Ahad, 23 Jun 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Penangkapan Husam : Dewan Ulama Kelantan Kecewa dan Kesal

Posted: 23 Jun 2013 09:00 AM PDT

Walaupun mengaku konon "AKU TAK RELA DIPERDAYA UMNO", tapi ustaz ini mengeluarkan kenyataan yang amat pelik mengenai penangkapan Husam kelmarin.

Dewan Ulama' PAS menyuarakan rasa kesal dan kecewa di atas penangkapan Husam tersebuit. Tetapi Ustaz ini tulis :

"Tahniah  Datuk Paduka Husam Musa, Naib Presiden PAS yang ditangkap dalam himpunan Black 505 semalam..." Korang baca dan sendiri nilai tulisannya di sini 

Aku tak mahu komen panjang-panjang mengenai ustaz ini, tapi korang sendirilah buat penilaian.Mungkin ustaz ini merasakan dirinya lebih hebat dari ulama di Kelantan tu. Kalau aku kata banyak, nanti korang tuduh aku hasut korang pula.

Aku sekadar mahu mengucapkan tahniah kepada Dewan Ulama PAS Kelantan kerana mengeluarkan kenyataan berikut. Nanti kalau ada kenyataan dari Ketua Dewan Ulama Pusat pula , insya'Allah, aku akan siarkan juga ....Korang semua bersabarlah..... 



Saya mewakili Dewan Ulamak PAS Negeri Kelantan (DUPNK) bersama-sama dengan rakyat Kelantan yang menuntut keadilan di negara ini melahirkan kekesalan atas penangkapan Dato Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS dibawah akta hasutan. Sehingga kini beliau masih lagi belum dibebaskan.

Kami turut melahirkan kekecewaan dan tidak bersetuju dengan layanan yang diberikan kepada Dato Husam sebagai seorang wakil rakyat yang dibawa menaiki kereta dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan tidak dibenarkan walaupun isterinya untuk bertemu. Sementara hari ini pula Y.A.B Ustaz Dato Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang turut melawat YB Dato Husam juga tidak mendapat kebenaran untuk bertemu beliau.

Oleh itu, diatas sikap membanteras setiap perilaku yang tidak berakhlak, kami mendesak Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan Dato Husam dengan kadar segera. DUPNK juga berharap agar keluarga Dato Husam tabah dan bersabar atas ujian Allah yang menimpa ini.

YB Ustaz Hj Hassan Mahamood
Pemangku Ketua DUPNK

Tiada ulasan: