DIALOG RAKYAT |
- Muhyiddin benar-benar dalam dilemma
- Saifuddin jumpa MB Selangor petang ini bincang tanggungjawab
- Harga Kereta Turun Sekitar 0.7% – 11% (Potongan RM449 – 12,775) Sejak Januari Hingga Mei 2013! Apa Kata Anda?
- Kopi Hang Tuah gah di pasaran global
- Dzulkefly wakili Pas di Pejabat MB
- DAP cadang Teresa jadi 'political laison'
- Presiden, timbalan presiden Umno wajar dicabar
- Pensyarah Politik sanggah SPR isu dakwat tak kekal
- Petisyen PRU: Selangor sedia biaya kos guaman – MB
- PR fail petisyen PRU13
- Rafizi: Kos petisyen pilihan raya RM1.5 juta
- Aziz Bari ketuai KEADILAN cabar pindaan Akta Kesalahan P’Raya
- Himpunan Black 505 Perlis diteruskan malam ini – Adun
- Polis pantau kegiatan Al-Arqam
- Kerajaan paksa pengundi kembali ke BN dengan bantuan terpilih, kata Pakatan
- EAIC dicipta untuk gagal, kata Tony Pua kepada Paul Low
- PAS namakan pegawai perhubungan politik pejabat MB Selangor
- Himpunan ‘Black 505’ ditunda ke 22 Jun
- Mahkamah benarkan permohonan perbicaraan silap bekas polis kerana membunuh Altantuya
- Selangor Sedia Bantu Biayai Kos Guaman Petisyen Pilihan Raya
- Memikul peti sejuk mendaki Everest
- Pada saya SPR gagal - Mohammad Agus
- Saya macam bangkai bernyawa - bekas suami penghidap HIV
- Pilihan raya PBT tingkat kesedaran rakyat, galak demokrasi
- Ismail: Tidak wajar sekat laman sosial
Muhyiddin benar-benar dalam dilemma Posted: 10 Jun 2013 04:27 AM PDT KL TODAY Seruan untuk kedua-dua jawatan tertinggi Umno untuk tidak dipertandingkan betul-betul membuatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam dilema.Menurut sumber Umno yang menghubungi Harakahdaily, Timbalan Presiden Umno itu tidak berani menyambut seruan tersebut kerana terasa ada perangkap menantinya."Jika Muhyiddin sambut, bermaksud beliau tak akan mencabar bosnya (Datuk Seri) Najib (Razak). Tapi siapa yang boleh beri jaminan beliau tidak akan dicabar oleh (Datuk Seri) Ali Rustam dan (Tan Sri) Isa Samad. "Jika Muhyiddin sambut sahaja, maka Najib sudah terselamat. Dan ini membuka peluang kepada semua musuhnya untuk menggulingkannya. Akhirnya seruan hanya akan tinggal seruan, hanya jawatan Presiden Umno tidak dipertandingkan," kata sumber Umno kepada Harakahdaily. Semalam, Muhyiddin menegaskan bahawa hak menentukan pertandingan dua jawatan tertinggi Umno untuk berlangsung atau tidak, tidak terletak pada tangan individu pemimpin tapi ahli-ahlinya. "Saya akan komen apabila tiba masa yang sesuai," kata Muhyiddin ketika ditanya samada beliau menyokong kedua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan. Sebelum itu, Muhyiddin turut mengikut langkah untuk mematikan 1Malaysia Najib dengan mengisytiharkan bahawa (BN) akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum. "Mesej jelas sebahagian besar Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, Siam dan sebahagian besar masyarakat di Sabah dan Sarawak masih mendukung BN," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri. "Orang Umno paling sayangkan jawatan. Muhyiddin tidak terkecuali. Tapi beliau sedar beliau dalam bahaya. Sokongan yang diharapkan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad ketika di pemilihan Umno 2009 di mana beliau mengetuai kempen turunkan Tun Abdullah (Badawi) tidak kuat kali ini. "Najib akan diam diri – wartawan akan serang bertubi-tubi pada Muhyiddin. Najib hanya memerlukan jawapan daripada seorang saja iaitu Muhyiddin untuk menyelamatkannya daripada dicabar. Tapi berlainan dengan Muhyiddin, beliau memerlukan banyak jawapan untuk yakin bahawa kedua-dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan itu akan direalisasikan," kata sumber Umno lewat malam tadi. Beliau turut mengulangi pendapatnya bahawa Muhyiddin memilih jalan maut sekiranya mengambil keputusan untuk mempertahankan kerusi timbalan presiden. "Jika itu keputusan Muhyiddin, maka itulah titik noktah bagi karier politik beliau yang hanya sampai peringkat Timbalan Perdana Menteri sebelum digantikan dengan orang yang lebih muda dan tidak mengugat Najib. "Di dalam Umno, ramai yang menganggap beliau sebagai layak menjawat presiden Umno sekurang-kurangnya kerana senioriti dan sumbangannya kepada parti. Lagipun isteri Muhyiddin low profile seperti isteri Tun (Dr Mahathir) yang wakil-wakil Umno lebih suka berbanding (Datin Seri) Rosmah (Mansor)," kata beliau sebelum mengakhiri perbualan telefon.Sumber: HarakahDaily | |||
Saifuddin jumpa MB Selangor petang ini bincang tanggungjawab Posted: 10 Jun 2013 04:24 AM PDT Oleh Masdar Wahid SHAH ALAM : Datuk Saifuddin Nasution Ismail dijadual bertemu Tan Sri Khalid Ibrahim pada jam 2 petang ini bagi membincangkan berhubung pelantikannya sebagai Pegawai Perhubungan Politik Selangor. "Saya dijadualkan bertemu Tan Sri Khalid pada jam 2 petang Isnin ini dan saya hanya akan komen mengenainya selepas perbincangan itu nanti. Pelantikan ini adalah hak Menteri Besar dan saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan keyakinan yang diberi. "Apa jua tugas dan kewajipan yang diamanahkan kelak, akan saya galas sebaik mungkin dengan penuh tanggungjawab," katanya kepada Keadilan Daily mengulas pelantikan tersebut. Pada 5 Jun lalu, Khalid mengesahkan Saifuddin akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar dengan peranan utama membantu pembangunan masyarakat luar bandar di negeri itu. Saifuddin merupakan graduan Pengurusan Latihan dari Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun serta graduan Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia. Sebelum menyertai politik, Saifuddin aktif dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan sosial di desa dengan menyusun dan menggerakkan pelbagai program yang memanfaatkan golongan itu yang kebanyakannya melibatkan masyarakat Melayu. Dalam bidang politik, beliau adalah Adun pertama KEADILAN yang memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas di Kedah pada tahun 2000. Semasa menjadi Ahli Parlimen Machang pada penggal lalu, hujah-hujahnya bukan sahaja penuh dengan fakta dan angka, malah setiap kali berbahas pemimpin Umno BN sering gagal berdepan beliau. Pada 15 Januari 2012, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menganugerahkan Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk kepada Setiausaha Agung KEADILAN ini sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-84 di Istana Anak Bukit, Alor Setar. | |||
Posted: 10 Jun 2013 04:17 AM PDT Pengurangan harga kereta merupakan tawaran daripada kedua-dua belah pihak baik di seblah Barisan Nasional & Pakatan Rakyat. Tawaran ini pastinya merupakan salah satu strategi untuk memenangi undi rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu. Barisan Nasional yang tampil dengan manifesto Pilihanraya Umum ke 13 mengenai penurunan harga kereta di saat-saat akhir. Dan….. akhirnya kerajaan mengumumkan pengurangan harga kereta di Malaysia untuk permulaan bagi pasca PRU13. Senarai Harga Kereta Turun
Harga kereta Turun di Malaysia : Mekanisme BN VS PR?Kerajaan yang dibentuk daripada gabungan parti Barisan Nasional kali ini tidak gemar mahu meniru cara pelaksanaan yang cuba diterapkan oleh Pakatan Rakyat kerana katanya mereka ada mekanisme tersendiri yang dirasakannya lebih baik. Caranya?
Walauabagaimanpun Berita Semasa masih merasakan ia satu permulaan yang baik untuk menunjukkan kepada rakyat yang kerajaan benar-benar komited mengurangkan harga di Malaysia seperti yang dijanjikan sebelum ini. Diharapkan selepas lebih banyak model kereta di Malaysia turun harganya tanpa mengabaikan aspek keselmatan dengan mengurangkan spesifikasi asal. Apa kata anda pula? | |||
Kopi Hang Tuah gah di pasaran global Posted: 10 Jun 2013 04:09 AM PDT "TIDAK ada campuran arang, tempurung mahupun kacang dalam kopi Hang Tuah seperti yang didakwa, dan ingin ditegaskan produk kami seratus peratus perusahaan Bumiputera," bicara Pengurus Besar Syarikat Hang Tuah Sdn Bhd, Mazwan Noor berkaitan dakwaan mengatakan Kopi Jenama Hang Tuah diusahakan bukan Muslim dan menggunakan bahan terlarang dalam minuman itu. Menurutnya, biarpun banyak kali berdepan dengan fitnah dan kadang-kadang tohmahan tidak berasas, namun perusahaan yang dijalankan sejak 1958 itu tetap utuh memasarkan kopi yang mampu memikat cita rasa golongan muda mahupun berusia. "Kami bersyukur kerana mempunyai kekuatan tersendiri dan sehingga ke hari ini, 72 cawan kopi kami dihirup sesaat dan tahun ini kami menjangkakan jumlah itu bertambah mencecah 80 cawan hingga 100 cawan sesaat," katanya. Apa yang paling dibanggakan jenama ini juga bakal menampilkan minuman sedia diminum dalam tempoh dua tahun dari sekarang. Kopi jenama Hang Tuah memasarkan 32 produk berasaskan kopi merangkumi jenis Robusta, Liberica, dan Arabica. "Pemasaran kami kini meliputi jualan secara runcit hingga ke peringkat kopi untuk golongan atasan, medium dan pasaran seperti hotel," katanya. Beliau memberitahu, bagi pasaran runcit, kopi Hang Tuah boleh didapati pasar raya terpilih seluruh negara dan turut dijual di 60,000 restoran seluruh negara. Bagi menjamin ketahanan produk, jenama ini satu-satunya produk yang ketika ini menggunakan pengecasan gas keluar dalam pembungkusan untuk kekal baik sehingga tiga bulan selain menjamin aroma tidak hilang dan rasa masam. "Ini adalah piawaian yang kami tetapkan untuk kekalkan kualiti; dalam industri ini, kami adalah pelopor teknologi pembungkusan ini di Malaysia," katanya. Bagi memastikan tahap pembungkusan dijamin berkualiti, syarikat tersebut membelanjakan RM3 juta sejak 2002 untuk tujuan tersebut. Produk utama Kopi Hang Tuah adalah Kopi 'O' dan syarikat mempunyai nilai stok kopi bernilai RM1.5 juta sebulan. Produk yang sering mendapat permintaan banyak adalah 2 in 1 dan Kopi 'O'. "Kilang kami kompleks P3, mengeluarkan 80 tan kopi setiap bulan dan lebih daripada 20,000 kotak pelbagai jenis produk kopi setiap hari," katanya. Tuah gah di luar negara Jenama Kopi Hang Tuah terus gah di persada antarabangsa apabila semakin diterima ramai dengan anggaran satu kontena dieksport dalam tempoh sebulan. "Kopi Hang Tuah kini dieksport ke Hong Kong, Australia, Brunei, China, Singapura, United Kingdom, dan dalam percubaan ke Korea," katanya. Menurutnya, cabaran yang paling besar untuk meneroka pasaran luar adalah dari segi kos dan perlu mengikuti peraturan sesebuah negara. "Kami sudah menghentikan bekalan ke Thailand kerana pihak kerajaan negara tersebut mewajibkan agar semua produk yang ingin dipasarkan ke sana perlu menggunakan bahasa Thai, jadi agak sukar untuk kami berbuat demikian. Justeru, kami terus fokus terhadap pasaran tempatan yang sememangnya menjanjikan keuntungan," katanya. Melihat permintaan dan industri ini semakin diterima ramai setiap masa, syarikat menjangkakan perolehan tahun ini mencecah RM15 juta terus meningkat berbanding RM12 juta tahun lalu, yang disokong jualan dalam dan luar negara bagi produk sedia ada dan baru. INFO -Syarikat Hang Tuah Sdn. Bhd, sebuah syarikat pengeluar serbuk kopi campuran yang komited dalam pembangunan produk bagi memastikan pengeluaran produk yang halal, berkualiti tinggi dan terjamin. -Syarikat membuat pelaburan besar dengan membeli mesin baru, menggunakan teknologi dan metodologi Sepanyol yang berteknologi tinggi bagi meningkatkan pengeluaran. -Syarikat juga meneruskan usaha mengembangkan perniagaan ke luar negara dan membangunkan jenama Hang Tuah di pasaran domestik. -Bermula dengan perusahaan menjual kopi secara kecil-kecilan di Sungai Lokan, Seberang Perai, Pulau Pinang, kini Syarikat Hang Tuah Sdn. Bhd. boleh berbangga dengan pencapaiannya sebagai antara pengedar utama produk kopi di Malaysia. -Sejak ditubuhkan pada 1958, hasil pajakan tanah pengasasnya, Zainal Said, syarikat tersebut kini semakin berkembang pesat. -Mempraktikan lima prinsip yang menjadi kekuatan perniagaan antaranya, pembangunan sumber manusia, metodologi kerja dalam kerangka yang mudah, menggunakan mesin dan teknologi terkini sesuai dengan industri, pemilihan bahan mentah berkualiti tinggi, dan persekitaran dinamik. -Untuk menjadi organisasi mesra alam, kilang pemprosesan dilengkapi dengan Sistem Kawalan asap. Sistem ini untuk mengawal dan menapis asap yang sedang dihasilkan oleh kemudahan ini dengan hanya membenarkan asap bersih (tiada jelaga hitam atau bau) untuk melepaskan ke persekitaran. | |||
Dzulkefly wakili Pas di Pejabat MB Posted: 10 Jun 2013 04:08 AM PDT SHAH ALAM – Pas Selangor mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar. Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan parti dalam mesyuarat Pas Pusat dijalankan semalam. Abdul Rani berkata, pelantikan Dzulkefly berdasarkan pengalaman beliau sebagai 'orang lama' dalam kancah politik di Selangor. Menurutnya, Dzulkefly merupakan calon paling layak untuk memegang jawatan itu kerana sebelum ini beliau tahu mengenai apa berlaku di negeri ini. "Kita dah bermesyuarat sebentar tadi dah memutuskan untuk mencadangkan Dzulkefly untuk memegang jawatan tersebut. "Kita akan buat surat kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok (hari ini) berhubung perkara ini," katanya semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan DAP yang turut mencadangkan supaya Pas menyenaraikan wakil sebagai Pegawai Perhubungan Politik. DAP mencadangkan supaya Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok memegang jawatan Pegawai Perhubungan Politik dengan status dan syarat lantikan yang serupa dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. Cadangan lantikan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan keseimbangan kerana DAP adalah rakan kongsi sekata dalam Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat. Sebelum ini, Abdul Khalid melantik Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik. Abdul Rani berkata, sebelum ini Abdul Khalid meminta Pas menyenaraikan calon bagi jawatan itu. Menurutnya, ia bagi memantapkan pentadbiran Kerajaan Negeri memandangkan kemenangan dikecap adalah hasil usaha ketiga-tiga parti. "Baguslah biar wakil ketiga-tiga parti ada bagi melancarkan pentadbiran kerana ini kemenangan bersama. "Malah Menteri Besar setuju supaya Pas menyerahkan nama," katanya. | |||
DAP cadang Teresa jadi 'political laison' Posted: 10 Jun 2013 04:06 AM PDT SHAH ALAM - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mencadangkan Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik Kerajaan Negeri Selangor (political laison). Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan akhbarnya berkata, pelantikan Teresa adalah menyamai status dan syarat lantikan yang serupa dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. "Cadangan lantikan Teresa ini adalah bertujuan memastikan keseimbangan dan DAP adalah rakan kongsi sekata dalam Kerajaan Negeri PR. "Dalam hal ini, Pas juga seharusnya diberi kelayakan sama dengan mempunyai seorang Pegawai Perhubungan Politik mewakili parti itu," katanya. Terdahulu pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu, Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Saifuddin sebagai wakil Pegawai Perhubungan Politik kerajaan Selangor. Kewujudan jawatan ini timbul selepas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan keperluan pentadbiran Selangor untuk menempatkan seorang wakil di kalangan ahli politik PR bagi mengkoordinasi pentadbiran dan politik di Selangor. Bagaimanapun selepas dua minggu selepas cadangan itu diusulkan, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor membangkitkan isu keputusan melantik Saifuddin tidak dibincangkan dengan kepimpinan negeri terlebih dahulu. Sementara itu, berhubung tiga wakil rakyat DAP Selangor yang akan dilantik ke dalam Majlis Pimpinan PR kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu rakyat, CEC DAP telah memutuskan melantik Tony Pua, Teng Chang Khim dan Gobind Singh bagi menganggotai majlis 10 orang tersebut yang dipengerusikan Abdul Khalid. Dalam perkembangan sama, Teresa berkata, beliau menerima cadangan tersebut dengan hati terbuka dan bersedia untuk memegang jawatan tersebut. Menurutnya, beliau percaya dengan pelantikan itu dapat membantunya untuk melancarkan pentadbiran Selangor. Katanya, beliau akan menggunakan pengalaman selama lima tahun lalu terlibat sebagai Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan. "Saya sedia dengan pelantikan ini kerana sudah lima tahun terlibat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan saya tahu serba sedikit mengenai urusan pentadbiran dan isu berkaitan kerajaan negeri. "Pelantikan dibuat ini adalah berdasarkan keputusan parti dan cadangan kepada Menteri Besar (Abdul Khalid) untuk kebaikan bersama," katanya. | |||
Presiden, timbalan presiden Umno wajar dicabar Posted: 10 Jun 2013 04:05 AM PDT SHAH ALAM – Jawatan presiden dan timbalan presiden Umno wajar dipertandingkan sebagai salah satu usaha membawa transformasi kepada parti itu selepas PRU13. Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata, pertandingan dua jawatan tertinggi itu juga dapat menyemarakkan lagi demokrasi dalam Umno. "Umno harus miliki semangat demokrasi dalaman. Tiada sebab untuk pertandingan dua jawatan ini tidak dilakukan. "Lagipun, Umno kini berada dalam situasi stabil. PRU14 juga masih jauh, jadi Umno ada masa untuk melakukan transformasi seperti yang diuar-uarkan termasuk mempertandingkan dua jawatan itu," katanya. Menurutnya, pertandingan jawatan presiden juga dapat membuktikan kredibiliti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai penyandang yang mendapat sokongan kuat daripada ahli parti. "Mungkin ramai ahli tidak setuju jawatan presiden dipertandingkan kerana tiada calon yang dilihat layak mencabar Najib. Namun, Najib sendiri sudah beri lampu hijau untuk dicabar. "Menang atau kalah patut diletak tepi. Jika benar semua ahli memberi sokongan kepada Najib, beliau pasti menang jawatan itu," katanya. Sementara itu, geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kedua-dua jawatan itu boleh dicabar memandangkan Umno telah memansuhkan sistem kuota pencalonan pada pemilihan parti. "Selepas PRU13 dan penghapusan sistem kuota pencalonan, saranan agar kedua-dua jawatan tidak dipertandingkan adalah tidak wajar. Ini kerana Umno secara asasnya berada dalam kedudukan terkuat. "Teladan perlu dipamerkan kepada parti politik lain sama ada BN atau PR bahawa Umno melaksanakan sistem demokrasi sebaik-baiknya," katanya. Najib sebelum ini mengumumkan beliau bersifat terbuka jika ada yang ingin bertanding jawatan presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi Umno, hujung tahun ini. Bagaimanapun, ramai pemimpin dan veteran Umno menyokong cadangan agar jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan. | |||
Pensyarah Politik sanggah SPR isu dakwat tak kekal Posted: 10 Jun 2013 03:58 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR: Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menyanggah kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengatakan badan itu menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) lalu.Sambil menyifatkan SPR gagal, Pensyarah Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu mempersoal signifikan penubuhan Jawatankuasa Khas terdiri daripada Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 1 Jun lalu. Katanya, kegagalan SPR mengendalikan daftar pemilih bersih dan penyediaan dakwat kekal dengan baik merupakan contoh terbaik untuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. "Kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana ia sebuah badan bebas. "Apa yang kita perlukan sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada," kata Agus difacebooknya. Jika kerajaan ingin meneruskan hasrat menubuhkan jawatankuasa berkenaan, beliau mencadangkan dua solusi agar perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. "Kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan. "(Kedua) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003," katanya lagi. | |||
Petisyen PRU: Selangor sedia biaya kos guaman – MB Posted: 10 Jun 2013 03:53 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR 10 JUN: Kerajaan Selangor bersedia manampung kos guaman mana-mana pihak yang memfaikan petisyen pilihan raya pada kali ini.Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar. "Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita kerajaan negeri melalui (program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka," kata Khalid dipetik Selangorku. Khalid berkata, kerajaan negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dan berkongsi data menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang berusaha mengumpul bukti kepincangan pilihan raya. Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU 13 berlangsung. "Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, kerajaan negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama," ujar beliau lagi. Sebelum ini, kerajaan negeri melalui geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukan berjumlah RM5 juta | |||
Posted: 10 Jun 2013 03:52 AM PDT PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] PR akan memfailkan 25 petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Parlimen yang dipercayai berlakunya penipuan dan penyelewengan pada PRU13 lalu bermula hari ini hingga Rabu. Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata 25 petisyen itu membabitkan 24 kerusi Parlimen dan satu petisyen berasingan akan difailkan berhubung kesalahan seorang calon BN yang melanggar had perbelanjaan pilihan raya. "Kesemua petisyen itu akan menelan belanja kira-kira RM1.4 juta di mana PKR sahaja memerlukan RM1 juta, memandangkan kita paling banyak kemukakan petisyen. "25 petisyen itu akan difailkan secara berasingan mengikut kawasan dan parti. "Setiap pendaftaran petisyen itu akan membabitkan kos sebanyak RM15,000 setiap satu kerusi. Rabu lalu, laporan Sinar Harian Online yang memetik kenyataan Rafizi menyebut PKR akan memfailkan 19 petisyen berhubung keputusan PRU13 itu selewat-lewatnya pada 10 Jun ini. Katanya petisyen itu akan dibuat secara berasingan dengan parti gabungan lain iaitu Pas dan DAP. PR mempunyai tempoh 21 hari untuk berbuat demikian selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan rasmi PRU13, 22 Mei lalu. Dalam pada itu, katanya daripada 25 petisyen itu, PKR akan memfailkan 19 kerusi, empat kerusi oleh Pas dan dua lagi oleh DAP. Antara parlimen yang difailkan PKR ialah bagi kawasan Parlimen Merbok, Kulim- Bandar Baharu, Ketereh, Machang, Balik Pulau, Tapah, Bagan Datok, Sabak Bernam, Setiawangsa, Segamat, Ledang, Muar, Tebrau, Pasir Gudang, Kota Marudu, Beaufort, Pensiangan dan Baram. Pas pula melibatkan kawasan Parlimen Sungai Besar, Kuala Selangor, Titiwangsa dan Pulai manakala DAP pula membabitkan kerusi Cameron Highlands dan Labis. Selain kerusi Parlimen, sebanyak 10 kerusi melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) di seluruh negara di mana sembilan daripadanya ditandingi Pas manakala satu lagi oleh PKR. Serentak dengan memfailkan petisyen tersebut, katanya PKR juga akan memfailkan tindakan undang-undang dalam tempoh tiga minggu dari hari ini. Antara isu terbabit ialah menyaman Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana gagal melaksanakan dakwat kekal; menuntut mahkamah supaya menyemak senarai pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan yang dibuat di Suruhanjaya Diraja dan kajian dalaman PKR serta mencabar tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi. | |||
Rafizi: Kos petisyen pilihan raya RM1.5 juta Posted: 10 Jun 2013 03:50 AM PDT Oleh Sidiqin Omar PETALING JAYA : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos untuk membiayai petisyen pilihan raya bagi 25 kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) berjumlah kira-kira RM1.5 juta. Justeru, jamuan makan malam mengumpul dana bagi membiayai kos petisyen pilihan raya akan bermula 28 Jun ini. "Jamuan makan malam bagi mengumpul dana itu akan bermula di Pulau Pinang diikuti Kuala Lumpur dan Johor Bahru," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. Kata Rafizi, kos deposit awal petisyen berjumlah RM15,000 dan RM30,000 untuk setiap petisyen yang difailkan. Ia melibatkan 24 petisyen bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi kawasan DUN. Tambahnya, meskipun Pakatan Rakyat mendapat bantuan guaman secara pro-bono, namun kos berkenaan perlu dibayar kepada defendan sekiranya mahkamah mengenepikan petisyen atau sekiranya plaintif tewas. "Kena dapatkan dalam sebulan. Kita (KEADILAN) juga bercakap bagi pihak lain (PAS dan DAP)," katanya. Menurut Rafizi, petisyen tersebut telah dan akan difailkan bermula hari ini sehingga 12 Jun ini. | |||
Aziz Bari ketuai KEADILAN cabar pindaan Akta Kesalahan P’Raya Posted: 10 Jun 2013 03:48 AM PDT Oleh Sidiqin Omar PETALING JAYA : Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari akan mengetuai pasukan KEADILAN untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytihar pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar di mahkamah. Pengumuman tersebut dibuat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini. "Pindaan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak," katanya. Beliau menambah, KEADILAN turut memfail saman terhadap Pengerusi SPR dan Timbalannya serta ahli-ahli SPR kerana gagal melaksanakan penggunaan dakwat kekal. Tindakan undang-undang tersebut akan dibuat dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang sekarang. KEADILAN turut memfail petisyen pilihan raya menuntut mahkamah menyemak senarai pengundi yang dicemari pengundi hantu di Sabah berdasarkan keterangan dibuat di Suruhanjaya Diraja dan kajian dalaman KEADILAN. "Tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan," jelasnya. Pada masa sama, mereka juga akan mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytiharkan pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar dimahkamah bertentangan (ultra vires) dengan Perlembangan. "Pasukan KEADILAN yang akan memulakan tindakan undang-undang ini akan diketuai oleh Prof Dr Aziz Bari, pakar perlembagaan," kata Rafizi. | |||
Himpunan Black 505 Perlis diteruskan malam ini – Adun Posted: 10 Jun 2013 03:45 AM PDT KEADILAN DAILYKUALA LUMPUR : Perhimpunan Black 505 yang dirancang untuk diadakan di Perlis pada malam ini akan diteruskan walaupun polis memberi amaran untuk mengambil tindakan ke atas penganjur, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Indera Kayangan, Chan Ming Kai.Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 malam di Kampung Bakau, Kangar. Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu berkata, parti itu telahpun memaklumkan kepada polis berhubung acara keraian itu sejak 12 hari lalu, pada 29 Mei, dan polis juga mengesahkan bahawa mereka menerima permohonan itu pada 4 Jun. Dalam satu surat bertarikh 3 Jun, Ming Kai berkata, beliau memberitahu polis bahawa jadual acara tersebut dikemaskini dengan menyertakan perhimpunan Black 505 sebagai salah satu daripada siri protes ke atas penipuan pada pilihan raya umum bulan lalu. Menurutnya, polis turut dimaklumkan mengenai individu lain yang akan berucap | |||
Polis pantau kegiatan Al-Arqam Posted: 10 Jun 2013 03:41 AM PDT M KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau secara dekat kegiatan Al-Arqam bagi memastikan kumpulan yang diharamkan sejak 1994 itu tidak menjejaskan keselamatan negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Zinin. Beliau berkata PDRM juga bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab dalam menangani kumpulan yang membawa ajaran sesat. "Kegiatan Al-Arqam memang kami pantau secara dekat, semua aktiviti kumpulan ini dari sudut keselamatan negara, dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang bertanggungjawab," katanya kepada Bernama menerusi khidmat SMS hari ini. Beliau diminta mengulas laporan akhbar hari ini mengenai Al-Arqam yang dipercayai masih beroperasi termasuk mengadakan parlimen roh kumpulan itu dua kali sebulan sebagai usaha mengekalkan kesetiaan pengikut ajaran berkenaan. Parlimen roh Al-Arqam itu dilapor diadakan di Jitra, Kedah dari 2 hingga 4 Jun lepas dan dihadiri balu Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam bagi menjelaskan penahanan pengikut Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB). Pada 13 Mei lepas, Hatijah ditahan bersama-sama sembilan pengikutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekembalinya dari Arab Saudi dan akan didakwa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) November ini kerana cuba menghidupkan semula ajaran Al-Arqam. Hatijah yang juga dikenali sebagai Ummu Jah boleh didakwa mengikut Seksyen 12(C) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana menghina pihak berkuasa agama. Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu dengan kerjasama jabatan agama Islam negeri-negeri sentiasa mengumpul maklumat mengenai kegiatan Al-Arqam. "Kerjasama juga diadakan dengan agensi penguatkuasa seperti PDRM bagi memantau pergerakan kumpulan ajaran sesat ini. Bagaimanapun kami tidak boleh mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama. Beliau berkata antara ajaran sesat Al-Arqam yang dikenal pasti Jakim ialah kumpulan itu melalui GISB membuka cawangan perniagaan kedai makan dan runcit di luar negara termasuk di Arab Saudi bertujuan mempengaruhi anggotanya bahawa gerakan itu masih aktif walaupun telah diharamkan pada 1994. "Bagaimanapun perniagaan mereka tidak mendapat keuntungan besar. Selain itu, mereka juga membuat persembahan konsert dan pantomen yang tersirat di dalamnya cita-cita dan fahaman kumpulan itu," katanya. Othman berkata untuk menyakinkan anggotanya tentang kebenaran ajaran kumplan ini, Hatijah dikatakan membuka beberapa premis di Makkah dan Madinah. "Ia kononnya sebagai bukti kemenangan hampir di pihak mereka dalam membina sebuah empayar daulah di akhir zaman seperti yang dijanjikan Allahyarham Asaari Muhammad menerusi 'Jadual Allah'. "Mengikut kepercayaan ahli GISB, 'futuh' (pembukaan) Malaysia dan Makkah kedua oleh Imam Mahadi akan dibantu oleh pemuda Bani Tamim," katanya. Othman berkata antara premis dan aset GISB di Arab Saudi ialah Istana RSA, kedai pakaian dan kek, chalet, kebun kurma, kenderaan dan binatang ternakan. Kumpulan itu juga mengedarkan brosur di hotel-hotel penginapan jemaah haji Malaysia dan Makkah bagi mempromosikan chalet, kebun kurma dan katering masakan Malaysia serta bertemu jemaah lain di sekitar Masjidil Haram. | |||
Kerajaan paksa pengundi kembali ke BN dengan bantuan terpilih, kata Pakatan Posted: 09 Jun 2013 10:32 PM PDT Gabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai "memangsakan" pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik. "Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepada The Malaysian Insider. "Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka," kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi. Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan. "Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN. "Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar. Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke berkata kenyataan Muhyiddin itu jelas mensasarkan kepada masyarakat Cina yang majoritinya telah mengundi pembangkang pada pilihan raya 5 Mei lalu. "Ini menunjukkan beliau mahu menghukum masyarakat Cina. "Segala yang diperkatakannya menunjukkan dia bukan timbalan perdana menteri untuk semua tatapi hanya untuk BN. Lagipun, dia dikenali sebagai seorang yang sering mengatakan dia adalah 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudiaan," kata Loke kepada The Malaysian Insider. Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP tersebut kemudiaan memetik analisis yang menunjukkan beberapa peningkatan peralihan sokongan orang Melayu kepada pembangkang dan menuntut kerajaan menjelaskan mengapa mereka hanya menghukum orang Cina. "Ia kenyataan yang bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengatakan sesuatu yang sama sekali berbeza dengan perdamaian yang Najib katakan, malah dia membuat kenyataan yang memecah-belahkan," tambahnya lagi. Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008. Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina. Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN. Khalid mengganggap kenyataan Muhyiddin itu mendedahkan sifat sebenar BN dan menegaskan selagi kerajaan sedia ada ini tidak dihumban, mereka akan terus mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang menentang. "Sebab itulah kami berada di sini. Untuk menentang mereka. Setelah sekian lama dalam kuasa mereka masih tidak memahami bahawa wang itu adalah milik rakyat. Sudah tentu tidak semua orang akan mengundi untuk mereka tetapi apabila mereka dipilih berkuasa, mereka mesti berkhidmat kepada semua orang," kata beliau. Walau pun terdapat pemimpin berhaluan kanan dalam BN, beberapa pemimpin dalam gabungan pemerintah berkata sebaliknya dan menyifatkan tidak wajar hanya menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya lalu. BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan. BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. Beberapa tangkapan ke atas pemimpin dan aktivis pembangkang kebelakangan ini juga mengaburkan lagi perdamaian kebangsaan seperti yang diuar-uarkan oleh perdana menteri. | |||
EAIC dicipta untuk gagal, kata Tony Pua kepada Paul Low Posted: 09 Jun 2013 10:26 PM PDT KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dicipta untuk gagal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), kata ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini, menyanggah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low yang menyamakan EAIC dengan cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). "Perbezaan antara kedua-dua adalah jelas dalam niat mereka, dengan EAIC ditubuhkan sebagai harimau tidak bertaring bertujuan khusus melakukan kerja kosmetik menenangkan permintaan orang ramai untuk IPCMC, disamping memenuhi bantahan lantang daripada pasukan polis," kata Pua dalam satu kenyataan di sini. "IPCMC seperti yang disyorkan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas Polis Diraja Malaysia pada tahun 2005 adalah jelas sebagai sebuah agensi untuk memeriksa, disiplin dan memupuk semangat profesionalisme dalam pasukan polis. "Oleh itu, EAIC direka khusus untuk gagalkan objektif IPCMC," katanya. Setiausaha publisiti DAP mengatakan ini telah dibuktikan sepanjang tiga tahun semenjak penubuhan EAIC, di mana mereka hanya menerima bajet tahunan sebanyak RM7 juta dan hanya mempunyai seorang pegawai penyiasat dan 23 orang pekerja termasuk kerani dan pemandu. Beliau juga mengatakan bekas Ketua Hakim Negara Abdul Hamid Mohamad telah mempersoalkan keberkesanan EAIC kerana semenjak penubuhannya pada September 20122 sehingga akhir 2012, EAIC hanya mencadangkan satu tindakan disiplin dan dua amaran kepada penjawat awam. Pua berkata, kes tunggal adalah aduan terhadap seorang pegawai polis pada pertengahan tahun lepas kerana menutup kes selepas tiga hari. Tetapi dalam kecil kerana tidak berdisiplin itu, beliau berkata, Ketua Pegawai Eksekutif EAIC Nor Afizah Hanum Mokhtar telah mengakui beliau tidak sedar jika tindakan tatatertib yang dicadangkan agar diturunkan pangkat telah dijalankan oleh pihak polis. "Hakikat bahawa kerajaan tidak serius, dengan hanya satu pegawai penyiasat hari ini untuk melihat 19 agensi-agensi kerajaan ... adalah bukti niat keseluruhan aktiviti untuk gagal," katanya. Dalam satu kenyataan semalam, Low mengumumkan Kabinet telah "lebih kurang" memutuskan untuk tidak menubuhkan IPCMC tetapi akan melakukan banyak rombakan terhadap EAIC sedia ada. Menteri yang menguruskan integriti dan rasuah itu menerangkan ini adalah kerana memperbaiki EAIC lebih baik daripada menubuhkan IPCMC dari mula. "Yang terakhir akan melibatkan terlalu banyak masa untuk bangun dan berjalan," kata Low. "Seperti, EAIC mengambil beberapa tahun untuk benar-benar bermula kerana masalah dan kesukaran untuk mengambil kakitangan yang berkebolehan dan berpengalaman dengan kepakaran yang diperlukan." Beliau menambah IPCMC dan EAIC itu adalah semata-mata perbezaan nama dan objektif utama sama adalah untuk memastikan bahawa mereka adalah bebas, mempunyai sumber yang mencukupi, kekuatan dan skop pengaruh yang akan membolehkan ia menjadi berkesan. IPCMC dicadangkan pada 2005 oleh suruhanjaya diraja yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah tetapi ditentang oleh polis, seharusnya berdasarkan kepada model Suruhanjaya Bebas Aduan Polis United Kingdom (IPCC), termasuk badan pemantau polis lain di New South Wales dan Queensland di Australia dan Hong Kong. Majlis Peguam, kumpulan masyarakat sivil dan beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang telah mendesak IPCMC ditubuhkan untuk melaksanakan reformasi terhadap pasukan polis semenjak 2006. | |||
PAS namakan pegawai perhubungan politik pejabat MB Selangor Posted: 09 Jun 2013 10:23 PM PDT Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan parti dalam mesyuarat PAS Pusat semalam dan Dzulkefly dipilih berdasarkan pengalaman beliau sebagai "orang lama" dalam kancah politik di Selangor. "Kita dah bermesyuarat sebentar tadi dah memutuskan untuk mencadangkan Dzulkefly (gambar) untuk memegang jawatan tersebut," katanya dipetik dari portal Sinar Harian Online. "Kita akan buat surat kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, esok (hari ini) berhubung perkara ini," tambah beliau lagi. Sebelum ini DAP mencadangkan supaya Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Teresa Kok, memegang jawatan Pegawai Perhubungan Politik dengan status dan syarat lantikan yang serupa dengan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Terdahulu semasa kongres nasional ke 9 PKR, Abdul Khalid melantik Saifuddin sebagai Pegawai Perhubungan Politik bagi melancarkan hubungan politik antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) di negeri terkaya negara itu. Dalam ucapan semasa kongres nasional ke 9 PKR, Abdul Khalid mengakui kelemahan tidak bijak dalam berpolitik, justeru mengumumkan penubuhan satu "political liaison" atau pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar. Walaupun Abdul Khalid dilantik sebagai menteri besar untuk penggal kedua, kontroversi tercetus apabila Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali difahamkan turut mahukan jawatan itu. Menteri besar Selangor itu berkata penubuhan "political liaison" akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan mereka yang dilantik akan terdiri daripada individu yang pakar dalam lapangan tersebut. Dalam majlis sama, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupnya mengumumkan Saifuddin akan diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan "political liaison" yang bakal ditubuhkan dalam masa terdekat. Berhubung dengan pengumuman Abdul Khalid itu, media melaporkan PAS juga mahukan pimpinan pusat mereka turut dilantik di jawatan sama kerana Selangor bukanlah negeri PKR semata-mata. Dalam Pilihan Raya 2013, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008. PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi. | |||
Himpunan ‘Black 505’ ditunda ke 22 Jun Posted: 09 Jun 2013 10:12 PM PDT Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya menegaskan tidak akan berlaku sebarang perubahan selepas ini walau apa pun alasan yang diberikan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Ini adalah ketetapan akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa alasan yang diberikan DBKL," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini. Jelas Rafizi (gambar), pihaknya menerima maklum bahawa pada 15 Jun itu ada dua program yang berlangsung di Padang Merbok iaitu perkahwinan dan juga karnival kitar semula yang telah membuat permohonan lebih awal. Rafizi menegaskan, permohonan untuk menggunakan Padang Merbok pada tarikh 22 Jun juga telah dibuat pada Jumaat, 7 Jun lepas dan pihaknya turut mengenal pasti tiada sebarang pertindihan dengan mana-mana program pada tarikh tersebut. "Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini," tegas ahli Parlimen Pandan itu lagi. | |||
Mahkamah benarkan permohonan perbicaraan silap bekas polis kerana membunuh Altantuya Posted: 09 Jun 2013 10:11 PM PDT Peguam Sirul, Kamarul Hisham, mengatakan mereka kini memohon pengisytiharan keputusan 2009 sebagai perbicaraan silap berdasarkan dua alasan yang baru dan berkaitan, iaitu publisiti buruk dan bahaya keadilan hakim Mahkamah Tinggi telah terjejas disebabkan oleh publisiti. "Kami telah mengemukakan permohonan pagi ini. Permohonan adalah untuk memasukkan dua alasan baru dalam petisyen rayuan," kata Kamarul kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah. "Mahkamah telah membenarkan permohonan itu." Kamarul berkata, beliau akan memfailkan permohonan itu bermula esok. | |||
Selangor Sedia Bantu Biayai Kos Guaman Petisyen Pilihan Raya Posted: 09 Jun 2013 10:05 PM PDT BANGI: Kerajaan Negeri Selangor bersedia mengeluarkan peruntukkan sumbangan bagi membiayai dana kos guaman kepada mana-mana pihak yang memfailkan petisyen pilihan raya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan usaha memperbaiki proses demokrasi di negara ini dapat berjalan dengan lebih lancar. "Mereka yang menyaman di mahkamah, jika betul kita dapati usaha mereka itu munasabah dan kita Kerajaan Negeri melalui (Program) Pendemokrasian, akan beri sumbangan atas kos guaman mereka," kata Abdul Khalid ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Sukan Mahkamah Syariah Kali Ke-2 di sini. Menurut Abdul Khalid lagi, Kerajaan Negeri sebelum ini turut menjalin kerjasama dengan berkongsikan data yang diperolehi menerusi Program Pendemokrasian Selangor dengan pihak yang yang berusaha mengumpul bukti penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Data-data tersebut diperolehi menerusi kaji selidik yang dijalankan oleh Unit Pendemokrasian Selangor sebelum PRU-13 berlangsung. "Kita juga membenarkan data-data itu dianalisa, Kerajaan Negeri menggalakkan usaha tersebut untuk melahirkan pilihan raya yang adil dan saksama," ujar beliau lagi. Sebelum ini, Kerajaan Negeri melalui Geran Selangorku mengambil langkah pengukuhkan demokrasi dengan menyediakan peruntukkan berjumlah RM5 juta. | |||
Memikul peti sejuk mendaki Everest Posted: 09 Jun 2013 10:02 PM PDT
BANYAK masjid mengadakan sambutan memperingati Israk dan Mikraj pada Rabu, 5 Jun bersamaan malam 27 Rejab 1424 Hijrah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sebahagian besar pengurusan masjid dan surau meneruskan tradisi iaitu menganjurkan ceramah pengkisahan perjalanan (israk dan mikraj) Rasulullah s.a.w. Salah satu kisah ialah Rasulullah s.a.w. menyaksikan segolongan manusia yang menambah pikulan demi pikulan sekalipun bebanan ditanggung sudah terlalu berat. Ini membayangkan manusia itu gila dan cintakan harta, pangkat, kedudukan, pengaruh, kuasa, dan sebagainya sedangkan mereka tahu tanggungan tidak lagi terpikul oleh mereka. Bagaimanapun kisah ini mungkin hanya didengar saban tahun tetapi sebahagian besar manusia tidak mengambil iktibar apatah lagi berubah. Sebagai contoh ramai yang berebut-rebut jawatan masjid, merampas pentadbiran masjid dan surau daripada AJK yang dilantik kariah dan menghalang kegiatan keagamaan di rumah Allah itu. Perebutan jawatan dan kuasa ini bukan sahaja berlaku di institusi masjid tetapi lebih parah lagi dalam pejabat, kampung, parti, negeri dan negara. Kebanyakan manusia berebutkan jawatan sekalipun sedar bebanan sudah terlalu berat tetapi mereka ikutkan nafsu untuk berkuasa. Bijak pandai Barat seperti Lord Acton (sejarawan British 1834-1902) ada menyebut, 'power tends to corrupt, absolutely power corrupts absolutely' membayangkan hampir semua (namun bukan semua) manusia tidak dapat beramanah dengan kuasa. Dengan kuasalah sesetengah tokoh itu bertindak bagaikan raja zalim. Raja (pemerintah atau imam) adil diberi jamin akan mendapat perlindungan arasy Allah pada hari kiamat; tetapi pemerintah zalim telah menempah tempat di neraka. Pemerintah adil berlaku demikian kerana dia tahu matlamatnya mendapat keredaan Allah SWT tetapi pemerintah zalim telah membebankan dirinya dengan barangan tidak perlu seperti memikul peti sejuk ke puncak Everest. Di tanah air kita, mereka membebani diri dengan melakukan ugutan terhadap rakyat seperti menguatkuasakan undang-undang rimba, menekan kehidupan mereka dengan menaikkan harga barangan keperluan dan mengenakan pelbagai jenis cukai keterlaluan. Malah ada bertindak lebih sadis seperti merampas hak orang seperti tanah dan perniagaan seperti akhbar. Malah rakyat diugut supaya 'meninggalkan negara ini' atau pun 'masuk hutan'. Manusia berwawasan adalah insan terpuji. Kebanyakannya mahu berbahagia di dunia dan di akhirat. Untuk menuju matlamat tersebut, pendakian ke arahnya perlu dilakukan secara bijaksana dengan berpandukan ajaran Rasul. Namun dalam pendakian tersebut, ramai yang membawa ' barangan yang tidak diperlukan' ibarat seorang pendaki yang mahu ke puncak Gunung Everest tetapi dia memikul peti sejuk. Dalam kehidupan perkara seperti ini kerap berlaku. Misalnya, pelajar diamanahkan untuk belajar untuk matlamat untuk lulus cemerlang. Tetapi ramai yang memikul peti sejuk untuk ke puncak Everest. Beban-beban itu adalah seperti bermain api cinta, menagih dadah, menyertai perlumbaan haram ataupun yang paling mudah, enggan belajar. Untuk berjaya dalam hidup tidak perlu bagi kita menggalas peti sejuk untuk ke puncak Everest. Seorang bijak pandai memberikan contoh mudah ini; jika anda memasang lampu hadapan basikal anda dalam kegelapan malam, sudah tentu keadaan di depan anda terang benderang. Apa kata anda sengaja mencari hal dengan memasang lampu-lampu lain di sekeliling basikal itu. Sudah tentu cahaya di depan menjadi malap atau kehilangan fokusnya menyebabkan kita hilang panduan menuju matlamat. Jika sudah terlalu banyak perkara yang terpaksa kita fikirkan sedangkan ia tidak perlu, kita akan gagal dalam mengejar cita-cita kita. Kita perlu ingat bahawa otak kita hanya satu dan ia bukan mesin yang boleh bekerja 24 jam sehari. Otak perlu berehat, termasuklah dengan tidur. Mungkin kita bernasib baik pada satu-satu masa, ertinya kita bertuah. Bertuahnya diri kita bukannya sepanjang masa atau adanya kelebihan pada diri kita. Tiada orang yang bertuah sepanjang hayatnya yang hanya hidup atas bertuahnya dirinya. Dalam mengejar cita-cita, tentulah kegagalan sentiasa mengekori kita. Ditakdirkan kita gagal sedangkan kita sudah berusaha,ia dapat dijadikan teladan membangunkan usaha dan cita-cita kita. Namun jika kita gagal kerana tidak dapat berfikir dengan matang atau kita sudah tahu kelakuan kita tidak akan mendatang sebarang faedah pada diri kita, ia menunjukkan ketidak-sempurnaan fikiran kita. Jika kita tahu yang api itu panas, buat apa kita membakar diri kita pula. Jika kita sudah tahu di puncak Everest keadaannya membeku, buat apa kita pikul peti sejuk ke sana! http://lanh14.blogspot.com | |||
Pada saya SPR gagal - Mohammad Agus Posted: 09 Jun 2013 09:56 PM PDT Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal. Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini. Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan. Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada! Begitupun, sekiranya kerajaan ingin menubuhkan jawatankuasa bagi mereformasikan SPR dan sistem pilihan raya kita, maka hal berikut perlu diberikan perhatian: (i) kerajaan perlulah menubuhkan sebuah panel yang terdiri dari wakil parti mengikut kuota undi popular yang diterima oleh parti, dan setiap parti hendaklah berhak menamakan wakil masing-masing, bukannya ditentukan oleh kerajaan; (ii) jawatankuasa ini juga perlulah diberi rangka kerja untuk mengkaji beberapa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Akta Pilihan Raya 1958, Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981, Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002 dan Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003 Di akhir analisisnya, saya merasakan kerajaan dan PR perlu mengambil tindakan berikut: (i) mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR supaya meletakkan jawatan, (ii) PR menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang. Dengan pendekatan ini, semoganya tidak ada lagi perhimpunan 505 diadakan dan kerajaan boleh terus menumpukan masa untuk merancang pembangunan negara. Sesungguhnya, rakyat dahagakan kehidupan yang selesa. | |||
Saya macam bangkai bernyawa - bekas suami penghidap HIV Posted: 09 Jun 2013 09:54 PM PDT "Saya amat tertekan, malah pernah terfikir akan menjadi bangkai bernyawa. Bagaimanapun, saya cuba menjalani kehidupan seperti biasa kerana setakat ini doktor mengesahkan saya bebas daripada jangkitan HIV," kata bekas suami kepada seorang penghidap HIV. Hanya mahu dikenali sebagai Iskandar, 43, dia tidak menyangka wanita dikahwininya pada 2004 itu penghidap HIV selepas menemui surat kematian bekas suami kepada isterinya yang meninggal dunia kerana penyakit maut itu dan surat pengesahan doktor yang menyatakan bekas isterinya turut menghidap HIV. Katanya, dia mengahwini wanita berusia 35 tahun itu tanpa menjalani ujian saringan HIV kerana tidak diwajibkan di Kelantan ketika itu. "Sepanjang berkahwin, bekas isteri menyembunyikan bahawa bekas suaminya meninggal dunia akibat HIV. Saya juga tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada 2010 saya terjumpa surat kematian bekas suaminya yang meninggal dunia kerana HIV. "Bukan setakat itu saja, saya turut menemui surat pengesahan doktor bahawa bekas isteri menghidap HIV. Ketika itu memang saya marah kerana berasa ditipu, tetapi apa boleh buat, nasi sudah menjadi bubur," katanya ketika ditemui di sini, semalam.- Harian Metro | |||
Pilihan raya PBT tingkat kesedaran rakyat, galak demokrasi Posted: 09 Jun 2013 09:52 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR: Pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diakui tidak dapat menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata tetapi ia adalah proses pendemokrasian yang sangat penting buat rakyat Malaysia. Sehubungan itu, Setiausaha Organisasi DAP Selangor, Lau Weng San menempelak kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa pelaksanaan pilihan raya PBT bukan satu-satunya jalan penyelesaian untuk meningkatkan prestasi PBT. "Kenyataan Abdul Rahman juga menunjukkan bahawa beliau masih percaya kepada konsep 'kerajaan mengetahui segala-galanya' walaupun ia sudah jauh ketinggalan zaman," ujarnya. Weng San yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku berkata, pilihan raya PBT bukan sesuatu yang asing malah pernah dilaksanakan di Malaysia. "Ianya merupakan satu daripada asas kepada kemerdekaan Malaya pada 1957. "Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Perjalanan Kerajaan-kerajaan Tempatan pada 1970 yang diketuai mendiang Tan Sri Athi Nahappan telah mencadangkan agar kerajaan memulihkan pemilihan ahli majlis kerajaan tempatan melalui pilihan raya dan bukan melalui pelantikan oleh 'ketua-ketua' politik," katanya. Mengenai kegelisahan sesetengah pihak terhadap 'polarisasi' politik jika pilihan raya PBT diadakan, Weng San berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu menunjukkan rakyat Malaysia sudah semakin matang berpolitik. "Rakyat tidak lagi memilih wakil rakyat mengikut kaum dan agama. Buktinya, calon DAP berketurunan India mendapat sokongan masyarakat Cina dan calon berketurunan Cina mendapat sokongan di kawasan Melayu. "Begitu juga calon berketurunan Melayu daripada PAS yang menang di kawasan masyarakat bukan Melayu. Kita juga tidak harus lupa fakta bahawa terdapat ramai pengundi bukan Cina yang mengundi di kawasan bandar manakala terdapat juga kawasan kaum India dan Cina di luar bandar. Demografi penduduk sekarang telah menjadi semakin homogenius," jelasnya. Pilihan raya PBT telah diperkenalkan pada 1956 di Majlis Perbandaran George Town sehingga dihentikan pada 1963. Merujuk Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan, ia memperuntukkan bahawa kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan pilihan raya selain daripada Pilihan Raya Umum.-Roketkini.com | |||
Ismail: Tidak wajar sekat laman sosial Posted: 09 Jun 2013 09:50 PM PDT Penggunaan laman sosial di negara ini tidak wajar disekat walaupun tujuannya untuk membendung penyalahgunaannya. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyalahgunaan akses internet dengan niat jahat hanya dilakukan segelintir individu tidak bertanggungjawab. "Hanya beberapa kes terpencil penyalahgunaan laman sosial. Oleh itu, tidak wajar kita terus menyekat kebebasan pengguna lain yang lebih ramai. "Kita ada undang-undang untuk menyekat mereka yang tidak bertanggungjawab, jadi kita gunakan peruntukan yang ada. "Tak adil jika kita terus haramkan penggunaannya (laman sosial)," katanya selepas mendengar taklimat di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan untuk menyekat penggunaan laman sosial bagi mengatasi perbuatan tidak bertanggungjawab seperti yang dilakukan di negara China dan Iran. Ismail Sabri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kemudahan internet memberi banyak manfaat kepada rakyat untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengetahuan. Menurutnya, mereka yang melakukan kesalahan dan tidak mengikut undang-undang boleh dikenakan tindakan tegas. "Kalau ada cacian dalam twitter, kita hendak haramkan, berlaku dalam Facebook (FB) kita sekat FB, ada isu sensitif dalam blog kita batalkan blog di Malaysia dan akhirnya kita kembali kepada zaman dahulu," katanya.- Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan