Sabtu, 8 Jun 2013

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


UMNO KEMBALI KE ZAMAN JAKUN?

Posted: 08 Jun 2013 07:30 AM PDT

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyarankan supaya diperkenalkan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno, yang pernah dipraktikkan sebelum ini.
  
Beliau berkata langkah itu difikirkan relevan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak kebelakangan ini yang mahukan supaya kedua-dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini.
  
"Lebih penting, pengenalan semula sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah untuk menentukan mereka yang bertanding jawatan tersebut mempunyai kredibiliti sebagai pemimpin," katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kota Belud hari ini.
  
Salleh yang juga ketua Umno bahagian Kota Belud berkata sistem kuota pencalonan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden adalah mekanisme terbaik memastikan keutuhan parti sebagai tunjang pemerintahan negara ini.
  
Jika tidak, katanya, sembarangan orang termasuk mereka yang tidak mempunyai kredibiliti boleh menawarkan diri bertanding jawatan tersebut, dan ia tidak baik untuk parti.
  
"Sementara bagi jawatan-jawatan lain, termasuk naib presiden, Ahli Majlis Tertinggi (AMT), ketua bahagian dan semua sayap parti boleh dikekalkan sistem pencalonan dan pertandingan yang sedia ada," katanya.
  
Ini, katanya, selaras dengan semangat pindaan perlembagaan Umno yang dibuat sebelum ini, yang memberi peluang kepada lebih ramai ahli menentukan hala tuju kepemimpinan parti.
  
Bekas ketua menteri itu berkata semangat pindaan perlembagaan tersebut perlu dipertahankan demi kelangsungan perjuangan Umno.
  
Sebelum ini, calon yang ingin bertanding jawatan presiden perlu mendapat 30 peratus pencalonan daripada 191 bahagian, timbalan presiden (20 peratus), naib presiden (10 peratus) dan kerusi Majlis Tertinggi (5 peratus).
  
Pada 24 April 2009, Majlis Tertinggi Umno bersetuju perlembagaan parti dipinda yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan supaya ia lebih telus, terbuka dan demokratik.
  
Pindaan perlembagaan Umno kemudian dibuat pada perhimpunan agung tahunan Umno pada Oktober tahun yang sama.
  
Dalam pada itu, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Usukan mengajak ahli parti semua peringkat supaya memperkukuh semangat perpaduan, demi menjadikan Umno kekal sebagai parti inklusif.
  
"Kekuatan ahli Umno di peringkat akar-umbi memainkan peranan besar dalam mengupayakan perjuangan dalam usaha menjadikan Umno lebih inklusif," katanya.

- Bernama

TAKTIK UMNO MENANG PRU 13..

Posted: 08 Jun 2013 02:38 AM PDT

BN membentuk kerajaan dengan memenangi sebahagian besar daripada 130 kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi yang paling kecil.

Menurut peguam Andrew Khoo, BN menang 112 kerusi daripada kawasan pilihan raya tersebut untuk mendapat majoriti mudah.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengundi yang memilih BN di 112 kerusi tersebut hanya terdiri daripada hampir 20 peratus daripada jumlah  pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Pada dasarnya begitulah bagaimana BN menang pilihan raya tersebut," kata pengerusi bersama Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dalam satu forum hari ini.

MATLAMAT BLACK 05? COBA BACA

Posted: 07 Jun 2013 11:30 PM PDT


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Perhimpunan yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya.

Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.

Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang 'untuk memperbetulkan' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.

"Ini merujuk kepada kemunculan kira-kira tiga juta pemilih baharu dalam masa lima tahun akan datang. Apabila mereka dapat membentuk pendapat golongan muda ini, mereka (golongan muda) akan mendaftar sebagai pemilih dan menyokong parti terbabit pada pilihan raya akan datang," kata anggota jawatankuasa pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Satu lagi perhimpunan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati tentang tuduhan berlakunya penyelewengan dalam PRU13 dirancang diadakan pada 15 Jun di ibu negara sebagai lanjutan kepada perhimpunan Black 505, yang mula diadakan tiga hari selepas PRU13 pada 5 Mei.

Ti berkata parti pembangkang, terutama DAP, berjaya meyakinkan ramai pengundi Cina supaya menolak MCA dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) baru-baru ini dan mereka akan terus berbuat demikian hingga PRU akan datang.

"Mereka (pembangkang) memang handal dalam perkara ini. Mereka tahu siapa yang patut dijadikan sasaran, bagaimana untuk mencari sasaran dan bagaimana untuk mengekalkan sokongan yang diterima. Bukan setakat menganjurkan perhimpunan untuk menarik orang ramai supaya menyokong mereka. Ia merupakan strategi yang menggunakan serampang dua mata dan banyak mata," katanya.

Beliau berkata sebelum berlangsungnya PRU, strategi utama DAP ialah memastikan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina dan golongan muda, percaya bahawa pakatan pembangkang mampu membawa perubahan dalam kerajaan dan inilah puncanya kebanyakan pemilih daripada kaum Cina memberi undi mereka kepada calon pembangkang daripada DAP, PAS atau PKR.

Apabila pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya, katanya, mereka menukar strategi dengan memberi tumpuan terhadap tuduhan kononnya keputusan PRU13 adalah tidak adil berikutan sistem pilihan raya yang diguna pakai sekarang dan membuat heboh bahawa mereka memperoleh lebih banyak undi popular.

Ti berkata parti pembangkang juga mendesak rakyat negara ini supaya menuntut agar sistem pilihan raya sedia ada diubah dengan mencadangkan ia menggunakan sistem 'satu undi seorang'.

Katanya pakatan pembangkang juga memanfaatkan media sosial untuk menangguk sokongan.

"Mereka menggunakan akaun Facebook, Instagram dan Twitter masing-masing untuk menyebar mesej tersebut. Sasaran mereka sekarang ialah Pilihan Raya Umum Ke-14," katanya.

Seorang pakar strategi politik yang enggan dikenali berkata "banyak keputusan mengundi dibuat dengan menurut perasaan" apabila fikiran mereka telah dibentuk kepada siapa mereka patut memberi undi.

Menurutnya, pemikiran seseorang akan terbentuk apabila orang berkenaan terlalu taksub dan melihat banyak maklumat melalui gambar, video YouTube dan komen dalam Facebook, Twitter atau mesej yang dihantar melalui WhatsApp.

"Pemikiran mereka sentiasa dibentuk hingga emosi mereka menjadi begitu cenderung kepada sentimen parti politik. Apa yang diperlukan hanyalah alat seperti visual, audio dan perasaan.

"Inilah yang berlaku pada perhimpunan Black 505. Strategi mereka ialah menyiarkan gambar (visual) perhimpunan, komen (perasaan) dan ucapan (audio) kerana mereka amat sedar bahawa pihak yang menggunakan kaedah itu secara bijak dan habis-habisan akan mendapat lebih banyak manfaat, walaupun majoriti rakyat tidak menyukai mereka," kata pakar strategi itu.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) pula berkata pakatan pembangkang yang terdiri daripada DAP-PKR-PAS menggunakan strategi yang menampilkan tentang perlunya rakyat menuntut hak masing-masing.

"Masalahnya ialah apabila seseorang itu memberi gambaran bahawa segala yang ada, salah belaka. Mereka boleh bentuk minda orang, terutama golongan muda, yang kononnya mereka perlu bangun untuk menuntut keadilan dan menentang perkara yang tidak betul," katanya.

Beliau berkata strategi itu berjaya kerana kadar celik politik dalam kalangan penduduk masih rendah.

-- BERNAMA

MP PAKATAN TIDAK BERSATU

Posted: 07 Jun 2013 08:03 PM PDT

DAP tidak akan memulaukan upacara angkat sumpah bagi ahli Parlimen (MP) pada 24 Jun ini, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Akhbar harian berbahasa Cina Nanyang Siang Pau melaporkan Lim sebagai berkata walaupun DAP tidak puas hati dengan sistem pilihan raya, tetapi ia akan memfailkan petisyen pilihan raya.

dap special meeting 110313 lim kit siangMP Gelang Patah itu mengulas gesaan gabungan NGO supaya ahli Parlimen memulaukan upacara angkat sumpah sebagai memprotes dakwaan penipuan dan penyelewengan dalam pilihan raya umum ke-13.

Ahli Parlimen Pakatan yang lain termasuk MP Seremban, Anthony Loke dan MP Pandan, Rafizi Ramli, dilaporkan telah berkata bahawa pembangkang akan memulaukan taklimat kepada ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada hari Selasa.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim juga telah enggan mengemukakan sebarang soalan untuk sidang pertama Dewan Rakyat dan dilaporkan sedang menimbang untuk memulaukan sesi pembukaannya.

Sebaliknya, Ketua Publisiti MCA Heng Seai Kie menyifatkan laporan tindakan memulau itu oleh ahli Pakatan Rakyat sebagai "kebudak-budakan, tidak matang dan tidak bertanggungjawab".

Tiada ulasan: