Isnin, 10 Jun 2013

Biaqpila

Biaqpila


PEGAWAI SPAD KENA PENAMPAQ

Posted: 10 Jun 2013 05:33 AM PDT

KUANTAN - Seorang pegawai  penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dilaporkan telah ditampar oleh seorang pemandu lori ketika menjalankan operasi mereka di Jalan Pintasan Kemaman -Kuantan baru-baru ini.
Pemandu berkenaan bertindak demikian selepas mendapati seorang lelaki tiba-tiba masuk dan merampas kunci lori beliau ketika dia memberhentikan kenderaan terbabit. Kejadian dipercayai berlaku kerana beliau tidak mengenali pegawai terbabit yang kini begitu kerap memakai pakaian biasa ketika bertugas. "Mereka tak pakai uniform... sebab tu kena tampar.
Lagi pun SPAD kini semakin melampau mencari duit.. mereka buat operasi hampir saban hari hingga mengganggu mata pencarian sebahagian daripada kami. Ada sahabat saya yang sudah seminggu tidak membawa lori kerana gusar dengan operasi SPAD sekarang ini.
Dulu ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lebih bertimbang rasa dan berbudi bicara ketika bertugas... tapi SPAD mereka langsung tiada pertimbangan kepada kami", kata  seorang pemandu lori yang menghubungi PDO. M
enurutnya, kejadian "tampar" itu berlaku bukan kerana mereka benci kepada SPA tetapi ia kerana kesilapan pegawai terbabit yang tidak memperkenalkan diri. "Dia tak pakai uniform.. ketika sahabat saya berhenti lori terus dia masuk dalam dan rampas kunci.. sebab tu kena tampar.. tapi lepas di kenalkan dia dari SPAD baru kawan saya tu mintak maaf", tambah beliau lagi. Justeru kepada pihak SPAD, eloklah memakai uniform ketika bertugas supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan.
Pahangdailyonline

AYAH HAJI PUN DAH BOSAN DENGAN FAM

Posted: 10 Jun 2013 12:22 AM PDT




FAM oh FAM


Kebelakangan ini isu bola sepak negara terutamanya yang membabitkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tumpuan dan perbualan hangat para peminat sukan tanahair.

Dari yang muda sehinggalah yang dewasa maupun tua semuanya membincangkan isu yang sama.

Sehingga saya sering disapa oleh seorang Ayah Haji yang usianya menghampiri 80 tahun tetapi begitu peka dengan permasalahan sukan Negara terutamanya bola sepak.

Antara persoalan yang kerap ditanya Ayah Haji ini ialah "bilakah pemimpin – pemimpin di FAM nak lepaskan jawatan?". Saya sekadar tersenyum dan rasa bersalah kerana sehingga kini kerana saya tidak mempunyai jawapan paling tepat atau paling jujur kepada soalan itu.

FAM dibawah kepimpinan Kebawah DYMM Sultan Pahang sejak 1980an kini berdepan ujian paling getir selepas kes rasuah bola sepak yang melanda Negara pada 1994 – 95 dulu. Ketika itu kita kehilangan hampir 150 orang pemain berkaliber akibat penggantungan kerana terbabit dengan rasuah sehingga menyebabkan bola sepak kita dan pasukan kebangsaan lumpuh.

Yang mutakkhir menjadi perbincangan adalah mengenai kepimpinan DYMM Sultan Pahang sekalu Presiden badan induk bola sepak Negara. DYMM Tuanku sehingga kini masih berahsia mengenai pengganti Datuk Azuddin Ahmad yang bakal mengendalikan sekretariat AFF.

Belumpun kesulitan itu diatasi, timbul pula permasalahan yang disuarakan oleh beberapa tokoh yang hakikatnya mahu melihat satu transformasi dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

Sebelum ini terdapat 2 tokoh yang begitu lantang bersuara meminta pembaharuan, namun mereka dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin FAM.

Siapa yang tidak mengenali Datuk Seri Shahidan Kassim Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis dan Tan Sri Annuar Musa Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

Ironinya kedua – dua mereka baru – baru ini telah berjaya memenangi kerusi Parlimen masing – masing pada PRU ke 13 lalu. Tahniah kedua - duanya dengan YB Datuk Seri Shahidan terpilih ke dalam barisan kabinet baru manakala Tan Sri Annuar yang pernah berada di dalam kabinet Negara diharap tidak kecewa dan bolehlah memberi lebih banyak perhatian kepada kawasannya dan juga kepada KAFA selaku 'Penasihat'.

Nyata kelantangan Tok Dan dan Tan Sri Annuar belum mampu menggegarkan Wisma FAM sehinggalah sedikit jentikkan dari Menteri Belia dan Sukan yang baru YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar disusuli ngauman Harimau Selatan, dari DYAM Tunku Mahkota Johor.

Kemuncaknya adalah ketika perlawanan separuh akhir ke 2 Piala FA diantara Pahang dan Johor DT yang tertangguh dan seterusnya dibatalkan akibat kebanjiran penonton diikuti pula dengan keputusan J/Kuasa Pertandingan mendenda PBNP dan PBNJ serta mengarahkan perlawanan ulangan dilangsungkan di gelanggang berkecuali, Std. Nasional Bkt. Jalil.

Perlawanan dah berakhir, keputusan sudah diketahui, JDT akan berentap dengan Kelantan The Red Warriors pada final 29 Jun nanti. 'All the best' kepada kedua – duanya.

Namun muncul pelbagai isu – isu berbangkit umpama kanser yang menyebabkan FAM terus dikritik.

Nyata ngauman 2 tokoh muda ini yang mahukan perubahan radikal telah mengoncangkan Wisma FAM kebelakangan ini.

Memang ada kebenarannya pelbagai kenyataan atau kritikan yang memerlukan perhatian sewajarnya oleh pemimpin – pemimpin di Persatuan Bola Sepak Negeri dan badan induk bola sepak negara.

Antara persoalan yang ditimbulkan DYAM TMJ adalah mengenai program pembangunan. Siapa yang benar – benar memantau program pembangunan bola sepak di Malaysia ketika ini?

Memang banyak inisiatif oleh kelab – kelab kecil yang membabitkan pemain – pemain cilik, tetapi ke manakah haluan seterusnya untuk pemain – pemain tersebut selepas itu?

Siapa pula yang memantau progres Harimau Muda di Eropah yang ketika ini sedang menghidangkan lebih banyak cerita duka dengan episod – episod malang yang dilalui? Jelas kali ini perjalanan mereka tidak selancar kunjungan lalu.

Bagaimana dengan perkembangan 2 pemain yang sedang berjuang di Div. 3 Liga J, Wan Zack Haikal dan Mohd Nazirul Naim Che Hashim di FC Ryukuyu? Berkembangkah watak dan permainan mereka atau masih dihantui 'rindu' kampung halaman?

Sedarkah kita bahawa Skuad Harimau Muda 'B' sedang bertanding di Liga S? Apakah mereka segarang Lions 12 yang beraksi di Liga Super dan mampukah skuad Razip Ismail ini menggapai target 5 teratas?

Tidak cukup dengan itu saya berpendapat Pasukan Kebangsaan pula memilih masa yang kurang sesuai untuk dijangkiti 'wabak' apabila memutuskan untuk ke Australia sebagai venue menguji kekuatan.

Ketika entri ini ditulis pasukan Negara tumpas aksi sulung di tangan 'part timer footballer' Canberra FC 2 – 3. Sekali lagi nada 'berpuas hati walaupun tewas' terus berkumandang. Sudah kerap persoalan ditimbulkan mengenai perjalanan pasukan kebangsaan, namun kerap jugalah ia ditepis oleh Sang Pengendali yang dilaporkan mengetahui keupayaan sebenar pasukan dan anak – anak buahnya.

Begitulah juga bagi saya untuk mencadangkan agar Sang Pengendali berdua harus berundur secara hormat kiranya pasukan Negara gagal mengatasi Bahrain dan Yemen pada pusiangan kelayakan Piala Asia yang bakal bersambung Oktober ini nanti.

Rasanya saya sudah dapat menjangka alasan dari mereka kiranya pulang tanpa sebarang kejayaan ketika menentang pasukan bertaraf kelab 'amatur' di Negara Kangaru itu pula nanti.

Akui hakikat kita memerlukan keajaiban untuk mengatasi Bahrain dan Qatar di Kuala Lumpur. Untuk rekod kita tewas 0–2 di Doha Mac lalu tetapi berhempas pulas untuk menewaskan Yemen 2–1.

Cukuplah dengan segala kontravesi yang berlaku kerana kita, peminat – peminat bola sepak tempatan semakin muak dengan cerita duka yang begitu sensai begini.

Saya cuma khuatir permasalahan seperti ini akan mematikan minat generasi muda menceburi sukan bola sepak atau seperti titah DYAM TMJ, sehingga 20 tahun akan datang, bola sepak Malaysia akan kekal begini.

FAM pula harus bersikap terbuka dengan kritikan dan pendapat luar yang nyata sekali mahu melihat bola sepak kita menuju dimensi baru dan tidak terus ditakuk lama. Kajilah secara mendalam keberkesanan Artikel 88 itu.

Kepada penyandang jawatan – jawatan di PB Negeri maupun di FAM juga perlu kembali pro-aktif untuk menyampaikan pandangan dan bukan sekadar 'yes-man' sahaja. Jika gentar, afdallah untuk mereka 'bermufarakah' (mengundur diri) dari memikul amanah memajukan bola sepak Malaysia.

Dalam pada itu terima kasih kepada semua yang memberi komen di face book Astro Arena namun 'too-bad' untuk anda semua kerana saya tidak memiliki akuan fb di mana-mana.

Arrevedeci dan Wasslam

stadiumastro-ZainalAbidinRawop


RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

HUJAH KONKRIT UNTUK PECAT WAN AHMAD DARI SPR

Posted: 09 Jun 2013 09:00 PM PDT


Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya.

Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat.

Kunci kata Mat Sabu, jika sistem dan proses pilihan raya sekarang terus berjalan sehingga PRU14, tidak sukar untuk menjangka BN dapat mengekalkan kuasa meskipun undi popularnya mungkin terus merosot, dengan pelbagai taktik licik, tipu muslihat, penggunaan kemudahan kerajaan, manipulasi media dan politik wang, apatah lagi melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Segera saya teringat pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa SPR bakal diletakkan di bawah kawal selia jawatankuasa terpilih khas Parlimen.

Sekurang-kurangnya Najib terpaksa memberi respons kepada suara rakyat yang bergema kuat dalam siri jelajah Blackout 505 yang dianjurkan di seluruh negara, antara lain mendesak semua anggota SPR yang diterajui Abd Aziz Mohd Yusof dan Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan, selain menangguhkan proses persempadanan semula kawasan pilihan raya sehinggalah anggota SPR baru yang berwibawa dan dipersetujui semua pihak, mengikut konsensus rakyat.

Bagi saya, jaminan Najib di hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong itu seharusnya tidak mengendurkan tuntutan rakyat, yang marah dan kecewa dengan sistem dan amalan pilihan raya di Malaysia, khususnya dalam PRU13. Cadangannya -- walaupun disambut baik banyak pihak -- seolah-olah mahu menutup atau membiarkan saja segala ketempangan PRU13 berlalu.

Tekanan mesti ditingkatkan lagi, termasuk melalui rapat umum dan perarakan besar-besaran, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat agar tercapai hasrat untuk melantik anggota SPR yang baru, selaras dengan Perkara 114(2), bahawa Agong, "pada melantik ahli-ahli SPR hendaklah memandangkan kepada mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM".

Ketujuh-tujuh anggota SPR berdepan krisis kepercayaan yang begitu serius. Hampir semua mereka tidak dilihat mempunyai integriti tinggi, yang dikira mampu bertindak bebas daripada pengaruh elit penguasa. Kadang-kadang dua penjawat paling kanannya dilihat bertindak melebihi pemimpin Umno-BN sendiri, manakala SPR dianggap umpama komponen BN.

Oleh itu, kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya akan dibuat secara telus hanya akan diketawakan terutama bagi mereka yang mengikuti amalan sama pada 2003. Wan Ahmad ketika itu menjadi perancang utama yang melakarkan kawasan pilihan raya semata-mata demi keuntungan politik Umno-BN, selepas Umno mendapat tamparan hebat dalam pilihan raya 1999. Dalam PRU10 itu, majoriti pengundi Melayu bangkit protes Dr Mahathir Mohamad dan Umno-BN.

Menurut pengkaji pilihan raya, Dr Ong Kian Ming, yang juga Ahli Parlimen Serdang, pada 2003 itu, prinsip-prinsip seperti rural weightage -- di mana kawasan pedalaman, dengan jaringan pengangkutan yang lemah dan luas kawasannya, perlu mempunyai jumlah pengundi yang lebih kecil daripada kawasan bandar yang lebih tepu dan mudah dihubungi -- telah dilanggar dengan jelas oleh SPR, terutama di Kedah.

"Undi bukan Melayu dikeluarkan daripada kawasan selamat Alor Setar dan dimasukkan ke kawasan PAS, Kuala Kedah dan Pokok Sena. Pengundi bukan Melayu juga dikeluarkan dari kawasan kerusi selamat Bn di Merbok ke kerusi PAS di Jerai. Kawasan majoriti Umno-Bn di Padang Serai dipindahkan ke kerusi PAs di Baling," tegasnya.


Jadual 1: Perbedaan di kawasan jumlah pengundi antara kawasan bandar dan pedalaman di Kedah selepas persempadanan semula pada 2003

Kerusi Parlimen Keluasan (km2) Pengundi 2003 Pengundi 2013
P8 Pokok Sena 320 64,192 80,916
P9 Alor Setar 109 56,007 80,916
P10 Kuala Kedah 232 73,942 95,534
P16 Baling 1,544 73,942 93,376
P17 Padang Serai 352 51,778 74,245

Menurut analisis Kian Ming, di kerusi Alor Setar, walaupun kawasan bandar yang maju dengan keluasan kawasan terkecil di antara semua parlimen di Kedah, sebenarnya mempunyai jumlah pengundi (56,007) yang lebih kecil berbanding kawasan jiran yang lebih besar seperti Pokok Sena (64,912) dan Kuala Kedah (73,942).

Perbedaan ini masih kelihatan dalam PRU13, di mana Alor Setar mempunyai 69,189 pengundi berbanding 80,916 di Pokok Senan dan 95,534 di Kuala Kedah.

Kes paling melampau ialah Baling, kawasan pedalaman di Kedah. Persempadanan semula 2003 meningkatkan jumlah keluasan Baling dari 1,107 km2 ke 1,544 km2, sedikit kecil daripada Melaka. Ini kerana salah satu kawasan kuat Umno di kerusi jiran Padang Serai – Kuala Ketil – dipindahkan ke Baling.

Akibatnya, Padang Serai, yang lebih bersifat bandar mempunyai jumlah pengundi lebih kecil (51,778) dibandingkan dengan Baling (73,942). Baling sekarang mempunyai 93,386 pengundi (kedua terbesar di Kedah) dibandingkan 74,425 di kawasan bandar Padang Serai.

Jadual ke-13 Perlembagaan, Bahagian 1, mengenai prinsip berhubung persempadanan bahagian pilihan raya, antara lain menegaskan "prinsip-prinsip berikut hendaklah dengan seberapa boleh diambil kira ... bilangan pemilih dalam tiap-tiap satu bahagian pilihan raya dalam sesuatu negeri patutlah lebih kurang sama banyaknya kecuali bahawa memandang kepada lebih besar kesulitan untuk sampai kepada pemilih dalam daerah kampung dan lain-lain kesukaran yang dihadapi bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, luasnya bahagian itu patutlah diberi pertimbangan."

Namun, yang menjadi pertimbangan serius SPR pada 2003, terutama oleh Wan Ahmad, adalah keupayaan Umno-BN untuk menang dalam PRU2004, dengan menjangkakan pengundi Melayu akan membawa masalah besar kepada BN, seperti ditunjukkan dalam PRU1999.

Justeru, negeri-negeri majoriti Melayu seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu langsung tidak mendapat sebarang kerusi Parlimen tambahan. SPR, seperti kehendak Perdana Menteri waktu itu, Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak membanyakkan kerusi campuran, sebagai "ucapan terima kasih" kepada pengundi Cina yang menyelamatkan BN pada 1999, walaupun akhirnya memakan diri pada 2008 dan 2013!

Kesimpulannya, keanggotaan SPR yang tidak lagi mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini mesti dirombak dan proses persempadanan semula harus ditangguhkan dahulu.

Kenyataan sinis Mat Sabu bahawa post mortem PRU14 pun boleh dibuat kembali menjentik fikiran saya. Apakah kita menyertai pilihan raya demi pilihan raya hanya untuk membuktikan negara ini mengamalkan demokrasi tetapi tidak akan sama sekali mengizinkan pertukaran kerajaan melalui sistem pilihan raya yang tempang dan songsang ini? Black 5050 pada 15 Jun ini memang salah satu kaedah untuk menekan dan mempengaruhi kerajaan, tetapi ia bukan pertama kali kita anjurkan, dan kita sendiri boleh menilai impak positifnya. Lalu, apa pilihan lagi yang kita ada?

DD

RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Kerajaan Paksa Pengundi Kembali Ke BN Dengan Bantuan Terpilih

Posted: 09 Jun 2013 04:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Barisan Nasional (BN) memaksa pengundi untuk kembali menyokong kerajaan dengan menghukum penyokong pembangkang menerusi bantuan terpilih, kata pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.


Khalid Samad

Gabungan pembangkang menghentam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berjanji untuk memberi lebih banyak pertolongan kepada mereka ang menyokong BN pada Pilihan Raya 2013, menyifatkan langkah tersebut sebagai "memangsakan" pengundi dalam usaha mengekalkan dominan kuasa politik.

"Ia tidak memeranjatkan memandangkan perkara ini selalu menjadi cara BN yang suka menjadikan pengundi yang tidak memilih mereka sebagai mangsa dan hanya bantu pihak yang menyokong mereka," kata ahli jawatankuasa PAS pusat Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.


"Ini cara kekal berkuasa. Dengan menjadikan pengundi mangsa. Mereka akan mengekalkan keadaan ekonomi supaya Melayu akan terus menyokong mereka," kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan memberi "bantuan lebih kuat" kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihan raya umum lalu, ia dilihat bertentangan dengan hasrat pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mahu mengadakan perdamaian kebangsaan.

"Mesej yang jelas adalah majoriti orang Melayu, India, Bumiputera, Orang Asli, masyarakat Siam serta orang-orang di Sabah dan Sarawak masih menyokong BN.

"Mereka ini akan terus kita bantu dengan lebih kuat, itu yang akan kita lakukan," kata Muhyiddin dipetik semalam daripada agensi berita nasional Bernama semasa berucap pada Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Barisan Nasional (BN) di Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad di Kundang Ulu, Muar.


Anthony Loke
Ahli Parlimen Seremban daripada DAP, Anthony Loke berkata kenyataan Muhyiddin itu jelas mensasarkan kepada masyarakat Cina yang majoritinya telah mengundi pembangkang pada pilihan raya 5 Mei lalu.

"Ini menunjukkan beliau mahu menghukum masyarakat Cina.

"Segala yang diperkatakannya menunjukkan dia bukan timbalan perdana menteri untuk semua tatapi hanya untuk BN. Lagipun, dia dikenali sebagai seorang yang sering mengatakan dia adalah 'Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudiaan," kata Loke kepada The Malaysian Insider.

Ahli jawatankuasa eksekutif pusat DAP tersebut kemudiaan memetik analisis yang menunjukkan beberapa peningkatan peralihan sokongan orang Melayu kepada pembangkang dan menuntut kerajaan menjelaskan mengapa mereka hanya menghukum orang Cina.

"Ia kenyataan yang bodoh dan sangat tidak bertanggungjawab. Dia mengatakan sesuatu yang sama sekali berbeza dengan perdamaian yang Najib katakan, malah dia membuat kenyataan yang memecah-belahkan," tambahnya lagi.

Najib mengatakan sebaik sahaja menerima keputusan Pilihan Raya 2013, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha-usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum ke 13 – menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding Pilihan Raya 2008.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina.

Walau bagaimanapun penganalisis menolak tanggapan sedemikian, Merdeka Center sebaliknya menegaskan keputusan pilihan raya menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang BN.

Khalid mengganggap kenyataan Muhyiddin itu mendedahkan sifat sebenar BN dan menegaskan selagi kerajaan sedia ada ini tidak dihumban, mereka akan terus mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang menentang.

"Sebab itulah kami berada di sini. Untuk menentang mereka. Setelah sekian lama dalam kuasa mereka masih tidak memahami bahawa wang itu adalah milik rakyat. Sudah tentu tidak semua orang akan mengundi untuk mereka tetapi apabila mereka dipilih berkuasa, mereka mesti berkhidmat kepada semua orang," kata beliau.

Walau pun terdapat pemimpin berhaluan kanan dalam BN, beberapa pemimpin dalam gabungan pemerintah berkata sebaliknya dan menyifatkan tidak wajar hanya menyalahkan masyarakat Cina ekoran keputusan buruk mereka dalam pilihan raya lalu.

BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.

BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.

Beberapa tangkapan ke atas pemimpin dan aktivis pembangkang kebelakangan ini juga mengaburkan lagi perdamaian kebangsaan seperti yang diuar-uarkan oleh perdana menteri.

TMI



RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
P-A-N-A-S-S-S!!... Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

Tiada ulasan: