Isnin, 17 Jun 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kouta haji kurang 20%, Tabung Haji kaji senarai jemaah

Posted: 17 Jun 2013 03:36 AM PDT

 
MALAYSIA KINI


 
Lembaga Tabung Haji (LTH) akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ini berikutan arahan terbaru daripada kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kuota jemaah sebanyak 20 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, arahan itu diterima secara rasmi daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid tiga hari lalu, lapor Berita Harian.

NONEDalam laporan itu, Jamil berkata pengurangan jemaah bagi menunaikan ibadah itu tahun ini perlu dipatuhi kerana ia membabitkan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.

Kuota jemaah haji Malaysia adalah kira-kira 28,000 atau satu peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28 juta dan pengurangan sebanyak 20 peratus itu membabitkan seramai 5,600 orang jemaah.

Laporan itu juga menyebut, difahamkan rata-rata jemaah haji di negara ini sudah menerima surat tawaran menunaikan haji dan ada juga yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Saya sangat berharap keadaan ini dapat diterima dengan baik dan difahami semua jemaah haji Malaysia. Arahan ini bukan dikeluarkan sesuka hati, sebaliknya ia bersangkut paut dengan kerja menambah baik keselesaan jemaah di seluruh dunia.

"Ia bukan hanya membabitkan jemaah haji Malaysia tetapi jemaah dari seluruh dunia. Tidak ada pengecualian atau pilih kasih dalam hal ini," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.

Sementara itu, akhbar itu turut memetik Menteri Haji Arab Saudi Bandar Hajjar sebagai berkata arahan itu dibuat bukan untuk menghalang kedatangan jemaah haji ke Makkah.

Sebaliknya, ia perlu dilakukan bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu.

M'kini dilarang hadiri sidang media Ahmad Maslan

Posted: 17 Jun 2013 03:32 AM PDT

 


 
Malaysiakini hari ini dilarang daripada menghadiri sidang media Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di bangunan Kumpulan Wang Simpanan Persekutuan (KWSP) di Kuala Lumpur.

Walaupun dibenarkan menunggu di bilik lounge bersama pengamal media lain yang sedang menunggu Ahmad, pemberita kemudian dimaklumkan bahawa Malaysiakini tidak dibenarkan menyertai sidang media itu.

Sidang media itu dijadual berlangsung selepas lawatan kerja Ahmad di ibu pejabat KWSP.

Langkah ini bukan kali pertama. Malaysiakini sebelum ini tidak dibenarkan menyertai sebarang acara Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra dan ibu pejabat Umno.

Di ibu pejabat Umno, portal berita ini dilarang memasuki bilik pemantauan pilihan raya pada 5 Mei.
Malaysiakini juga pernah dilarang menyertai perayaan ulang tahun Umno di PWTC tidak berapa lama selepas pilihan raya umum.

'Pendatang haram dapat dokumen M'sia di Filipina'

Posted: 17 Jun 2013 03:29 AM PDT

 


 
Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pendatang asing di Sabah hari ini diberitahu bahawa pendatang haram boleh mendapatkan dokumen Malaysia ketika masih berada di Filipina lagi.

Macarius Sabinus - pegawai lapangan yang ditugaskan mendaftar pendatang haram di Sabah dan mengeluarkan resit sementara (kad burung-burung) kepada mereka - menemukan bahawa mereka mendapat dokumen itu di Bongoa, Tawi-Tawi, walaupun belum didaftarkan.

Bagaimanapun Macarius - juga penyelidik di badan pemikir Institut Kajian Pembangunan (Sabah) atau IDS badan bawah Jabatan Ketua Menteri (JKM) - berkata, resit itu mempunyai nombor siri dan cop berbeza.

IDS, sebelum ini dikenali sebagai Institut Analisis Dasar Awam (IPPA), ditugaskan mengkaji pendaftaran pendatang haram secara besar-besaran di Sabah antara 1986 dan 1988.

Masa Untuk Pas, Umno Bela Rakyat

Posted: 17 Jun 2013 03:28 AM PDT

MSO

Jaminan dan kesanggupan Pegerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed untuk menjadi orang tengah bagi menjalinkan hubungan kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Kelantan sesuatu yang dialu-alukan oleh rakyat Kelantan. Bagi rakyat yang dahagakan pembangunan fizikal sudah tentu menyambut baik jaminan Mustapa itu. Jaminan itu merupakan satu sinar baru untuk rakyat Kelantan dan diharap akan menjadi kenyataan.

Jaminan atau pun tutur demikian juga pernah kedengaran sebelum ini di kalangan pemimpin Umno terdahulu terutamanya semasa berada di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, tetapi malangnya ia tidak pernah menjadi kenyataan. Kenyataan lunak dan jaminan sedemikian seakan sengaja ditaburkan untuk mengambil hati pihak tertentu saja. Ia tidak lebih daripada retorik politik untuk menunjukkan kononnya masing-masing komited untuk rakyat Kelantan.

Tetapi kali ini kita berharap apa yang dilafazkan oleh Mustapa itu akan menjadi kenyataan. Walaupun Mustapa juga pemimpin Umno biarlah Mustapa pemimpin Umno yang tidak bermulut busuk. Perkembangan politik hari ini khasnya yang melanda orang Melayu di seluruh negara perlu dijadikan iktibar.

Mustapa juga tidak perlu mengambil sikap berdendam atau sengaja mahu menganaktirikan rakyat Kelantan seperti mana diamalkan oleh selama ini. Beliau harus sedar perubahan minda politik dikalangan pengundi. Kemunculan generasi baru yang mahu tengok politik yang realistik perlu difikirkan.

Apa lagi hasrat agar wujud kerjasama kedua pihak, kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Kelantan itu lahir dari hasrat dan harapan Tuanku Sultan Mohamad Ke IV sendiri. Ertinya Sultan Kelantan sendiri yang menganjurkannya. Dua perkara yang ditekankan oleh Sultan semasa bertitah merasmi persidangan Dun Kelantan untuk penggal ke pertama Dun ke 13 kali ini.

Dalam titahnya baginda berharap sangat agar lebuh raya (central spine road) di antara Kota Bharu ke- Kuala Krai dibina dan kerajaan persekutuan akan membantu Kelantan dalam masalah utilitis terutamanya air. Sewajarnya kalau kedua-dua pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri mengutamakan kedua projek ini.

Mustapa dan Ahmad Yakob boleh menjadikan kedua projek ini sebagai batu tanda ke arah kerjasama lebih menyeluruh lagi untuk Kelantan. Kedua projek itu perlulah disiapkan dalam jangka yang terdekat ini. Misalnya masalah air bersih dan air jernih yang kesekian lama dihadapi rakyat Kelantan, perlulah diatasi dan penyelesaiannya dengan kerjasama bakal dibentuk itu.

Serentak itu juga pembinaan jalan berpusat (lebuh raya) dari Kota Bharu ke Kuala Krai itu juga perlu disegerakan dan ia boleh dijadikan jasa politik sebagai lambang kerjasama. Sebenarnya tidak ada apa-apa masalah untuk membangun kedua-dua projek yang disebut Sultan itu. Asal saja keduanya ikhlas untuk membela dan membantu Kelantan ia boleh dicapai dengan mudah. Syarat utama ialah ketepikan fahaman politik ekstrem.

Barang kali sebagai menada bermulanya kerjasama ini saya rasa oleh diadakan majlis letak kerja (batu asas) pembinaan lebuh raya berkenaan. Dalam majlis itu Mustapa sebagai mewakili kerajaan Persekutuan boleh sama-sama meletakkan batu asas dengan Ahmad Yakob. Mereka boleh sama-sama mengikat konkrit ataupun sama-sama memulas string jangkaut untuk memecahkan batu.

Acara itu akan menjadi simbolik paling bermaka untuk kedua-dua pihak khasnya Umno dan Pas di Kelantan. Bentuk kerjasama untuk kepentingan bersama dan rakyat itu tidak akan diterima oleh semua orang. Tidak ada yang menolaknya. Mana-mana orang yang menolaknya mereka merupakan antikan kerjasama dan perpaduan untuk membela rakyat Kelantan.

Pas tidak perlu curiga dengan kerjasama demikian. Dasar dan prinsip Islam Pas tidak akan luntur. Bahkan ia bertepatan dengan slogan dalam manifesto Pas, 'keberkatan, kemakmuran dan kebajikan'. Begitu juga dipihak Umno kerjasama sedemikian tidak akan melunturkan semangat nasionalis mereka. Umno boleh kekal dengan nasionalis dan sekularismenya manakala Pas pula kekal degan Islamnya. Jalan atau lebuh raya bakal dibina itu tidak akan memansuhkan prinsip dan dasar serta ideologi kedua-dua parti itu.

Sama-sama kita berdoa agar hasrat dan harapan ini akan menjelma segera, dan marilah sama-sama kita buktikan bahawa orang Kelantan boleh bekerjasama dan berpakat untuk kepentingan serta kebaikan bersama. Kita buktikan bahawa kita semua adalah; anak beranak belaka.

Kesempatan yang baik juga pada masa ini kebetulan Umno dan Pas dipimpin oleh tokoh yang berfikiran sedarhana, berasal dari kampung dan sama-sama beriltizam untuk memajukan anak beranak se kampung.  Baik Mustapa maupun Ustaz Ahmad Yakob saya rasa mereka juga mahu meninggalkan legasi istimewa untuk Kelantan dan juga mencatat sejarah tersendiri buat diri mereka.

Sebagai manusia, rakyat Kelantan dan pemimpin mereka juga tidak sanggup untuk menyaksikan ketegangan minda politik rakyat Kelantan kerana dibezakan dengan ideologi dan tafsir terhadap apa itu siasah.

MP: Bukan takdir, tapi penipuan menangkan BN

Posted: 17 Jun 2013 03:22 AM PDT

MALAYSIA KINI


 
Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata, persempadanan semula kawasan dan ketidakadilan membantu BN menang pada pilihan raya umum dan bukan "takdir" seperti dakwaan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

teo nie ching pc on parliamentary allocation 3Teo (kanan) berkata, amat "memalukan" apabila Abdul Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud mendakwa bahawa takdir yang membantu BN menang pada 5 Mei lalu.

Dalam kenyataannya hari ini, Teo yang juga penolong setiausaha publisiti DAP itu sebaliknya mendakwa "penipuan dan kecacatan (pilihan raya)" yang membantu BN memenangi pilihan raya umum.

Dalam tulisan di Utusan Malaysia semalam, Abdul Rahman dilapor menulis, mungkin Anwar lupa secara statistiknya Pakatan Rakyat memenangi undi popular tetapi BN menerima sokongan takdir yang membantu gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.

"Pendek kata, takdir dan kuasa Tuhan menentukan segala-galanya," tulis Abdul Rahman.

HQ Umno dibina sebelum pelan diterima, dakwa MP

Posted: 17 Jun 2013 03:21 AM PDT

 


 
Anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik mempersoalkan kerajaan Pulau Pinang pimpinan Gerakan sebelum ini yang didakwa membenarkan pembinaan Menara Umno sebelum pelannya dihantar atau diterima.

NONE"Bagaimana negeri boleh tunduk kepada Umno dan membenarkan kerja-kerja dimulakan sebelum pelan bangunan dihantar?"

Ng melontarkan pertanyaan itu dalam sidang media di Jalan Macalister, di mana penebat kilat daripada bangunan itu jatuh, sekali gus menyebabkan dua terbunuh ketika ribut melanda Pulau Pinang pada Khamis.

Ng mendakwa, kerajaan tempatan pada 23 Disember 1995 mengeluarkan kebenaran memulakan kerja khas kepada kontraktor bangunan, dua tahun sebelum pelan pertama dihantar pada 31 Julai 1997 dan pelan pengubahsuaian pada 24 Julai 1998.

Pada 1 Oktober 1996, timbalan ketua Menteri pada masa itu Shariff Omar melawat bangunan itu dan "merestui" pembinaannya walaupun pelan bangunan belum dihantar, dakwa Ng.

Shahidan: Cina boleh jadi PM jika buang pemikiran rasis

Posted: 17 Jun 2013 03:19 AM PDT


MALAYSIA KINI


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru Datuk Seri Shahidan Kassim menasihatkan masyarakat Cina supaya menjauhkan diri daripada apa yang didakwanya sebagai sifat perkauman yang diterapkan pembangkang dan bercampur dengan bangsa lain.

NONE"Jika orang Cina bersedia melangkah melangkaui sempadan kaum, bercampur sepenuhnya dengan masyarakat pelbagai kaum Malaysia dan mengamalkan perkongsian kuasa, saya percaya Malaysia suatu hari nanti akan ada perdana menteri berbangsa Cina," katanya dalam wawancara dengan Sin Chew Daily.

Beliau mendakwa, rakyat Malaysia berbangsa Cina sudah didoktrinasi dengan perkauman melampau, terutamanya oleh DAP.

Sebaliknya, kata Shahidan, BN bergerak ke arah kerajaan yang inklusif untuk semua kaum dengan mempromosikan konsep 1 Malaysia.

Kerajaan Selangor Jaga Semua Komuniti Dan Agama

Posted: 17 Jun 2013 03:15 AM PDT


sambutan hari wesak 2013 02

SHAH ALAM  : Kerajaan Selangor berjanji akan menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua rakyat Selangor tanpa mengira kaum dan agama.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendekatan tersebut adalah penting memandangkan nisbah antara kaum Melayu dan bukan Melayu hampir sama.

"Kita akan tentukan setiap masyarakat Selongor yang berbeza kaum seperti penganut Buddha akan mendapat perhatian dari Kerajaan Negeri supaya mereka dapat terus hidup dengan baik.

"Dalam tempoh lima tahun ini, kita akan mempertingkatkan program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

sambutan hari wesak jun 2013 01

"Oleh itu, adalah tanggungjawab bersama antara kaum untuk memperbetulkan mana yang kurang dalam usaha menjaga rakyat dengan baik," katanya dalam ucapan perasmian di Sambutan Hari Wesak peringkat negeri, di Auditorium MBSA, di sini.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

sambutan hari wesak jun 2013 04

Turut hadir Exco Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi dan Pengerusi Jawatankuasa pengelola Sambutan Hari Wesak, Loka Ng Sai Kai.

Selain itu, Abdul Khalid turut menyeru semua kaum supaya menghayati keamanan dan keharmonian dalam apa jua perkara.

"Saya mahu ingatkan kita perlu juga menghormati satu sama lain kerana menghormati satu sama lain akan memberikan kesaksamaan kepada semua kaum.

"Kesaksamaan itu adalah kekuatan. Kita juga kena prihatin dan bertanggungjawab dalam tugas kita dan kita warga kerja Selangor tidak terikat kepada agama, budaya dan ideologi politik," katanya.

Pejabat Daerah Klang, MPK Berjaya Tingkat Pendapatan Kerajaan Negeri Kepada Lebih RM300 Juta

Posted: 17 Jun 2013 03:09 AM PDT


MB buku MP Klang 01

SHAH ALAM: Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah berjaya meningkatkan kutipan dari hasil cukai kepada lebih RM 300 juta.

Kejayaan itu mendapat pujian daripada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata ia hasil usaha kakitangan dua agensi tersebut yang berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Abdul Khalid juga berkata jumlah RM 300 juta itu adalah lebih daripada pungutan cukai Kerajaan Negeri Sembilan, yang mana populasinya adalah sama dengan populasi di bawah kawasan MPK.

"Pejabat Daerah Klang telah menunjukkan kemajuan pengurusan hartanah di Klang terutama dari segi kutipan hasil, kutipan hasil tertunggak dan kutipan premium tanah.

"Pendapatan ini menunjukkan Pejabat Daerah dan Tanah Klang sendiri mendapat sekitar RM 120 hingga RM 130 juta untuk menambahkan pendapatan," kata Abdul Khalid.

"Jika dicantumkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Klang sebagai satu agensi dimana jumlah penduduknya sama besar dengan Negeri Sembilan.

"Dan pendapatan dari Pejabat Daerah dan Tanah Klang, didapati melebihi dari Negeri Sembilan, bermakna lebih dari RM 300 juta."

Abdul Khalid berkata demikian dalam di dalam sidang media dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Sebelum itu ketika menyampaikan ucapan dihadapan kira-kira hampir seribu kakitangan awam, Abdul Khalid menuntut agar mereka mengikis gaya pemikiran lama yang cukup sekadar dengan meminta maaf selepas melakukan kesilapan.

Abdul Khalid berkata meraka harus gantikan budaya itu dengan budaya meminimakan kesilapan.

Selain itu Abdul Khalid turut menyeru kakitangan awam Selangor agar menanamkan budaya 'Bersih, Telus, Berkeupayaan dan Amanah' ketika memberi perkhidmatan untuk rakyat Selangor.

MB Jumpa Persekutuan Minta Sumbangan Untuk Rakyat P. Klang

Posted: 17 Jun 2013 03:08 AM PDT



northport cranes 01

SHAH ALAMN: Kerajaan Selangor akan mengadakan perbincangan dengan Unit Perancang Ekonomi Negara (UPEN) bagi membincangkan sumbangan  hasil cukai yang dikutip Jabatan Kastam kepada penduduk Klang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sumbangan itu akan membolehkan penduduk Pelabuhan Klang menikmati kemudahan prasarana yang lebih baik setanding dengan imej Klang sebgai sebuah bandar pelabuhan.

"Kita ada membuat beberapa langkah untuk berbincang dengan UPEN untuk menerangkan kepada mereka sumbangan Daerah Klang kepada ekonomi Selangor dan Malaysia.

"(Kita) minta sebahagian dari hasil yang didapati oleh pihak kastam di pelabuhan Klang digunakan secara bajet untuk pembaikan prasarana atau infrastruktur di Klang," beliau berkata di dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata perjumpaan tersebut bakal dilakukan selepas sidang pertama Dewan Rakyat.

Selain itu Abdul Khalid juga akan membincangkan tentang kesepakatan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk pembangunan semula Zon Perindustrian Bebas (FTZ) agar lebih berdaya maju.

Ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Abdul Khalid berkata beliau akan meminta sumbangan tiga peratus daripada hasil kutipan cukai dan pulangan yang diperoleh oleh operasi Pelabuhan Klang untuk digunakan di kawasan itu.

Ini kerana masyarakat Pelabuhan Klang terpaksa menanggung pelbagai kesukaran akibat jalanraya kawasan tersebut merupakan laluan utama lori-lori kontena pergi dan balik ke Pelabuhan Klang.

Antara kesukaran yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat Pelabuhan Klang termasuklah, berisiko tinggi kemalangan, kerosakan jalan raya dan pencemaran alam sekitar.

Menurut beliau,  Lembaga Pelabuhan Klang  yang mengaut keuntungan kira-kira RM 1 bilion setiap bulan wajar memberi sumbangan bagi membiayai pembangunan dan membaiki prasarana termasuk membaiki jalan-jalan rosak.

Ketika itu Abdul Khalid turut berkata, beliau akan menuntut kira-kira tiga peratus royalti dari hasil keuntungan tersebut bagi pihak masyarakat Pelabuhan Klang.

Kelantan teruskan Lebuh Raya Rakyat - Exco

Posted: 17 Jun 2013 01:19 AM PDT

Aslani M,


KOTA BHARU: Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 km tetap diteruskan kerajaan negeri, sekiranya kerajaan pusat enggan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Anggota Exco, Hanifa Ahmad berkata, kerajaan negeri mengambil tanggungjawab terbabit memandangkan kerajaan pusat mengenepikan projek berkenaan sejak 1986 (Rancangan Malaysia Ke-5).

"Pernah semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui negara peruntukan membina lebuh raya tersebut diluluskan, namun ditarik balik kemudiannya.

"Malah Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (UPEN) pernah memasukkan sekali lagi cadangan membina lebuh raya tersebut pada RMK-10, namun juga ditolak.

"Maka mengambil kira kerajaan pusat enggan membinanya, kerajaan negeri pada Mei tahun lepas melancarkan projek berkenaan bagi manfaat rakyat," katanya menjawab soalan tambahan Dr Yusnan Yusoff (PAS-Melor) pada persidangan Dun hari ini.

Sehingga kini lebih RM2 juta disumbangkan pelbagai pihak bagi mengisi dana Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan negeri mensasarkan dana dapat dikumpul sehingga RM50 juta.

Menjawab soalan asal Mohd Fauzi Abdullah (PAS-Manek Urai) Hanifa berkata, projek berkenaan sudah dimulakan di Hutan Simpan Hulu Sat, Bukit Bakar bagi fasa pertama.

Katanya, pakej itu akan disambung sehingga ke Kampung Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 29 km.

Manakala pakej kedua bermula dari Tunjung ke Bukit Bakar, Machang sejauh 44 km.

Difahamkan kerja-kerja yang dilakukan di tapak sekarang sepanjang 4 km meliputi penyediaan tapak dan kerja tanah. Selain itu pembinaan pejabat tapak dan kerja-kerja pembersihan kawasan.

Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd ditubuh kerajaan negeri sebagai peneraju utama projek berkenaan.

Skop pembinaan jalan dua lorong dan boleh dinaik taraf kepada empat lorong pada masa akan datang.

Hanifa juga berkata, kerajaan pusat melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan projek berkenaan, di mana tender pakej 1 Kota Bharu-Kadok sudah dikeluarkan.

"ECER juga mahu menggunakan jajaran yang sama dengan pelan awal Lebuh Raya Rakyat dirancang kerajaan negeri.

"Malah pada mesyuarat yang saya hadiri bersama ECER baru-baru ini mereka menanyakan persetujuan kerajaan negeri sekiranya projek berkenaan dikendalikan sepenuhnya kerajaan pusat.

"Saya sebut kerajaan negeri bersetuju kerana projek berkenaan sememangya tanggungjawab kerajaan pusat," katanya.

Oleh itu katanya UPEN akan menulis surat kepada Menteri Kerjaraya bagi membolehkan perbincangan lanjut diadakan.

Tahanan Polis Mati Kerana Membunuh Diri?

Posted: 17 Jun 2013 01:17 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Putrajaya: Kematian tahanan ketika berada dalam lokap polis bukan semata-mata disebabkan kesilapan atau kecuaian anggota polis, namun ada kemungkinan tahanan terbabit berniat membunuh diri, termasuk menghantukkan kepala ke dinding akibat tekanan emosi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, ketika di dalam lokap, tahanan menghadapi tekanan dari dalam dan luar sehingga boleh menjejaskan emosi dan mendorong mereka melakukan tindakan sedemikian.

"Kita tidak boleh melihat keadaan itu (membunuh diri) tidak boleh berlaku kerana mereka yang ditahan mempunyai emosi, kita tahan dan letak di dalam lokap untuk memastikan dia tak melakukan sesuatu perbuatan membatasi undang-undang.

"Jadi kematian itu kadangkala bukan daripada kesilapan atau kecuaian anggota polis, ada penyebab sesuatu kematian dalam lokap.

"(Justeru) kita merangka strategi berdasarkan peraturan sedia ada dan memperbaiki kelemahan daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkenaan untuk memastikan perkara itu (kematian dalam tahanan) dapat dikurangkan.

"Kita tak boleh menyalahkan (polis), kalau orang berkenaan (tahanan) ingin membunuh diri dalam lokap seperti menghantuk kepala ke dinding, kita tak boleh menahannya (tetapi) kita cuba sedaya upaya kalau boleh dapat mengurangkan perbuatan sedemikian untuk memastikan lokap selamat digunakan," katanya.

Bakri berkata demikian pada sidang media sebelum menghadiri Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek (PIIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. -HM

Ulasan GB

Alasan tahanan mungkin "membunuh diri" adalah sesuatu tuduhan yang berat oleh Timbalan KPN.

Sudah adakah siasatan yang dilakukan untuk membuktikannya? Jika belum ada siasatan bagaimana TImbalan KPN begitu mudah mengeluarkan alasan sedemikian rupa? Apakah ia semata-mata untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh pihak polis?

Kedua, Bekas PM, Tun Dr. Mahathir pernah menytakan satu ketika dulu bahawa DS Anwar Ibrahim yang cedera sewaktu di dalam lokap juga dikatakan memukul dirinya sendiri sehingga lebam matanya.

Tetapi akhirnya terbukti di mahkamah, bahawa alasan bekas PM itu karut dan didapati yang memukulnya ialah bekas KPN ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

Justeru itu alasan yang dikemukakan oleh Timbalan KPN adalah karut dan tidak dapat diterima.

Sultan Kelantan Gesa Pusat Selesai Bayaran Tunai Royalti Ikut Perjanjian!

Posted: 17 Jun 2013 01:12 AM PDT


KELAB GREENBOC
 
Isu Tuntutan Bayaran Tunai Royalti Petroleum Negeri Kelantan... Hari ini Tuanku Sultan Muhammad ke-V yang kita sayangi bertitah lagi...

Petikan Titah KDYMM SULTAN MUHAMMAD V

Sempena Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan Ketiga Belas Tahun 2013

BETA MENYARANKAN SUPAYA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN BERKERJASAMA DALAM MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INFRASTUKTUR DAN ULTILITI DI NEGERI INI. ANTARANYA PEMBINAAN 'CENTRAL SPINE ROAD', LEBUHRAYA RAKYAT KOTA BHARU-KUALA KRAI DAN KEMUDAHAN BEKALAN AIR.

BETA JUGA BERHARAP SUPAYA PENYELESAIAN ISU TUNTUTAN BAYARAN TUNAI ROYALTI PETROLEUM DAPAT DISELESAIKAN MENGIKUT PERJANJIAN YANG TELAH DITANDATANGANI.



Sumber: pkrl

Ulasan GB

Kepada UMNO BN, jangan derhaka terhadap titah Sultan!

Di parlimen dan parti, Najib mengalami déjà vu

Posted: 17 Jun 2013 01:07 AM PDT

TERKINI
Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang

Dengan seminggu sebelum sidang Parlimen bermula, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perbincangan yang boleh menentukan sama ada Datuk Seri Najib Razak mampu meneruskan mandat peribadinya sehingga pilihan raya umum akan datang.

Walaupun tiada ancaman serta merta terhadap pengerusi BN itu untuk jawatannya, sekumpulan penggubal undang-undang gabungan pemerintah itu mahukan tawaran lebih baik untuk menghentikan mereka daripada sama ada untuk menyokong Tengku Razaleigh Hamzah atau menukar kepimpinan dalam pemilihan Umno akhir tahun ini.

Dengan hanya memenangi 133 kerusi Parlimen, penganalisis mengatakan Najib tidak berada dalam kedudukan untuk berhujah dengan ahli-ahli Parlimen ini kerana hanya dengan pembelotan 23 daripada mereka menyertai Pakatan Rakyat (PR) untuk jawatan atau keistimewaan lain boleh menyaksikan kerajaan baru terbentuk di Malaysia.

Akan tetapi The Malaysian Insider difahamkan, ancaman tersirat itu digunakan dalam lingkungan Umno untuk memastikan Najib tunduk kepada garis parti dan mengurangkan pembaharuan ekonomi, kerajaan dan politik beliau.

Penulis-penulis blog pro Umno dari kem Mahathir telah mendesak agar penasihat-penasihat penting Najib meletakan jawatan untuk mengambil tanggungjawab terhadap kegagalan strategi bagi membantu BN menang lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya 2013, termasuk memberikan lebih banyak wang tunai dan bantuan kepada sekolah dan organisasi bukan Melayu selain dari mengurangkan sekatan perniagaan.

Bersama-sama dengan kumpulan dan pertubuhan perniagaan Melayu, mereka percaya Najib sekarang harus memberikan lebih banyak kepada Melayu dan tidak perlu menghiraukan kaum lain – pandangan membimbangkan sekutu Najib dan negara lain yang mesra kepada perdana menteri.

Akan tetapi Najib telah mengatakan beliau akan meneruskan polisi di bawah program transformasinya untuk merancakkan ekonomi tempatan dan menggerakkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau juga telah menamakan 20 ahli Parlimen Malaysia Timur sebagai menteri dan timbalan menteri akan tetapi selebihnya turut mahukan jawatan selain daripada ahli-ahli Parlimen Umno yang tidak dinamakan menyertai Kabinet dan dilantik jawatan kanan lain.

"Beliau perlu memuaskan ahli-ahli Parlimen Borneo dan juga ahli-ahli Parlimen Umno atau akan berhadapan dengan pemberontakan," kata ahli politik kanan BN kepada The Malaysian Insider.
Najib bukanlah presiden Umno pertama yang berhadapan dengan ancaman seperti ini.

Pendahulunya mengalami ancaman sama selepas Pilihan Raya 2008, dari dalam partinya dan juga PR yang mengatakan mereka akan merampas Putrajaya pada 16 September, 2008 dengan pembelotan ahli-ahli Parlimen BN.

Pentadbiran Abdullah menguruskan ancaman itu dengan serius apabila menghantar 49 ahli Parlimen ke Taiwan untuk lawatan sambil belajar mengenai teknologi pertanian, lebih seminggu sebelum tarikh itu yang juga merupakan Hari Malaysia.

Parti tunjang PR, PKR menghantar beberapa orang pemimpin ke Taiwan untuk bercakap dengan ahli-ahli Parlimen BN akan tetapi ancaman itu tidak menjadi kenyataan.

Tetapi ia mencukupi untuk menyebabkan Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno enam bulan kemudian pada April 2009, selepas menerima tekanan dari ahli-ahli Parlimen BN dan partinya.

Ironinya, sesetengah ahli-ahli Parlimen yang menyertai lawatan ke Taiwan itu sekarang merupakan sebahagian daripada kumpulan - berbincang dengan Tengku Razaleigh untuk membelot menyertai PR.

Putera Kelantan itu, sekarang merupakan satu-satunya ahli Parlimen sejak era bapa Najib, Tun Abdul Razak Hussein dan bercita-cita untuk menjadi perdana menteri semenjak 1987 apabila beliau mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

"Mereka yang berjumpa dengan Ku Li boleh memulakan seawal minggu hadapan untuk menonjolkan pendirian mereka," kata sumber BN menggunakan nama samaran bekas naib presiden Umno itu.

Akan tetapi terdapat keraguan Tengku Razaleigh boleh berjaya mendapatkan cukup ahli-ahli Parlimen BN bagi menyertai PR dalam undi tidak percaya kepada Najib atau pembelotan untuk kerajaan perpaduan.

"Seperti Pak Lah, Najib boleh melawan semula cabaran seperti itu. Akan tetapi seperti Pak Lah juga, adakah itu mencukupi untuk menghentikan Umno untuk bertindak terhadapnya?" kata sumber BN itu merujuk kepada nama gelaran Abdullah.

"Sekarang itulah persoalan besarnya," tambah beliau.

Akan tetapi sumber mengatakan beliau menjangkakan Najib akan memulakan langkah untuk menghentikan dua ancaman terhadap kedudukannya pada minggu hadapan sebelum Parlimen bermula.

"Ia seharusnya menjadi minggu yang menarik," katanya.

Nahas ragut nyawa 3 penuntut

Posted: 17 Jun 2013 01:03 AM PDT

Nahas ragut nyawa 3 penuntut
Info grafik kemalangan maut.
 
Nahas ragut nyawa 3 penuntut
Keadaan kereta yang remuk dalam kemalangan di KM14.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menuju Kuala Lumpur, semalam.
 
Nahas ragut nyawa 3 penuntut
Ameer Asyraf, Nurul Maizura, Adam
 
SHAH ALAM - Penuntut tunggal yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa tiga rakannya masih bagaikan masih tidak tahu apa sebenarnya berlaku, selepas tragedi itu.
  
"Nasib kawan-kawan lain tidak diketahui. Mereka dalam perjalanan ke hospital," kata Nurfarina Mokhtar ketika menghubungi rakannya, Nadiea Syahira Che Azhar, selepas kereta Perodua Viva dinaiki bersama tiga kawannya hilang kawalan dan terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Persekutuan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, kereta terbabit dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I City, Shah Alam.

Penuntut yang maut dikenali sebagai pemandu, penumpang Adam Ab Rahman, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali.

Nurfarina cedera ringan. Kesemua mangsa berusia 18 tahun itu merupakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Nadiea Syahira, 18, berkata, ketika kejadian itu, Nurfarina tidur di tempat duduk sebelah pemandu dan tersedar apabila terdengar dentuman kuat.

"Nurfarina menangis apabila menghubungi saya kira-kira jam 6 pagi. Dia cedera di muka, keadaannya stabil dan masih trauma," katanya.

Nurfarina merupakan penuntut Teaching English Second Language) di Pusat Asasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

Rakan baik Ameer Asyraf, Amirul Aiman Roslan, 18, berkata, dia mengenali Ameer sejak tingkatan satu lagi di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR).

"Tidak sangka ketika kami menyambung pengajian di UiTM, kami tinggal sebilik," katanya.

Amirul berkata, arwah selalu berkata kepadanya, dia bosan tinggal di kolej itu kerana tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat di dalam bilik memandangkan arwah sangat aktif dalam bidang sukan.

"Sekiranya dia bosan, dia akan ikut ke mana rakannya pergi walaupun rakannya hanya mahu mengeluarkan duit di mesin pengeluaran duit (ATM)," katanya.

Sepupu Ameer Asyraf, Mohd Redzuan Mansor, 31, pula berkata, dia terkejut dengan kejadian menimpa sepupunya itu kerana tidak sangka nenek Ameer Asyraf baru meninggal dunia, Isnin lalu, akibat sakit tua, kini sepupunya pula maut kemalangan.

"Ameer seorang yang periang dan aktif dalam ragbi. Dia pernah mewakili SDAR," katanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Deputi Superintendan Ruslan Abdullah berkata, kereta dinaiki empat sekawan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

"Akibat rempuhan tersebut, kereta itu remuk dan dipercayai pemandu dan seorang perempuan yang berada di tempat duduk belakang tercampak keluar. Seorang lelaki ditemui maut dalam kereta, manakala seorang lagi selamat," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera ringan dirawat di hospital sama.

Sehubungan itu, Ruslan meminta saksi kejadian tampil ke balai polis berhampiran bagi bantu siasatan atau menghubungi Balai Polis Trafik Shah Alam di talian 03-55202222.

Dakwat kekal: Berduka dalam kebenaran

Posted: 17 Jun 2013 12:59 AM PDT


Tan Sri Abdul Aziz Yusuf
Tan Sri Abdul Aziz Yusuf
 
"KALAU orang tanya saya sekarang ini, apakah perkara yang paling menyedihkan dalam hidup saya, saya akan jawab dakwat kekal," luah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf.

Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Kesedihan dengan kisah dakwat kekal tidak dapat disembunyikan. Rasa kesal dan dukacita itu dizahirkan Abdul Aziz ketika kunjungan beliau ke pejabat Sinar Harian baru-baru ini.

Kita merancang, ALLAH SWT yang menentukan segala-galanya. Namun kisah dakwat kekal bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan asas oleh sesetengah pihak untuk menuduh SPR membenarkan pengundi membuang undi lebih dari sekali. Jauh sekali membolehkan mereka menuduh SPR menipu untuk memberi kemenangan kepada parti yang memerintah.

Bersama Editor Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR dan wartawan ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD serta jurufoto ROSLI TALIB, orang nombor satu SPR ini meluahkan banyak lagi perkara yang wajar diketahui umum terutamanya apa yang terjadi ketika hari bersejarah 5 Mei lalu

Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah selesai, tetapi sesetengah pihak tidak puas hati atau sahaja mahu cetus provokasi?

Saya merasa keadaan yang sangat aneh. Berduka cita dalam kebenaran. Sebagai orang Islam, kena percaya apabila berusaha dengan pelbagai cara, tetapi berjaya atau tidak, ALLAH SWT yang berkuasa.

Dalam erti kata lain, pilihan raya ini, yang menjadi raja dan penentu memilih wakil rakyat adalah pengundi, bukan SPR. SPR sediakan gelanggang berlandaskan Perlembagaan.

Bertandinglah sepuasnya untuk meraih undi rakyat. Kita jalankan ikut undang-undang sedia ada. Proses undang-undang kita sangat dinamik, dari tahun 50an sehingga sekarang, dinamik ini mengikut perlembagaan dan tuntutan rakyat semasa.

 Semua rakyat menunggu begitu lama dan teruja untuk mengetahui tarikh 5 Mei 2013, sehingga berlaku sejarah apabila Dun Negeri Sembilan terbubar sendiri.

Apabila keputusan diumumkan, ada yang pertikai, marah dan tuduh macam-macam hingga kata kami (SPR) berkomplot. Ia amat pedih untuk kami terima tetapi itulah yang berlaku sekarang. Provokasi hingga ke jalanan.

Saya ingin tegaskan, SPR sebuah badan bebas yang tidak boleh tunduk dengan arahan atau diarah oleh orang lain. Bukan kita bongkak tetapi peruntukan undang-undang mahu kita seperti itu, bebas.

Tetapi bebas ini sangat subjektif, Pengerusi, Timbalan Pengerusi bekas pegawai kerajaan, sekarang ini kami yang bertugas di SPR,  kami anggap sebagai berkhidmat untuk negara.

Ketika ditawarkan jawatan ini saya tidak sampai hati mahu tolak. Ramai yang tidak mahu jawatan ini  ia sangat memberi tekanan. Tetapi atas dasar semangat dan cinta pada negara, saya terima dan khidmat saya yang boleh diberikan untuk Malaysia.

Bagaimana boleh timbul dakwaan SPR mengikut arahan kerajaan memerintah?

Ketika ini persepsi yang dibuat seolah-olah SPR bawah telunjuk kerajaan pemerintah. Sejak saya dilantik jadi Pengerusi SPR, tidak pernah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, "Aziz buat ini, buat itu...", tidak pernah.

Tetapi dari segi cadangan sesiapa sahaja boleh beri cadangan daripada Perdana Menteri sehinggalah budak pejabat. Sebab yang memutuskan apa-apa cadangan adalah  tujuh panel yang diletakkan di bawah SPR, kita bebas buat keputusan. Maknanya, dari segi membuat keputusan dan operasi SPR, SPR bebas.

Dalam politik SPR paling hampir dengan parti politik yang menentukan kalah menang seseorang parti politik, kalau menang mereka pujilah SPR, kalau kalah, lainlah bunyinya, mereka akan cari kelemahan lain. SPR seperti jadi kambing hitam.

Persepsi ini tidak semestinya betul, kalau berkali-kali kata ini bukan putih, ini hitam, maka ia akan jadi hitam, itu politik. SPR pengadil, tugas kita sangat penting dalam PRU. Saya lihat pada PRU13 semua parti politik membuat fokus, mereka kata boleh menang negeri ini, kawasan itu.

Contoh kerajaan pemerintah kata boleh ambil Kelantan dan Selangor. Tetapi dalam realiti tidak jadi begitu, Selangor makin teruk, Pulau Pinang lagi teruk begitu juga Kelantan kecuali Kedah. Ini maknanya apa? Maksudnya kita hanya boleh merancang ALLAH SWT yang menentukan.

Dalam kes ini, pengundi jadi penentu.  Boleh ke parti pemerintah dikatakan bersekongkol dengan SPR ang juga dicop sebagai ibu segala penipuan? Kalau SPR betul-betul penipu, maka menanglah negeri yang dicitakan parti pemerintah. Tapi apa yang berlaku tidak seperti itu bukan?

SPR dalam mesyuarat rasmi dan tidak rasmi, tidak ada terlintas untuk menipu, tidak ada perancangan atau agenda untuk menipu bagi memenangkan mana-mana pihak. Yang kita bincangkan, bagaimana untuk PRU berjalan dengan teratur sempurna dan saksama, di bawah kawalan kita.

Ramai yang melihat pembangkang berterusan menekan SPR, apa yang akan dilakukan?

Apa yang boleh kita buat adalah pujuk dan terangkan. Kalau mereka nak ikut, ikutlah dan tak nak ikut apa boleh buat, kita tiada kuasa. Apa yang berlaku sekarang ini, PRU13 berjalan dengan baik dan lancar, mana pengundi suka pada calon berkenaan maka menanglah calon dan parti itu.

Contoh, Lim Kit Siang bertukar tempat bertanding, menang di Gelang Patah, kalahkan bekas Menteri Besar Johor Ghani Othman. Sebab apa dia menang? Pengundi di Gelang Patah suka beliau, bukan sebab SPR tolong.

Kita sediakan tempat untuk bertanding. Banyak calon lain yang memang boleh menang di mana-mana sebabnya pengundi suka. Keputusan 5 Mei lalu paling awal diumumkan 11.10 malam dan paling lewat 2.10 pagi, tidaklah begitu teruk jika dibandingkan PRU12. Tetapi, kita tetap dituduh lewat dan macam-macam lagi.

Tetapi masih ada yang tidak mengiktirafnya dan menganggap banyak penipuan oleh SPR?

Kalau kita rasional dan pegang pada ajaran agama, terimalah hakikat yang kita menang PRU dan dapat jadi wakil rakyat dan berhujah mewakili rakyat. Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau tidak dapat tubuh kerajaan walaupun katanya dapat undi popular. Sistem yang diguna pakai tidak begitu, kita guna first-past-the-post. Adakah wajar untuk kita tukar proses situ selepas PRU13? Kecuali undang-undang dipinda.

Kepada siapa yang bertanding terima hakikat, menang syukur, kalah cuba lagi lima tahun akan datang. Jangan kita pengaruhi budak muda untuk berhimpun, buat tuduhan melulu dan memesongkan persepsi mereka daripada yang benar kepada tidak betul.

Macam-macam tuduhan, contoh 40,000 warga Bangladesh, memang tidak masuk akal, kalau orang Jawa ke susah juga kita nak kesan, tapi ini Bangladesh dalam jumlah yang banyak.

Bagaimana isu lampu padam pada PRU13 boleh timbul?

Malam selepas mengira, kita telefon semua tempat, esok kita tanya polis, mereka kata tidak ada lampu padam, tidak puas hati dengan jawapan itu kami telefon TNB, dan mereka tetap kata tidak ada lampu padam.

Tetapi penghujung Mei timbul dalam akhbar ada lampu padam di Serdang, rupanya ada terputus bekalan elektrik di saluran tiga.

Namun, masa lampu terang undi yang dikira BN menang, tapi dalam lampu padam itu, Pas menang, patutnya BN lah menang tinggi kalau kata kita nak menipu. Jadi bukan kata soal lampu padam itu.

Setiap saluran ada ajen dan tahu berapa kertas undi keluar. Bukan kita berbohong atau berlakon, tetapi pada hari kejadian kami hubungi orang tertentu semua kata tidak ada. Jika benar keadaan itu, tetapi kemenangan itu berpihak pada pembangkang. Maknanya bukan sengaja lampu itu dipadamkan untuk memenangkan BN.

Komen Tan Sri mengenai tuntutan Blackout505 yang mendesak anggota SPR meletak jawatan?

Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan peruntukan itu seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya dengan rela hati.

Seluruh anggota SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan pihak berkenaan. Saya menerima banyak panggilan telefon untuk saya tidak tunduk dengan desakan itu.  Apa salah kita? Seluruh dunia akan ketawa jika kita tunduk hanya sebab desakan itu.

Buktikan dalam petisyen bahawa SPR melakukan banyak kesilapan dan pembohongan salah laku, rasuah sehingga kalah orang itu, menang orang ini. Buktikan, barulah ada asas untuk letak jawatan.

Kami tidak akan letak jawatan, kalau mereka nak tuntut juga kita letak jawatan, pertama sekali mereka perlu fail petisyen, nampak jelas bahawa kita menipu dan melanggar undang-undang baru kita akur.

Bagaimana cara untuk melucutkan jawatan anggota SPR?

Seseorang anggota SPR boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR boleh dibuat melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dun.

Selain itu, perlucutan jawatan itu juga boleh dibuat melalui satu tribunal mengikut cara yang sama untuk memecat Hakim Negara. Bagaimanapun, jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan kerajaan maka suatu tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Bagaimana dengan tuntutan kedua Blackout505, untuk adakan pilihan raya semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen?

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dun sesuatu negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya. Sehinggalah pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah, barulah boleh. SPR tidak ada kuasa untuk adakan pilihan raya semula kecuali meninggal dunia selepas Speaker memaklumkan.

Saya pun pelik macam mana mereka hanya boleh suruh itu ini, lebih baik mereka kumpul bukti banyak bawa ke mahkamah.

Tuntutan ketiga, mahu SPR menghentikan semua kajian persempadanan semula pilihan raya sehingga anggota baru SPR dilantik?

Ini adalah satu daripada fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat tempoh lapan tahun.
Tempoh lapan tahun itu telah tamat pada  21 Mac 2011, jadi tidak wajar untuk dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Kenapa kita tidak buat pada 2011, kerana ketika itu ada khabar mengatakan PRU13 akan diadakan, jika kita tengah berbincang dan ketika itu bubar Parlimen keadaan akan lebih kelam kabut. Oleh itu kita tangguh lepas PRU13. Maka tahun ini kita akan mula bersama Sabah dan Sarawak.

Bagaimana proses persempadanan itu berjalan?

Untuk buat persempadanan semula bukan senang, satu kumpulan dilantik untuk bergerak ke negeri-negeri untuk menilai jumlah penduduk dan keadaan kawasan. Sudah 11 tahun berlalu, jadi bilangan penduduk semakin besar, migrasi dari kampung ke bandar semakin banyak.

Cara kita bekerja dengan melihat realiti Malaysia, ada Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Jadi kita tidak boleh samakan dengan keadaan kampung, semi urban dan bandar. Jadi tidak adil dengan keadaan luar bandar dan bandar.

Kita perlu ambil kira infrastruktur kawasan itu bagaimana wakil rakyat boleh berhubung dengan rakyat. Prosesnya begitu, kita juga mendengar banyak cadangan, antaranya pecahkan lagi banyak kawasan bandar, kalau Kuala Lumpur dari 11 jadi 20, adakah itu adil?

Sedangkan rakyat senang berhubung antara satu sama lain, jadi itu antara perkara yang perlu difikirkan. Seboleh mungkin kita mahu jadikan kawasan tersebut satu pemimpin, satu undi dan satu nilai.

Selain itu, beberapa negeri juga kita akan tukar dari angka genap kepada angka ganjil begitu juga dengan jumlah kerusi Parlimen, tidak lagi seperti angka sekarang 222, supaya ia tidak tergantung. Kalau ganjil tidak akan sama, jadi kita akan bincang mengenainya.

Adakah kajian itu bermula?

Sudah bermula, bagi negeri-negeri Semenanjung kajian utama telah dilakukan, kita sudah tahu berapa pertambahan kawasan  dan kita akan mula di Sabah dan Sarawak.

Tetapi menambah kawasan ini perlu mendapat kelulusan untuk pinda Perlembagaan, kita hanya boleh mencadangkan, tetapi perlu ada suara majoriti.

Untuk parlimen akan dibahaskan di Parlimen, dan negeri bahas di negeri, bagi kawasan yang mempunyai majoriti dua pertiga lebih mudah. Tetapi kalau tidak cukup suara yang setuju maka jumlah kerusi Parlimen akan kekal.

Ada suara mengatakan persempadanan semula ini hanya menguntungkan BN?

Ini bukan soal untuk BN atau siapa, pada kita adalah untuk tentukan bilangan pengundi sebolehnya sama rata. Contoh  untuk Parlimen berapa ribu ke atas, bagi semi urban pula berapa ribu begitu juga dengan kawasan kampung.

Pendapat Tan Sri  dengan  cadangan jawatankuasa khas parlimen untuk memantau SPR?

Apa yang akan dipanggil jawatankuasa itu kita tidak tahu, tetapi jawatankuasa ini akan jadi orang tengah antara SPR dan Parlimen. Maksudnya dari segi struktur SPR tidak lagi diletakkan di bawah mana-mana jabatan, dari segi operasi, SPR perlu membuat dasar atau undang-undang jadi kepada siapa kita mahu merujuk? Jika dulu kita rujuk pada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, oleh itu perlu pinda Perlembagaan untuk kita rujuk.

Banyak syor yang dibawakan oleh PSC belum dilaksanakan, contoh mengkaji semula sistem pilihan raya, menyusun semula tugas SPR, supaya ada tiga suruhanjaya dengan tiga tugas dan sebagainya.

Ada perkara yang memerlukan kajian untuk memperkasakan SPR. Siapa yang akan duduk dalam jawatankuasa itu akan dibincangkan kemudian. Banyak baiknya kepada SPR jika ada satu jawatankuasa itu, selagi ia menjadi tempat SPR merujuk, berbincang dan mendapatkan pandangan.

Tetapi jawatankuasa ini tidak boleh mengarahkan SPR untuk lakukan apa-apa sahaja, kecuali dengan pinda Perlembagaan bahawa SPR bukan badan bebas boleh ikut arahan.

Adakah dengan adanya jawatan kuasa mampu mengubah persepsi pembangkang?

Pada saya susah nak dijangka, politik tetap politik, kalau kalah buat macam mana pun mesti ada benda yang tidak kena.

‘Usulkan undi tidak percaya terhadap Najib’

Posted: 17 Jun 2013 12:49 AM PDT

 
Sumpah dan lafaz Datuk Seri Najib semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan justifikasi usul undi tidak percaya terhadap beliau.



PETALING JAYA: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim hari ini  menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sumpah, lafaz dan tindak-tanduk beliau [Datuk Seri Najib] semenjak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri mengukuhkan lagi justifikasi untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau dibentangkan dalam sidang Parlimen yang akan datang ini.

"Usul yang dicadangkan adalah di atas pertimbangan salah laku dan ketidakpatuhan kepada peruntukan Perlembagaan dan undang-undang negara dan bukan di atas pertimbangan politik," katanya dalam surat terbuka kepada Anwar.

Surat sama dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail  dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau juga berpendapat bahawa kenyataan "tsunami Cina" yang diutarakan Najib selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) tidak sepatutnya dilafazkan oleh seorang Perdana Menteri berbilang kaum.

Tambah Mat Zain,  Najib telah menghina Yang di-Pertuan Agong [Tuanku Mizan Zainal Abidin] ketika upacara majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada 3 April 2009 dengan  menggunakan sumpah yang direka sendiri.

'Membelakangkan Perlembagaan'

"Tindakan Datuk Seri Najib sedemikian itu bukan sahaja membelakangkan peruntukan Perlembagaan, bahkan beliau turut menghina kepercayaan YDP Agong terhadap beliau," katanya.

Menurut beliau, sekiranya di hari pertama memegang jawatan tersebut Najib telah sanggup berbohong di hadapan YDP Agong dan rakyat Malaysia, maka apatah lagi, di hari-hari yang berikutnya.

"Justeru itu, beliau tidak layak melaksanakan fungsi jawatan Perdana Menteri semenjak 3 April 2009 lagi. Sebarang perkara yang beliau lakukan atas sifat seorang Perdana Menteri boleh dianggap sebagai tidak sah kerana tidak mengikut sepertimana peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Menambah burukkan lagi, tambah Mat Zain, ialah apabila  Najib mengikrarkan dua afidavit di hadapan seorang Pesuruhjaya Sumpah pada 21 dan 23 Sept 2011, yang difailkan dan dikemukakan dalam Mahkamah Tinggi berkaitan kes liwat yang kini berada di peringkat rayuan.

"Dalam affidavit-affidavit berkenaan, Datuk Seri Najib telah mengikrarkan nama seperti yang terkandung dalam kad pengenalan beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Nama ini adalah bercanggah dengan nama yang beliau lafazkan di hadapan YDP Agong ketika mengangkat sumpah jawatan iaitu Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak," katanya.

Tambah beliau, selain daripada percanggahan nama, Najib telah mengikrarkan dua kenyataan mustahak berasingan yang boleh dibuktikan sebagai kenyataan yang tidak benar atau palsu.

'Keterangan palsu'

"Membuat kenyataan secara bersumpah yang tidak benar adalah sama dengan memberi keterangan palsu di mahkamah.

"Bukan sahaja beliau telah melakukan kesalahan jenayah terhadap keadilan awam kerana membuat kenyataan bersumpah palsu, malahan beliau turut boleh disifatkan sebagai telah mengingkari atau membelakangkan hukum Islam," katanya.

Tambah Mat Zain, keengganan Najib menjadi saksi dalam perbicaraan yang dinyatakan di atas telah menyebabkan kedua-dua pihak yang menuduh dan tertuduh tidak mendapat pembicaraan yang adil dan sempurna.

"Mengikut kefahaman saya, dengan sengaja mengelakkan diri daripada menjadi seorang saksi yang adil adalah dosa besar, kerana boleh membawa kezaliman kepada orang dituduh melakukan kesalahan," katanya.

Berkas 15 peserta Flashmob, tindakan gila

Posted: 17 Jun 2013 12:47 AM PDT

 
Namun kejadian itu sama sekali tidak mungkin berjaya menakut-nakutkan anak muda untuk terus beraksi dalam banyak lagi siri flashmob. 



PETALING JAYA: Tindakan polis memberkas 15 peserta 'flashmob' di depan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan menahan mereka hampir lapan jam di Balai Dang Wangi pada Sabtu lalu disifatkan sebagai satu tindakan gila.

"Namun kejadian itu sama sekali tidak mungkin berjaya menakut-nakutkan anak muda untuk terus beraksi dalam banyak lagi siri 'flashmob' selepas ini menjelang himpunan 22 Jun nanti," kata Edy Noor Reduan, pengarah propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa sebenarnya tidak ada perhimpunan pada hari itu. Jika ada perhimpunan sekalipun, ia bukan berlangsung di depan Sogo tetapi di Padang Merbuk Jalan Parlimen pada 22 Jun nanti.

"Di depan Sogo tempohari hanyalah sebuah aksi spontan yang dipanggil 'flashmob'," terang beliau.

Menurutnya, polis tidak memahami konsep 'flashmob' apabila cuba menggunakan Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman yang menetapkan notis sepuluh hari untuk sebarang perhimpunan.

"Jika beri notis 10 hari, itu bukan 'flashmob'. Malah dalam akta yang sama, polis tiada peruntukan untuk membuat tangkapan," katanya.

Edy Noor menerangkan bahawa jika diarahkan bersurai sekalipun, peserta 'flashmob' bertekad tidak akan meninggalkan kawasan tersebut

"Ini kerana sangat jelas mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak mengganggu orang awam, tidak mengganggu lalu lintas malah keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman sememangnya sesak setiap hari Sabtu," tambahnya.

Menurutnya, 'flashmob' Sabtu lalu bertujuan mengolah persetujuan orang ramai bahawa pilihan raya umum padad 5 Mei lalu dijalankan dengan penuh kecurangan.

Panik 



Katanya, sikap panik kerajaan hingga menangkap peserta 'flashmob' dengan isyarat ugutan sebenarnya telah berjaya membangkit lebih banyak aksi 'flashmob' di seluruh negara.

Sehari selepas tangkapan 'flashmob15′, beberapa flashmob dilancarkan termasuk salah satunya di depan Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Hari ini juga katanya, satu 'flashmob' anak muda di Ipoh, esok di beberapa lokasi lagi termasuk di pekan Sungai Besar, Selangor.

Rabu ini, fasa kedua 'flashmob' seperti yang dijadualkan di Jalan Tun Perak akan tetap diteruskan bermula jam 5 petang, juga akan berlangsung di Bandar Melaka.

Khamis pula di Flashmob Kuala Terengganu, Kemaman, Port Dickson dan pekan Pontian, semua bermula jam 5 petang.

Lebih banyak lokasi 'flashmob' pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari besar #KL622 – Hari Rakyat Lawan Penipuan SPR, katanya.

Bekas MT Umno bebas penggantungan

Posted: 17 Jun 2013 12:44 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

Keputusan membebaskan Datuk Mohamad Norza Zakaria dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan Umno 29 Mei lalu.



PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria kini bebas daripada sebarang penggantungan sebagai ahli Umno.

Serentak itu,  hak Mohamad Norza sebagai ahli parti telah dikembalikan semula bagi membolehkan beliau memilih, dipilih dan dilantik bagi sebarang jawatan pada perhimpunan Umno akan datang.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam satu sidang media khas di Cheras, hari ini.

Syed Ali berkata, keputusan tersebut diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang bersidang pada 29 Mei 2013 berdasarkan kepada Fasa 6.2.2.

"Di bawah fasa tersebut, Mohamad Norza berkelayakan untuk bertanding sebarang jawatan dalam Umno," katanya.

Perdamaian nasional hanya selepas isu penipuan pilihan raya selesai, kata Anwar

Posted: 17 Jun 2013 12:40 AM PDT

Oleh Amin Iskandar, 
Pengarang Berita

Putrajaya mesti menyelesaikan isu penipuan pilihan raya dalam Pilihan Raya 2013 sebelum bercakap soal perdamaian nasional dengan Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Ketua pembangkang itu mengatakan langkah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengusulkan perdamaian nasional kekal sebagai cakap kosong sekiranya tiada apa dilakukan untuk menyelesaikan penipuan, kecurangan dan salah tadbir oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 5 Mei.

"Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius," katanya kepada pemberita di Jakarta pagi ini, seperti dilaporkan oleh Keadilan Daily.

Pemimpin de facto PKR itu berada di ibu kota Indonesia selepas lawatan tiga hari ke negara itu di mana beliau bertemu dengan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

Terdapat spekulasi beliau turut akan bertemu Najib yang secara kebetulan berada di Jakarta.

Anwar menafikan terdapat pertemuan dan rancangan untuk pertemuan seperti itu.

"Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu," katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, Jakarta.

The Malaysian Insider difahamkan Najib juga dijadualkan untuk mengadakan pertemuan tertutup dengan Yudhoyono yang telah menyatakan kebimbangan berkenaan dengan keputusan pilihan raya Malaysia.

Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Najib berjaya mempertahankan Putrajaya dengan memenangi 133 kerusi Parlimen berbanding PR 89 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat. Majoriti BN kurang tujuh berbanding kemenangan Pilihan Raya 2008 di bawah perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dalam sidang akhbar itu, Anwar mengulangi tuntutan agar perubahan berlaku dalam kepimpinan SPR dan kerajaan membenarkan perhimpunan Black 505 di Padang Merbok Sabtu depan yang mahukan tuntutan sama.

"Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu," kata Anwar menggunakan bahasa Indonesia menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, walaupun terdapat amaran ianya adalah perhimpunan haram.

Pemimpin PKR itu turut menyelar kerajaan berhubung penangkapan 15 peserta 'flashmob' Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo di ibu kota Malaysia semalam.

Katanya, tangkapan tidak ubah seperti suasana sebelum merdeka apabila pengedaran risalah dianggap sebagai kesalahan.

"Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa," katanya. - June 16,2013

Misi pencarian mangsa taufan dihentikan

Posted: 17 Jun 2013 12:36 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Petugas penyelamat telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat ke atas seorang individu yang tertimbus bersama-sama keretanya selepas dihempap runtuhan penebat kilat di bangunan Umno negeri Pulau Pinang, Jalan Macalister pada Khamis lalu.

Ahli keluarga mangsa diberikan penerangan punca operasi tersebut dihentikan ekoran kesukaran dan tekanan yang dihadapi oleh pasukan pencari.

Mereka juga diberitahu struktur bangunan berdekatan juga mungkin berisiko sekiranya kerja menggali diteruskan, lapor The Star.

Pada jam 7.30 pagi hari ini, bahagian belakang kereta dan tayar ditemui daripada tapak kejadian, selepas 40 jam sejak operasi mencari dimulakan.

Kereta tersebut dikenalpasti sebagai milik Lim Chin Aik, 44, yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu.

Pada Ahad lalu, pasukan pencari menemui tiga tayar, termasuk tayar simpanan, semasa menggali bagi mencari mangsa yang dikhuatiri tertimbus di situ.

Pengarah Bomba Pulau Pinang Azmi Tamat semalam berkata penyelamat masih belum mengenalpasti kedudukan sebenar kereta Lim.
 
Azmi berkata, operasi mencari dan menyelamat pada petang Ahad untuk mencari kereta telah terjejas kerana hujan lebat turun sejak 10.30 malam, menyebabkan kawasan dimana kereta itu dipercayai tertimbus diselaputi dengan lumpur.

"Kita tidak tahu lokasi sebenar kereta semasa kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Jika tiang runtuh di bahagian kanan kereta, ia mungkin hancurkan kereta sehingga menjadi cebisan dan kita tidak tahu keadaan kereta atau pemandu tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Sabtu lalu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengesahkan nombor casis kereta itu ditemui di bawah runtuhan di tempat kejadian adalah sama dengan kereta penjaja makanan, Lim.

Beliau berkata penemuan itu boleh membongkar kes seorang lelaki berusia 44 tahun yang dilaporkan hilang sejak kejadian itu, yang berlaku pada hari Khamis.

Mangsa yang memandu kelabu Honda City dalam perjalanan untuk mengambil anak bongsunya dari Penang Chinese Girls High School  di Jalan Gottlieb kira-kira jam 6.30 petang pada Khamis. - 17 Jun, 2013.

Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah, kata Musa Hassan

Posted: 17 Jun 2013 12:34 AM PDT

Oleh Md Izwan

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan menyifatkan golongan muda masyarakat Cina tidak menghormati orang Melayu kerana mereka menerima rasuah, sambil menggesa Putrajaya supaya serius memerangi isu rasuah sekiranya mahu menghentikan sentimen tersebut berlarutan.

Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain.

"Generasi muda Cina membenci rasuah.

"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat:Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu.

Isu rasuah merupakan perkara pokok yang sentiasa menjadi permasalahan dalam pentadbiran kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kedudukan Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 menjadi negara ke-54 di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30).

Baru-baru ini, seorang wanita  Cina telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM kerana dikhuatiri telah menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini juga turut dikaitkan dengan sokongan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) walaupun berjaya kekal sebagai kerajaan pusat, hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga secara terbuka telah menyalahkan masyarakat Cina apabila menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" sejurus selepas berakhir pilihan raya.

Walau bagaimanapun, penganalisis berkata sebaliknya apabila mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.

Malah perlantikkan Datuk Paul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet baru-baru ini juga dilihat sebagai langkah untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran beliau dan menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa. - 17 Jun, 2013.

Pendatang asing terima resit ‘burung-burung’ dari Filipina, kata saksi RCI

Posted: 17 Jun 2013 12:30 AM PDT

h Mohd Farhan Darwis

Saksi Inkuiri Diraja Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah (RCI) hari ini berkata pihaknya mendapati terdapat sindiket-sindiket yang menjual "resit sementara" atau dikenali sebagai "kad burung-burung" kepada pendatang asing tanpa izin dari Filipina yang berada di Sabah.

Macarius Sabinus, 56, yang bekerja mendaftarkan pendatang asing tanpa izin pada tahun 1986-1988 di Sabah berkata, ketika proses itu pihaknya menemui kes-kes berkenaan dan pendatang asing tanpa izin tersebut menerima kad burung-burung berkenaan di Bongao, Filipina.

"Saya banyak menemui kes sedemikian di kawasan Sandakan, bila saya buat pendaftaran di Dewan Masyarakat, mereka tunjuk resit burung-burung yang diterima daripada orang di Bongao.

"Kad itu berbeza daripada segi rekod nombor sirinya, dan cop Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang sebenar," katanya, yang merupakan saksi kedua inkuiri hari ini, dan menambah, pasukannya sahaja menemui sekitar 10 kes seperti itu.

Bongao merupakan daerah yang terdapat di Pulau Tawi-Tawi milik Filipina yang berhampiran dengan kawasan perairan Sabah.

Sementara resit burung-burung adalah dokumen pengenalan yang diberikan kepada warga asing tanpa izin yang didaftarkan di Sabah pada tahun 80an, sebagai bukti mereka telah didaftarkan dan bukannya perakuan warganegara seperti kad pengenalan.

Macarius merupakan Pegawai Penyelidik di Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, dan bagi tujuan mengumpul data pendatang asing tanpa izin berkenaan, beliau dipinjamkan ke JKM pada 1985.

Beliau bertanggungjawab merekod dan mendaftar pendatang asing tanpa izin di negeri Borneo itu bagi tujuan statistik dan kaji selidik terhadap pendatang asing pada masa tersebut di kawasan Sandakan, Lahad Datu, Tawau, dan Sepuluh.

"Saya buat kaji selidik, mereka (pendatang asing) akan isi borang dan kami akan dapatkan maklumat lengkap untuk mereka yang datang mendaftar ... Kemudian kami akan keluarkan resit 'burung-burung' kerana mereka langsung tidak mempunyai dokumen.

Ditanya sama ada dengan memberikan mereka kad burung-burung berkenaan akan menjadikan mereka rasa mereka boleh kekal di Sabah, Macarius berkata: "Tidak ... Ia hanyalah pendaftaran sementara yang menunjukkan mereka tiaada dokumen daripada negara asal."

"Ada juga yang membawa kad pengenalan meragukan, jadi saya rumuskan mereka dapat daripada majikan syarikat jadi bukan daripada JKM," katanya lagi.

Laporan berhubung pendaftaran berkenaan, jelas Macarius akan dihantar kepada JKM dalam tempoh seminggu sekali.

"Kebiasanya laporan menunjukkan kawasan kami melakukan pendaftaran, berapa pelarian, berapa pendatang.

"Bila saya temubual mereka, ada yang ada kad pengenalan biru, namun cara percakapan mereka bukan umpama rakyat Malaysia, tapi dia ada kad pengenalan biru, resit sementara, saya cakap Sulu dengan dia, dia cakap Sulu dengan saya," terang Macarius kepada panel inkuiri hari ini.

Beliau turut menjelaskan, terdapat lebih 12 pasukan yang melakukan pendaftaran tersebut dengan setiap daripada mereka memiliki 12 hingga 13 anggota.

Inkuiri di hadapan bekas Ketua Hakim Sabah Steve Chim hari ini berehat sebentar dan akan bersambung jam 2 petang nanti. - 17 Jun, 2013

3 portfolio: Kepercayaan MB Selangor kepada PAS

Posted: 16 Jun 2013 05:19 PM PDT


DETIK DAILY

"Saya tidak akan membelakangkan keputusan parti berkaitan hukum agama. Saya juga akan menamatkan perkhidmatan Ketua-ketua kampung yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab ketika men
jalankan tugas," kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, YB USTAZ SALLEHEN MOKHYI ketika ditemui di pejabatnya tingkat 15, SUK, Shah Alam, baru-baru ini.

 YB memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa. Sudah tentu tiga portfolio yang begitu besar kerana ia melibatkan pembangunan manusia.
 
 Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang beri kepercayaan kepada saya untuk memikul tugas exco Hal Ehwal Agama, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar. Kepercayaan ini mungkin satu penilaian atau satu penghormatan Tan Sri kepada saya. Ia juga kepada PAS yang cukup berkeupyaan untuk memikul tugas dan tanggungjawab ini.

Saya bukan sekadar berlatarbelakang pendidikan agama, tapi saya orang kampung yang hidup dan membesar di luar bandar. Dalam waktu yang sama saya berada di persekitaran dunia pertanian di utara Selangor. Ini merupakan kawasan pertanian yang terbesar di Selangor.

Saya memang nampak kerja ini agak berat. Apabila saya menilai kerajaan Pakatan Rakyat telah mengurus tadbir Selangor sepenggal, ini bererti saya tidak menghadapi kepayahan sangat. Kita telah merintis perjalanan itu dengan rakan-rakan pada penggal lalu. Di tambah dengan moto Selangor `Meneruskan Kecemerlangan'. Tugas saya menjadi sedikit lebih ringan kerana kita telah ada program yang lepas dan boleh digunakan untuk penggal kedua ini.

Cuma perlu melakukan penambahbaikan daripada beberapa sudut dan boleh dilakukan melalui pencambahan idea dikalangan sahabat dan rakan kita samada dalam parti atau kerajaan.

Kita tidak kurang pemikir yang selama ini teruji dan berjaya dalam program kita. Saya sendiri telah menemui beberapa orang pegawai berkaitan dengan portpolio dan kerjasama sangat baik. Semua ini menjadi laluan mudah untuk mengurus tadbir tiga portfolio. Saya harap saya berjaya dan rakyat berasa puashati dengan urus tadbir yang akan saya lakukan nanti.

Bagi saya ini satu kepercayaan yang mesti saya jaga kerana boleh jadi buat pertama kali exco daripada PAS diberi tanggungjawab menyelia pertanian dan pembangunan luar bandar.

Exco Hal Ehwal Agama berhadapan dengan cabaran cukup besar memandangkan Selangor mempunyai rakyat yang majmuk. Adakalanya ia menimbulkan kontroversi apabila melibatkan bab-bab hukum. Jika ia berlaku, bagaimana YB menghadapi situasi ini?

Kadang-kadang kontroversi itu timbul bukan kerana ia suatu perkara yang sukar untuk diatasi. Mungkin timbul kontroversi boleh jadi permainan akhbar arus perdana. Ditambah dengan kenyataan yang dibuat dalam keadaan tidak ada persediaan yang terdedah dengan kesilapan dan dimanipulasi oleh golongan tertentu.

Bagi saya dalam saya mengendalikan Hal Ehwal Islam, apapun berkaitan dengan perkara dasar atau asas, saya akan pergi dulu kepada Tuanku Sultan. Manakala keputusan yang bersifat parti politik saya akan pergi kepada Presiden atau parti.

Dalam hal berkaitan agama kita ada Ketua agama di Selangor. Jadi saya perlu bekerjasama baik dengan Tuanku Sultan. Bukan sekadar melaporkan bahkan perancangan dan apa pelaksanaan untuk rakyat Selangor. Adapun perkara yang bersifat perlaksanana, saya kena merujuk pada enakmen yang sedia ada. Yang kadang timbul kontroversi ini kerana kita menjawab sesuatu yang bukan dalam bidang tugas kita.

Dalam masa terdekat ini apakah YB akan tutup kilang arak dan rumah urut?

Ini bukan bidang kuasa exco Hal Ehwal Agama. Exco Agama tidak boleh menyatakan kehendaknya menutup semua itu. Ini semua akan menimbulkan kontroversi. Jadi, biar kita bercakap dalam bidang tugasan kita. Jadi, dalam bidang kerja ini, kita sudah ada enakmen tertentu yang perlu kita patuhi dan hormati. Sebab itu, selalu kontroversi timbul mengenai perkara-perkara pertembungan yang bukan sahaja dengan orang Islam tetapi dengan orang bukan Islam.

Bidang tugas saya fokus kepada kehidupan orang Islam itu sendiri untuk meningkatkan nilai kehidupan manusia. Pertama sekali kita mesti angkat mereka sebagai hamba Allah. Kedua meningkatkan tahap kehidupan masyarakat Islam sama ada soal kemiskinan, kefakiran serta urus tadbir pendidikan Islam. Ini kita kena lihat dalam konteks bidang kuasa saya dan enakmen yang telah disediakan.

Sekiranya timbul beberapa perkara seperti berlaku pertembungan, saya fikir tidak perlu membuat kenyataan terlebih dahulu. Saya bukan orang yang suka buat kenyataan sebelum membuat penyelesaian yang berkaitan. Seperti kes serbuan tehadap kuil atau gereja suatu ketika dahulu yang mengundang kontroversi. Ini kerana keluar kenyataan demi kenyataan tanpa persetujuan dalam Pakatan Rakyat. Jadi, dalam perkara dasar seperti ini kita kena rujuk kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu.

YB tidak akan membelakangkan parti dalam membuat keputusan berhubung hal-hal agama Islam?

Ya, perkara yang berkaitan saya, saya boleh putuskan. Manakala hal yang saya lihat perlu komitmen parti, maka saya tidak akan buat apa-ap keputusan melainkan serahkan dahulu kepada kepimpinan untuk buat keputusan. Ini dapat membantu untuk menyelesaikan sesuatu pekara.

Selangor turut memiliki kawasan pertanian iaitu sawah dari Tanjong Karang ke Sungai Besar. Bagaimanapun, seolah-olah tidak nampak keutamaan kerajaan negeri mengutamakan hasil pertanian?

Ya, memang di Selangor kita tidak boleh lari daripada negeri yang menumpukan industri sehingga menyumbang hampir 50 peratus pendapatan negara. Tetapi kita masih lagi mengekalkan kawasan hijau iaitu pertanian. Selangor tetap menjadi pembekal makanan negeri dan negara yang perlu dipertahankan.

Alhamdulillah, keputusan kerajaan negeri meletakkan kawasan pertanian di Selangor sebagai kawasan hijau tidak boleh dibuat pembangunan. Sebenarnya kita masih mempunyai kawasan pertanian yang besar walaupun Selangor sudah menjadi negeri industeri. Keputusan kerajaan ini memberikan satu tugas dan tanggungjawab kepada saya untuk menaikkan taraf pertanian di Selangor. Ini kerana Selangor antara penyumbang pada ekonomi negara. Kita juga masih menjadi pembekal dan menyumbang bekalan makanan dalam negeri yang banyak. Selangor antara negeri pengeluaran padi yang paling berkualiti di Malaysia.

Selain itu, sebahagian besar rakyat Selangor masih mendapatkan sumber pendapatan melalui pertanian. Cuma, kita harapkan kerajaan negeri akan terus mempertahankan sektor pertanian. Dalam waktu yang sama kita hendak naikkan taraf kehidupan mereka.

Sebab itu Menteri Besar memfokuskan pembangunan pada luar bandar. Ini merupakan satu pengikhtirafan luar bandar sebagai kawasan pertanian disamping meningkatkan taraf ekonomi mereka untuk bersaing dengan masyarakat luar bandar.

Ada penambahbaikan yang YB akan lakukan kepada golongan petani?

Kita bantu mereka menaikkan kos yang lain seperti bantuan sara hidup atau sediakan beberapa kemahiran lain untuk menjana ekonomi mereka. Kita banyak beri bantuan kepada golongan nelayan, kita bagi bot, petani bagi racun dan baja. Kita juga akan bantu kepakaran teknologi. Bagaimana hendak meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Umpamanya pesawah yang mengalami padi angin yang banyk sehingga mengurangkan pendapatan. Gangguan makhluk perosak atau penamanan yang tidak mengikut skema. Ini kita akan salurkan teknologi kepakaran dan bekalkan kemudahan untuk mengurangkan bebanan kewangan.

Saya akan bincang dengan rakan-rakan pertanian termasuk veterina, macam mana kita boleh beri satu program kepada rakyat dalam bentuk `mentor'. Kita bukan sekadar bagi bot tetapi kita bagi program perkongsian dan ada mentor.

Katakanlah ada lima orang beliau hendak menternak ayam. Mereka sediakan kawasan dan kerajaan negeri sediakan mentor (pengawal mereka). Ayam kita akan beri tetapi mereka mesti mengikut program kita. Apabila hasil dikeluarkan dan untung maka kita serahkan untung kepada mereka. Ini program mentor yang kita akan lakukan selain kita cuba berbincang membawa pelabur luar kepada pertanian.

YB, pembangunan desa suatu yang sukar untuk dilaksanakan jika tidak mendapat sokongan daripada penduduk. Sebagai langkah pertama, apa yang YB fikirkan untuk pembangunan desa?

Saya nampak jika negeri sediakan prasarana atau bajet banyak tetapi manusia yang hendak menggerakkan itu tidak amanah dan tidak memikul tanggungjawab, maka kita akan gagal.

Kita tidak mahu menjadi program melepaskan batu di tangga. Sebab itu, pembangunan desa ini saya mengurus Ketua-ketua kampung. Saya mengurus penghulu. Ini elemen yang penting untuk sama-sama menjayakan pembangunan desa. Jika ketua kampung gagal berfungsi bagi saya, banyak mana bajet kerajaan negeri, kita akan gagal juga.

Saya mengurus Ketua kampung lebih kurang 368 orang tidak termasuk permohonan ketua kampung yang baru. Saya fikir sebelum kita laksanakan program pembangunan desa, 368 orang Ketua kampung ini mesti berfungsi.

Saya lihat ada jawatan ketua kampung tetapi mereka tidak buat mesyuarat, tidak buat profil kampung. Akhirnya, apabila kita bagi tugas orang macma ini, terhalang semua kerja kita. Kita bukan diboikot oleh orang Umno tetapi ketua kampung yang tidak amanah tidak menjalankan tanggungjawab.

Kita hendak ketua kampung mesti amanah. Saya sudah bercakap dengan Menteri Besar, mana-mana ketua kampung yang cuai kita tamatkan perkhidmatan mereka. Kita kena berani jika kita betul-betul mahu menjayakan pembangunan desa. Elemen ini mesti diselesaikan terlebih dahulu.

Sebenarnya ketua kampung bukan sekadar elaun mereka kita naikkan, kita tambah lagi seorang ketua kampung dengan peruntukkan lebih kurang RM10,000 setahun. Ada ketua kampung yang langsung tidak gunakan peruntukkan itu, ada ketua kampung yang ada program membersihkan kawasan setahun empat kali tetapi mereka hanya buat sekali. Ini yang kita tidak mahu.

Kita akan rancang penduduk kampung tidak berasa mereka tertinggal jauh dengan suasana bandar. Daripada sudut kualiti hidup, kewangan, meningkatkan taraf kehidupan keluarga dan prasarana setempat. Sebagai contoh, jika orang di bandar ada lampu jalan di kampung pun kena ada lampu jalan.

Melestari desa ini kena ikut sama berkembang dalam memahami acuan ekonomi dalam kerajaan negeri. Jika rakyat Selangor mempunyai taraf hidup yang baik, kerajaan negeri sudah mempunyai keuntungan. Walaupun bukan daripada sudut duit. Mereka tidak jadi orang susah, mereka tidak menanggung bebanan sakit kronik begitu juga golongan belia tidak menganggur dan tidak terlibat dengan gejala dadah dan sebagainya.

Kita hendak jadikan 10 hingga 20 kampung sebagai kampung contoh. Sebahagiannya kita mulakan di kampung utara Selangor iaitu dari Kuala Selangor hingga Sabak Bernam begitu juga di Hulu Bernam. Ini kerana kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu, belum dapat menembusi masyarakat kampung di utara Selangor.

Mungkin mereka masih berfikiran lama tidak mahu melakukan perubahan. Mungkin juga mereka melakukan protes kerana kerajaan negeri tidak memberikan keutamaan kepada mereka dalam pembangunan jasmani dan rohani.

Enam kawasan catat bacaan IPU tidak baik

Posted: 16 Jun 2013 05:14 PM PDT



 
Enam kawasan, termasuk dua di Melaka, mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini.
  
Sehingga pukul 11 pagi, bacaan IPU paling tinggi dicatat di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (129) dan Bukit Rambai (120) diikuti Port Dickson (117), Muar(110), Pelabuhan Klang (104) dan Kemaman (101).

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam kenyataannya menyebut negara kini mengalami musim Monsun Barat Daya bermula Jun ini, yang dijangka berterusan hingga September.
  
"Angin monsun yang bertiup dari kawasan titik panas di Sumatera Tengah, Indonesia telah membawa asap jerebu ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung," kata kenyataan itu.
  
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
  
Kenyataan itu juga menyebut kebakaran di beberapa kawasan tanah gambut di Selangor adalah terkawal dan tidak menyumbang kepada peningkatan IPU di sekitar Lembah Klang.
  
Ia merujuk kepada kebakaran di Kampung Busut Baru, Pulau Kempas; Hutan Simpan Kuala Langat Selatan; Hutan Simpan Kuala Langat Utara dan kawasan seluas enam ekar dalam kawasan Bandar Nusaputra, Sepang.
  
Kenyataan itu juga menyebut status kebakaran sebagai 'masih terdapat beberapa tompok asap dalam kawasan seluas 30 ekar dan kerja memadamkan api giat dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat yang dibantu JAS, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan serta Jabatan Mineral dan  Geosains.
  
JAS menasihatkan orang ramai tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka dan bekerjasama memadamkan kebakaran kecil atau melaporkan kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau talian bebas tol JAS di 1-800-88-2727.  
- Bernama

Tiada ulasan: