahan berlaku secara semulajadi, menelusuri sunnatuLlah di bumiNya. Seperti kata hikmat pujangga Arab yang menjadi inspirasi kebangkitan, 'Abapila rakyat pada suatu hari mahukan kehidupan (yang sebenar), maka takdir tuhan pasti akan menyahut.' Selamat berjuang. SPR hari ini dalam politik negara adalah bagai barah yang menyerang organ kehidupan dalam tubuh. SPR adalah musuh rakyat, benteng terakhir kezaliman berkubu di negara kita. Mereka nak berambus atau tidak, mari sedarkan rakyat di seluruh pelusuk negara bahawa suara mereka mestilah lebih kuat mengaum. BN takutkan suara rakyat seperti hantu takutkan beras kunyit! | ||||
Dengarnya ada berita baik untuk negara, betul ke? Posted: 23 Jun 2013 01:15 AM PDT Waktu dan zaman berubah. Ia juga membawa perubahan kepada keadaan sesebuah negara termasuk politiknya sendiri. Negara kita tidak terkecuali dari melalui perubahan ini. Tidak mungkin keadaan sekarang mampu memberikan satu kerajaan yang benar-benar stabil dan berkesan. Baik dari pihak kerajaan dan pembangkang, roh politik yang sebenarnya secocok dengan kehendak rakyat dan negara sudah tidak dapat di perkasakan lagi. Tidak mungkin kita akan mengalami satu keadaan yang pernah kita alami dahulu jika keadaan sekarang berterusan berlaku. Ramai rakyat yang berfikir, dan ada juga pemimpin yang mencari jalan penyelesaian terhadap kecelaruan politik negara kita ini. Tentunya penyelesaian itu terbit dari pemikiran manusia yang insaf dan tekun mengamalkan introspeksi terhadap kecelaruan ini. Yang berfikir dengan bertanggungjawab akan sentiasa mencari kaedah untuk memperbaiki keadaan negara dan diri sendiri. Di akhir-akhir ini ada kedengaran usaha beberapa pemimpin dikalangan ahli-ahli Parlimen yang tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada sekarang ini dan formula baru nampaknya sudah mula bertunas. Samada ia akan berjaya dilakukan, itu juga adalah ketentuan dari Tuhan Maha Esa. Seperti biasa keresahan dikalangan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli legislatif itu akan membawa perubahan dan gerak ini diharapkan adalah gerak yang diredhai Tuhan. Kedengaran yang mereka bersungguh-sungguh mahukan perubahan ini dilakukan sekarang juga dan sambil itu melakukan transformasi yang sebenarnya yang diperlukan oleh negara dan rakyat. Jika gerakan ini menghasilkan perubahan kepada negara ia perlu mendapat sokongan semua pihak agar impian rakyat untuk hidup dalam 'environment' politik yang baru dan kesejukan siasah negara dapat dirasakan semua. Kita mahukan sebuah negara baru, seperti yang selalu disebutkan oleh blog ini. Kita mahukan dasar yang baik perlaksanaannya. Kita mahukan imej rasuah yang tertempel kepada kerajaan hari ini dihapuskan dan 'stigma' BN itu rasuah, rasuah itu BN wajib dilenyapkan. Imej ini tentulah datang bersama dengan manusia yang memimpinnya. Seperti yang blog ini selalu tekankan, tiada siapa dikalangan ahli-ahli kabinet sekarang berkemampuan untuk membawa perubahan ini kerana mereka semuanya terlibat dengan isu rasuah ini, setidak-tidaknya dalam erti kata 'collective responsibility' jemaah menteri itu. Ia mesti dilakukan oleh pemimpn yang dipilih rakyat yang tidak terlibat bersama kabinet sekarang dalam semua keputusan 'collective' itu. Memilih gantian dari mereka yang berada dalam barisan kabinet dan MT UMNO sekarang ini tidak akan ada perubahannya. Selalu blog ini menyatakan dengan tegas yang mereka ini datang dari satu acuan yang sama. Apabila kerajaan baru itu dipimpin oleh seorang yang tidak berada didalam kabinet yang mempunyai 'stigma' buruk itu, sekali gus imej dan pandangan serta persepsi rakyat itu akan berubah. Perubahan ini perlu dilakukan dengan kadar yang segera sebelum kita berpecah dan berbelah dalam semua hal kehidupan bernegara. Jika perubahan ini berlaku secara yang disebutkan dan dicadangkan ini maka kita agak pasti negara kita akan dipandang dengan lebih tinggi oleh masyarakat antarabangsa. Jika Najib menjadi isunya sebagai Perdana Menteri yang terlemah ia tidak boleh diperbaiki. Tetapi beliau boleh mengubah imej serta persepsi rakyat terhadap beliau dengan mewariskan kepimpinan negara kepada seorang yang bertanggungjawab dan beramanah. Meninggalkan nama yang baik bukan semestinya melalui hasil kerja yang baik tetapi juga dengan memberikan tanggungjawab negara kepada orang yang lebih berkemampuan dari beliau itu juga adalah tindakan meninggalkan nama yang baik buat beiau. Tindakan mengaku kelemahan dan memberikan kepimpinan negara kepada seorang yang berkebolehan untuk memperbaiki keadaan negara itu sendiri adalah pengorbanan yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Tindakan itu juga adalah tindakan mulia demi untuk rakyat dan negara. Beliau akan diingati oleh generasi yang akan datang sebagai seorang pemimpin yang berani melakukan tindakan untuk kebaikan dengan berkorban kepentingan peribadi beliau sendiri. Begitu juga kepada Muhyidin Yassin dan rakan-rakan kabinet yang lain. Mereka juga akan turut dikenang oleh generasi yang telah menyokong usaha rakyat untuk merubah dan menghindarkan negara dari terjerumus kedalam politik yang kacau bilau. Jika berlaku perubahan ini, maka kita tidak lagi bersusah payah memikirkan tentang tindakan rakyat berhimpun ke sana ke mari sambil berbalas-balas tuduhan diantara pihak-pihak yang berbalah sekarang ini. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran apa yang kita dengar itu. Tetapi jika Tengku Razaleigh lah orangnya yang disebut-sebut menjadi pilihan untuk diberikan tugas memperbaharui semangat negara dan demokrasi kita serta rakyatnya, ia merupakan berita yang amat memberangsangkan oleh banyak pihak dinegara ini. Dari sudut psikologinya sahaja negara akan menganjakkan imej dan stigma negatif negara yang sedang kita alami sekarang ini kepada imej yang baru yang memberangsangkan. Apa yang sangat perlu bagi negara sekarang ialah lonjakan persepsi yang baik untuk memulakan kerja dan tanggungjawab mengtransformasikan negara dengan semangat baru dalam 'ambience' siasah yang baru. Bermula dengan semangat yang baru dan suasana politik negara yang baru, maka mudahlah kita mengalihkan tumpuan rakyat yang sedang berbalah sesama sendiri di negara ini kepada penantian baru bagi mereka. Lantas lebih mudahlah rakyat bersatu serta memberikan sokongan kepada kerajaan baru dengan doa serta restu yang menyeluruh dari rakyat jelata. Suasana politik baru inilah faktur besar yang akan menyatukan rakyat yang sedang berbalah ini. Dalam perjumpaan-perjumpaan saya dengan semua pihak setiap hari jelas apa yang kita dengar sekarang sudah terbina harapan menggunung yang sangat-sangat mereka tunggu dan nanti-nantikan, iaitu sebuah negara yang bersemangat baru. Blog ini bersama yang ramai dibawah ini amat teruja untuk menulis lagi tentang isu ini lagi dalam posting-posting yang akan datang. Kerana apa blog ini teruja untuk menulisnya? Kerana nama yang disebut-sebut itu adalah nama yang sangat cocok dengan keperluan negara yang inginkan pembaharuan itu. Tengku Razaleigh merupakan seorang ahli politik yang veteran disamping seorang teknokrat dan 'planner' pembangunan yang telah meletakkan asas ekonomi negara dizaman kegemilangan beliau. Hanya politik dalaman UMNO semasa itu yang telah mengenepikan beliau dari arus perdana politik negara. Beliau dikenali diperingkat antarabangsa dan pernah mempengerusikan setidak-tidak tiga institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dalam satu masa yang sama. Diantaranya ialah Bank Dunia yang beribu Pejabat di Washington, Bank Pembangunan Islam yang beribu Pejabat di Jeddah serta Bank Pembangunan Asia yang beribu Pejabat di Manila. Hanya politik dalaman UMNO sahaja yang menyebabkan beliau diketepikan sejak tiga puluh tahun dahulu sehinggalah sekarang. Teruja pula blog ini untuk menulis tentang pemimpin yang sedang menjadi sebutan ramai sekarang ini. Insyaallah, kita berjumpa lagi | ||||
Pakatan tidak tolak TPPA, perlu penelitian lebih jelas, kata Anwar Posted: 23 Jun 2013 01:07 AM PDT Akan tetapi jelasnya, PR perlu meneliti mana-mana peruntukan dalam rundingan perjanjian berkenaan yang tidak merugikan negara. "Saya tahu ada pandangan keras dalam perkara ini tapi dalam PAS, PKR, DAP, kita pada prinsipnya tidak menolak sebarang bentuk perjanjian, tetapi peruntukan yang membebankan rakyat atau mengalih kuasa negara kepada negara kaya," kata Anwar semasa berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Ampang, di sini. PR, jelas ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi mengambil sikap lebih terbuka, dan sedar akan kebergantungan Malaysia terhadap Pelaburan Asing Langsung (FDI), dan tindakan menolak pelaksanaan TPPA juga jelasnya bukanlah satu tindakan wajar. "Kita ambil sikap lebih objektif, ada hujah kuat pasal TPPA ini kerana Malaysia tidak seperti negara lain, banyak bergantung kepada FDI ... menolak sama sekali juga tidak wajar, tetapi membebankan syarikat juga tidak wajar," kata Ketua Umum PKR itu lagi. "Malaysia perlu berdiri lebih berani kalau meneruskan rundingan ini," tegasnya lagi. Beliau kemudiannya turut berkata panel PR perlu berbincang dan meneliti keperluan pindaan dalan rundingan, agar perjanjian TPPA itu tidak menjejaskan negara. "Panel PR perlu bina satu konsensus supaya perlu melihat peruntukan mana perlu diteliti semula supaya perundingan TPPA tidak menjejaskan negara," tambahnya. PR sebelum ini menggesa agar sebuah Jawatankusa khas Pilihan Parlimen (PSC) diwujudkan untuk perjanjian berkenaan ekoran masih wujud rasa tidak berpuas hati kerana perjanjian itu jelas mereka tidak tertakluk kepada pengawasan parlimen. Dalam satu kenyataan sebelum ini, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS Dr Dzulkefly Ahmad, bersama dengan Azrul Azwar Tajuddin dari Institut rakyat berkata PSC mengenai TPPA itu perlu ditubuhkan segera. Mereka turut membangkitkan rangka kerja undang-undang TPPA yang menyeluruh itu boleh menyebabkan undang-undang domestik terpaksa akur dengan meletakkan syarikat-syarikat multinasional di atas jika tidak setara dengan kedudukan kerajaan. Antara kebimbangan yang dibangkitkan mereka adalah analisa Kos-Faedah (CBA) pada TPPA, Kawalan Kewangan dan Kebebasan, dan Kos Kesihatan. Mereka turut menyatakan kebimbangan masa yang semakin suntuk memandangkan pusingan dan rundingan TPPA seterusnya akan diadakan pada Julai 2013 dan pernyataan muktamad dijangka berakhir pada Oktober 2013. - 23 Jun, 2013. | ||||
Semalam bersama demonstran di Padang Merbok Posted: 23 Jun 2013 01:05 AM PDT Pagi Ahad. Mentari pagi Malaysia menyinari pemandangan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Padang Merbok. Khemah memenuhi padang. Anak-anak muda yang tinggal di dalamnya bangun tidur. Mereka menggeliat, sambil senyum. Merangkak keluar dan menyapa rakan-rakan yang tidur bertemankan bulan dan cuaca dingin. Mereka mula memikirkan tentang sarapan pagi. Lebih kurang 300 orang mahasiswa dan anak muda berada di sini semenjak perhimpunan semalam - dihadiri oleh puluhan ribu orang yang percaya terdapat penipuan dalam Pilihan Raya 2013 dan mahukan kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakan jawatan. Mereka yang berkhemah telah mengisytiharkan akan bekhemah sehingga sidang Parlimen ke 13 Malaysia bermula esok. Mereka mahukan perubahan. Kumpulan aktivis itu termasuk Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan tetapi lebih ramai adalah anak muda yang mahukan perubahan dan melakukan aksi ke arah itu. Ramai menemui kawan-kawan baru di sini yang mana sebelum ini tidak mengenali antara satu sama lain. The Malaysia Insider bersama mereka sepanjang malam dan melihat ianya dipenuhi dengan gelak tawa, nyanyian lagu, terdapat juga tangisan anak-anak sambil menghabiskan hujung minggu yang luar biasa. Peniaga-peniaga telah mendirikan gerai di padang menjual minuman, makanan ringan dan burger. Terdapat juga yang menjual lencana Blackout 505, t-shirt dan cenderahati lain berkenaan dengan perhimpunan itu. Sekretariat juga menyediakan pentas untuk berucap diatas trak yang dilengkapi dengan pembesar suara. Pengumuman dibuat kepada setiap khemah untuk mengambil makanan dan minuman percuma. Sekumpulan anak muda berkumpul bersama rakan-rakan menyanyikan lagu-lagu mengutuk SPR dengan sambil diiringi gitar. Kereta polis melalui tempat letak kereta Padang Merbok sekali-sekala untuk memastikan keadaan terkawal tetapi tidak mengganggu. Marshal berkawal untuk memastikan aktivis-aktivs yang berkhemah dalam keadaan baik. Lawatan mengejut dari aktivis Asalkan Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim yang singgah di Padang Merbok pada pukul 1.05 pagi disambut oleh mereka yang berkhemah dan mereka bergambar dengannya. Haris memberitahu The Malaysian Insider beliau gembira melihat demonstran tenang dan santai. Akan tetapi keadaan tidak tenang apabila mereka mula mendirikan khemah petang semalam. Terdapat pertengkaran diantara mereka yang mahu mendirikan khemah dengan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Padang Merbok berada di bawah seliaan DBKL dan penguatkuasanya mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Ini sebabnya mengapa polis tidak bertindak terhadap sekumpulan 300 orang itu. Selagi tiada laporan polis dari DBKL, polis tidak mempunyai kuasa untuk mengusir demonstran itu. Walau bagaimanapun, demonstran mempunyai cara mereka sendiri. "Mendirikan khemah bukan satu kesalahan. Ia bukan satu struktur kekal," kata Mohd Kamil Abdul Munim, 23 pelajar undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Pemerhati dari Majlis Peguam Malaysia yang berada di sini semalam melihatnya dengan berbeza akan tetapi menyokong kumpulan 300 orang itu. "Saya mahu menggesa pihak berkuasa bertolak ansur," kata Andrew Khoo, pengerusi bersama jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam kepada The Malaysian Insider semasa perhimpunan semalam. "Terdapat undang-undang berkenaan ini akan tetapi lebih baik jika mereka lebih terbuka demi demokrasi." Semalam kira-kira 20,000 orang berhimpun di sini berarak dari tujuh lokasi berbeza untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin pembangkang, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malam tadi, terdapat juga aktivis yang melihat video perhimpunan itu melalui telefon pintar atau tablet mereka. Bagi yang perlu menggunakan tandas, surau berdekatan banyak membantu. Akan tetapi selepas tutup, terdapat sebuah lagi surau sejauh 1km berdekatan dengan Tugu Negara. Terdapat yang berjalan ke surau itu untuk mandi sambil tuala digantungkan di tiang rugbi. Lebih kurang jam 2.00 pagi, kebanyakkan aktivis mula tidur dan memadamkan lampu generator. Bulan menemani mereka sehingga fajar pagi muncul. | ||||
Pakatan akan bawa isu jerebu ke Parlimen, sedia bekerjasama dengan BN Posted: 23 Jun 2013 12:58 AM PDT Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Jawatankuasa Kabinet perlu berbincang dalam kadar segera bagi mengatasi masalah jerebu, dan bukannya menunding jari mencari kesalahan mana-mana pihak. "Keadaan semakin gawat, apa sahaja langkah yang perlu diambil perlu dilaksanakan," kata pemimpin pembangkang itu ketika sidang media selepas berucap di majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat di Hotel De Palma, Ampang di sini. "Buka setakat menunding siapa salah, kedua-duanya, Malaysia dan Indonesia perlu bersidang dan mencari penyelesaian," kata Ketua Umum PKR itu lagi, dan menambah tindakan segera juga perlu diambil terhadap syarikat Malaysia di Indonesia yang dikatakan terlibat menjadi punca kepada masalah jerebu. "Syarikat kroni Malaysia terlibat, dan Malaysia perlu bertindak." Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya sebelum ini berkata pihaknya telah mengenal pasti lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura. Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka. Harus dibuat lebih awal dan di seluruh Johor, topeng muka itu perlu diedarkan lebih awal lagi. Saya rasa semua langkah perlu dilaksanakan lebih awal. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng juga turut menegaskan PR juga sedia bekerjasama dengan kerajaan bagi mencari penyelesaian dalam isu jerebu. "Macam mana pun, kami dari pihak PR mengatakan tindakan awal seharusnya boleh diambil ... Kami sedia bekerjasama dengan kerajaan, yang penting kesihatan dan keselamatan rakyat," katanya, yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam sidang media berkenaan. Lim turut berkata, kerajaan juga seharusnya telah mula mengedarkan topeng percuma kepada penduduk terjejas akibat jerebu, dan mencadangkan penguatkuasaan ketat daripada Jabatan Alam Sekitar. Indonesia telah berkata republik berkenaan telah mengenalpasti lapan syarikat berkenaan iaitu;PT Langgam Inti Hiberida; PT Bumi Rakksa Sejati; PT Tunggal Mitra Plantation;PT Udaya Loh Dinawi; PT Adei Plantation; PT Jatim Jaya Perkasa ;PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari. Awal hari ini, Muar telah diisytihar darurat pagi ini selepas Indeks Pencemar Udara (IPU) berada pada tahap setinggi 750 sementara dua bandar di Melaka dicatatkan pada bacaan 300. Bacaan IPU tertinggi di Malaysia adalah di Sarawak pada 1997 dengan bacaan 860. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel berkata hari ini kedaan jerebu di tiga bandar telah mencapai tahap berbahaya. Dua lagi bandar adalah Bukit Rambai pada 357 dan Bandaraya Melaka pada 364. Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Datuk Halimah Hassan pagi ini telah meminta pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengisytiharkan darurat di Muar hari ini. MKN dijangka akan mengeluarkan arahan kepada penduduk untuk tinggal dalam rumah dan mengarahkan sekolah di beberapa negeri terus ditutup. Palanivel juga berkata, MKN akan mengadakan pembenihan awam serta merta untuk memastikan hujan membersihkan asap yang datang melalui Selat Melaka itu. Bacaan IPU di bandar-bandar terpilih setakat pukul 8.00 pagi tadi adalah Pasir Gudang [123], Kemaman [140], Kelang [189], Balok Baru, Kuantan [137], Petaling Jaya [111], Johor Bahru [114], Shah Alam [104], Port Dickson [168], Kota Tinggi [137] dan Banting [110]. | ||||
Penganjur Black505 berhadapan tindakan tegas Posted: 22 Jun 2013 05:15 PM PDT SINAR HARIAN BANGI - Meskipun pasukan keselamatan berjaya mengawal perhimpunan haram di Padang Merbok, tindakan tegas tetap akan diambil terhadap pihak penganjur, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin. "Kita akan mengambil tindakan terhadap penganjur tersebut seperti mana sedia maklum di bawah Akta Perhimpunan Aman. Kita akan mengambil tindakan-tindakan susulan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penutupan Kejohanan Bola Sepak Terbuka dan Veteran 9 Sebelah Piala Ketua Polis Negara 2013 di sini hari ini. Ditanya jumlah kehadiran orang ramai yang dikatakan kurang berbanding sasaran Pakatan Rakyat, beliau berkata rakyat boleh menilai sendiri perkara itu. "Kita melihat dari sudut keselamatan, kita dapat uruskan secara berkesan dan masyarakat boleh menilai tentang perhimpunan yang berlaku di Padang Merbok," katanya. Pakatan Rakyat tetap meneruskan perhimpunan di Padang Merbok meskipun pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberi kebenaran untuk mereka menggunakan di lokasi itu. - Bernama | ||||
Tindakan berkhemah menyimpang daripada janji Posted: 22 Jun 2013 05:13 PM PDT SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Tindakan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkhemah di Padang Merbok, Jalan Parlimen, di sini hari ini menimbulkan tanda soal terhadap tujuan sebenar Perhimpunan Black 505 anjuran pembangkang membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas. Walaupun perhimpunan itu umumnya berlangsung aman, tindakan sekumpulan SAMM berkhemah di situ selepas perhimpunan petang ini, boleh menjurus kepada pertembungan antara mereka dengan pihak penguatkuasa dan undang-undang sekiranya mereka tetap berdegil. Perbuatan berkhemah di tempat awam bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu menjelang majlis angkat sumpah anggota Dewan Rakyat Isnin ini sudah menyimpang daripada janji penganjur bahawa mereka sekadar mahu berhimpun secara aman hari ini. Seolah-olah mereka tidak berpuashati perhimpunan berlangsung aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini seperti peserta tercedera. Sikap polis yang amat berhemah mengendalikan demonstrasi menyumbang kepada amannya perhimpunan, walaupun peserta bersikap provokatif. Krisis awal ke arah konfrontasi mula kelihatan apabila dua anggota penguatkuasa DBKL dikasari oleh peserta perhimpunan termasuk anggota SAMM yang terdiri daripada 500 orang dengan mengemuruni dua petugas DBKL itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dalam kejadian 4.30 petang itu, sekumpulan peserta daripada SAMM cuba mendirikan beberapa khemah menyebabkan dua anggota DBKL menghalang perbuatan mereka. Disebabkan cuba menghalang kumpulan itu, dua petugas DBKL itu dipukul dan mereka diselamatkan polis serta pegawai DBKL dengan melarikan mereka daripada kepungan perserta perhimpunan dan membawa mereka masuk ke dalam van DBKL yang berada di tempat kejadian. Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang turun padang melihat keadaan di Padang Merbok tengah hari ini menyifatkan penyakit 'hati angkuh' yang dihidapi pemimpin pakatan pembangkang terutama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan punca mengapa pakatan itu tidak mahu menerima keputusan pilihan raya umum dan menganjurkan perhimpunan hari ini. Tengku Adnan berkata kerana penyakit itu pembangkang sengaja membutakan mata mereka terhadap keputusan dibuat rakyat pada pilihan raya umum ke-13 dan tetap meneruskan perhimpunan walaupun tahu ia bakal mengundang keresahan warga kota. Malah mereka menolak tawaran untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka dan tetap mahu mengadakannya di Padang Merbok untuk menjerit-jerit dan menarik perhatian orang ramai, katanya. Malah kehadiran penyokong pada perhimpunan itu yang dianggarkan polis seramai 20,000 orang membuktikan pembangkang gagal meraih sokongan umum sedangkan sasaran awal mereka ialah 300,000 orang. Kebanyakan peserta perhimpunan bukanlah mewakili suara umum sebaliknya mereka adalah anggota daripada beberapa pertubuhan antaranya SAMM dan Asalkan Bukan Umno (ABU) serta anggota parti politik daripada PAS, DAP dan PKR. Penganjuran perhimpunan itu juga adalah satu kejanggalan apabila anggota parlimen daripada pembangkang akan turut mengangkat sumpah pada Isnin ini yang memberikan gambaran mereka seolah-olah menerima kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), tetapi mengadakan demonstrasi membantah kemenangan Barisan Nasional (BN). PRU13 menyaksikan pembangkang gagal menerajui negara apabila hanya peroleh 89 kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional dengan 133 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. Malah pembangkang juga terlepas Kedah, negeri yang diterajuinya pada 2008 tetapi mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. - Bernama | ||||
Posted: 22 Jun 2013 05:11 PM PDT SINAR HARIAN PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia ingin memaklumkan berhubung kemalangan yang melibatkan lima (5) orang pelajar Malaysia di Jordan. Pada 21 Jun 2013 (Jumaat), antara jam 5.00 - 6.00 petang (waktu Jordan) sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh lima (5) orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan. Pelajar yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk. Dalam kemalangan tersebut, seorang pelajar iaitu Sumaiyah Binti Romli meninggal dunia manakala empat orang yang lain cedera. Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat. Keluarga mangsa yang meninggal dunia telahpun dimaklumkan. SUMBER: Kementerian Pendidikan Malaysia UNTUK MAKLUMAT LANJUT: Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia - Bernama | ||||
Posted: 22 Jun 2013 05:08 PM PDT SINAR HARIAN JAKARTA - Indonesia tidak akan meminta maaf kepada Singapura berikutan krisis jerebu yang melanda negara itu hingga merebak ke negara jiran termasuk Malaysia. Menteri Luar, Marty Natalegawa menegaskan, kerajaan sedang melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut. "Kerajaan Singapura perlu sedar, kami melakukan pelbagai cara untuk menangani masalah itu. Kami juga telah berhadapan dengan masalah ini sejak beberapa tahun lalu dan usaha penambahbaikan juga telah dibuat," katanya. Menurutnya, permohonan maaf itu tidak wajar dilakukan kerana Singapura telah bekerjasama untuk menangani masalah itu termasuk berkongsi maklumat terkini. "Menteri Alam Sekitar Singapura dihantar ke sini untuk berbincang dalam mencari penyelesaian. Maka itu untuk apa kami perlu memohon maaf," katanya. - Jakarta Post | ||||
Penjelasan Erra Fazira isu Ustaz Azhar, terhangat Posted: 22 Jun 2013 04:57 PM PDT Harakahdaily,Di tempat kedua, juga ialah artikel mengenai Erra Fazira, bertajuk "Kenapa Erra Fazira tak sebut nama Ustaz Azhar Idrus?" yang mempersoalkan mengapa selebriti itu tidak mahu menyebut nama Ustaz Azhar Idrus ketika mewar-warkan iklan "uji bakat Pencetus Ummah" di dalam rancangan Primadona di Astro. Manakala artikel "Gambar yang Perkasa dan Umno tidak mahu lihat" yang memaparkan seorang pemimpin besar Umno meletakkan tangan di belakang bahu seorang pemimpin veteran DAP pula menduduki tempat ketiga. Berikut ialah 10 artikel terhangat Harakahdaily bagi minggu 16 hingga 22 Jun. | ||||
Husam dibawa ke mahkamah majistret pagi ini Posted: 22 Jun 2013 04:55 PM PDT
Isteri dan keluarga terdekat beserta orang ramai menunggu ketibaan Husam di IPD Pengkalan Chepa, malam tadi. KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu kira-kira jam 9.00 pagi ini oleh pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Mohd Hisyam Fauzi memberitahu, beliau yang bertindak sebagai peguam kepada Husam akan hadir untuk membantah penahanan itu. Ini kerana, tegasnya alasan untuk mengambil tindakan tahanan reman tidak wajar memandangkan ucapan Husam sebelum ini belum dapat ditentukan adakah ia benar berkaitan dengan akta hasutan. "Jadi kita akan membantah hasrat untuk tahanan reman itu apa lagi kes ini tidak begitu kompleks," ujarnya. Hisyam seterusnya memberitahu Husam sendiri memberi kerjasama yang baik berhubung siasatan yang dilakukan terhadapnya. Peguambela itu juga mengakui Husam tidak begitu sihat kerana demam. Malam tadi Husam ditahan di lokap IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa. Lebih 400 orang berhimpun di luar pekarangan IPD kira-kira jam 11.00 malam. (Gambar bawah) Hadir sama isteri Husam, Datin Rohana Ab Rahman serta keluarga terdekat. Husam tiba di IPD Kota Bharu kira-kira jam 1.30 pagi dengan diiringi tidak kurang 13 buah kenderaan dari Balai Polis Ampang. Beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya mengenai 'syahid fi sabilillah' berhubung penyertaan pada himpunan aman Black 505 di Padang Merbok petang semalam. | ||||
PR Mampu Perolehi 60 Peratus Undi Jika Bersih Dan Adil Posted: 22 Jun 2013 04:53 PM PDT KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat berupaya memperoleh 60 peratus undi popular di dalam PRU-13 sekiranya pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan telus, tegas Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Beliau membidas kerajaan Umno-BN yang disifatkan lebih teruk daripada kerajaan junta Myanmar kerana tidak memberikan ruang yang mencukupi bagi liputan media di negara ini. Anwar berkata bantahan terhadap keputusan PRU-13 adalah kerana wujudnya penyelewengan oleh calon gagasan Umno-BN. "Inilah kecurangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional," kata Anwar dihadapan 50,000 peserta himpunan Black505 yang diadakan di Padang Merbok di sini. Jelas Anwar, himpunan itu adalah untuk menghantar mesej jelas kepada kerajaan Umno-BN agar mengikut desakan rakyat dan merubah pentadbiran Suruhanjaya Pilihanraya dan pilihanraya. Ujarnya, pimpinan SPR harus letak jawatan kerana gagal melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Sementara itu Anwar mengulangi pendirian Pakatan untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen kerana menghormati Yang Dipertuan Agong. "Kita akan terus melaksanakan perubahan ini dengan secara aman, kita akan lawan sehingga rakyat bertakhta di dalam negara ini," kata Anwar. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan